Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

Monday, August 10, 2009

Proses pembersihan??

Tak lepas requirement uni? Di tolak kemasukan ke uni Firm n Insurans?
Jangan risau sebab masih ada satu lagi pilihan, iaitu clearing..
.
Sebab masuk clearing:
1. Tak lepas requirement kedua-dua uni firm n Insurans
2. Tiada tawaran ketika proses permohonan universiti.
.
Prosesnya??
1. Cek UCAS. Tunggu status dari uni firm n insurans.
*kalau mereka tak menerima anda, cuba hantar email rayuan dahulu. Kot2 dapat.
*ada kes yang walaupun tak lepas requirement mereka, masih diterima ke uni tersebut. Sbb tu kna tunggu status dari uni firm n insurans..
*n anda akan diamsukkan ke dalam clearing secara automatik.. Tak perlu buat pape.. hanay perlu tunggu.
.
2. Kalau dah masuk clearing, anda akan dapat clearing ID.
.
3. Cepat2 hubungi uni2 lain.
*uni yang masih ada kekosongan untuk kos anda. (yang ni, boleh bukak UCAS n kat situ ada senarai uni yang masih ada kekosongan untuk kos anda)
*uni yang menjadi idaman (jangan main amik je uni2 ni.. nnti jadi macam diriku.. hehe)
*hubungi mereka dengan email atau kol.. terpulang.. tapi uni UK ni efficient, kalo email, dorang akan reply secepat kol juge. (mantop kan?).
*dan ada kes yang senior hubungi melalui fon, n dorang last2 suruh email je.. xfaham BI kita yang bunyi2 melayu kot.. ngeh3
*boleh hubungi sebanyak mana uni yang disukai. Tanya ada kekosongan atau tak, bagitau result n tanya mereka menerima anda atau x.
*cuma perlu diingat, masa amat singkat. Once dah jumpa uni idaman dengan kekosongan, Terus terima. Jangan berlengah!!
.
4. Hubungi Uni idaman.
*bila dh jumpa uni idaman dengan kekosongan, cepat2 nyatakan kesudian anda ke uni tersebut. (dengan memberi Clearing ID ini.. jangan bg sebarangan je clearing ID ni.. ianya utk uni yang anda benar2 nak je)
*hubungi uni ni (email), n minta dorang percepatkan penghantaran dokumen2 seperti offer letter. Selesaikan urusan2 kemasukan ke uni tersebut secepat mungkin, seperti accommodation, fees dll.
.
5. Jangan lupa hubungi sponsor anda
*yang ini daku hampir2 lupa. Sesuka hati je mintak masuk clearing.. Last2, bagitau Cik Ratina, tukarkan tiket flight saya ke London sahaja pada tarikh sekian2.. (adei, jangan ulangi perangai sebegini.. sangat tak elok)
.
6. Isi Clearing Form
*menurut senior2 sebatch dengan saya, clearing form ni sampai ke alamat rumah mereka. (berbeza dengan kes saya sebab saya tak perlu isi pape form)
*kata mereka, isi mengikut arahan. Tak sampai 5 minit pun.
*n pesanan mereka, pastikan Uni idaman yang anda hubungi tadi, confirm menerima anda.
.
.

Monday, June 22, 2009

Exam result

Mendapat email dari Dr Deane.
.
Hi Hamizah
You will receive it now; here it is. You got 120 credits and an average
of 83%, which is a very good result. All the details will be in your
transcript letter, which will be sent out shortly. Congratulations &
Regards, JD
.
Alhamdulillah..
Tiada daya upaya melainkan semuanya hanya dari Allah.
.
"Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu."
Surah Luqman: 33
.
"Sesungguhnya mereka menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak mempedulikan kesudahan mereka pada hari yang berat (Hari Akhirat)"
Surah Al-Insan: 27
.
Dunia yang indah di mata manusia. Jadikanlah dunia kebun untuk persediaan di akhirat, bukan sebagai matlamat hidup.
Ya Allah, jauhkan hatiku dari cinta akan dunia yang melalaikan.
.
Should I go to Imperial College? em, masih ada masa untuk study dan interview.

Tuesday, May 19, 2009

Andai ku tahu~

Geng pecah masuk ke Surau Muslimin.. (sesaje letak gambar ni sebab rindu kan mereka)
.
beberapa perkara berlaku dalam minggu ni.
.
Kejadian 1
Aku tersalah tengok jadual exam. Ku sangka exam Statistics, tapi rupanya exam Linear Algebra.
kurang dari 36 jam (tu tak tolak tido, makan, solat) untuk studi tajuk tu.
Disebabkan masa yang suntuk, aku yang amat jarang dapat studi dalam jangka masa lama dapat duduk di meja 3 jam dengan fokusnya!! Pencapaian yang menakjubkan pada diriku sebab biasanya, lepas sejam studi, aku akan mula melagha ke beberapa tempat sebelum sambung studi balik.
Kesimpulan: masa yang suntuk membuatkan aku tidak membuang masa dan fokus untuk mencapai matlamat ku esok, yakni EXAM.
.
Kejadian 2
Disebabkan tersalah tengok jadual exam, aku telahpun habes studi Statistics. Jadinya, selepas exam Linear Algebra, mood untuk studi sudah tiada. Dan aku masuk exam dengan kefahaman hasil studi tersebut dan sedikit ingatan terhadap formula.
Kesimpulan: Persediaan awal membuatkan kita tenang. .
.
Kejadian 3

Aku hanya tinggal kurang 2 hari untuk pack barang-barang untuk pulang ke Malaysia. Beberapa surat untuk kolej masih belum dihantar (surat sebagai tutor di kolej).
Dan 2 hari lepas, aku baru mula membeli barang-barang untuk di bawa pulang. Penat jugak berjalan dan memilih barang-barang untuk familiku yang amat demand (sebab cerewet, nak warna ni la, nak corak tu la, nak design ni la..redha~)
Kesimpulan: Masa yang suntuk membuatkan aku benar-benar berusaha, mencari apa jua cara untuk aku tunaikan permintaan adik-adikku. .
.
.
Semua pengajaran tentang masa.
Kejadian2 tu buat aku bertanya,
"Kalau la aku tahu aku akan mati esok, agak-agak apa yang aku akan buat ye?"
Jawapanku ialah: Sangat banyak. Aku rasa masa 24 jam tak sempat untuk aku tunaikan semua haq yang terabai sebelum aku mati. Macam kalau boleh, nak mintak notis seminggu lebih awal. Tu pun rasanya stay up jugak untuk tunaikan semua haq.
.
Muhasabah
Memikirkan tantang ini, aku merasakan yang aku masih belum gunakan masa ku dengan se optimum mungkin. Sebab masih banyak haq yang tak tertunai.
.
Sebagaimana semasa melihat kematian, kita sering melihat kematian itu kematian orang lain, tanpa pernah meletakkan diri di ketentuan itu.
Biar pun mati itu pasti, namun kita yakin ia bukan giliran kita. Masih punya masa, masih punya ketika. Dengan keyakinan sebegini, kita lalai dalam bersedia, hinggalah benar-benar tiba saat itu.
.
Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati.
.
Harapnya aku tak tersalah agak yang mati ku masih lambat padahal ianya mungkin esok atau kurang daripada itu. Harapnya aku tak tersalah anggap kematian ku masih lambat sebagaimana aku tersalah tengok jadual exam dengan menganggap exam ku lagi 3 hari, bukan 36 jam.
.
Masihkah kamu hidup yang biasa-biasa andai mengimpikan syurga yang luar biasa?
.

