.Buku Khusyuk dalam solat yang dipinjam daripada seorang sahabat setahun yang lalu.
.
Teringat kembali catatan yang dibuat mengenainya.
.
Bahaya lalai ketika takbiratul ihram.
Bagaimana solat itu hendak dikatakan sebagai satu ibadah kepada Allah padahal sejak awal mendirikan solat telah dimulai dengan dosa mensyirikkan Allah di dalam hati.
.
Apabila lidah mengucapkan Allahhuakhbar, maka wajib hati turut serta bersama. Hendaklah sedar ketika lidah mengucap Allah Maha Besar bererti selain-Nya adalah kerdil belaka. Maka, jika ketika itu hati teringatkan perkara lain, yakni membesarkan perkara-perkara lain, dengan sendirinya ia telah meletakkan benda-benda itu setaraf dengan Allah. Seolah-olah ia telah mengagungkan benda-benda yang lain itu sama besar dengan Allah.
.
. Munajat kepada Allah bererti dia amat memerlukan Allah. Analogi bertemu rakan untuk meminta pertolongan, oleh kerana hajat besar, maka dia terpaksa bertemu empat mata. Lebih hebat lagi pengertian munajat seorang hamba terhadap Allah kerana apa yang dipinta ialah taufiq, hidayah, iman, rahmat, pengampunan dan bimbingan kepada hati yang sudah pasti lebih penting dari keperluan duniawi. Pertemuan itu (solat) amat penting dan ia mesti dihargai dengan mengajar diri sendiri agar berusaha menghindari sifat lalai.
.
Rasulullah bersabda, “Ya Allah, perbaikilah para pemimpin dan orang yang dipimpin” pemimpin dan org yg dipimpin itu bukan saja bermaksud pemerintah atau raja dan rakyat, tetapi juga bermaksud hati dan anggota jasad. Kerana hati ibarat pemerintah dan jasad ibarat rakyat.
.Kita solat cuba membetulkan ikut cara nabi. Tapi terlepas pandang untuk solat ikut jiwa nabi. Nabi solat dengan jiwa merendah diri, penuh mengharap keampunan dan dengan penuh cinta.
.
Tafsiran mengenai sujud yang diulang 2 kali dalam setiap rakaat. Mengikut tafsiran ulama, sujud pertama sebagai Salbi, yang mengikis dosa-dosa manakala sujud kedua bererti Ijabi yang bermaksud menyatakan bukti-bukti baru untuk taat kepada Allah. Sujud kedua sebagai ulangan sifat merendah diri setelah memohon dari Allah beberapa perkara dalam duduk antara 2 sujud (kerana hati manusia yang mengharapkan pertolongan Allah akan merendahkan hati dan tidak akan takbur dan angkuh terhadap Allah)
.
Allah menciptakan khalifah-Nya dari jenis manusia, tetapi ada dikalangan malaikat membantah kerana beranggapan bahawa jenis manusia yang akan diciptakan akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah sesama mereka, sedang malaikat bertasbih menyucikan Allah. Tetapi apabila manusia yang dipertikaikan oleh malaikat itu melakukan solat dengan bersungguh hati dan khusyuk, maka Allah merasa megah dan membuktikan kepada malaikat bahawa bantahan malaikat dahulu tidak benar. Sebab itulah orang yang tidak mengerjakan solat disifatkan sebagai cuba hendak memalukan Allah di depan para malaikat. Maka, azabnya adalah api neraka.
.
.



No comments:
Post a Comment