Saturday, January 31, 2009

Stay up~

tadaaa... terkantoi sudah meja studi ku yang bersepah ini.. uhuk2..
.
hari ni, ntah datang angin apa, aku membuat keputusan untuk stay up. Sebab utama ialah agar tidak ditinggalkan oleh rombongan Surrey ke Manchester esok pagi, jam 5am. dalam kul 3.40am, mata trase ngantuk.. macam dah tak leh studi.. kalau diteruskan studi, alamatnya, aku akan terus tido.. bahaya2.. misi ke Manchester harus diteruskan...
.
jadinya, aku mengupload blog ku ini..
jom tengok hadiah dari sahabat2 semasa jaulah hari tu.. (ketiadaan modal tuk diceritakan dlm post kali ni..)
Shamerock dari Kak Jannah dan Kak Dayah...
.
Khinzir!! haha.. sape lagi yang bagi kalau bukan mak cik akma... adei, kena tarbiyah ni, bagi benda haram plak...
.
gelang dari Kak Nora.. =) mungkin message di sebalik hadiah ni ialah agar aku jadi lebih feminin.. walaupun aku sudah feminin... hikhik
.
key chain Eiffel Tower dari Sarah, classmate ku.. Sarah, xsuke probability!! waa.... (apalah nasib, jumpa Stats lagi..)
.
Teddy Scotland dari Teah dan Nurul speku.. hihi.... Edinburgh yang sangat cantik... tibe2 rindukan burung2 itu..
.
Lampu raya dari Nurul... hihi.. dia terdengarkah aku kata sangat suke lampu2 ni mase kat Edinburgh dulu?? Iffah, bilik aku pun dah ada lampu.. hihi...
.
ada lagi sejam untuk ke Manchester... harus mandi dan bersiap.. (mata dah kuyu.. memang xbiasa stay up..)

Friday, January 30, 2009

Jejak kasih 3 + 1 A

Ajah n Amalina

.
wah, setelah sekian lama terpisah, kami bertemu semula...3 A, Ajah, Amalina, Ainol... (tambah lagi sorang, Aishah. hihi.. nak make gapo ahad ni? usha2 resepi jom!!) sangat gembira sebab semalam chat dengan Amalina dan Ainol. Rindu ku pada mereka sedikit terubat..
.
huhu.. (sambil type, sambil sengih)... lucu mengenangkan memori kelas kami dulu.. especially kelas Dr. Foord. sape2 masih ingat perkataan 'rancangan'?? huhu.. aku masih ingat nada perkataan tu disebut.. wah, rindu amat zaman kolej dulu..
.
juga amat merindui saat-saat ini.. adik-adik, jangan putus asa.. teruskan usaha...

Sunday, January 25, 2009

Antara yakin dan usaha

Cathedral Court, sebelah bilikku di Cathedral Court dulu~
.

Jam 10.55 pagi, aku melangkah keluar dari bilik.. berjalan dengan semangat untuk ke Program Palestine di AC Building. Dalam perjalanan, kelihatan tali panjang yang diikat di sepanjang jalan sebelah Stag Hill Court (Hall di Surrey digelar Court). Tali yang bertulis POLICE.

Em, apa yang dah berlaku? Tak dengan pape pun semalam. Musykil2..

Since jam sudah menunjukkan pukul 11.00, aku terus ke AC Building, masih terfikir-fikir apa yang sudah berlaku.

.

Seorang lelaki ditembak mati

29 Desember lalu, aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari Kak Nora.

“Ajah, nanti hati-hati tau. Ada pembunuhan kat Cathedral. Jangan keluar ke mana-mana”

Pembunuhan? Biar betul..

Hari tu, kerana ketakutan, segala-galanya dilakukan di bawah meja.. makan, studi.. Sangat takut sekiranya peluru tersebut tersasar ke arah pintu bilikku (lucu bila teringat balik.. hihi)

.

Lepas tu, dapat berita bahawa ada seorang lelaki bersenjata yang kurang sihat mentalnya, ke Cathedral dengan pistol mainan. Penduduk setempat yang melihat keadaan ini terus melaporkannya kepada pihak polis. Dan, lelaki tak bersalah itu ditembak mati.

.

Haiz, buat suspen je. Ingatkan berlaku kes tembak-menembak antara penjahat dan polis. Hihi, tula, sape suruh imagine lebih-lebih. Cerita ni, aku dengar dari seorang sahabat di Surrey. Kesahihannya tidak dapat dipastikan. Berita ini tersiar di website BBC


Papan tanda warna kuning tu ialah Student Union.. gambar diambil dari tingkap bilik.. (sekali lagi, betapa dekatnya bilikku dengan tempat kejadian)

Berita hari ini?
Soalan aku pagi tadi terjawab apabila terbaca berita di website ini. Seorang wanita di rogol di dalam semak, semasa dia dalam perjalanan melintasi Student Union awal pagi tadi. Sekali lagi, jenayah berlaku sebelah bilik ku. klik di sini untuk berita.
.
Nasihat sahabat.
"Ajah, kat Surrey nanti, jaga diri. Jangan naik tube sorang-sorang, especially waktu malam." nasihat seorang sahabat semasa jaulah Scotland tempoh hari.
.
Beranikah aku? Bagi yang mengenaliku, pasti cepat mereka menjawab TIDAK. Namun, mana datangnya keberanianku berjaulah jauh hingga ke Scotland seorang diri?
.

"Peliharalah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang

masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu di hadapanmu.

Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila

kamu engkau memohon hendaklah engkau memohon petolongan dari Allah.

Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat

untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah

Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan

engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya

melainkan dengaan sesuatu yang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu,

kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan

kesemuanya)." (Hadith diriwayatkan oleh At-Tirmizi berkata: Ini hadith

Hasan Sahih)

.
Japanku hanyalah, "Allah sentiasa bersama hambanya. Aku akan berusaha elakkan jalan-jalan yang sunyi, dan kawasan-kawasan yang kurang selamat."
.
Kita hanya mampu berusaha sehabis daya, selebihnya terserah pada Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Kuasa.

.