Wednesday, October 29, 2008

Untukmu Izzat Hanafi

Soalan:
Amaran: jangan speku pabila membaca title post ni.. (especially mak cik akma yg gediks..haha)
.
ni post utk Izzat yang bertanya 1 soklan Maths kepadaku 2hari lepas..aku amat sibuk..so ampun sgt2 kerna br nk post benda ni.. huhu...
.

ni cara tulis (1+a1)(1+a2)...(1+an) dlm simbol maths.. big Pai tu maksudnya product of..yakni hasil darab semua benda2 tu..
.
n sigma is hasil tambah.. :) (seperti yg diketahui semua..)
.
we prove this inequality bt proof by induction.. 1st step, check whether the inequality is tru for base number.. we take 1 as base number..
.
step 2..
.
(sori2..gmbr kurang jelas..aku gna kamera je..xde scanner..celik2 kan mata ek..hihi)
step 3, check whether the inequality is tru for n= N+1... if this is true, the inequality is true for all n>=1. (gambar kt atas ni ialah cara susun benda2 alah tu so that senang nk compare nilai2 mereka lps ni)
.
letakkan benda2 alah tu pada tempat yang sepatutnya... yakni, sama dgn soklan.. cuma ini ialah for n=N+1
.
kena dapatkan ini..sekiranya dpt buktikan this inequality, maknanya kita dh berjaya selesaikan soklan ni..
.
ni argument nape inequality kt atas tu betul...
.
lastly, jangan lupa tulis QED.. dan ucaplah Alhamdulillah setelah berjaya menyelesaikan satu soklan..hihi...

Impian ke Durham menjadi kenyataan.

ohoho..walaupun Surrey berada di selatan, kami pn mengalami suhu serendah -1 degree.. iaitu semalam... salji pertama sejak aku berada di UK telah pun turun..ni gambar blakang bilik.. walaupun salji xtebal, tp ada salji la.. warga London turut mendapat salji (setelah beberapa status ym mereka bertulis: snow in London)
.
Untuk pengetahuan saudara saudari yang berada nun jauh di utara England, Ajah bakal datang pada 2 Jan kerna Ajah tau kamu semua amat rindukan Ajah..haha.. (ye x Nurul, Iffah n Teah? Kak Ema cite korang asyik ngutuk aku nk kawen awal.. apakah.. haha.. harus aku siapkan diri dulu before fkr psl tu)
.
plan nye gini.. balik je dari PUISI, 27 Dis 2008, aku bakal berkampung di London selama sehari (jln2 lagik..hihi).. so warga London (either City or Imperial College, harus bersedia menyambut Ajah..) btw, aku prefer Imperial College sebab dapur dia lagi bes n ada 2 jejaka yang akan tolong basuh pinggan..hihi.. suke2.. tapi, kalau bdk2 City merayu aku ke sana, apa nk buat kan.. haha.. poyo le..
.
pastu, aku pulang ke Surrey (tanah yang belum aku cintai sampai sekarang...susah betul nak cintai Surrey kalau aku dah tersuka kat Durham..)
.
Outward journey: 2 Jan 2009 departs London Kings Cross at 13:30. Pada 2 Jan, aku bakal berangkat bersama senior terchenta, Kak Ema ke Newcastle.. IA bermalam di sana n bakal melawat Durham keesokan harinya.. boleh aku jumpa satu2 nya pelajar KPM yang survive di sana , Voo Chung Jun. Tiket train sudah dibeli..huhu.. doakan agar segalanya berjalan lancar tanpa sebarang halangan...
.
plan seterusnya ialah ke Scotland berjumpa Iffah, Nurul, n Teah.. korang jgn g mana2 time ni tau... :)
.
n kepada Mak Cik Akma, bila nk kuar dari pulau ala2 Sarawak tu? datang le mainland... harus kita g jalan2 sama2... hihi..
.
pss: kpd Guest: Ajah tidak begitu sempat utk mengupdate blog kerna kebizian dgn Maths n kerja2 lain (yakni..... biarlah rahsia..hihi).. IA akan update blog paling kurang skali seminggu..tu kira ok la kan.... haha...

