Showing posts with label Thoughts and reminders. Show all posts
Showing posts with label Thoughts and reminders. Show all posts

Friday, June 25, 2010

Pas dan Perjuangan Islam

Sumber
Terbaca petikan ini sebentar tadi. Beberapa bait kata-kata daripada 3 Naib Presiden Pas mencuri perhatian.
.
Antaranya:
.
1. Daripada jawapan SA terhadap soalan, "kenangan manis mereka bersama Ustaz Hassan"
"Nasihat ini saya ingat sampai hari ini… iaitu beliau mengatakan bahawa kalau ingin terus bersama dengan PAS dan perjuangan Islam mesti ada 2 perkara… iaitu ikhlas dan sabar."
.
2. Daripada jawapan TITM apabila bercerita pengalaman sukar beliau ketia baur bersama Pas.
Setelah menang kita ada elaun untuk menjaga DUN dan belanja seharian. Bilamana tewas dalam PRU ke 11, satu hari saya ke bank untuk mengambil duit belanja, apabila masuk je ATM, rupanya baki hanya ada RM12.30 sen…
.
LALU saya teringat kata-kata guru saya “Langit bumi yang besar berat ini pun Allah boleh jaga, takkan kamu yang kecil ini Allah akan biarkan…”
.
Sahabatku, masihkan ada rasa yang Pas ini hanya parti politik semata? Jika hanya inginkan kuasa memerintah, tidak mungkin mereka (rijal-rijal penggerak Pas) sanggup bersusah payah mengorbankan semua harta, tenaga dan jiwa untuk jalan ini? Tiada kapet merah dan wang ringgit yang menyambut mereka, bahkan disambut dengan ISA (dipenjara), imej yang diburuk-burukkan di media (walaupun ramai antara pemimpin Pas ialah Ulama) sehingga ada yang dibunuh (Ustaz Ibrahim di Mamali).
Pelik bukan? Mengapa mereka begitu bersungguh jika tidak ada apapun habuan dunia yang diperolehi?
.
Mereka bekerja menegakkan syiar Islam di bumi Allah. Syiar yang merangkumi dakwah, tarbiyah hati manusia, serta menegakkan undang-undang Islam yang menjadi penjaga kepada agama Islam.
.
Kata-kata Imam Al-Ghazali, "Sedarlah bahawa syariat itu adalah dasar dan kuasa (pemerintahan) itu adalah penjaganya. Perkara yang tiada dasar akan roboh dan perkara yang tiada penjaga akan lenyap".**
.
Ini hanyalah satu artikel. Yang mungkin hanya menggambarkan hanya 0.000001% gerak kerja sebenar dakwah Pas.
Dakwah Pas tentu sekali tidak akan disebarkan oleh media (mana mungkin pujian diberi kepada pihak lawan kerajaan dalam media mereka). Dakwah Pas ini hanya dirasai bagi orang yang benar-benar memerhati dan mereka yang tidak dikaburi oleh tohmahan daripada media yang seringkali memburuk-burukkan Pas.
.
Masihkah kau rasa Pas hanya parti politik semata?
.
**petikan daripada Ucapan Hassan Al-Banna dalam Muktamar Ikhwanul Muslimin ke enam (rujukan: Buku Risalah Hassan Al-Banna)
.
.

Saturday, May 29, 2010

Analogi elektrik

Imam Syahid Hasan Al-Banna memberikan perumpamaan dengan perkataannya,
"Di setiap kota terdapat pusat pembangkit tenaga elektrik. Para pegawai memasangnya di seluruh penjuru kota, memasang tiang dan kabel, setelah itu aliran elektrik masuk ke rumah-rumah, dan tempat-tempat lain. Jika aliran elektrik tersebut kita matikan dari pusat pembangkitnya, niscaya seluruh penjuru kota akan gelap gulita. Padahal saat itu tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat pembangkit elektrik, hanya saja tenaga elektrik yang ada itu tidak dimanfaatkan."
.
Begitulah di analogikan Al-Quran sebagai tenaga elektrik. Pembekal tenaga (iman dan taqwa) utama.
"Sesunggubnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan mereka dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus."
(Al-Maidah: 15-16)
.
Cantiknya suasana yang dipenuhi cahaya. Apatah lagi hati manusia.
.
Kita pula, di analogikan sebagai pegawai elektrik, yang mengalirkan kekuatan tenaga elektrik ini ke rumah-rumah. Ini bermaksud, tugas kita setiap manusia untuk mengalirkan kekuatan dari Al-Quran ini ke hati-hati manusia yang lain. Sampaikan apa yang kita tahu.
Rasulullah berpesan, sampaikan walaupun sepotong ayat! Kita yang dah tahu banyak-banyak ayat ini, berapa banyak sudah kita sampaikan kepada rakan-rakan yang lain?
.
Summary: Manfaatkan Al-Quran sebaiknya. Kerana tanpa cahaya itu, gelap gelitalah hati manusia.
Sampaikan berita-berita daripada Al-Quran. Ya, tugas kita ialah untuk menyalurkan tenaga elektrik itu kepada rumah-rumah.
.
Dari buku: Bagaimana menyentuh hati.
.
.

