Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts

Friday, July 31, 2009

Fuiyo.. n PUISI


.
Mana video PUISI?? hurm..
.
Tada!! Ni dia.. huhu..
.

.
Cuba cari saya dalam gambar las beramai-ramai itu?? (haha, daku tak de dalam gambar ini kerana ke tandas.. ces..)
.
.

Tuesday, July 28, 2009

Topeng.. fesyen barukah??

Semua bertopeng..
.
Hamidah kelihatan terlantar kerana turut demam..
.
Kolej ditutup.. adikku selamat tiba di rumah pagi tadi.. dengan senyuman?? ces, suke la tu balik umah.. Semoga semua sihat..
.

Wednesday, July 22, 2009

Program2 menarik

Program-program menarik..
.
WOW~ 31 July - 2 Aug 09
.
MOC~ 3 - 6 Aug.
.
Monyetnya cinta kita~ 8 Aug
.
Uhuk2.. tak dapat pegi sebab ada SOP time ni.. sahabat2 lain yang tak ke SOP, boleh beramai-ramai ke program ni.
.
SOP~ 7 - 8 Aug 09
.
Untuk pelajar KYUEM sahaja. Perlu mendaftar untuk hadir. hubungi kak akma di email ni
juzt_akma@yahoo.com
.
SOP~ 7 - 8 Aug 09
.
FUIYO~ 22-25 Dec 09
.
FUIYO yang bakal berlangsung pada cuti winter nanti.

Friday, February 20, 2009

Gerai SOP di NISE!!

SOP...
.
NISE, 21 Feb di Leeds...
sama2 kunjungi gerai SOP di NISE.. (dan beli jugak la.. xkan kunjung2 je.. hihi)
.
antara jualan di gerai SOP:
cocktail,
tart kecil,
tart besar
~ (ampun2, gambar di atas hanya hiasan)
.
..kuih sagu
.
..kuih bakar
..apple cobler
..juga cupcakes dari Edinburgh.
.
harga: ntah le.. IA berpatutan.. =)

Sunday, December 7, 2008

Program untuk muslimat di Southampton.

Seperti biasa, di awal pagi, aku dan 3 rakan dari Surrey, Kak Nora, Wani dan Kak Ain bergerak ke train station untuk ke Southampton kerana ada satu program untuk muslimat.. btw, lupe apa nama program tu.. hihi.. tp IA isi program akan aku kongsikan kepada sesiapa yang sudi.. ;)
.

orang semua sibuk dgn Hari Raya Aidilahdha, namun, ntah mengapa, mood aku utk beraya tiada.. lemang? ketupat? rendang? huhu.. dgn skil masak aku sekarang, mustahil untuk masak makanan2 tu dengan sodapnya...
.
sebab pertama mood beraya hilang ialah kerana aku jarang meraikan hari raya aidilahdha.. time ni semua orang makan masakan daging, aku plak makan telur.. sob2.. unless kalau mama rajin nak masak lauk khas untuk aku..
.
sebab kedua ialah, esok exam... huhu... IA aku takkan sibuk2 ke majlis raya esok n akan makan seperti biasa... tanpa rendang dan lemang.. huhu... (makan nasi biasa pun sodap.. harus syukur aje dengan apa yang ada.. manusia yang miskin ialah manusia yang tak pernah merasa cukup dengan apa yang dia ada... so, jom sama2 jadi manusia yang 'kaya' dan sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah.. hehe...)
.
message ym dari Syara:

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: "Sesungguhnya aku menyaksikan sahabat Rasulullah SAW, tetapi kini aku tidak menemukan lagi orang seperti mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagi dalam keadaan yang kusut, mata yang bengkak kerana menangis ketika qiyam pada malam hari. Mereka membaca al-Quran sambil berdiri, duduk dan berbaring pada lambung mereka. Mereka berzikir dengan tubuh yang bergoncang bagaikan pohon ditiup angin kuat sedangkan mata mereka basah oleh air mata sehingga membasahi pakaian mereka. Demi Allah, seolah-olah keadaan umat sekarang seperti umat yang semalaman dalam keadaan lalai."
.
muhasabah diri, kemana masa muda kita dihabiskan? cukuplah kelalaianku selama 19 tahun.. tiba masanya untuk berpenat lelah, bersengkang mata... moga istiqamah dengan niat kerana Yang Maha Esa.
.
seharian buat maths, muaknya tengok nombor.. haish, harus fighting!!