Friday, October 24, 2008

Penyucian harta..

ni post khas utk Lili.. kesian awk hilang hp.. xpe2.. tu dugaan... IA ada hikmah diluar pengetahuan kita manusia...
.
sebenarnya, sesuatu gk telah berlaku padaku... kisahnya gini.. aku telah book 2 tiket return ke satu tempat di UK sejauh 5 jam dari London.(korang blh bayang betapa jauhnya..).. n aku pun telah book 4 lagi tiket utk 2 kawanku..
.
pastu, dlm asyik aku merancang perjalanan ke tempat ni, aku dpt ym message dari sorang senior... bahawa perjalanan kami terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang sangat tak dapat dielakkan... mase tu, merah gak muka ku.. yela kan, tiket tu harga dalam 24 pound.. (convert duit Malaysia, duit aku burn sebanyak RM144)...
.
disebabkan tak dapat buat pape, aku pun redha jela..huhu... pastu, senior yang sepatutnya pergi dengan aku ni kata: Tak pe Ajah, mungkin tu penyucian harta.
.
huhu..betul gak.. segala yang berlaku pasti ada hikmah...

musim kebizian...

bila ym, majoriti status yg aku tgk ialah: busy, sibuk, studi, apakah assignment ni n lain2.... ni mgkin musim bizi bg kwn2 kt UK.. xpe, korang, berusaha tau.. naikkan nama Malaysia, n yang paling penting, naikkan nama Islam.. biar org lain buka mata skt...
.
dan aku, kelas paling lama 4 jam sehari...ada yg 2jam sehari je.. adus, masa lapang yg banyak melekakan.. harus aku buat keja2 lain...
.
ada hadith yang kata 2 nikmat yg di...... (di apa ye? lupa2..)... iaitu nikmat masa lapang n nikmat kesihatan yg baik... dan skrg, aku harap aku dpt gunakan mase ku se optimum yg mungkin... harus baca n tambah pengetahuan...
.
assignment utk minggu depan sudah aku siapkan... tinggal kena studi skt2 utk tajuk yg bakal di ajar minggu depan n prepare utk test real analysis esk... semoga masa ku diisi dgn perkara yg bermanfaat...
.
kwn2, jom g Cardiff... to Khairul: aku pn ikut korang adik-beradik ke Cardiff... hihi... n jom gk g Nottingham utk Palestine Conference... :)

Thursday, October 23, 2008

ke London lagi...

hihi..aku bakal turun menggegarkan London pada pagi Sabtu.. Imperial College, tunggu!! Jpah menanti-nanti masakan aku yang super lazat (yakni ayam masak gulai kampung, sayur masak lemak n IA puding roti).Aku ingat nak g masak Tom Yam je, tapi disebabkan Jpah ni demand sikit, aku masak jela..huhu..harap2 le menjadi..almaklumlah, aku bukannya pandai masak...(ko tak makan nanti Jpah, siap ko..haha)
.
Jadual perjalanan aku di London (Sabtu, 25Oct)
7.30am: bersiap2..
8.00am: ke Guildford Train Station.
8.30am: bertolak ke Station London Waterloo..
9.00am: mungkin ke Oxford Street, mencari hp kerna aku xsanggup lagi men top ip hp ku ini.. lg bes gna free minutes...
12.50pm: solat berjemaah dgn Aishah Fatihah (aduh, dh lama aku xsolat jemaah)
2.00pm: masak-masak bermula..
3.00pm: makan-makan.. (harap2 sedap..hihi)
4.00pm: Ke kedai..
7.00pm: Ke rumah Kak Nik
Ahad (26 Oct)
6.30am: bertolak dr Imperial College ke Waterloo Train Station
8.00am: bertolak ke Surrey :)
.
Semoga perjalanan ku dipermudahkan...
.
pss: Aishah, aku dh beli sayur mayur yg agak2 murah... baby corn xbeli..mahal sgt deyh..hihi... harus kita berjimat-cermat... hihi...