Monday, May 24, 2010

Premenstrual syndrome

Sebelum ini, menulis tentang PMS, adalah agar semua masalah emosi wanita dikaitkan dengan PMS.
"Emo la plak perempuan ni hari ni. PMS le tu"
Itulah yang kerapkali didengari.
Namun, tidak dinafikan, kebanyakan masalah emosi perempuan memang berkaitan dengan PMS.
Ingin berkongsi insight daripada seorang sahabat paling rapat.
Katanya, dari segi spiritual, cara menangani PMS ialah dengan memperbanyakkan ibadah sunat.
Kerana, apabila emosi tidak stabil kerana PMS, syaitan akan datang menyucuk dan mengganggu rasional wanita tersebut. Jadi, wanita perlukan pendinding yang sangat kuat, yang boleh diperoleh dengan ibadah sunat dan ibadat fardhu yang terjaga.
.
Juga, semasa haid, wanita perlukan kekuatan spiritual daripada ibadat sunat yang perlu dilakukan (seperti zikir dan doa, juga sesetengah berpendapat membaca Al-Quran di bolehkan) untuk menghadapi seminggu tanpa ibadat fardhu.
Dari segi pemakanan, housemate ku, Kak Izan yang specialise dalam nutrisi mengatakan, Primrose oil sangat membantu untuk mengawal ketidakstabilan hormon disebabkan PMS.
.
Perkongsian untuk mangsa-mangsa PMS seperti ku
.

Saturday, May 22, 2010

Ciri-ciri isteri solehah.

Gambar Wani dan Rojih, sahabat baik sejak darjah satu sehingga tingkatan 5.
.
Rasulullah bersabda, "Mahukah kamu aku beritahukan dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya, dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya.
Hadith Riwayat Ibnu Majah
.

Ciri 1: Patuh dan taat kepada suami yang soleh.
Isteri solehah itu patuh kepada Allah, Rasulullah dan suami. Menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah.
Isteri yang baik, apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh sopan santun.
.
Rasulullah bersabda, "Jika diiizinkan seorang manusia sujud kepada manusia, tentu akan aku suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran besar Allah jadikan hak laki-laki atas wanita"
Hadith Riwayat Abu Daud.
.
Ciri 2: Mengurus rumah tangga.
"Tiap-tiap wanita atau isteri adalah pengurus terhadap rumah suaminya, dan ia akan ditanya (oleh Allah di hari kemudian) dari perkara urusannya itu."
Hadith Riwayat Bukhari.
.
Hikmah daripada perintah Allah ini ialah supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna.
.
Ciri 3: Berhias untuk suami.
Tujuan berhias ketika di rumah iaitu agar suami merasa terhibur. Jika suami pulang dari mencari rezeki disambut oleh isteri dengan wajah yang berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia akan menjadi penawar bagi suami.
.
Rasulullah bersabda, dari Jabir r.a ia berkata, "Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai di Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW bersabda: "Bersabarlah, masuklah ketika waktu malam iaitu pada waktu Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia berhias kerana telah lama ditinggalkan suami."
.
.

