Friday, July 31, 2009

Fuiyo.. n PUISI


.
Mana video PUISI?? hurm..
.
Tada!! Ni dia.. huhu..
.

.
Cuba cari saya dalam gambar las beramai-ramai itu?? (haha, daku tak de dalam gambar ini kerana ke tandas.. ces..)
.
.

Muffin (Mafuzah?? haha)

longsong muffin~
.
Semalam.. membeli barang untuk memasak..
Hari ini, berjaya menghasilkan Mee Bandung. (AIsha, aku dah reti.. hoho.)
.
Dan pada petangnya, aku membuat muffin. Plan nya nak buat pertandingan membuat muffin peringkat keluarga.. ie aku lawan dengan dua lagi adikku.. tapi end up dengan dorang g bukan cite korea n tengok sesame.. (redha~)
.
Disebabkan tiada tray muffin dijual di Tanah Merah, (hulu sangat ke ni??), muffin kali ini menggunakan longsong kertas. Dibuat daripada kulit prospectus Maths Southampton (sori ye budak Soton). Dan muffin aku menjadi bulat dengan cantiknya. Jadi, sape2 kat UK yang tak de tray muffin ni, boleh la buat sendiri.. :)
.
36 biji muffin terhasil.. dan setelah 2 jam, ini sahaja yang tinggal.. n hiasan ni dibuat oleh Yeying, adikku yang berusia 7 tahun.. pandainye Yeying!!
.
Ps: get back to work.. Yosh!!

Wednesday, July 29, 2009

suka memberi atau menerima?

Post yang semalam hanya sempat di tulis tajuknya.. Sudah ada pengomennya.. huhu.. Komen tak semestinya hadir bila post siap di type kan? :)
.
Sape ingat gaya Yankumi camni?
.
Persoalan suka memberi atau menerima? Rata-rata kita sudah setuju yang memberi lebih gembira dari menerima. Bila sahabat senyum, kita gembira.
.
Kata Aid Al-Qarni dalam buku La Tahzan:
"Orang yang pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikan ialah orang yang melakukannya. Jadi, bila anda berdukacita, carilah orang lain dan gembirakanlah mereka. Nanti, hati anda akan turut gembira."
.
Mendengar kata-kata ini, ku teringat satu ayat Al-Quran yang pernah diberitahu Kak Nik Nur sewaktu usrah di kolej dulu. Tanda yang ku buat pada ayat ini dalam Al-Quran ku masih kekal. Ayat yang sangat bermakna bagiku. Nasihat dari Dia yang ku harap akan terus ku ingat.
"Mereka itu bersegera dalam kebaikan, dan merekalah orang-orang yang lebih dahulu memperolehnya"
Surah Al-Mu'minun 23: 61
.
Ustaz Hasrizal juga pernah menyebut,
"Kejayaan sebenar adalah pada membawa orang lain untuk berjaya sama, pencapaian peribadi ini tidaklah begitu menceriakan diri."
.
Macam tak jadi sangat kami berlakon.. huhu
.
Post ini adalah sebuah penghargaan kepada seorang sahabat yang tak jemu memberi.
.
Ke Tesco jam 1am kerana aku ingin memasak seawal jam 6am keesokannya.
Sentiasa membantu ku ketika sesat di UK dulu.
Membantu aku mencari maklumat tentang sistem polis di UK ketika sesuatu berlaku terhadapku di Waterloo Station.
Membelikanku makanan (Nasi goreng kicap?? dan Samosa yang sedap) ketika aku transit untuk ke Warwick dari Cardiff.
Meminjamkan aku charger hp, apabila aku selalu lupa membawanya.
Menghantar kunci ke Universiti ku apabila aku lupa lagi untuk menghantar kunci tersebut di reception.
Membelikan ku keychain untuk SOP nanti.
Terus memberiku semangat walaupun aku tahu dia juga mempunyai masalah ketika itu. (Maaf kerana menimbulkan isu tersebut pada masa yang kurang sesuai.)
Penasihat yang baik untuk berorganisasi. Banyak menasihati aku untuk pengurusan program.
Ajar aku photoshop walaupun sedang sakit.
Akan tolong aku poskan surat-surat untuk orang yang sangat2 aku sayangi.
Dan banyak lagi.
Hanya itu yang mampu aku senaraikan dengan ingatanku yang ingat-ingat lupa ini.
.
Akhirnya, aku segan sendiri untuk meminta bantuan darinya. Dan aku yakin dia tidak akan jemu memberi kepada semua sahabatnya kerana dia suka memberi!!
.
Jam menunjukkan jam 1.21am. Berjanji dengan seorang sahabat untuk satu perbincangan. Namun, gagal menghadirkan diri lebih awal.
Dia yang dalam sedang sakit.. Semoga cepat sembuh.
.
Ps:
1. gambar sekadar hiasan. Merindui saat2 gembira bersama semua ahli keluarga.
2. Esok ada pertandingan membuat muffin peringkat keluarga. Seharian keluar memberi barang. (dan menghabiskan duit Abah dengan dasyatnya.. Tq Abah). Tengokla jadi ke tak muffin aku esok..
3. kawan2, maaf krn sedikit slow menyiapkan kerja, kerana aku sedang fokus menaip surat untuk seorang ahli keluargaku.

Tuesday, July 28, 2009

Topeng.. fesyen barukah??