Tuesday, October 21, 2008

Palestine Conference 2008



untuk mendaftar, bolehlah emailkan nama ke email ni: palestine@fosis.org.uk
.
boleh gk daftar scara online kr website ni : http://www.palestine-conference.com/
(pendaftaran adalah wajib)

pss: huhu, blh pilih nk yg ada workshop atau x... n saya pilih yg ada workshop... walaupun masih kurang pasti apakah pengisian utk workshop ni, IA sgt bermanfaat...
.
"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan di jalan Allah, nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)"
(Surah Al-Anfal 8: 60)

Meneladani Peristiwa Hari Hartal

Hari Hartal jatuh pada tanggal 20 Oktober 1947. Pada hari tersebut, rakyat Tanah Melayu berpakat untuk protes dan mogok kepada pemerintahan British di Tanah Melayu. Tindakan ini merupakan suatu manifestasi perjuangan rakyat Tanah Melayu dalam memerdekakan negara mereka serta menyingkirkan penjajah British secara total. Meskipun ditentang dan ditekan dengan hebat oleh si penjenayah British, masyarakat Melayu, Cina dan India bersatu hati dan bergabung tenaga menjadi pejuang-pejuang tanahair menentang kezaliman dan menuntut kemerdekaan mutlak.

Wacana ini akan cuba menjawab beberapa persoalan penting, iaitu:
- mengapa berlakunya peristiwa ‘Hari Hartal’?
- apakah strategi yang digunakan British untuk menyekat kemaraan rakyat Tanah Melayu?
- apakah signifikannya peristiwa tersebut dengan situasi semasa Malaysia?

Panel yang dijemput untuk membincangkan isu ini ialah Saudara Muhaimin Bin Sulam. Beliau merupakan seorang mahasiswa pasca-ijazah PhD di University of Wales, Lampeter.

Berikut merupakan maklumat lanjut program:
Tarikh : Ahad, 26 Oktober 2008
Tempat: Darul Isra’ Islamic Centre
Masa : 1.45 petang – 3.45 petang

Sekiranya anda berminat untuk menghadiri ke wacana ini, sila emailkan NAMA, UNIVERSITI dan TAHUN PENGAJIAN kepada Saudari Dayang Nur Hadziah di email – mind_empirez@yahoo.co.uk

untuk maklumat lanjut, hubungi Azad (pengarah program) di email: azad282@yahoo.co.uk.

apakah itu hari hartal? huhu..blh wt research dgn search "10 tahun sebelum merdeka" kt Youtube.. :D

Monday, October 20, 2008

Wakil dari Durham terchenta...

hihi..gambor ni sgt terbuang... gelap n kabur..
.
Sabtu, 18 Oktober... bumi Surrey di datangi oleh rombongan dr Durham... sepasang suami isteri telah dtg ke Surrey.. perasaan aku? tentulah gembira.. walau xdpt ke Durham..hihi (apakah??)..
Ustaz Mazlee Malik telah dtg bersama isteri ke University Of Surrey utk menyampaikan talk yg bertajuk Fiqah Luar Negara...
.
Intipati nya lbh kurang dgn apa yg Ustaz Hasrizal sampaikan mse MOC dlu..huhu.. bgs sbb blh renew n ingatkan smula beberapa perkara berkaitan ibadah...
.
kesimpulannya, sgt senang ibadah kt UK ni.. huhu..alhamdulillah, masjid pn banyak... (sadis skt, sbb Surrey xde masjid.. IA jika diberi kekuatan, sme2 bekerja utk mengumpul dana bina masjid.. ) tapi syukur sbb Muslim di Surrey sekurang-kurangnya diberi sebuah bilik utk solat (muat utk lbh kurang 2 muslimat n 6 muslimin.. sgt kecik kn? sadis2 skali lg).
ni gambar cikgu computing aku..namanya David Bish.. tersangatla sempoi..korang blh tgk pemakaian dia..pakai suar pendek je dtg bg lecture.. huhu..hebat2.. apa kaitan dgn talk kt atas, aku pn xtau..

Sunday, October 19, 2008

Madu..

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni
cerpen ni diambil dr dr blog Rawdha Sakeena.
.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopakbawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?"suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalikFatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan, " jawab Fikri.
.
"semakin banyak nikmat, semakin besar tanggungjawab"