.
Video lawak yang mempunyai seribu satu makna bagi yang berfikir.
Jom hargai sekecil-kecil masa sebagimana mereka ni menghargai sekecil-kecil nyawa.
.
.

Wednesday, May 13, 2009

Exam~

Exam.. esok, Paper Linear Algebra.. 9 topik perlu difahami..
Dan aku, baru semalam mula baca Linear Algebra.. sebab, daku ingatkan exam subjek ni 15 May nanti, namun jangkaan ku silap.. semalam, aku terlihat jadual exam, rupa-rupanya exam Linear Algebra adalah pada 13 May!! adei.. tinggal kurang dari 36 jam untuk studi 9 topik..
Penat aku g pulun Stats yang aku tak pernah suka.. Tertukar tarikh rupanya..
.
Gud Luck juga untuk Sya yang bakal menduduki exam esok.. ITQAN.. huhu
.
Ps: Dia sibuk bergambar di Bath padahal dia pemandu pelancong.. haiz.. =P
.
Gud Luck juge buat Wani dan Siha.. Paper kita sama-sama pagi esok.. berjuang sama-sama ek!!
.
Ps: post di type tika otak kepenatan.. lg 1 subtopik untuk dibaca.. pastu wat latihan.. pastu exam.. pastu boleh main!! yeay!!

Friday, May 1, 2009

Physics paper 5

Gara-gara boring dengan Classical dynamic dan perasaan rindu kan fizik yang membuak-buak, aku membelek-belek nota fizik zaman A-Level dulu..
.
Alang-alang dah baca, aku kongsikan tips menjawab soalan fizik paper 5.
Ps: tak pasti camne format sekarang.. so, nanti, sesuaikan apa yang tertulis di bawah dengan format sekarang.. rasanya cikgu masing-masing dah stresskan benda ni (esp kalau dalam kelas Dr Foord, benda ni yang akan selalu disebut-sebut..)
.
Untuk soalan kedua: design experiment.
Jumlah markah= 15
(disertakan bersama contoh soalan tahun 2004, oct/nov)
.
em, any idea?? nak start dengan apa ek??
Design Experiment Question mestilah dimulakan dengan 1. menyenaraikan Independent variable dan dependent variable. Tidak cukup dengan itu, untuk dapat markah yang mantop, harus terangkan bagaimana cara mengawal dan mengukur variable ni.. soalan2 yang perlu dijawab ialah:
Independent variable: ??
How to measure: ??
(guna alat apa, camne cara nak guna, camne cara dapatkan bacaan dr alat ni)
How to control: ??
(ie camne nak kawal agar independent variable ni meningkat dari satu nilai ke satu nilai lain... contoh, kalau independent variable ialah temperature, nyatakan camna cara nak dapatkan suhu 10 degree, pastu 20 degree dan seterusnya.. minimum 5 nilai..)
Dependent variable: ??
How to measure: ??
alat apa yang akan digunakan, dan camne nak dapatkan bacaan dari alat ni.. terangkan skali konsep yang digunakan alat ini untuk dapat nilai-nilai ni.. (konsep yang diterangkan ni sangat bernilai dari segi markah sebab konsep ni la yang menerangkan camne dependent variable ni react dengan independent variable)
.
ok, kita tengok contoh soalan.
Question 2: Design a laboratory experiment to investigate how the frequency of a sound wave depends on the pressure of air.
.
Independent variable: Pressure inside the bell jar
How to measure: use manometer. (sila lukis skali dan terang camne bacaan akan diperolehi..)
How to control: vacuum pump and valve. (vacuum pump ni membolehkan kita menaikkan dan menurunkan tekanan ie pressure. Valve ni plak menyenangkan keja mengawal pressure ni).
.
Dependent variable:
Sound frequency
How to measure: Microphone which is connected to CRO. (sila terang camne nak dapatkan bacaan frequency dari skrin CRO. terangkan skali penggunaan time base n kiraan untuk dapatkan frequency dari graph di skrin OCR)
.
Ps: jumlah markah untuk bahagian 1 ialah 3 markah (sahaja!!).. disebabkan markahnya yang sedikit, kesalahan kecil seperti tak terangkan how to control dan how to measure dengan baik akan menyebabkan anda kehilangan 3 markah mudah ini.. hoho.. jadi, sila berhati-hati..
.
2. Method of data collection
ni macam terang dengan lebih detail camne nak dapatkan bacaan dari setiap alat yang diguna.. jumlah markah ialah 5.
camne nak dapat 5 markah?? anda perlu ada
*workable diagram: bukan hanya diagram, tapi workable diagram. Pastikan gambar yang dilukis akan berfungsi terutamanya yang melibatkan sambungan wayar (pemilihan sambungan series atau parallel) Macam yang selalu Dr Foord pesan, kalau lukis balang yang melibatkan experiment pasal pressure, pastikan balang yang dilukis tiada lubang. Kita tak for granted benda ni, tp hakikatnya, experiment takkan menjadi dan kita hilang markah (1 markah pun markah tau!!)
*method to measure dependent variable: terangkan dengan lebih detail. Sambung dari apa yang telah diterangkan di atas.
*method to change independent variable: terangkan dengan lebih detail
*
method to measure independent variable: terangkan dengan lebih detail
*additional infomation to make sure the experiment works: contoh, kalau experiment pasal bunyi, nyatakan eksperimen perlu dilakukan di bilik kedap bunyi agar bebas dari gangguan.. pokoknya, pape yang perlu dilakukan untuk pastikan eksperimen berhasil dengan baik, tanpa gangguan dan bacaan akan dapat dengan jitu.
.
3. Method of analysis
Jumlah markah = 2
Untuk dapatkan markah ni, perlu ada
*graph axes
*nyatakan variable apa di setiap axis (jangan lupa unit!!)
*relationship untuk dependent dan independent.. kalau diramal yang akan dapat linear relationship, lukis garis lurus.. kalau sebaliknya, lukis la curve pape..
*support this relationship dengan formula dan konsep fizik yang diguna.
.
4. Safety precaution
jumlah markah = 1 (sahaja!!)
sekali lagi ditekankan, jangan pandang remeh nilai 1 markah..
.
5. Additional information
jumlah markah = 4
antara yang boleh ditulis untuk part ni ialah
*additional safety precaution (max 1 markah sahaja untuk additional safety precaution.. kalau tulis2 lebih dari 1, akan dapat 1 markah je)
*how to calibrate the apparatus used. Ni untuk penggunaan alat radas yang tak di calibrate. (tips: jadi, lebih baik pilih alat yang tak di calibrate untuk dpt markah ni.. contoh: kalau nak measure pressure, lebih baik pilih manometer daripada barometer) dan banyak gak markah boleh diberi untuk ini..
*cara elakkan ralat dalam bacaan. (contoh:untuk temperature, perlu ada tempoh masa beberapa ketika untuk dapat thermal equilibrium.)
.
Itu adalah point wajib yang perlu ditulis untuk dapat full mark dalam soalan ni..
soalan pertama tu, lagi senang nak dapat full mark.. jadinya, adik2, pastikan skor full mark untuk paper ni.. dah senang, rugi kalau tak dapat banyak markah..
.
Ps: Skali lagi ditegaskan juga yang ni ialah format tahun lepas.. dan rasanya, perubahan takkan berlaku banyak kecuali dalam bab pembahagian markah sahaja.. jadi, point2 wajib yang kena ada dalam jawapan ni masih valid.
.
Classmate Fizik.. dari kiri: Kid, Adam, Loh (lama xjumpa!!), Iqtidar, Helmi, Sue Yin, Muzzein, Ee Yun, Amalina, Emmerk, Sook Fun, Tiqah, Ajah.
Duduk dari kiri: Shuab, Thavarajah, Dr. Foord, Wong.
Rindu amat suasana kelas kita yang selalu ceria dulu.. bak kata Amalina, "Ajah, ingat lagi tak bila Helmi kata, 'rancangan' ??" huhu..
.
juga rindukan Dr. Foord.. sedih sebab tak jumpa Dr Foord mase gathering kat Trafalgar Squre, London hari tu... pesan Dr. Foord kepada Adam, "It's ok as long as she is happy".
(sedih bila dengar ni..)

