Alhamdulillah...
berjaya menukar tarikh tiket..
aku bakal pulang lebih awal..
London to Kuala Lumpur : 25 May 2009.
tak sabar nak ke kolej..
adik2, sila bagi kucing akak makan.. lg sebulan sebelum akak pulang wat spot cek.. kak ajah dengar, dah tak boleh bagi makan kucing.. lepas korang exam, kita sama-sama bawak kucing ni kuar dari kolej nak?? kesian duk dalam kolej tapi tak diberi makan..
juga gud luck buat adik2 yang bakal menduduki exam A-Level dan AS Level. masih sempat walau hanya tinggal kurang sebulan lagi..
Exam oh exam.seringkali bila ditanya, kenapa adik2 di kolej down, tak bersemangat, jawapan yang diterima ialah,
"Tak dapat la kak ajah. Exam pun dah nak dekat. Result trial saya pun teruk. lagi2 kena reseat banyak paper."
em, benarkah tak sempat?? apa yang kak ajah nampak, adik2 macam banyak buang masa merisaukan perkara yang tak pasti berlaku lagi. Masa berfikir dan runsingkan exam lebih baik di isi dengan studi yang betul-betul fokus.
Pengalaman seminggu sebelum examEconomics. Subjek yang diambil agak lewat. Mula join kelas Mr Jamal bulan Januari, iaitu lewat 6 bulan dari rakan-rakan yang lain. Separuh tajuk AS Level Economics terpaksa di cover sendiri (baca dan fahamai sendiri). Jadi, agak kurang kukuh dari segi basic Economics..
Seminggu menjelang exam AS Level Economics, dek kerana kebizian dengan persediaan Mathematics A Level, aku baru sempat meluangkan masa menjawab past year Paper 1 Economics (MCQ). Dan untuk 30 soalan yang dijawab, aku hanya mampu mendapat 11 jawapan yang betul!! Sungguh kronik. Exam tinggal seminggu je lagi. Aku masih belum dapat fahami teknik menjawab soalan MCQ ni..
Tak dinafikan, masa ni, aku amat kecewa.. (menangis dalam RC lagi tu.. hihi). Tapi, lepas sejam, aku amik kertas-lertas tu, jumpa Mr Jamal dan tanya camne sebenarnya dak jawab soalan-soalan tadi (sape2 yg amik econs akan faham. MCQ econs ni bukan nak jawapan yang betul je.. sbb semua jawapan A B C D tu betul cuma nak amik mana yang paling tepat.)
Dan Alhamdulillah, result aku amat memberansangkan. A untuk semua component econs..
Terkadang kedengaran komen dari adik-adik, "ala kak ajah tak pe la.. "
jawapanku, "teruskan memberi alasan dalam masa yang semakin suntuk ni.. yang rugi nanti korang jugak.."
Jadi adik-adik, berhentilah dari memberi alasan.. walau hanya ada sehari untuk exam, masih tak terlambat untuk revise dan lakukan yang terbaik.
Doa kami di sini sentiasa mengiringi adik2. Gud Luck semua!!
Pesanan untuk adikku, Sah:
Tahniah Sah. Wat molek exam Maths A Level ni n jangan kiasu sangat =P haha