Monday, October 13, 2008

KYUEM dalam kenangan- part 1

ICAN 2007...sukaneka.. aku xberkesempatan utk maen dgn adik2.. sadis2..
.
A Night with Nowseeheart... ICAN 2007... banyak dugaan pd hari ni.. masih ku ingt semua AJK bertungkus lumus menghadapi ujian yang datang satu persatu.. Afiq, Amalina, Iqtidar, n Farah...kalian sgt tabah... sori sgt2 kalo aku ng Pali mcm terlalu kedekut...
.
Treasure Hunt.. IAW 2007... Revert to the Virtuous Love... ahli2 yg menjayakan treasure hunt... (mana ketua kami?? haha.. br balik dr DOE..redha2...special thanks to Syazwan yg amik alih tugas ketua kami..cuba teka sape? haha)
.
Bangsawan 2007... masih ku ingt, watak ku hanyalah org kampung...tp sbb terlalu asyik tgk lakonan bdk2 garnet, aku terlepas part aku(yakni part org kampung je) naik ke pentas...haha.. terbuang lagi.. jadi hari tu, aku org kampung yg xdtg shooting... sgt hebat!!
.
Bangsawan 2008... aku sebagai pokok yg menemani Qillote... bukan sebarangan pokok sbb aku ditugaskan utk 'menari' sebelah watak utama..haha..hebat x? nape aku sanggup jadi pokok? ramai yg tny soklan ni..jawapan aku ialah, sejak kecik aku tgk cite, sgt2 nk jadi ape2 aje yg ada costume pelik... n akhirnya aku berjaya mnjadi pokok...hihi...
.
Garnet Tribal Dance... Nostalgic Nite... sgt suke sbb blh buat baju org asli, n menari tarian yg sgt simple tp sgt unik.... go garnet!!
.
Tutorial group n cikgu tersayang... Dr Foord xberaya (ie sambut Christmas) kat UK taun ni sbb dia akan ke Australia... so, taun depan baru ada gathering bdk2 kls Physics... kawan2, nanti kita gather same2...
.
Bakti Kenyalang 2008.... program yg paling bes... walaupun kepenatan smp dh xlarat nk bercakap mse nk balik semenanjung, tp kenangan manis di Sarawak bersama keluarga angkat n kawan2 xkan dilupakan... n kenangan bermain bersama adik2 Kampung Spaoh mse Sukaneka... (ingt lagi, kami pasukan sukaneka sgt semangat hari tu...semua pakai baju merah... almaklumlah, majoriti dr kami ialah Garnet..haha..assobiah plak..sori2..)
.
kepenatan... flight kami delay 3 kali.. n lewat malam tu baru kami bertolak... sampai ke KYUEM jam 4am...
.
Malam Kebudayaan Bakti Kenyalang... huhu...mse ni ingt nk pinjam hiasan pinggang yg adik2 ni pakai, tp kejap je diaorg duduk...xsempat mintak... tq Min sbb tolong amik gambar ni (hehe, masih ku ingt)
.
Bersama ayah angkat n 3 adik angkat... mereka ni sgt aktif... agak penat melayan..hihi...
.
before 'fly' ke Sarawak... kami para penumpang flight ke-3 sampai berjanggut menunggu
giliran...org lain dh smpai Sarawak pn...huhu..
.
Dari kiri: Fatimah, Farah vice sc, Wahida, Tiqah, Me, Nurul (aka mak kucing...skrg dh jadi mak burung..haha), Nova (jenama keta kt Belfast..hihi), Jannah...
.
saje letak gambar2 sepanjang keberadaan di KYUEM... terlalu rindukan mereka, Surau As-Saad (+ kad chomel...dh lame xjatuhkan kad tu..n meja studi Fatimah kat surau...tmpt aku n Kak Akma berhempas pulas dgn Further Maths..) n kucing2.. camne mereka ek? dh makan ke belom skrg? Amee ade, lega skt hati ini...