Friday, May 21, 2010

Khusyuk dalam solat

.
Buku Khusyuk dalam solat yang dipinjam daripada seorang sahabat setahun yang lalu.
.
Teringat kembali catatan yang dibuat mengenainya.
.
Bahaya lalai ketika takbiratul ihram.
Bagaimana solat itu hendak dikatakan sebagai satu ibadah kepada Allah padahal sejak awal mendirikan solat telah dimulai dengan dosa mensyirikkan Allah di dalam hati.
.
Apabila lidah mengucapkan Allahhuakhbar, maka wajib hati turut serta bersama. Hendaklah sedar ketika lidah mengucap Allah Maha Besar bererti selain-Nya adalah kerdil belaka. Maka, jika ketika itu hati teringatkan perkara lain, yakni membesarkan perkara-perkara lain, dengan sendirinya ia telah meletakkan benda-benda itu setaraf dengan Allah. Seolah-olah ia telah mengagungkan benda-benda yang lain itu sama besar dengan Allah.
.
.
Munajat kepada Allah bererti dia amat memerlukan Allah. Analogi bertemu rakan untuk meminta pertolongan, oleh kerana hajat besar, maka dia terpaksa bertemu empat mata. Lebih hebat lagi pengertian munajat seorang hamba terhadap Allah kerana apa yang dipinta ialah taufiq, hidayah, iman, rahmat, pengampunan dan bimbingan kepada hati yang sudah pasti lebih penting dari keperluan duniawi. Pertemuan itu (solat) amat penting dan ia mesti dihargai dengan mengajar diri sendiri agar berusaha menghindari sifat lalai.
.
Rasulullah bersabda, “Ya Allah, perbaikilah para pemimpin dan orang yang dipimpin” pemimpin dan org yg dipimpin itu bukan saja bermaksud pemerintah atau raja dan rakyat, tetapi juga bermaksud hati dan anggota jasad. Kerana hati ibarat pemerintah dan jasad ibarat rakyat.
.
Kita solat cuba membetulkan ikut cara nabi. Tapi terlepas pandang untuk solat ikut jiwa nabi. Nabi solat dengan jiwa merendah diri, penuh mengharap keampunan dan dengan penuh cinta.
.
Tafsiran mengenai sujud yang diulang 2 kali dalam setiap rakaat. Mengikut tafsiran ulama, sujud pertama sebagai Salbi, yang mengikis dosa-dosa manakala sujud kedua bererti Ijabi yang bermaksud menyatakan bukti-bukti baru untuk taat kepada Allah. Sujud kedua sebagai ulangan sifat merendah diri setelah memohon dari Allah beberapa perkara dalam duduk antara 2 sujud (kerana hati manusia yang mengharapkan pertolongan Allah akan merendahkan hati dan tidak akan takbur dan angkuh terhadap Allah)
.
Allah menciptakan khalifah-Nya dari jenis manusia, tetapi ada dikalangan malaikat membantah kerana beranggapan bahawa jenis manusia yang akan diciptakan akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah sesama mereka, sedang malaikat bertasbih menyucikan Allah. Tetapi apabila manusia yang dipertikaikan oleh malaikat itu melakukan solat dengan bersungguh hati dan khusyuk, maka Allah merasa megah dan membuktikan kepada malaikat bahawa bantahan malaikat dahulu tidak benar. Sebab itulah orang yang tidak mengerjakan solat disifatkan sebagai cuba hendak memalukan Allah di depan para malaikat. Maka, azabnya adalah api neraka.
.
.

Wednesday, May 19, 2010

Solat yang lalai


“Maka kecelakaanlah akan didapati orang-orang yang solat. Yang solat mereka itu dalam keadaan lalai.”
Surah Al-Ma’un :4-5.
.
Apakah maksud dalam keadaan lalai dalam ayat ini?
.
Pertama, mereka lupa ketika mendirikan solat sehingga tidak disedari berapa rakaat solat yang sedang dikerjakan itu.
.
Kedua, mereka lalai dengan kedatangan waktu fardhu solat ataupun mereka ingat waktu solat tetapi bertangguh-tangguh, nanti dulu, nanti sebentar dsb.
Orang yang telah sampai keperingkat tidak merasai perbezaan antara solat di awal waktu dan solat di hujung waktu, maka dalam keadaan tersebut jika pun ia mendirikan solat, ia telah direzabkan oleh Allah untuk mendapat kedudukan yang selayaknya iaitu di dalam neraka.
.
Ketiga, mereka yang melupakan maksud sebenar solat yang diperintahkan oleh Allah, walaupun mendirikan solat, namun bukan dari kesedaran akan maksud dan hikmah solat yang diperintahkan oleh Allah.
Iaitu dengan niat yang bukan kerana Rindu mengadap Allah, bukan kerana mahu taat kepada suruhan Allah dan bukan kerana cintakan Allah.
Tetapi kerana sebab-sebab lain: -takut orang nampak diri tak solat, takut mak marah, terasa sebab Islam, jadi terpaksa solat dsb
.
Rujukan: Buku Khusyuk dalam solat, tulisan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
.
.

Saturday, April 24, 2010

Friday, March 5, 2010

Wanita oh wanita

Terbaca post Ustaz Hasrizal- Ke Syurga bukan dengan jantina.

Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”

Hadith ini ditempatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Kitab al-Iman di bawah suatu bab yang diberi tajuk “Bab Kufur Kepada Suami, dan Kufur Yang Bukan Kufur.

“Hadith berkenaan bercakap tentang kecenderungan sikap kaum wanita. Sabdaan itu menyuluh tabiat wanita yang mudah terjerumus kepada perbuatan mengingkari kebaikan dan Ihsan suaminya, hanya disebabkan oleh satu kekurangan.

Peringatan untuk diri, yang selalu lupa kerana emosi.
.
.

Monday, October 26, 2009

Membina masjid (part 1)

Perkahwinan = membina masjid.
.
Membina rumahtangga punya maksud yang suci murni dan nilai yang tinggi hingga dikatakan sebagai membina masjid.
.
Bandingan masjid dan rumah tangga
1. Masjid dibina kerana Allah.
Jadi, begitulah juga dengan rumah tangga. Niatkan hanya untuk mendapat keberkatan Allah. Dengan niat ini, ahli2 rumah akan berusaha sedaya upaya untuk jauh dari perkara larangan Allah.. dan mengharmonikannya dengan suruhan Allah.
.
2. Arah Kiblat yang tepat.
Semua jemaah solat menghadap 1 kiblat.
Begitu jugalah dengan sebuah rumahtangga. Anggota keluarga sama2 sepakat mencari redha dan berkat dari-Nya.
Lahirlah keluarga yang saling menasihati, bantu-membantu.. yang tua tidak melatah apabila dinasihati oleh yang lebih muda.. yang muda lebih2 lagi menghormati nasihat yang lebih tua.. Kerana semuanya ingin mencapai 1 tujuan: mencari redha Allah.
.
3. Masjid sebagai tempat membesarkan Allah.
Rumahtangga menjadi saluran anggota keluarga membesarkan Allah, bukannya dunia dan nafsu.
Sama2 memastikan agar Tuhan tidak dipinggirkan.
.
Cabaran bekeluarga = cabaran membina masjid.. bukan pada fizikalnya sahaja.. tetapi pada manusianya dan rohnya.
.
Ps: Berjaya menempuhi minggu yang memenatkan.. terasa sedikit lesu..
masih banyak yang belum selesai.. harus fighting!!
.
.

Saturday, September 19, 2009

Jalan kejahatan vs ketaqwaan.. It's ur choice!


Selamat hari raya buat semua :)
.
Ps: nape ntah rase tak de mood nak raya..
.
.

Thursday, August 27, 2009

Mata lahir vs mata hati

Mengapa mata hati menafikan penciptaan kali kedua (akhirat) sedangkan mata lahir telah menyaksikan penciptaan kali pertama (dunia) dengan begitu terang dan nyata?

Tuesday, August 25, 2009

Ikhlas itu bebas (part 2)

Setelah agak lama, baru sempat menyambung post bertajuk 'Ikhlas itu bebas'
.
"Orang yang ikhlas itu bebas"
.
"Bagaimana tu?"
.
"Orang yang ikhlas, hanya menjadi hamba Allah. Itulah merdeka sebenarnya."
.
"Secara mudahnya, apa sahaja yang Allah tetapkan wajib maka kita lakukan walaupun mungkin kawan kita yang ini suka, kawan yang lain tidak suka. Yang harap kita tinggalkan walaupun ada yang tidak suka. dikatakan kolot dsb."
.
.
"Kalau semua mereka tidak suka, macam mana?"
.
"InsyaAllah, ada manusia yang akan suka apabila kita disukai Allah."
.
"Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah"
.
"Tapi tak semua kan?"
.
"Jika awak diberi pilihan untuk disukai oleh dua orang manusia, pertama manusia yang disukai Allah, kedua manusia yang dibenci Allah, yang mana awak pilih?"
.
...............................
(terdiam.. berfikir.. cuba menerima kenyataan bahawa benarlah orang yang buat hanya kerana Allah akan turut disukai.. malah oleh orang yang lebih baik. Kerana orang itu juga disukai Allah)
.
"Apa gunanya disukai oleh orang yang dibenci Allah? Sukanya tidak memberi manfaat. Bencinya tidak memberi mudarat."
.
Jadi, Ikhlas itu bebas!!
.
Memberilah dengan ikhlas. Kerana ia membawakan kebahagian yang tak diduga.
It lights the whole sky!!
.
Ps:
1. kedua-dua gamba dari blog Alia. A blog full with beutiful pics.. my
2. post ini dari petikan yang diubah suai sedikit dari artikel dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki.
.
.