Wednesday, April 29, 2009

classical dynamic

satu kepelikan..

masa further mechanics dulu blaja lain..

masuk uni, lain plak.. peliks..

(xpuas hati ni.. xlogik plak lain.. nape ye??)

Wednesday, April 22, 2009

Selamat berjaya!!

murid-murid ku yang sentiasa ceria (kadang2 terlebih ceria.. penat melayan.. hihi)
.
petang tadi, tetiba rasa nak usha Friendster.. dan dalam inbox, ada 1 mesej dari Adni, pelajar yang slalu menghubungi ku..
.
salam..lama tol x dengar kabar..hrp cikgu sihat always..result ari 2 ramai yg dpt math A..sya dn 2 org lg dpt temuduga upsi & kitaorg dh wat yg terbaik..hope2 pasi dpt r kitaorg..cikgu fauziah(hehe),dia la bg kitaorg byk petua camner nk temuduga.
.
gembira rasa hati.. walaupun yang dpaat tawaran temu duga atau A dalam peperiksaan bukan aku, namun, melihatkan kejayaan mereka, sudah buat aku amat-amat gembira..
.
pelajar perempuan yang baik~ huhu
.
teringat masa mula-mula mengajar dulu.
Aku mendapat banyak 'nasihat' dari beberapa guru 'prihatin'
"Kak Ngah, tak payah ajar sangat dorang tu.. dorang tu memang jenis yang susah nak faham.. ajar sikit2 skadar dorang lulus pun dah cukup baik dah.. kalau dorang degil atau melawan, rotan je. Jangan takut."
.
"Kak Ngah jangan baik sangat. Jangan bagi muka sangat kalau dorang wat kesalahan.. Kang dorang pijak kepala.. dorang tu memang nakal"
.
huhu.. banyak lagi nasihat2 yang sewaktu dengan 2 nasihat paling kerap diterima di atas.. ntahla.. apa yang dorang risau sangat.. aku ni blaja kick boxing ape.. stakat budak2 ni nakal sikit, biasa la tu.. aku pun lagi nakal dari dorang dulu..
.
Tapi apa yg aku dapati, mereka ni sangat baik dan semangat blaja.. tak payah rotan pun.. marah pun tak payah.. (hanya kena layan lawak dorang je.. tapi memang lawak la.. kalo nak buat tak nak layan pun, akan terlayan jugak.. haha).
.
time blaja, dorang ni betul2 blaja.. hhuhu.. bagus2..
.
jadi, bagi bakal2 guru, balik n ubah persepsi terhadap pelajar especially pandangan guru terhadap pelajar yang dikatakan tak punya harapan lagi (pelajar kelas terhujung dalam sekolah biasa macam murid-murid kesayangan ku ini.. sian dorang).
.
terapkan husnuzon dalam diri guru-guru lain juga... dan tanamkan dalam diri setiap kita (guru-guru), jangan melihatkan hasil kejayaan hanya dr segi akademik sahaja.. masih banyak faktor-faktor lain yang menjadikan seseorang tu dikatakan berjaya.. tak pandai dalam pelajaran, namun pandai dalam bidang lain mungkin..
.
pss:
1. aku dipanggil Kak Ngah di rumah, di kampung mahupun di sekolah.. huhu..
2. n aku masih menggunakan friendster (Walaupun bukak skali setahun je.. hihi) dan tidak mempunyai face book (yg semua org duk agung2 kan sekarang) ntah la nape.. xfaham betul..

Monday, April 20, 2009

Pulang ke Malaysia dan exam

Alhamdulillah...

berjaya menukar tarikh tiket..

aku bakal pulang lebih awal..

London to Kuala Lumpur : 25 May 2009.

tak sabar nak ke kolej..

adik2, sila bagi kucing akak makan.. lg sebulan sebelum akak pulang wat spot cek.. kak ajah dengar, dah tak boleh bagi makan kucing.. lepas korang exam, kita sama-sama bawak kucing ni kuar dari kolej nak?? kesian duk dalam kolej tapi tak diberi makan..

juga gud luck buat adik2 yang bakal menduduki exam A-Level dan AS Level. masih sempat walau hanya tinggal kurang sebulan lagi..

Exam oh exam.
seringkali bila ditanya, kenapa adik2 di kolej down, tak bersemangat, jawapan yang diterima ialah,
"Tak dapat la kak ajah. Exam pun dah nak dekat. Result trial saya pun teruk. lagi2 kena reseat banyak paper."

em, benarkah tak sempat?? apa yang kak ajah nampak, adik2 macam banyak buang masa merisaukan perkara yang tak pasti berlaku lagi. Masa berfikir dan runsingkan exam lebih baik di isi dengan studi yang betul-betul fokus.

Pengalaman seminggu sebelum exam
Economics. Subjek yang diambil agak lewat. Mula join kelas Mr Jamal bulan Januari, iaitu lewat 6 bulan dari rakan-rakan yang lain. Separuh tajuk AS Level Economics terpaksa di cover sendiri (baca dan fahamai sendiri). Jadi, agak kurang kukuh dari segi basic Economics..