KYUEM dalam kenangan- part 2

graduation day... sgt gembira.. bersama kawan2... rindu amat kt semua...
. Fatin Shum, Qillote, Tiqah, Kak Akma, Me, Kak Dayang, Nurul...
.
MOC... sgt bes...adik2 jgn lepaskan peluang ke MOC..daftar awal2, kalo x, kena g WOW.. (tp WOW pn bes gk..huhu).. ni groupmate aku... dgn fasi Kak Majdina n Kak Hajar...
.
Minggu terakhir di KYUEM..aku ikut adik2 junior ke Pantai Dalam Kuala Lumpur utk sesi motivasi.. sebenarnya aku xtermasuk dlm senarai fasi, tp setelah buat muka kesian, adik2 masukkan nama aku..tq sgt2 kat Wit, Amee n Fatimah...
.
Group aku bersama adik2 dlm lingkungan darjah 4 ke darjah 6... sgt penat melayan kerenah adik2 yg aktif ni..huhu..tp bes gk..at least, xde la aku sorang je yg bercakap... rindu amat kat adik2 ni.. diaorg mintak aku dtg lagi bersama suami...haha..bapak demand bdk2 ni.. IA, kalau ade rezeki, Kak Ajah datang lagi bersama ehem... hehe... (namanya masih menjadi rahsia Pencipta)
.
keesokan harinya, aku ikut geng2 senior ke Tunas Harapan... objektif nya hanyalah utk bermain dgn adik2.. huhu... dan berjumpa semula dgn adik2 yg di rindui... trima kasih kpd semua yg menjayakan aktiviti pada hari ini...special thanks to Katun yg bertungkus lumus menyiapkan homework Computing utk dtg bersama kami..
.
adik2 ni tersangat la aktif.. sgt menguji kesabaran... pastu, yg aku geram, abang2 yg dtg ni pn aktifnya mengalahkan adik2... (blh tgk x muka aku geram dgn diaorg..haha).. gambar ni di rakam oleh sorang adik Tunas Harapan...candid ni..haha..
.
of course, kwn2 yg sgt aku rindui... kami same2 kongsi suka duka... IA, jumpa lagi kat PUISI...
(ni antara gambar pencerobohan kami di surau bahagian muslimin..hehe.. biasala..dh kempunan nk turun bawah..)
.
rindu kamu semua~

Sunday, October 12, 2008

Trip to London, again...

Perjalanan bermula jam 8am dari University of Surrey...kul 9.20am, aku tiba di London Waterloo train station. dan aku disambut oleh Ustaz Pali aka Fahri jam 9.45am... kami bergerak ke Oxford Street dan di sana, kami disambut pula oleh Syamil n Iman... perjalanan kami diteruskan ke Sport World kerana aku memerlukan sepasang kasut baru.. huhu..
.
kt Sport World ni, terserempak dgn Shah IC, Jpah dan Muiz (dr Birm..jauh tu..). ramai betul bdk KYUEM kt London ni...smp blh terserempak gitu..jeles plak aku keseorangan kat Surrey ni..

tgk, kt London ada jual serban..haha.. semangat amik gmbar dgn serban sbb first time tgk org jual serban kt sini...tp, bila dh jln2, rupanya byk gle kedai jual serban...haha..terbuang2...
.
pastu, kami ke Primark, tempat jualan baju yg murah..haha..aku yg jimat sesuai dgn tempat ni.. huhu.. byk barang2 yg dibeli dek kerana aku tidak berkesempatan utk beli apa2 pn sesampainya ke UK 3 minggu lalu..
City of London... destinasi aku seterusnya... di Barbican Station, aku bersama Ika n Aishah Fatihah berjalan ke City University utk berehat n bermalam... Acip n Emme pula dikhabarkan masih berada di Surrey utk membeli benda yg 'penting'.. apa tu? haha... tny Acip ye..
.
b4 smp ke city uni, sempat singgah sebentar utk membeli sayur n buah utk dinner n breakfast esoknya.. huhu..
Manor garden...
.
dalam pukul 5pm, aku bergerak ke Old Street Station utk ke Angel, n dr situ aku amik bas ke Manor Garden... destinasi aku ialah umah Kak Nik... Kakak naqibah kesayangan... rindu sgt2 Kak Nik..dh 6 bulan xjumpa setelah Kak Nik dtg ke London utk buat research PhD nya..
.
banyak yg kami bualkan... terubat rindu ku pd Kak Nik.. aku dikhabarkan bahawa Kak Nik akan pulang ke Malaysia 2 minggu lagi.. IA, kalau ada kesempatan, aku akan turun ke London skali lagi utk berjumpa Kak Nik...
jam 7pm, aku bergegas ke Barbican.. n dalam perjalanan menaiki tube, aku terserempak dgn 2 muslimat.. Kak Aqilah n Kak Intan... wah..kami dijodohkan berjumpa di sini... rindu amat kt 2 akak ni.. lama xdgr khabar Kak Aqilah, n semalam aku diajak ke uni nya, Leicester... IA, kalau ada kelapangan, aku akan smp di sana..hihi....
aku bergegas ke City Uni utk memulakan agenda masak2..huhu.. sgtla bes masak sbb hanya guna perencah... masukkan perencah, masukkan ikan n udang, tunggu hingga mendidih, n makan..haha... senang kan...
kami masak2 kat kitchen Acip.. sgt selesa, mcm duk hotel..hihi..bes gk uni ni.. (Emme sempat posing..haha) sedih gk masuk dapur bujang ni... byk bnda yg xde..hihi.. (sori Acip..n iq juge.. :P ) tp Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan kari ikan n sambal udang utk dinner n nasi goreng kurang masin utk breakfast dgn bahan2 yg terhad.. dapur jejaka bujang la katakan...
.
lepas breakfast, kami berpecah ke destinasi masing2... aku ke Waterloo Train Station, Acip n Emme ke Oxford Street, Nain ke bilik Hanad, n Iqtidar ke Angel Train Station, ke satu open house katanya...
kasut baru..murah gle..10 pound je..hehe..jimat2..
jaket baru..yg ni pn murah gak..haha... sila lah ke Primark...
.
pss: terasa selamat berada di City University sbb sgt susah visitor nk masuk sini...kena sign in n out.. huhu.. terasa dlm penjara pn ada.. :P (sori ye kwn2 kat City Uni)