Tuesday, October 21, 2008

Palestine Conference 2008



untuk mendaftar, bolehlah emailkan nama ke email ni: palestine@fosis.org.uk
.
boleh gk daftar scara online kr website ni : http://www.palestine-conference.com/
(pendaftaran adalah wajib)

pss: huhu, blh pilih nk yg ada workshop atau x... n saya pilih yg ada workshop... walaupun masih kurang pasti apakah pengisian utk workshop ni, IA sgt bermanfaat...
.
"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan di jalan Allah, nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)"
(Surah Al-Anfal 8: 60)

Meneladani Peristiwa Hari Hartal

Hari Hartal jatuh pada tanggal 20 Oktober 1947. Pada hari tersebut, rakyat Tanah Melayu berpakat untuk protes dan mogok kepada pemerintahan British di Tanah Melayu. Tindakan ini merupakan suatu manifestasi perjuangan rakyat Tanah Melayu dalam memerdekakan negara mereka serta menyingkirkan penjajah British secara total. Meskipun ditentang dan ditekan dengan hebat oleh si penjenayah British, masyarakat Melayu, Cina dan India bersatu hati dan bergabung tenaga menjadi pejuang-pejuang tanahair menentang kezaliman dan menuntut kemerdekaan mutlak.

Wacana ini akan cuba menjawab beberapa persoalan penting, iaitu:
- mengapa berlakunya peristiwa ‘Hari Hartal’?
- apakah strategi yang digunakan British untuk menyekat kemaraan rakyat Tanah Melayu?
- apakah signifikannya peristiwa tersebut dengan situasi semasa Malaysia?

Panel yang dijemput untuk membincangkan isu ini ialah Saudara Muhaimin Bin Sulam. Beliau merupakan seorang mahasiswa pasca-ijazah PhD di University of Wales, Lampeter.

Berikut merupakan maklumat lanjut program:
Tarikh : Ahad, 26 Oktober 2008
Tempat: Darul Isra’ Islamic Centre
Masa : 1.45 petang – 3.45 petang

Sekiranya anda berminat untuk menghadiri ke wacana ini, sila emailkan NAMA, UNIVERSITI dan TAHUN PENGAJIAN kepada Saudari Dayang Nur Hadziah di email – mind_empirez@yahoo.co.uk

untuk maklumat lanjut, hubungi Azad (pengarah program) di email: azad282@yahoo.co.uk.

apakah itu hari hartal? huhu..blh wt research dgn search "10 tahun sebelum merdeka" kt Youtube.. :D

Friday, September 19, 2008

Tentatif PUISI

semalam, aku hntar 1 email:
Assalamualaikum...
Boleh saya lihat tentatif program, tarikh, aktiviti n sedikit penerangan ttg setiap program? Hu~ thanks..
.
dan, td, aku terima 1 reply:
ni tentatif program. tapi belum finalize.
insyaAllah kami akan menambah guided walk di national park killarney.

MAKLUMAT PROGRAM

5.1 Tempat : Killarney , Ireland

5.2 Tarikh : 22 - 26 Disember 2008.

5.3 Hari : Isnin – Jumaat

CADANGAN ATURCARA

22 Disember 2008.

1200-1400 : Pendaftaran & Perasmian

1500-1700 : Ice breaking

23 Disember 2008

0700 - 1200 : Learning Principle 1: Explosion Of Spritual Quotients

1300-1400 : Bengkel 1

1400-1600 : Spektrum Mahasiswa: Jati Diri Seorang Muslim

1730-1900 : Bengkel 2

2000-2130 : Spektrum Mahasiswa: Visi dan Misi

24 Disember 2008

0700 - 1200 : Learning Principle 2: Self Purification

1300-1400 : Bengkel 3

1400-1600 : Spektrum Mahasiswa: Anjakan Paradigma Dalam Kerjaya

1730-1900 : Bengkel 4

2000-2130 : Spektrum Mahasiswa: Masa Untuk Berubah

25 Disember 2008

0700 - 1200 : Learning Principle 3: Social Integration

1300-1400 : Bengkel 5

1400-1600 : Spektrum Mahasiswa: Peranan Memacu Globalisasi

1730-1900 : Bengkel 6

2000-2300 : Barbeque & Persembahan Berkumpulan

26 Disember 2008

0700 - 1200 : Learning Principle 4: Developing Spiritual Integrity

1300-1400 : Bengkel 7

1400 : penutup

untuk tambahan ttg killarney dan speakers,
    1. Tempat-Killarney

Killarney was awarded the " Best Kept Town " award for 2007, Tempat dia memang cantik giler. Cube search kat google kalo tak caye.

Ustaz Amin, lulusan Al-Azhar.Saling mengenali dengan UZAR. Kombinasi antara dua penceramah ini memang superb. InsyaAllah.

Blog UZAR mendapat tempat 1 dalam ranking Ukhuwwah Top Blog. Dalam sehari, web ini menerima kunjungan 3000 unique hits. Unique hits ini maksudnya ada 3000 IP berbeza mengunjungi web site beliau. Atau umumnya bolehla dikatakan ada 3000 komputer berbeza mengunjungi halaman ini setiap hari. Memang hot giler Speaker kali ini.




Wednesday, September 17, 2008

PUISI..

sape2 teringin nk pegi PUISI, blh register kt page ni.
pss: dpt ni dr Kak Ain Leeds :)