Seminggu menjelang exam AS Level Economics, dek kerana kebizian dengan persediaan Mathematics A Level, aku baru sempat meluangkan masa menjawab past year Paper 1 Economics (MCQ). Dan untuk 30 soalan yang dijawab, aku hanya mampu mendapat 11 jawapan yang betul!! Sungguh kronik. Exam tinggal seminggu je lagi. Aku masih belum dapat fahami teknik menjawab soalan MCQ ni..

Tak dinafikan, masa ni, aku amat kecewa.. (menangis dalam RC lagi tu.. hihi). Tapi, lepas sejam, aku amik kertas-lertas tu, jumpa Mr Jamal dan tanya camne sebenarnya dak jawab soalan-soalan tadi (sape2 yg amik econs akan faham. MCQ econs ni bukan nak jawapan yang betul je.. sbb semua jawapan A B C D tu betul cuma nak amik mana yang paling tepat.)

Dan Alhamdulillah, result aku amat memberansangkan. A untuk semua component econs..

Terkadang kedengaran komen dari adik-adik, "ala kak ajah tak pe la.. "
jawapanku, "teruskan memberi alasan dalam masa yang semakin suntuk ni.. yang rugi nanti korang jugak.."

Jadi adik-adik, berhentilah dari memberi alasan.. walau hanya ada sehari untuk exam, masih tak terlambat untuk revise dan lakukan yang terbaik.

Doa kami di sini sentiasa mengiringi adik2. Gud Luck semua!!

Pesanan untuk adikku, Sah:
Tahniah Sah. Wat molek exam Maths A Level ni n jangan kiasu sangat =P haha

Thursday, March 26, 2009

Memilih uni~

Kent Building.. tempat2 pelajar aliran biologi di Surrey
.
Assalamualaikum...
kalau tak silap, semua senior di KYUEM sekarang akan hantar university pilihan hati kepada sponsor untuk diluluskan tak lama lagi.. minggu depan ek?? huhu.. gud luck semua.. moga dapat buat keputusan yg baik..
.
Agak banyak soalan berkenaan universiti masuk ke inbox email n ym.. antara soalan femes,
Akak, bes tak kat Surrey??
Akak, uni ..... dapat scholarship x? Brape ek??
Akak, susah tak blaja Maths sekarang??
Akak, antara banyak2 uni, uni mana yang akak cadang??
.
National History Museum.. London.. Ni bangunan berdekatan Imperial College~
.
Dilema memilih uni.. perkara yang sama gak yang aku lalui setahun yang lepas.. jadi, agak2 memahami adik-adik ni.. =)
Namun, aku juga sedikit menyesal, sebab bagi aku, persoalan dan kajian aku terhadap universiti dahulu adalah soalan teknikal semata yang kurang penting. Antara apa yang aku telah aku kaji dan tanya ialah:
.
1. Senang jumpa makanan halal tak kat tempat tu??
2. Dapat scholarship tak??
3. Ramai Melayu tak? (mase ni aku cuba sedaya upaya cari uni yang tak de melayu.. hihi.. bajet nak lari, tp kat UK ni semua tempat pun ramai Melayu..even Durham pun ada komuniti Melayu yang besar)
4. Mahal tak sewa rumah?
5. Nanti sempat masak mse blaja kt uni?
.
kiranya soalan aku dok main pusing di kawasan yang sama.. duit (hehe..jimatkah??), makanan dan Melayu..
.
Greenwich.. sangat cantik.. macam duk Rome~
.
Bila berada di UK, baru aku tahu bahawa soalan-soalan ni tak perlu ditanya pun..
Maksudnya, soalan berkaitan duit, makanan dan tempat tinggal hanyalah perkara-perkara teknikal yang macam akan settle dengan sendirinya setibanya di sini.. especially pasal makanan. Walaupun kat Surrey ni hanya ada 2 kedai ayam halal (tu pn tersangat-sangat mahal.. lagi mahal dari ayam London!!), tapi aku hidup dengan bahagianya. Macam makan ayam hari-hari je.. haha.. so, tak payah risau pasal makanan adik-adikku.. kak ajah sudah gemuk sebab banyak makanan.. hahaha.. (err.. apsal msk tajuk ni plak??)
.
Queen's University Of Belfast..
.
Nampak tak kesilapan aku dulu di mana?? Tiada matlamat yang JELAS dan TEPAT. Apa matlamat aku nak ke UK sebenarnya?? Ntah..
.
Mari dengar kisah silamku~
Tahun 2006, masa kat matriks, aku dapat panggilan telefon dari abah. Katanya, aku dapat tawaran KPM ke UK. Mase ni, abah pun tak bagi pegi dan aku pun tak rasa nak pegi. Tapi, macam ditakdirkan, keluar satu berita yang kuota pelajar dari Uni2 tempatan (yang bukan bawah KPM) akan dikurangkan untuk jadi cikgu.
Jadinya, abah membuat keputusan membenarkan aku ke UK. Dan aku masa tu, berkira-kira untuk patuh. Tapi akhirnya redha je. So, mendaftar lah aku kat KYUEM pada July 2006.
2 tahun di KYUEM, aku masih rasa macam mimpi. Kadang-kadang, tak rasa pun yang aku akan ke UK. Jadinya, persediaan tu macam tak de (maksud aku persediaan dari segi emosi untuk ke UK. bukan bermakna tak studi ye). Dan masa ni, matlamat ke UK, semestinya tak de.
Dan akhirnya aku terbang ke UK pada 22 Sept 2008 tanpa sebarang matlamat yang JELAS. Dari segi matlamat yang TEPAT iaitu datang blaja kerana Allah, IA ada. Cumanya, tak JELAS apa yang aku nak capai masa blaja kat UK ni.
.
Edinburgh.. ni bukan banguan uni Edin.. tapi ni dekat town Edin..
.
Sejarah mungkin berulang~
Jadi adik-adik, jangan ulangi sejarah kak ajah yang hampeh ni.. sekarang terasa menyesal sebab datang UK tanpa matlamat. Natijahnya, kita akan buat keputusan yang tak bes untuk bermastautin selama 3 tahun. Dan sudah terlambat untuk mengubahnya.
.
Durham Library.. kat luar pun dah cantik.. hihi.. (waa.. masih mahu ke Durham.. namun apa matlamat mahu ke sini?? erm..)~
.
Penyelesaian~
Masih ada masa untuk fikirkan apa matlamat ke UK. Amik masa yang masih ada ni untuk fikir, sedalam mungkin, kat UK nanti, apa yang adik-adik mahu capai. Apa yang mahu adik-adik lakukan, dan kat mana adik-adik mahu menyumbang kerana keputusan kita hari ini sedikit sebanyak menentukan masa hadapan kita di mana.
.
Mengapa perlu soalan-soalan tadi?? Sebab realiti di UK bukan hanya studi!! (wah.. besnye kalau bukan hanya studi.. a'aa.. haha, memang bes pun.. so datang UK ye semua.. hihi)
.
Newcastle University..
.
Ada apa dengan UK??
1. Semestinya uni-uni yang mantop.. (hoho.. tapi kita pun kena studi rajin2 sampai mantop la.. kalau uni je mantop, tak de guna)
.
2. Access perlancongan ke seluruh Europe. Tiket yang amat murah dari UK ke Europe. Juga boleh naik train sahaja.
.
3. Program agama yang mantop.. yup, mantop.. camp dan ceramah agama yang sangat-sangat bagus.. Ceramah biasanya daripada ustaz-ustaz yang sambung blaja di UK (macam UZAR, Dr. MAZA, Ustaz Irfan, Ustaz Aminurasyid Yatiban, Ustaz Mazlee Malik dll) dan ceramah dari orang tempatan, orang Pakistan, dll.
.
4. Tempat-tempat shoping yang bes. especially kalau kat bandar besar macam London. Sesuai yang amat untuk shopaholic.
.
5. Pusat untuk belajar sejarah manusia.. Museum2 yang amat banyak di merata tempat. (ni macam kena tanya Im Tech.. beliau amat arif bab sejarah n tempat2 yang harus dilawati)
.
6. Istana-istana lama yang amat cantik.
.
7. dan banyak lagi.. jom sama-sama explore =)
.Nottingham.. (ni bukan bangunan uni Notts.. ni mcm bangunan kat town Notts)
.
SO??
Jadi, adik-adik wajar berfikir mulai sekarang. Fikirkan matlamat yang mahu dicapai dalam masa 3 tahun di UK. Relate kan matlamat ni dengan apa yang ingin di capai dalam masa 10 - 20 tahun depan, n of course jangan lupa relate kan matlamat tu dengan matlamat di hujung yang paling hujung untuk manusia sama ada mahu ke neraka atau syurga Allah.
.
Contohnya:
kalau nak gi UK untuk shoping dengan bes nya, boleh la pilih uni di London, atau Portsmourth ke (di mana terletaknya factory outlet..)
.
atau kalau mahu ke UK kerana ingin melawat dan belajar culture orang di sini, boleh pilih uni di London jugak.. (haha.. motif apakah promote London??). Sebabnya, akan aku ceritakan dalam post selepas ini..
.
atau mahu ke UK kerana akademik.. bolehlah pilih uni yang terbaik mengikut kos masing-masing. Tak semestinya Cambridge dan Oxford kerana setiap universiti mempunyai fokus dan kelebihan masing-masing. Perlu kaji beberapa perkara seperti subjek, coursework, teaching environment, exam n test, sistem pemarkahan, practical work, dll.
.
Jadi, agak pelik jika soalan "akak, kalau g cardiff ok tak?" ditanya. Kerana, kalau tanya aku, of course aku akan akan jawab tak payah (haha.. ni hanya contoh semata.. kak day, jangan mengamuk!!).
Sebab matlamat aku disini ialah ......... (rahsia).... Jadinya, akan ada pandangan berbeza dengan orang lain dan adik-adik juga. Dan jawapan yang aku bakal berikan akan tertumpu pada matlamat aku di sini.. dan mungkin tidak menjawab persoalan adik-adik yang bermatlamat berbeza dan ini tidak adil untuk adik-adik.
Nasihat akak, fikirkan matlamat utama yang ingin di capai ketika adik-adik berada di UK. Bertanyalah senior di UK selaras dengan matlamat adik-adik.
.
pss: Alhamdulillah, sudah ku temui matlamat berada di sini. Walaupun sudah terlambat dan terdampar di bumi Surrey (sadis, mau tuka uni, namun tak berjaya), namun akan ku teruskan kehidupan di UK untuk mencapai matlamat ku. hoho.. teka2 apakah itu =)
.
Big ben, London..
.
London?? apakah ada di sini?? sape2 mintak uni London?? huhu.. boleh usha blog muscom.. ada post dr incik Jpah di sana.. nak gak cite pasal London, tapi macam semua dah dia citekan..
.
pss: gambar2 di atas sekadar hiasan.. ia merangkumi uni-uni dan tempat2 yang aku pernah lawati.. esok: akan ke bath n lepas tu cardiff.. =)

