Friday, March 26, 2010

Fuh Dasyat!

Selang masa rehat (setelah kepeningan dengan Real Analysis), meninjau-ninjau Facebook.
Dan terlihat ini --> VIDEO
.
Tak pasti semua orang boleh lihat atau tak.
.
Lepas lihat, memang terasa, "fuh, dasyat"
.
Kalau aku balik Malaysia, aku agak, semua melompat kegembiraan.
Tiada lagi perempuan yang jalan tak tengok depan, jalan laju meluru dan meninjau bas je.
Juga, akak yang tak mesra juniors.
.
haha.. begitula..
Apa pun, beliau boleh jadi role model yang baik. Menaikkan semangat, kata orang.
Bukan dengan niat nak dapat sanjungan, tapi dengan muhasabah balik, sejauh mana kita berguna kepada masyarakat, sehingga mereka sangat merasakan kehilangan kita.
.
Do good you do today,people will often forget tomorrow,
Do good anyway.
Give the world your best anyway,
You see,
In the final analysis, it is between you and god,
It is never between you and them anyway.
-Mother Teresa-
.
.

Friday, March 5, 2010

Wanita oh wanita

Terbaca post Ustaz Hasrizal- Ke Syurga bukan dengan jantina.

Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”

Hadith ini ditempatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Kitab al-Iman di bawah suatu bab yang diberi tajuk “Bab Kufur Kepada Suami, dan Kufur Yang Bukan Kufur.

“Hadith berkenaan bercakap tentang kecenderungan sikap kaum wanita. Sabdaan itu menyuluh tabiat wanita yang mudah terjerumus kepada perbuatan mengingkari kebaikan dan Ihsan suaminya, hanya disebabkan oleh satu kekurangan.

Peringatan untuk diri, yang selalu lupa kerana emosi.
.
.