Monday, August 24, 2009

Surat cinta untuk Ajah~

Sekiranya aku dapat sepucuk surat...
Seperti di bawah...
.
Apakah reaksi ku? Bes? Gembira? Terharu?
Eh, ni surat apa ni?
Apa isinya? Tentang cinta? Amaran? Tawaran ke mana2 ke?
Waa.. emo2.. aku tak faham.. nak baca pun tak reti..
.
Bagaimana pula kalau aku dapat surat seperti ni.. (di bawah)
Wah.. bagusla.. dah boleh baca..
Hurm.. bahasa Korea.. Tapi, apa maksudnya ye?
Apa yang orang ni nak cakap? Haiz..
.
Tapi, bagaimana pula kalau aku dapat surat begini (di bawah)
Wah.. sape yang bagi ni.. hihi (segan2)
terharunya..
Kalau anda, apakah perasaan anda dapat surat sebegini? berisi ayat2 seperti di atas?
Bes kan? Kenapa rase bes? sebab faham apa isinya..
.
Camne pula kalo hanya mendapat surat seperti 2 surat paling atas tu? apa reaksi anda?
Emo? Tak berperasaan? rase macam xde pape? Ya, itulah yang dirasa kalau membaca apa yang kita tak faham..
.
Bayangkan bagaimana agaknya kalau kita menerima sepucuk surat daripada seorang kekasih, tetapi kita tidak faham apa yang dituliskannya.
.
and consider this...
Allah, kekasih orang beriman telah mengutuskan 114 surahnya, berapa surah yang telah kita tahu maknanya, faham tafsirannya, amal kehendaknya dan perjuangkan tuntutan-Nya? Benar-benarkah kita cintakan Allah jika surat cinta-Nya tidak kita usahakan untuk membacanya, emmahami dan menghayatinya?
.
Alhasil, 114 surat cinta-Mu kami persiakan begitu sahaja.
.
Gamba kawen Bun. Tahniah Bun!! (semangat mntak kad, tp xdpt pegi..) Gamba hanya hiasan yang tiada kaitan dengan post.. suka gamba2 kawen Bun ni.. ohoo..
.
Ps: Tulisan n ayat di atas adalah petikan dari lagu Midhoyo (I Believe) oleh Dong Bang Shin Ki.
bukan ku sesaje reka ye..

Wednesday, August 19, 2009

Ikhlas itu bebas (part 1)

Ikhlas itu 'khalas', dalam bahasa Arab, ertinya habis, licin, sehabuk pun tak ada.
.
"Ertinya, orang yang ikhlas itu tidak ada sesuatu apa pun di dalam hatinya, melainkan Allah. Buat kerana Allah semata-mata."
.
"Orang yang ikhlas akan berjaya. Orang tidak ikhlas akan gagal"
.

"Apa rahsia kegagalan?"
"Cuba menyukakan hati semua orang!"
.
"Orang yang ikhlas hanya ada satu Tuhan untuk dijaga dalam hidupnya. Manakala orang yang tidak ikhlas punya ramai 'tuhan-tuhan' kecil untuk dijaga. Yakni berbuat sesuatu untuk mendapat keredaan ramai manusia"
.
Ikhlas dan bebas.. apa kaitannya??
.
Ps: aku dah boleh tambah tulisan kat gamba.. yeay!! dah lama ku impikan.. tq cikgu :)
.
.

Friday, August 14, 2009

Ukhuwah

"Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kami menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
Surah Al-Anfal 8: 63
.
Dalam post dari Saifulislam: Engkau belum saling mengenal tanpa kembara
.
Sangat setuju dengan Ustaz Hasrizal. Kerana ketika kembara, dugaan yang dialami, menampakkan diri yang sebenar. Mengenal rakan2 sejaulah.
.
Namun, apa yang lebih penting, dapat mengenal diri sendiri.
*Sejauh mana kita boleh beralah dengan sahabat..
*Sehingga tahap mana kita mendahulukan sahabat.. bersabar dengan karenah sahabat..
*Tahap kesabaran kala diuji. Sekadar lebat dimulut, "kita sebagai orang beriman perlulah bersabar" atau benar2 mempraktikkan dalam kehidupan..
*Menyusun strategi untuk sebuah perjalanan.. Adakah hanya hebat berstrategi dlm berporgram sahaja.
*Setabah mana menghadapi segala kemungkinan yang tak diduga.. tertinggal bas, hilang dompet, sesat dll.
.
Muhasabah selepas setiap kembara.. agar kembara kita tidak sia-sia.
Lakukan koreksi diri, teruskan yang baik, baiki mana yang kurang..
.