Tuesday, March 10, 2009

Stats ku cayang~

Pelik nape aku boleh terlupa pagi ni ada test Stats.. (subjek faveret plak tu)

n disebabkan terlupa ada test, n xbaca satu pun, bermula lah sesi menggoreng.. haha.. (chill la, test je pun.. :P )
test Calculus jumaat ni, n 3 coursework yang agak mencabar..

minggu yang sibuk
insaf minggu ni akan stay je kat bilik.. ingin kiasu!!

Friday, February 20, 2009

Stay up~

huhu.. keajaiban berlaku.. Ajah masih tak beribadat senyap walaupun jam dah kul 4.30am..
kali kedua stay up ketika di UK...
harus kiasu kerna test next week..
.
mcm bes plak kalau aku boleh kurangkan masa tidur.. lebih banyak yang dapat dilakukan..
jihad kurangkan masa tidur.. fighting!!

Saturday, January 31, 2009

Stay up~

tadaaa... terkantoi sudah meja studi ku yang bersepah ini.. uhuk2..
.
hari ni, ntah datang angin apa, aku membuat keputusan untuk stay up. Sebab utama ialah agar tidak ditinggalkan oleh rombongan Surrey ke Manchester esok pagi, jam 5am. dalam kul 3.40am, mata trase ngantuk.. macam dah tak leh studi.. kalau diteruskan studi, alamatnya, aku akan terus tido.. bahaya2.. misi ke Manchester harus diteruskan...
.
jadinya, aku mengupload blog ku ini..
jom tengok hadiah dari sahabat2 semasa jaulah hari tu.. (ketiadaan modal tuk diceritakan dlm post kali ni..)
Shamerock dari Kak Jannah dan Kak Dayah...
.
Khinzir!! haha.. sape lagi yang bagi kalau bukan mak cik akma... adei, kena tarbiyah ni, bagi benda haram plak...
.
gelang dari Kak Nora.. =) mungkin message di sebalik hadiah ni ialah agar aku jadi lebih feminin.. walaupun aku sudah feminin... hikhik
.
key chain Eiffel Tower dari Sarah, classmate ku.. Sarah, xsuke probability!! waa.... (apalah nasib, jumpa Stats lagi..)
.
Teddy Scotland dari Teah dan Nurul speku.. hihi.... Edinburgh yang sangat cantik... tibe2 rindukan burung2 itu..
.
Lampu raya dari Nurul... hihi.. dia terdengarkah aku kata sangat suke lampu2 ni mase kat Edinburgh dulu?? Iffah, bilik aku pun dah ada lampu.. hihi...
.
ada lagi sejam untuk ke Manchester... harus mandi dan bersiap.. (mata dah kuyu.. memang xbiasa stay up..)

