Sebuah buku, yang lama diidamkan untuk dibaca. Namun, masih menunggu giliran. Buku ini masih berada di almari.*Now reading: Rich dad poor dad.
.
Buku ini membincangkan sesuatu yang tersangat penting dalam kehidupan, iaitu trust.
.
.Perkahwinan, perlu dibina dengan kepercayaan.
Senario yang mungkin ada:
1. Seorang isteri asyik menyiasat urusan suami. Asyik bertanya ke mana suami pergi, dengan siapa, bila pulang dsb.
2. Seorang isteri yang tidak mahu tahu ke mana suami pergi. Dia mengelak sedaya upaya untuk tahu.
.
Aku kira, kedua-dua situasi pun ada krisis kepercayaan. Situasi 2, walaupun sang isteri kelihatan seperti mempercayai suami, namun, tersirat ketakutannya untuk mengetahui apa yang dilakukan suami. Secara tidak langsung, tindak tanduknya yang tidak mahu tahu itu seperti mengetahui apa yang dilakukan suami, cuma kerana takut sedih, beliau mengambil tindakan untuk mengelak terus dari mengetahui apa-apa.
.
.



No comments:
Post a Comment