Thursday, February 26, 2009

azam~

lawatan ke museum.. (tak tahu nape aku asyik lupe nama museum ni..adei)
.
em, azam tahun ni, berjalan ke seluruh UK. n azam tahu hadapan, sibukkan diri dengan akademik...
err, tahun ni tak nak fokus akademik ke? =) bes sebab dah amik further maths, setakat ni semuanya macam masih jelas... harap dengan basic yang kukuh, akademik aku terus jelas hingga tahun ketiga..
master?? mampukah?? sponsor?? KPM tak kan bagi.. huhu.. apa yang pasti, usaha sungguh-sungguh.. selebihnya terserah.. andai ada rezeki untuk sambung master, tak kan ditolak..
mode: semangat nak g Postgrad fair rabu depan.. jumpa moksya2 Maths yang amik Phd pure maths..

Tuesday, February 24, 2009

Greenwich~

Embankment Pier~
.
perjalanan kami bermula dari Embankment Pier.. penat gak jalan2 cari tempat nk naik feri, rupe-rupenya betul2 depan Embankment station je.. adei.. tak sampai Greenwich lagi, aku dan Aisha dah kepenatan.
.
menaiki feri ke Greenwich.. bes sebab dapat tengok panoraman dan landmark London dari angle berbeza..
.

greenwich~
.
Painted Hall
.
Masa itu emas.. walau di mana berada, aku tidak dapat lekang dari buku... kiasu tidak mengira tempat dan waktu... hahaha.. btw, jangan caya sangat gambar ni.. kerna ku tidak kiasu, aku tak kan macam ni.. :P
.

huhu..tujuan utama ke Greenwich..tuk tengok garisan ini.. mengapa garisan ni penting?? dlu macam tak appreciate pn garisan ni..tapi lepas masuk museum dan dengar sedikit cerita yang kebetulan ada pada ketika kami di sana, baru tahu betapa pentingnya garisan ni..
.
maritime museum.. 3 sebab mengapa penjajahan berlaku... macam yang kita blaja dulu, gold, glory, gospel.
.
angle wajib yang harus setiap pelancong amik gambar.. (kami dimarahi Pali sebab belum amik gambar dari angle ni, n dah nak balik.. dah wajib katanya..)
.
teringin nak buat header blog jugak.. lawan incik alternatethunder.. haha..
.
Canary Wharf... sampai sini baru aku terasa aku di London.. sebab bangunan sangat tinggi dan moden..
.
sehari suntuk berjalan, kami pulang dengan kaki yang lenguh dan sakit..
pape pun, Greenwich sangat bes.. sape2 nak datang London, kita g sama2 Greenwich k.. sangat cantik.. xrugi.. =)
.
trimas kepada Pali dan Syamil.. sedap kan karipap, muffin keras dan nasi goreng ungu kami.. hikhik.. Aisha, kita harus praktis masak lagi!!

Friday, February 20, 2009

Stay up~

huhu.. keajaiban berlaku.. Ajah masih tak beribadat senyap walaupun jam dah kul 4.30am..
kali kedua stay up ketika di UK...
harus kiasu kerna test next week..
.
mcm bes plak kalau aku boleh kurangkan masa tidur.. lebih banyak yang dapat dilakukan..
jihad kurangkan masa tidur.. fighting!!

Gerai SOP di NISE!!

SOP...
.
NISE, 21 Feb di Leeds...
sama2 kunjungi gerai SOP di NISE.. (dan beli jugak la.. xkan kunjung2 je.. hihi)
.
antara jualan di gerai SOP:
cocktail,
tart kecil,
tart besar
~ (ampun2, gambar di atas hanya hiasan)
.
..kuih sagu
.
..kuih bakar
..apple cobler
..juga cupcakes dari Edinburgh.
.
harga: ntah le.. IA berpatutan.. =)

Wednesday, February 18, 2009

Easter Holiday~

gambar sekadar hiasan~
perjalanan sebelum easter break
minggu ni (21/22 Feb) : Greenwich.
21/ 22 Mac : Oxford
*pemandu pelancong: Irfan.
*Antara rombongan ke oxford: Shah, Ika, Aishah, Jpah, Fatenshum, Qillote, Kak Faezah Nori.
.
em, ke manakah aku cuti easter nanti??
28 - 29 Mac: Bath
30 - 31 Mac: Cardiff
31 Mac - 1 Apr: Birm
1 Apr - 5 Apr : Prague
6 - 10 Apr : London
*Min, Afiqah dan Cik Wi akan datang...
*aku plak plan nk habeskan mse di museum..
*juga mahu jogging di Hyde Park..
* Aishah, berkampung kt bilik mu deh..hihi
*psl keja, Iq belum conformkan.. ada ke org nk trima pekerja yg nk keja seminggu??
.
16 - 17 Apr : Warwick (IA akan jmp Teah, rombongan Notts dan Warwick.)
20 Apr: pulang ke Surrey. bersedia untuk final exam.
.
tarikh Jannah ke London belum diketahui.. hihi.. sape2 nk ke london, blh contact Aishah Fatihah.. haha.. (pakat2 penuhkan rumah dia..suka hati je aku promote rumah orang lain)
.
Afif, Mariam, Fatima.. adik2 chumel.. sempat bersama mereka cuti yang lalu.
chumel2.. hihi