Wednesday, October 29, 2008

Untukmu Izzat Hanafi

Soalan:
Amaran: jangan speku pabila membaca title post ni.. (especially mak cik akma yg gediks..haha)
.
ni post utk Izzat yang bertanya 1 soklan Maths kepadaku 2hari lepas..aku amat sibuk..so ampun sgt2 kerna br nk post benda ni.. huhu...
.

ni cara tulis (1+a1)(1+a2)...(1+an) dlm simbol maths.. big Pai tu maksudnya product of..yakni hasil darab semua benda2 tu..
.
n sigma is hasil tambah.. :) (seperti yg diketahui semua..)
.
we prove this inequality bt proof by induction.. 1st step, check whether the inequality is tru for base number.. we take 1 as base number..
.
step 2..
.
(sori2..gmbr kurang jelas..aku gna kamera je..xde scanner..celik2 kan mata ek..hihi)
step 3, check whether the inequality is tru for n= N+1... if this is true, the inequality is true for all n>=1. (gambar kt atas ni ialah cara susun benda2 alah tu so that senang nk compare nilai2 mereka lps ni)
.
letakkan benda2 alah tu pada tempat yang sepatutnya... yakni, sama dgn soklan.. cuma ini ialah for n=N+1
.
kena dapatkan ini..sekiranya dpt buktikan this inequality, maknanya kita dh berjaya selesaikan soklan ni..
.
ni argument nape inequality kt atas tu betul...
.
lastly, jangan lupa tulis QED.. dan ucaplah Alhamdulillah setelah berjaya menyelesaikan satu soklan..hihi...

Friday, October 24, 2008

musim kebizian...

bila ym, majoriti status yg aku tgk ialah: busy, sibuk, studi, apakah assignment ni n lain2.... ni mgkin musim bizi bg kwn2 kt UK.. xpe, korang, berusaha tau.. naikkan nama Malaysia, n yang paling penting, naikkan nama Islam.. biar org lain buka mata skt...
.
dan aku, kelas paling lama 4 jam sehari...ada yg 2jam sehari je.. adus, masa lapang yg banyak melekakan.. harus aku buat keja2 lain...
.
ada hadith yang kata 2 nikmat yg di...... (di apa ye? lupa2..)... iaitu nikmat masa lapang n nikmat kesihatan yg baik... dan skrg, aku harap aku dpt gunakan mase ku se optimum yg mungkin... harus baca n tambah pengetahuan...
.
assignment utk minggu depan sudah aku siapkan... tinggal kena studi skt2 utk tajuk yg bakal di ajar minggu depan n prepare utk test real analysis esk... semoga masa ku diisi dgn perkara yg bermanfaat...
.
kwn2, jom g Cardiff... to Khairul: aku pn ikut korang adik-beradik ke Cardiff... hihi... n jom gk g Nottingham utk Palestine Conference... :)

Friday, October 10, 2008

kiasukah?

Semalam, dalam mase sehari je aku dapat title kiasu dr 2 org...
.
Kiasu pertama aku dapat dari housemate aku, Hamna dr Pakistan... disebabkan asignment yg agak banyak, aku duk je dlm bilik sehari suntuk... sampai kul 9.pm, aku dh naik muak tgk buku..haha.. (aku memang jns xleh studi lame2..) dalam mase tu, aku ada ke dapur n toilet beberapa kali, n terserenpak la dgn cik Hamna..
Hamna: What r u doing?
Aku: Finish all my asignment..
Hamna: what? so, u r studying?
Aku: er..
Hamna: u r such a nerd..
Aku: (wt xdgr n amik air susu n trus minum..haha)
gitula kisah aku dpt title kiasu scara tidak langsung semalam.
.Kiasu kedua plak, bila aku ternampak Iwan online.. aku tertanya2, mana mamat ni blaja skrg.. pastu aku mula la tny dia, ko studi kt ne n bla2...
Iwan: tahniah sbb jd first (maksud dia, 1st KYUEM kt Surrey)
Aku: xbes pun..
Iwan: suai r utk c*nd*a*aw*n cam ko.. stdy solo..
Aku: aku bukan Muadz!! (sori petsib ku, termasuk nama hang..)
Iwan: eleh,tidak2 pun ko suke gak sbnrnye,kan2... kate kiasu..
Aku: apakah?
.
kiasukah aku? (jgn jawab atau bg komen psl ni tau..hihi)..
em, aku xkiasu... sbb apa yg aku faham psl kiasu ni ialah, xnak kalah... mksudnya, slalu nk jd d 1st.. xkesah dlm studi atau pape pn..
.
jadi, terbukti aku TIDAK kiasu.. sbbnya, aku xkesah pn kalo org lain lg bes dr aku... lantak le.. asal aku wt keje aku dh.. kalau la aku kiasu, mst aku tensen jd petsib Muadz n sekelas dgn Boon Seong yg slalu dpt full mark utk everu test... jadi kwn2, nmpak x, aku TIDAK kiasu...huhu... (mcm keras je perkataan tidak tu..hihi)
.
namun, aku ngaku, aku ni ada sifat kiasu dgn diri sndiri... mksudnya, aku xnk kalah dgn diri aku sendiri... contohnya, kalau xfaham, aku akan cuba sehabis daya utk fahamkan....(1 bnda yg aku xleh lawan, kalo ngntuk dlm kelas, aku tido je..haha...)
.
em, tanggungjawab lbh banyak dari masa yg ada... masa itu kehidupan.. moga aku dapat manfaatkan mase yg ada utk bnda yg bermanfaat....
.
teringat kata sorang muslimin mse kuliah asar kt surau As-Saad (uwaaa, kak akma, sya pn rindu kn kolej yg bes..rindukan kwn2...)
" semakin banyak nikmat, semakin besar tanggungjawab."
Tanggungjawab yg besar tergalas di bahuku.. dgn nikmat akal n keselesaan yg dikurniakan... semoga aku dpt trus menyumbang ke jalan-Nya...
.
Dan dgn sgala nikmat dari-Nya, aku akan blaja bersungguh-sungguh, kiasu dgn diri sendiri, bukan kerana aku KIASU..

Wednesday, September 17, 2008

Further Maths (part 2)

Kls Further Maths yg sgt saya rindui... :)
.
Br dapat 1 komen berupa soalan dr seorg junior... soalannya:
.
dr.bano aja dalam klas n homework yg die ksk dlm bku teks boleh buat,but all are just basics. when it comes to the real xm questions we have to use diff.approaches and taley think straightforward. n i was like,wat the??? knape tak pk mcm ni n knape did i think like this?