Ps: baru perasan yang post ku yang bertajuk: 10 hari bersama Aisha baru ada part 1. Kisah 10 hari berjaulah itu masih belum habis diceritakan. IA akan update berkenaan jaulah ke Prague :)
.

Sunday, August 9, 2009

bersediakah??

Kahwin..
Satu persoalan yang timbul. bersediakah?
.
"Kalau diri tak baik, ok tak untuk orang tu buat keputusan untuk kahwin?" soalku kepada seorang teman yang ku anggap sebagai adik.
.
"ade ke kayu ukur untuk drku ini ukur thp kebaikan ssorg termsk dr kuini" jawabnya..
.
hurm.. betul gak.. ada ke kayu ukur.. baik? apa definisinya? sampai baik yang tahap macam mana baru dikatakan bersedia?
.
"Apa yang Kak Ajah ada yang membolehkan Kak Ajah qualified untuk kahwin?"
.
itu kisahnya tentang kahwin.
Bagaimana pula dengan dakwah?
.
Jika soalan yang lebih kurang ditanya,
"Apa yang awak tak ade untuk qualified kan diri awak untuk tak buat dakwah sekarang?"
.
Ilmu? Kekuatan? Kepakaran?
Walaupun belum mencapai tahap yang super atau mantap (ala2 ustazah atau pendakwah bebas di TV, atau kakak2 naqibah usrah yang thiqah yang amat), tapi sudah ada sedikit ilmu dan kepakaran untuk dakwah.. Jadi?
.
"Sampaikan dariku walau sepotong ayat"
.
Nape Rasulullah tak cakap, "sampaikan dariku" sahaja? Nape nak dimasukkan skali perkataan "walau sepotong ayat"?
.
Menunjukkan betapa dituntutnya dakwah? Benar.
Menunjukkan betapa pentingnya dakwah? Benar.
.
Dan??
Ada lagi satu.. Ia menunjukkan bahawa, dakwah tak semestinya dilakukan apabila kita dah banyak ilmu.. atau dah jadi baik.. (term banyak di sini skali lagi tersangat la subjektif. Apa ukuran banyak?)
.
"stp tarbiyah itu mst bermula dari dr sendr"
Benar. Orang yang tidak memiliki, tidak boleh memberi. Tapi, untuk memiliki, kita perlu mencari.
Mencari -> memiliki -> memberi. begitu turutannya.
anak panah tidak menunjukkan ianya perlu dilakukan mengikut urutan.. Kerana Mencari, Memiliki dan Memberi perlu selari.. Bukan selepas cukup mencari dan memiliki baru memberi.. Kenapa?? Lupakah pada Hadith tadi? "Sampaikan dariku walau sepotong ayat"
Dah tahu sepotong, sampaikan dulu yang tu.. dalam mase yang sama, cari lagi ilmu untuk disampaikan..
.
"tp takut dr x buat tp nak smpaikan. Lagilah Allah tak suka."
Mengapa tak jadikan ianya sebagai pemangkin untuk kita mujahadah tinggalkan dan lakukan apa yg kita sampaikan?
.
"kekadang rasa x terdaya nak wat n kadang daku sndr terlupa"
Manusia mana yang sempurna? Lupa? itulah perlunya kawan2, saling mengingatkan..
Juga perlukan kawan untuk saling membantu.. Saling melengkapi..
.
"mmg sng utk dilafazkan ttg pntgnya perjuangan, tp setiap prjuangan y dilakukan, perlukan banyak kekuatan"
Sape yang suruh kita berjuang? Allah..
N sape Allah? Tuhan kita.. yang kenal sebenar-benar kenal tentang kita.
Dan apa janji-Nya? Akan bantu kita kalau kita susah. Dia janji akan sentiasa bersama kita (dengan syarat kita patuh suruhannya.. yakni tak meninggalkan sunnatullah dan syariatullah)
Jika kita yakin Allah benar2 kenal kita, mengapa ragu2 untuk menjalankan tanggungjawab ini?
Allah takkan suruh kalau dia tahu kita tak mampu.. kan?
.
Mendapat kesimpulan dari seorang lagi sahabat.
dakwah tu wajib dilakukan oleh semua, lagi2 yg dah sedar kewajipan tu.
pasal tak sedia, tak yakin dan kurang ilmu, tu hanya bisikan syaitan.
sama ngan nak kawin, bile dah cukup syarat2, kawin je
pasal tak cukup duit, studi teruk, tu hanya bisikan syaitan
yg penting, ada keinginan dan usaha untuk memperbaiki diri
dan jangan mencari alasan, sebab syaitan akan mudah pengaruhi kita
.
Tanya diri sendiri sekali lagi:
"Apa yang awak tak ade untuk qualified kan diri awak untuk tak buat dakwah sekarang?"