Friday, February 13, 2009

My famili~

abah dan mama...
.
kerinduan yang amat pada mama, abah, adik2 dan kak long~
.
7 beradik.. semua perempuan.. huhu.. (sian tgk adik aku yang paling kecik tu.. hihi.. semangat nk masukkan kepada dlm gelung tu..adei...)
.
minggu yg sibuk~
Ajah, fighting!!

Monday, February 9, 2009

True friend~

kami yang sefikrah dan sentiasa sependapat... Atiqah, Akma, Ajah, Dayang, Nurul~ (aku bangga dgn gambar ni sbb aku paling tinggi.. wahaha)
.
6 Feb lalu, kami semua telah berkumpul di alam maya... sgt2 lama kita tak duk sama2 kan?
dalam beberapa bulan kebelakangan ni, ramai di antara kita yang diselubungi masalah...maaf andai aku terlepas pandang... namun syukur sangat2 sebab masih ada sahabat2 untuk mendengar dan membantu.. trima kasih semua.. (maaf Nurul xajak ber skype malam tu.. aku trase mcm beri laluan tuk mu berehat since mu tersangat sibuk..)
.
pesanan untuk mereka~
Kak Dayang: Berusaha!! Kami yakin Kak Dayang yang sempoi dan aktif dapat sesuaikan diri dengan suasana umat di Cardiff.. teruskan usaha dan kesempoian Kak Dayang, IA mereka akan terima.. kami yakin.. =)
.
Kak Akma: mak cik!! maaf andai membebankan kak akma dgn keja2 SOP khususnya.. sama2 kita usaha.. trima kasih sgt2 sebab bersungguh2 dgn aktiviti sempena NISE.. ajah syukur sgt sebab ada kawan yang sangat2 semangat..
.
Atiqah: tiqah!! sama2 kita berusaha menjaga kebajikan orang disekeliling kita.. pape idea berkenaan kebajikan, nanti kongsi2 tau..hihihi..
.
Nurul: jaga makan n minum.. laksanakan juga hak utk diri sendiri.. amik mase berehat andai terlalu penat.. hihi.. pape bantuan, kami ada untuk membantu.. semangat2!! and mu boleh!! teruskan usaha.. keputusan lalu, jadikan sbg motivasi tuk terus fighting!! IA, Allah bersama-sama hambanya yang sabar. (ada g tgk itik x? aku g tengok itik kt London.. hihi..jauh sgt nk g Edin..)
.
lagu untuk Kak Dayang, Kak Akma, Nurul, Tiqah~
True Friend by Hannah Montana.
"You're a true friend
You're here till the end
You pull me aside
When something ain't right
Talk with me now and into the night
'Til it's alright again
You're a true friend"
.
"True friends will go to the end of the earth
Till they find the things you need
Friends hang on through the ups and the downs
Cause they've got someone to believe in"
.
thanks for being my true friends~