Em, jawapan saya ialah seperti yg dikatakan saudara Hisyam untuk soalan nombor 3.
"kdg2 aku pon xdpt jawab soklan further walaupun dah paham konsep. sebab 2 kne wt soklan byk2. byk trick2 soklan yg kte akan tau ble byk wt soklan2..aku syorkan wt past paper berulang-ulang kali..ade manfaatnya"
.
Em, memang betul.. dulu, sya pn mengalami masalah yg sama. Sbb Mr B xakan bg students dia jawab pas paper n silibus C.. kami hanya buat soalan yg mudah dlm buku teks... (sbb sgt straightforward..) 3 bulan b4 trial, kami diberi soalan silibus C n bukan pas papers.. punyalah struggle nk buat, sbb tersangatla susah.. (sehingga menitiskan air mata).. tp, pastikan kita Jangan Putus Asa... teruskan buat, n akan dpt jawapan... latih diri untuk cuba berkali-kali jawab sendiri soalan yg susah, sebelum berputus asa n tanya cikgu... (dlm exam, xleh tanya sape2, so better try it yourself b4 tanya kawan or cikgu..)
.
Student Mr B hanya dpt pas papers lbh kurang seminggu b4 d real exam.. hu~ mcm xberguna dh mse tu, sbb xsempat nk buat pn.. tapi disebabkan kami dh terbiasa jawab soalan silibus C, kami dpt jawab pas papers dan exam sebenar tanpa masalah... (Alhamdulillah. hasilnya, dlm kelas Mr B, 9 students out of 13 dpt A or B : Sue Yin, Boon Seong, Eilyn, Amy, Mr. Wong, me, Buzz, Iqtidar, Sook Fun)
.
So, nasihat saya, bgs jwb soalan dlm buku teks dulu sehingga betul2 faham konsep, once adik dh yakin betul2 faham, biasakan diri dgn soalan yg mencabar.. agak susah pd mulanya, tp yakinlah yang lama2 adik akan dpt membiasakan diri dgn soalan yg sgt tricky n adik akan rase pas papers tu mudah :) (saya telah merasainya... hu~)
Dan latihan membiasakan diri ni ssh kalo buat las minit, so adik blh mulakan dr skrg sementara ada mse beberapa bln lg...
.
.
Nasihat dr En. Hisyam.. (sbenarnya dh lama dpt ni, n ingt nk simpan n publish skali dgn email Kak Faezah, tp rse seswai plak dgn soalan adik ni.. hu~ moga membantu...)

1. susah ke further maths??
further math susah..tapi boleh jadi senang..subjek lain camtu jugak..kne ade komitmen dan kesungguhan ble dah pilih further math..
.
2. org kata bdk genius je ami,k further ni, betul ke??
x betul..yg penting minat bljr math.
.
3. kalau dah amik further, nanti bz x??
orang lain yg x amik further lagi bz dr yg amik further..further ni suatu subjek yg memerlukan student memahami konsep. ble konsep dah jelas, InsyaAllah soklan jenis ape pon yang disoal dapat dijawab..byk org ingat further ni kne ingat jalan kira. sebenarnya x. ble paham konsep, akan paham jalan kira, then akan dapat byk markah, then akan skor.hehe..em,kdg2 aku pon xdpt jawab soklan further walaupun dah paham konsep. sebab 2 kne wt soklan byk2. byk trick2 soklan yg kte akan tau ble byk wt soklan2..aku syorkan wt past paper berulang-ulang kali..ade manfaatnya. :)
.
4. buku2 ape yg anda syorkan??
koleksi past paper, contoh2 solution dr cikgu2, nota micheal alderson yg mantap, buku2 colin dant..kertas jawapan para senior. :)
.
pss: utk sape2, (junior or senior yg xnak bawak buku solution Mr Colin Dant ke Uk sbb berat, tp rse nk guna, boleh mintak softcopy nya dgn sya.. juz email me : ajah1522@yahoo.co.uk)
.

Monday, September 15, 2008

Further Maths (Part 1)

Saje nk kongsi pendapat2, pengalaman dan nasihat2 mereka untuk Further Maths. Selepas MOC, aku mghantar email kpd beberapa rakan seperjuangan..sebabnya, aku terkejut bila Kak Rem n Kak Hajar bagitau yg Further ni hanyalah basic kpd 1st year.. xkan diajar lps ni... em, betulkah? aku pn xtau, sbb belum mengalaminya...
.
Dan, sebelum result diumumkan, aku dpt email dr Anas.. insan terawal yg reply email aku..


Pendapat dan nasihat saudara Anas.
.
1. susah ke further maths??
Further Maths Insyallah senang gak ah
.
2. org kata bdk genius je amik further ni, betul ke??
Org genius?, bukan2 tapi org yg betul2 minat maths, buat math tak rase macam kene pakse and suke nak try soalan2 yang mencabar
.
3. kalau dah amik further, nanti bz x??
Tak busy sangat, actually budak2 further maths paling banyak free time compared to other students. We dont need to study much, just need to understand the concepts and analyze sample questions
.
4. n untuk yg pegang jawatan mcm muscom, house capt or vise house capt, blh kongsi sket camne anda bahagikan masa??
Jawatan? further maths subject yg quite relexing. Penuhkanlah mase2 yg terluang untuk menyumbang kepada masyarakat.
.
5. buku2 ape yg anda syorkan??
Tak perlu buku, tapi try cari notes dari kawan2 from other further maths teacher, mostly every teacher uses diff. approach in solving the maths problems. If you could compare the notes between teachers, insyallah you'll understand the concepts more. And try to analyze the example solution for any f.maths problems. You can get this from ur seniors or teachers.

Extra advise: just go for it and never give up in further maths. Insyallah you'll enjoy this subject