Saturday, August 1, 2009

Sebuah amaran??

Frame yang dimaksudkan~
.
Selesai solat maghrib, aku berborak dengan adik-adik..
"Aku nak bawak la frame yang ada ayat Kursi ni. Nak letak dalam bilik," kata Sah.
"Oh, amik jela. Tapi, nape nak kena gantung ayat Kursi?" aku bertanya.
"Ntah. Saje, tak leh ke?" jawabnya.
"Hurm.." aku speachless sebentar. Merasakan ada yang perlu aku sampaikan.
"Oh ye.. mu tahu tak, frame kat luar rumah, perkataan Allah dan Rabb hilang," Sah menyampaikan satu berita.
"Eh, hilang macam mana tu? Azi, tolong g amik jap" pintaku.
.
Perhatikan perkataan Allah dan Rabb yang tak kelihatan~
.
Dan Azi berlari-lari mengambil frame yang dimaksudkan.
Berderau darahku melihatnya. Betul2 hilang!!
.
"Abah kata, dakwat untuk tulis perkataan Allah ni lain kot.. sebab tu hilang sedangkan perkataan lain masih ada," cerita Sah.
"Oh, tapi nape perkataan Rabb pun hilang?" soalku tanda kurang bersetuju.
Kami semua terdiam. Agak lama...
.
Ima, Yeying dan Azi~ (Ima dan Azi di zaman kurus.. sekarang dah montel yang amat)
.
"Macam mana kalau ni satu amaran?" soalku.
"Amaran?" soal Azi pula. Pelik dengan kaitan perkataan hilang dengan amaran.
"Apa yang Azi faham pasal amaran? Kalau bawak keta, n nampak papan tanda, tu bermakna apa?" soalku.
Azi diam.. berfikir.
"Kalau papan tanda tu tulis- Selekoh dihadapan, maksudnya apa?" soalku lagi.
"Ada selekoh di hadapan la" jawab Azi.
"Betul. Tu amaran di jalan raya. Agar kita bersedia untuk selekoh di hadapan," aku mengiyakan.
"Amaran ni macam peringatan. Agar manusia yang SEDAR bersedia," tambahku lagi.
"Bersedia untuk apa?"
"Akhirat dan mati!"
.
bergumbira bersama~
.
Berfikir kembali.. betapa senangnya aku melupakan mati.. seolah-olah ia takkan berlaku..
Astaghfirullah..
.
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat"
Surah Al-Insan 76: 2.
.
"Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai orang yang tuli dan buta"
Surah Al-Furqan 25: 73
.
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..."
Surah At-Tahrim 66: 6
.
Ya Allah, peliharalah kami sekeluarga. Jadikan kami semua sebagai hamba2-Mu yang taat. Amin.

Sunday, July 26, 2009

Ciri-ciri pemimpin

Nurul dan Kak Farah dengan bunga-bungaan~
.
Quwwah dan Amanah..
Pertama kali aku dengar berkenaan ciri-ciri ni mase satu aktiviti di London..
.
"Wahai ayahku, jadikanlah dia sebgaai pekerja (pada kita), sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja ialah orang yang Qawiyy lagi Ameen"
Surah Al-Qasas 18: 26.
.
Ohoo.. kapal.. macam di Portsmouth~
.
Qawiyy = Kekuatan, keupayaan, kemahiran.
Ameen = Amanah dan bertanggungjawab.
2 ciri yang harus ada pada seorang pemimpin..
.
Kekuatan.. apa maksudnya ek? Dr Google??
.
dari blog ni, definisi kekuatan ialah:
"Kegiatan, yang apabila dilakukan, akan membuatkan kita merasa semakin kuat."
.
lagi pening plak..
.
Bila dengar perkataan kuat, aku terfikirkan maknanya ialah ketabahan dan tetap pada sesuatu. Kuat rohani ialah orang yang tetap pada pendiriannya, iaitu orang yang tak lut apabila digoda syaitan. Tetap pada kepercayaannya kepada Dia.
.
Castle yang teramat cantik.. waa.. nak g tempat ni jugak!!
.
Anda ada definisi kekuatan?? kongsi2..
.
Bertanya diri sendiri, apakah aku ada ciri-ciri ini untuk memegang sebuah amanah?
Kekuatan?? Amanah?? Hurm..
Aku merasakan aku tidak cukup tabah.. walaupun makna namaku ialah 'kekuatan'.
.
Terasa tidak berkeyakinan untuk menyempurnakan amanah ini. Mampukah untuk teruskan?