Sunday, February 8, 2009

Akhirnya...jejak juge kakiku ke Museum

Sabtu, 7 Feb, seperti biasa, aku tak lekat di Surrey.. London bagaikan memanggilku.. hihi.. (padahal aku yang beria nak pegi). Di MSD, berlaku lah reunion KYUEM (spt biasa, kami akan kelihatan sangat2 assabiah..haha.. ). 3 Senior yang sudah lama ku tak jumpa.. Kak Didi (Account n Finance LSE), Kak Anis (Cardiff) dan Kak (Bangor). Sempat bergambar di Surau MSD~
=)
.
Lepas solat, ku lihat program bersama KPM telah bermula.. dek kerana ketiadaan mood, aku mengambil keputusan untuk ke Hyde Park (hihi..kantoi tak jumpa sponsor tadi)..
Subhanallah..sangat cantik.. Nurul, nanti mai London, kita bagi makan itik2 kat sini sama2 ek.. =)
.
itik= pengganti kucing.. huhu.. desperate amat kita ni..
ntah mengapa, selepas melihat swan dan burung beterbangan, hati yang agak2 bercelaru ini kembali tenang.. Alhamdulillah.. (kehidupanku agak kurang terurus.. huhu.. redha~)
.
swan yang cantik~
.
ada pak cik yang baik hati nak tolong amikkan gambar... mungkin dia kesian tengok aku sorang-sorang amik gambor itik2 aje.. hihi.. trimas pak cik..
.
tetibe rse nak g museum.. 5 bulan asyik g London, namun baru hari ini aku berpeluang menjejakkan kaki ke Museum.. suke amat.. hihi..
.
banyak2 benda, aku paling suke costume perang dari berbagai negara.. ni baju perang Jepun.
try buat untuk Bangsawan pun bes gak ni.. hihi.. (mampukah??)
.
ni plak baju besi orang Europe.. negara mana ntah.. lupe sudah.. disebabkan tersangat banyak part dalam Museum (ada 3 museum.. ), hari ini, aku hanya lalu n cuci mata je.. IA lain kali akan pegi untuk ilmu plak..especially museum yang banyak galian dan fosil2.. sangat suke.. (adei, jakun pun ada aku ni).. btw, semangat2!!
.
fosil ikan.. jap2, fosil tu maksud tulang kan? apa specialnya ikan ni nak duk dalam kaca n museum? adei.. aku redha sebab tak de tulis pape pasal ikan ni.. jus ada nama dia je...
.
Hornbill.. em, ni macam hornbill dari Rusia (kalau xsilap.. btw, Ajah, dah tahu awak tu mudah lupa, lain kali g Museum bawa buku catatan ye..)
.
Burung Dodo... excited sangat boleh tengok Dodo yang diawet (btw, ni dia betul2 awet ke dia buat yang tiruan?).. sebab mase kecik2 dulu penah baca encyclopedia (yang versi kanak2 la.. haha.. kalo yang versi org tua, sah2 aku tak faham) ada burung ni, tapi dah pupus...
.
ni plak Bear yang sangat besar, tapi dah pupus gak.. ketinggian Bear ni 3 kali ganda mat salleh yang tinggi (kalau guna Jan, macam 4 kali gak la..) hikhik.. Jan, ampuni daku..
=)
.
pss: sebut psl Jan, IA cuti easter nanti, Jannah, Jan n Alifa akan datang London.. yeppi.. suke sangat.. datang surrey jugak tau.. (walaupun Surrey, daya penariknya hanyalah aku.. haha..)
.
mood: gembira kembali sebab baru balik dari Museum yang bes.. next week nak g lagi!! (harus cari dinasour yang incik alternatethunder pegi tu..)

Monday, February 2, 2009

Salji. Hari kedua~

warga Surrey bersama snowman...
.

Siha, Wani, Ajah + Izzat yang tak diundang ke dalam gambar.. haha
.

Kerusi Ais.. waa.. sangat sejuk~
.

bersama seorang adik..buat snowman~ (hihi..aku lebih semangat dari budak ni.. malu2..)
.
Surrey~
.
seawal 8.30am, dengan semangat berkobar-kobar, aku keluar bersiar-siar disekitar Surrey. Memandangkan seorang diri pada awalnya, banyak gambar2 pemandangan Surrey yang indah diliputi salji putih. Subhanallah...
.
jam 9.30am, Siha dan Wani mengajakku ke Lake untuk main2 salji lagi.. walaupun sejuk, tapi sangat bes.. perang salji bermula seperti biasa.. dan warga Surrey bersama-sama membina snowman yang besar amat.. =)
.
tiada kelas hari ini.. jom kiasu dan siapkan semua keja.. next week boleh jalan2 lagi.. IA akan join trip Ika, Emmi dan Fada ke Greenwich. Aishah, studi2.. cuti ni kita g greenwich =).
.
mood: kiasu dgn Maths~

salji~

sepulangnya (ade ke perkataan ni dlm kamus BM??) aku dari Manchester, berniat untuk singgah 'sebentar' di Evelyn garden. seperti biasa, rutin masak2 bersama Aishah di rumahnya.. (btw, masak2 je kite ni.. bila nk wat lawatan sambil blaja ke museum?? amat suke museum... bila juge kamu semua akan ke Surrey? jenuh sudah ku mengajak.. hihi..)
.
tadaa... inilah hasilnya.. lunch dgn nasi tomato masakan Shah dan ayam masak merah masakan Jpah dan bestfren nya "Brahim".haha... (sedap.. siap bawak bekal ke Surrey lagi tu... IA akan dibuat lauk sahur... trimas kawan2..)
.
untuk dinner, kami makan nasi lemak sambal udang dan ikan bilis... kepedasan sambal ku terbukti membuatkan ika makan tak bersambal dan Aishah mengalirkan air mata... hero dari Kedah wat muka slumber makan sambal tu.. sesekali kedengaran sok sek dari Jpah dan Shah.. haha.. lain kali, akan dikurangkan pedas itu.. =)
.
btw, apa yg aku nk cite ni sudah diceritakan oleh incik Jpah.. potong line btl.. tapi post ku sedikit exclusive sebab ada gambar2 yang tiada dalam kamera beliau.. hehe...
.
kami yang excited nak makan.. namun, salji yang turun cukup meggoda.. hihi... Jom maen salji, lagi bes!!
.
selebihnya gambar ni aku copy je dr blog alternatethunder ni..
.
~nak tido... sejam setengah perjalanan dari London ke Surrey kerana byk train delay akibat salji.. esok kelas jam 9.00am... waa... Ajah, semangat2!!!