Ni nasihar dr senior yg bernama Rahmat..siapakah dia? aku smp hr ni xtau..huhu, tp org kata dia ni Muscom batch 8.. Zaim yg pas kan email ni utk aku mse aku mula berjinak-jinak dgn Further...n ni apa yg aku telah buat selama setahun... dan hasilnya, Alhamdulillah... tq Zaim..
.
1. Tulis nota ringkas di sebelah jalan kerja yang korang buat, terutamanya kalau jalan kerja tu agak rumit. Tahap detail/explanation nota tu mestilah sampai orang lain (student further maths) yang baca jalan kerja korang boleh faham apa yang korang buat. Proses ni jugak membantu korang untuk ingat dan faham tentang jalan kerja tu, dan korang akan dapat explain dengan lebih baik dlm kertas soalan masa exam sebenar nanti.
.
2. Jangan takut untuk mencuba. Elakkan daripada terus bertanya tentang sesuatu soalan tanpa cuba dulu. Lebih baik lagi, bila nak bertanya, korang bawak sekali jalan kerja korang (yang mungkin salah) dan dapatkan pendapat dari cikgu/kawan.
.
3. Elakkan daripada study untuk further maths waktu larut malam. Berbeza dengan subjek lain, study untuk further maths waktu larut malam adalah satu KESILAPAN YANG SANGAT BESAR. Korang mungkin boleh study untuk subjek lain yang mengutamakan hafalan, tapi further maths lebih utamakan analisis dan perancangan, yang susah untuk dibuat masa tengah mengantuk/penat. (ni la sebabnya nape aku tido seawal 10 mlm..hehe...)
.
4. Take regular breaks, every hour, half an hour, even every 10 minutes kalau korang selesa macam tu. Ini untuk elakkan korang stressed out and give up untuk jawab soalan yang susah. (mse yg ni, bolehlah anda mengacau kwn2, maen atau bergumbira..hehe..jgn wt gini kalo kt RC ye..sya dh penah kena halau dr RC!!)
.
5. Biasakan diri untuk dapatkan pendapat cikgu/kawan untuk jalan kerja korang. Ada kemungkinan yang soalan tu boleh diselesaikan dengan jauh lebih ringkas/cepat, dan korang mungkin boleh Nampak soalan tu dari perspektif lain (yang mungkin lebih memudahkan korang)
.
6. Never underestimate the importance of discipline + berkat guru. Korang study la camner pun, kalau sentiasa skip kelas aku boleh jamin korang xkan boleh dapat A untuk further! (adei, yg ni aku agk terkena, sbb beberapa kali ponteng kls.. Sori Mr. B...uhuk2, insaf..)
.
7. Final words: untuk bebudak maths, korang memang takde choice. Study je la further baik-baik. Untuk bebudak engineering, aku cuma boleh inform yang hidup korang kat uni nanti akan susah kalau korang tak study further betul-betul. Lecturer memang akan ajar balik subjek-subjek further, tapi kat sini susah untuk korang dapatkan explaination yang mendalam macam masa A-Level, and lecturers are not as approachable as your A-Level teachers. Kesimpulannya, study le further rajin-rajin...
.
yg dlm braket tu tambahan dr aku..huhu, yg selebihnya ialah 100% nasihat dr Rahmat..
.
Sedikit lg tambahan dr aku..

Jangan lupa hubungan kita dgn Allah.. dan senjata org mukmin iaitu DOA..

Soalan Further ni susah nk diramal... maksudnya, di luar exam anda boleh selesaikan dgn senang, tp mse exam, xterlintas di fikiran utk gunakan step tu... em, pengalaman yg menakutkan..
n Alhamdulillah, byk soalan trial yg aku jawab dgn betul mse exam. tapi bila aku tgk balik lps dpt paper, aku buntu, xleh jawab.... camne agaknya aku boleh terfikir nk wat step tu mse exam... em..

Lastly, jangan putus asa... jangan disebabkan 1 exam atau even test, kita wt keputusan utk drop... sbb hidup memang ada naik turunnya...biasa la tu gagal sesekali (aku penah dpt
.
Aku dh byk kali menangis di sebabkan Further..sbb soklan yg memecahkan kepala..apatah lagi kalo buat soklan silibus C... Bila org kata: susah la soklan tu, aku dh cuba buat 3 kali.. huhu, aku hanya mampu tersenyum... betulla dh cuba 3 kali, tapi jgn putus asa, baru 3 kali.. buat lagi, lagi n lagi..smpai dapat, InsyaAllah dapat...
.
pengalaman: Aku penah buat 1 soklan dr 6.30am smpai 3pm..pastu sbb xdpt gk, aku menjerit: susahnya!! hehe. pastu, lps maen kjp, n fkr2 dalam sejam lps tu, aku berjaya!! huhu, apa yg penting, jangan putus asa..
.
so adik2, Gud Luck dan semoga mendapat yang terbaik...
pss: masih menunggu email Hisyam n Kak Faezah.. nantikan Further Maths part 2..



Saturday, September 13, 2008

kebizian melanda...

Alhamdulillah, setelah semalam, segala-galanya selesai...dr accommodation hingga ke unconditional letter...
.
apsal xupdate blog?? haha, jawapannya, aku tersangat la bizi wt research psl uni baru (uhuk2, sya rindukan Durham yg jauh lg bes dr Surrey..tidak!!). Macam biasa, semenjak 2 hari lps, aku duduk je depan komputer..makan pn dpn komputer..(aik, makan??.mksud aku sahur n b'buka la, jgn pikir pelik2 ye..)
.
Perasaan
xtau nk ckp camne...semalam, aku asyik termenung je.. sbbnya..
1. kat Surrey, hanya blh combine Maths dgn either Stats, Economics, Music (ceh, sape la yg nk combine dgn subjek ni..) n Businesss Study.. mana pegi Physics?? Mechanics?? Saya nk Maths n Physics!!
.
2. Bangunan Surrey yang moden dgn pokok yg sgt kurang... huhu, rse sayu sbb Durham sgt cantik...
.
3. xsuke duk tpt sibuk macam Surrey, tpt yg sgt dekat dgn London... Suka Durham yg lebih aman...
.
So, semalam, aku berkira-kira nk tukar balik ke Durham...sempatkah?? psl duit tu, rsenya ok je.. akukan jimat... em, pkr2 Ajah, sempat lg ni... teringat kata-kata kawanku : rileks je, bknnye xckup duit tu. beribu prmpuan melayu kat overseas bleh survive. rmai lgi yg lgi susah dri kau, xde pun risau. rileks je keje ckit... rileks...
.
dan hr ni aku isi dgn berfikir, baik dan buruk setiap keputusan... dh agak terlambat, tp masih sempat selagi aku xdaftar masuk ke Surrey...
.
pss:
1. to kak akma: brg2 tu sya br nk pos esok..mintak alamat lg, yg hr tu terhilang..hehehe.. sori2, lambat plak... :)
2. to pacat2 : sori sgt2 lambat reply email awk.. sya forwardkan email awk hr tu kt beberapa senior, dh dpt x list email2 akak2 UK?..

Wednesday, September 10, 2008

Akhirnya...

Penantianku selama sehari berakhir apabila aku dpt 1 email dr David J Fisher... siapakah dia?? Wallahualam..

You are accepted for G101. We are processing this and you should receive official confirmation from the Admissions office shortly.
Dan selamat tinggal Durham... aku sgt suka Durham, kehijauan n bangunan klasik yg sgt lawa... Nnt sya g lawat awk ye Durham.. huhu.. nk lawat Cambridge gak.. (sbb kempunan nk g, dpt msk pool je..pastu lemas...hue2..sungguh terbuang..)

I am in clearing!!

Alhamdulillah...semalam aku tkt gak, sbb Durham wat dono je email2 aku.. yang dia reply ialah:
We are waiting to see if the Department are willing to release you into Clearing.

Aku tunggu je dpn komputer sampai tertido..huhu. pastu, dalam kul 12.15am, aku dpt email dr Durham.. katanya:
You should be able to see on UCAS tomorrow that you have been released into clearing.

Alhamdulillah. Dan hari ini, aku akan berjuang utk dapatkan uni yg terima aku.. btw, cuak gk duk dlm clearing ni.. huhu..takut2..