Friday, October 10, 2008

kiasukah?

Semalam, dalam mase sehari je aku dapat title kiasu dr 2 org...
.
Kiasu pertama aku dapat dari housemate aku, Hamna dr Pakistan... disebabkan asignment yg agak banyak, aku duk je dlm bilik sehari suntuk... sampai kul 9.pm, aku dh naik muak tgk buku..haha.. (aku memang jns xleh studi lame2..) dalam mase tu, aku ada ke dapur n toilet beberapa kali, n terserenpak la dgn cik Hamna..
Hamna: What r u doing?
Aku: Finish all my asignment..
Hamna: what? so, u r studying?
Aku: er..
Hamna: u r such a nerd..
Aku: (wt xdgr n amik air susu n trus minum..haha)
gitula kisah aku dpt title kiasu scara tidak langsung semalam.
.Kiasu kedua plak, bila aku ternampak Iwan online.. aku tertanya2, mana mamat ni blaja skrg.. pastu aku mula la tny dia, ko studi kt ne n bla2...
Iwan: tahniah sbb jd first (maksud dia, 1st KYUEM kt Surrey)
Aku: xbes pun..
Iwan: suai r utk c*nd*a*aw*n cam ko.. stdy solo..
Aku: aku bukan Muadz!! (sori petsib ku, termasuk nama hang..)
Iwan: eleh,tidak2 pun ko suke gak sbnrnye,kan2... kate kiasu..
Aku: apakah?
.
kiasukah aku? (jgn jawab atau bg komen psl ni tau..hihi)..
em, aku xkiasu... sbb apa yg aku faham psl kiasu ni ialah, xnak kalah... mksudnya, slalu nk jd d 1st.. xkesah dlm studi atau pape pn..
.
jadi, terbukti aku TIDAK kiasu.. sbbnya, aku xkesah pn kalo org lain lg bes dr aku... lantak le.. asal aku wt keje aku dh.. kalau la aku kiasu, mst aku tensen jd petsib Muadz n sekelas dgn Boon Seong yg slalu dpt full mark utk everu test... jadi kwn2, nmpak x, aku TIDAK kiasu...huhu... (mcm keras je perkataan tidak tu..hihi)
.
namun, aku ngaku, aku ni ada sifat kiasu dgn diri sndiri... mksudnya, aku xnk kalah dgn diri aku sendiri... contohnya, kalau xfaham, aku akan cuba sehabis daya utk fahamkan....(1 bnda yg aku xleh lawan, kalo ngntuk dlm kelas, aku tido je..haha...)
.
em, tanggungjawab lbh banyak dari masa yg ada... masa itu kehidupan.. moga aku dapat manfaatkan mase yg ada utk bnda yg bermanfaat....
.
teringat kata sorang muslimin mse kuliah asar kt surau As-Saad (uwaaa, kak akma, sya pn rindu kn kolej yg bes..rindukan kwn2...)
" semakin banyak nikmat, semakin besar tanggungjawab."
Tanggungjawab yg besar tergalas di bahuku.. dgn nikmat akal n keselesaan yg dikurniakan... semoga aku dpt trus menyumbang ke jalan-Nya...
.
Dan dgn sgala nikmat dari-Nya, aku akan blaja bersungguh-sungguh, kiasu dgn diri sendiri, bukan kerana aku KIASU..