.
Douka kamisama, boku ni yuuki wo kudasai..
.
Castle tadi..
.
Bercakap tentang makna nama, mase Nuqaba' Camp, jumpa Kak Hamizah dari UPSI.
"Awak tahu apa makna nama kita?" soal Kak Hamizah padaku.
"Kekuatan?" jawabku..
.
"Dalam kitab-kitab lama, perkataan Hamizah ni, maknanya ceria. Awak rase betul tak makna tu?"
"huhu.. macam ada sikit2.." jawabku.
.
Mengumpul kekuatan untuk sentiasa ceria.. go Hamizah!!
.
Ps:
1. Lokasi gambar2 di atas di ambil: Inverary (kata Nurul, tempat ni kat area tepi pantai, lagi atas dari Glasgow). Nurul, nanti bawak aku ke sini :) n hepi to see ur smiling face :)
2. Terima kasih kepada seorang sahabat yang terus-menerus memberi ku semangat. Maaf yang amat sebab telah menimbulkan masalah dan merisaukan dia.

Saturday, July 25, 2009

Sebuah amanah

komuniti Melayu di Surrey.. (gambar sekadar hiasan)
.
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui"
Surah Al-Anfal 8: 27
.
sedang kamu mengetahui.. sedar yang amanah tak dilaksanakan dengan sebaik dan semampunya..
.
memegang amanah.. suatu yang amat berat untuk dipikul..
.
.
Nasihat Dr Asrar kepada anaknya, Asiah Yusra,
"Dalam mengajak manusia, jangan terlalu runsing dengan soal natijah kerana natijah itu urusan Allah. Allah akan tanya apa yang kita buat. Yang paling dipandang-Nya ialah keihklasan dalam beramal dan ikut sunnah. Allah takkan salahkan kita kalau kita tak berjaya capai matlamat. Yang penting, Dia tahu kita dah berusaha. "
Petikan dari novel Tautan Hati.
.
Tapi bagaimana jika disedari usaha kita masih belum cukup setimpal dari apa yang sepatutnya?
.
hurm..

Friday, July 24, 2009

Ibadurrahman

adik2 ku yang aktif.. penat melayan.. las2, aku xlayan.. biar aje la dorang ni~ (kakak yang kejam)
.
Ibadurrahman.. bermaksud, hamba-hamba Tuhan yang Maha Pengasih.
.
Dijelaskan dalam surah Al-Furqan, ayat 63 hingga 70.
.
"Adapun hamba-hamba Tuhan yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan Salam."
.
Nasihat Dr Asrar kepada anaknya, Asiah Yusra.
"Tawaduk satu sifat terpuji. Perasaan tak mampu dan tak layak memang perlu ada dalam diri kita tapi apabila ia terlalu menguasai diri, ia bukan tawaduk lagi. Sebaliknya merupakan alasan ciptaan syaitan supaya kita meninggalkan kerja yang mulia ini. Kelemahan untuk diperbaiki sebaik-baiknya, bukan untuk dikesali semata-mata. Siapa yang tiada kelemahan di dunia? Mustahil manusia ma'sum. Itu hanya sifat yang layak bagi Rasul."
Petikan dari novel Tautan Hati.
.
"Dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri"
.
"Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab Jahanam dari kami, kerana sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal"
.
"Dan orang-orang yang apabila menginfakkan (harta), mereka tidak berlebihan dan tidak (pula) kikir, di antara keduanya secara wajar"
.
"Dan orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina"
.
mereka yang aktif lagi..
.
Mengumpul semangat diri. Ibadurrahman.. Layakkah?
Pilihan di tanganku.. Sama ada berusaha melayakkan diri sebagai hamba Allah Yang Maha Pengasih atau melupakan tawaran ini..
.
Tapi, siapa yang perlukan siapa?
Allah perlu sembahan dari kita untuk Dia menjadi Agung, atau kita yang perlukan segalanya dari Dia??
hurm..