Thursday, October 9, 2008

Ku serah cinta

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Fatihah 1:1)


Ku serah cinta : In Team
.
Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu
.
Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat
.
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
.
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah
.
Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan
.
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
.
Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

Monday, October 6, 2008

panorama sekitar university of Surrey

hari ni, aku agak kepenatan...huhu...5 jam kelas... smpai aku terpaksa jamakkan Zuhur dalam Asar disebabkan xde gap utk solat Zuhur... huhu... dikesempatan ni, aku upload gambar2 yg aku amik mse jln2 sekitar uni hari ahad lalu...huhu...
.
gmbar kt atas ni kelas proof.. em, susah ke? jawapan aku ialah, cara cikgu ni ajar lg parah dari Mr. B..huhu... cabaran besar n fahamkan ape yg dia ajar... tp, xboleh jadikan cikgu sebagai alasan.. sbb kalau kita btl2 nk n usaha, IA, akan faham...
.
ni plak aku amik dr tingkat 5 kat library...tempat kesukaan aku utk studi, sbb agak tersorok n pemandangan yg lawa... sedap mata memandang...huhu...
.
globe... aku penah tgk globe ni dlm webpage Surrey, tp xpnh smpai ke sini utk tgk sndiri globe besar tu... smpai la satu hari, ada sorang akak ni datang jumpa aku... n disebabkan aku kna jumpa dia dekat lake, aku ternampak globe ni..huhu...
.
ni meja dekat lake... sgt bes studi kt sini...tp apakan daya, agak jauh dr hall aku... nk dtg time cuti boleh le...
.
jambatan kat lake...
.
kat lake ni ada byk burung2 pelik... mase aku dtg amik gambor ni, burung2 ni dgn braninya kejar aku...apakah? aku panggang baru tau... bajet ganas btl burung2 ni..
.
ni plak itik2 yg berenang dgn bahagianya kt lake ni... ada 1 teka-teki... binatang apa paling tinggi dlm dunia ni? huhu...zirafah ke? bukan2... jawapannya ialah itik...sbb sedalam manapun air yg dia masuk, dia xkan tenggelam.. memang sgt panjang la kaki itik ni.. hi~
.
ni plak mse career fair kt uni... berlangsung pd 2 Oct 2008... disebabkan aku ragu2 dengan jantina rusa ni, aku membatalkan niat yg membara utk amik gmbar dgn dia... huhu.. xpe2.. nnt jumpa rusa perempuan, boleh posing lg.. he~
.
ni mug free yg aku dpt time career fair.. hrga asal, 3.50 pound.. huhu... blh minum susu...
.
sekitar career fair...
.
ni Natwest Bank... dalam campus, so sgt dekat... depan bilik aku je pon...
.
ni The Duke Of Kent building... bangunan utk bdk2 medical Physics, Chemistry, Biology n yg sewaktu dengannya...huhu... kat Surrey, xde kos Medic tau... so, sape2 nk dtg Surrey utk tujuan mengorat bakal doktor, batalkan saja niat 'murni' tu...
.
byk lg kawasan uni yg aku xjelajah... huhu.. xpe.. malam masih muda.. ada 3tahun lg kt sini... ade mase, aku g lawat lg..
.
n semestinya, bangunan Surrey yg moden xsecantik bangunan uni lain, mcm Cardif, Belfast, dan semestinya xselawa Durham kesayangan...
.
pss: tmbahan...td, aku jmp lecturer Dr. david Fisher sbb ada kemusykilan ttg Linear Algebra... masuk2 je, dia tanya nama. bila aku bgtau, dia tny byk ttg aku... camne dgn hall, dh unpack barang ke.. n bla2.. aku wt muka pelik..asal plak tnya banyak..pastu, dia tanya lagi, camne dgn Surrey? rse regret x lepaskan Durham.. haa... baru aku tau, dialah yg uruskan pengambilan aku dr clearing..huhu... br aku ingt nama dia dlm email2 yg aku dpt dlu...
huhu...tu jela kisah aku dan Durham tersayang..