Semua bertopeng..
.
Hamidah kelihatan terlantar kerana turut demam..
.
Kolej ditutup.. adikku selamat tiba di rumah pagi tadi.. dengan senyuman?? ces, suke la tu balik umah.. Semoga semua sihat..
.

Monday, July 27, 2009

Pengenalan kepada Adobe Photoshop

Zaman kian maju. Maka, aku pun kena la maju.
Duk guna paint je, bila le nak cantik gamba nye.. (skali je guna paint untuk edit gambar di blog Life@Surrey. Lepas tu, putus asa dah)
.
Setelah sejam berguru, aku sudah tahu sedikit tentang benda ni. Tak susah sangat, tapi leceh sebab kena tekan satu2.
.
Dan hasilnya... jeng3..
Tidak!! Sya, nape gamba awak ada 2? Camne nak delete lagi satu tu? emo2..
.
Ps:
1. Cikgu hanya sempat mengajar teknik mengedit tulisan pada gambar. Belum masuk bab crop gambar.
2. Gambar yang dihasilkan utk pelajaran edit tulisan tadi tidak dapat disiarkan. Sebab teramat tak cantik.. redha~

Update jaulah selama seminggu (part 1)

Sedikit pelik kerana part 2 hadir terlebih dahulu berbanding part 1. Tapi, tak pela..
Jaulah selama seminggu minggu lepas bermula malam pada 9 Julai. Aku bertolak dari Tanah Merah ke Kuala Lumpur..
.
Di Hentian Putra, aku bertemu dengan Fatin Nabihah. Setelah sarapan dan melepak + melagha sikit2, kami bertolak ke Tanjung Malim.
Dan dalam komuter, kami dipertemukan dengan Syara dan Afiqah. Destinasi kami: Kem Desa Selesa!!
Barisan fasi muslimat.
.
Di Tanjung Malim, kami disambut riang oleh Nova dan Herda. Kedua-dua mereka baru tiba dari Seremban. Turut ada ditempat kejadian, Jpah dan Izuan.
.
Dikhabarkan 5 peserta muslimat dan 2 peserta muslimin tidak dapat hadir. Sayu hatiku. Mungkin mereka ada urusan penting di rumah. Harapnya semua urusan dipermudahkan..
.
Slot pada malam itu ialah Ceramah berkenaan usrah oleh Ustaz Anhar. Disebabkan kebanyakan peserta baru pulang dari BTN, kebanyakan mereka tertidur ketika ceramah.
Aku dan Fatin juga tidak terkecuali. Kami keluar sebentar untuk menghirup udara segar. Kemudian, membuat keputusan untuk mendengar ceramah dari luar dewan.. huhu.. Tak pela kan, asal dengar :)
.
Keesokan harinya, aku berangkat ke KL untuk berjumpa dengan seorang kawan yang akan berangkat ke UK. Perjalanan ke KLIA mengambil masa 28 minit dari KL Central dengan menaiki KLIA Express. Agak selesa.. ala2 train di UK.
.
Setibanya di sana, aku bergegas menaiki lif dan ketingkat 5. Kelihatan Nurul tersengih di satu ruangan menunggu.. (hepi ye dapat balik UK?? huhu)
.

Namun, aku sedikit terkejut apabila mendapati, cik adik kecik molek juga ada di situ. Wit dan keluarganya akan berangkat ke Mekah untuk umrah pada hari yang sama. Besnye Wit.. .
.
"Doakan saya cepat mendirikan rumah tangga ek" pesan seorang gadis berbaju pink.. ngeh3.. teka2 sape.. (haha.. ini kisah benar, bukan rekaan)
.
Buku-buku yang memenuhi bag Nurul..
.
Flight Nurul akan berlepas jam 2.40pm. Aku tiba di KLIA lebih kurang jam 12.30pm. Sejam yang ada digunakan sebaiknya. Banyak cerita dikongsi dengan Nurul. Dari hal keluarga sehingga hal rumah tangga.. (hehe, speku lagi nih)
.
Amboi, pink nya baju.(ada hint sedikit di sini untuk teka-teki tadi.. hehe)
.
Jam 1.40pm, Nurul meminta izin untuk check in. Kami berpisah di sini. InsyaAllah, di UK nanti, kita jumpa lagi (dengan kerapnya?? huhu). Rajin2 la turun ke London ye Nurul..
.
Semoga terus fighting di UK nanti.
"Tutup mata dan berjalan terus" ayat yang selalu disebut Nurul. Ayat ini juga diberi kepada ku beberapa hari lepas.
Baik Nurul, jom kita terus bertabah!!
.
Selepas itu, aku terus bergegas semula ke tapak program. Telah mengabaikan tanggungjawab ku sebagai fasi selama separuh hari. Maaf yang amat.
.
Setibanya di sana, aku berjumpa dengan Kak Hamizah dan Kak Nabilah. Pertama kali jumpa. Segan plak kerana mereka ini sangat baik. (rase nak menyorok je bila duduk dengan dorang ni)
Kak Madihah dan Kak Kimah kesayangan juga dah sampai. Kak Madihah seperti biasa, menyampaikan amanatnya dengan sungguh bersemangat. huhu
"Apa tajuk perbincangan ye? Saya main cakap je tadi. Orang masuk grup, saya pun masukla"
Huhu, tergelak aku dengan telatah Kak Madihah yang sentiasa ceria. Kak Kimah hanya menggeleng dengan gelagat sahabatnya.
.
Dan adik-adik lain, sedang khusyuk dalam perbincangan selepas LDK petang itu.
.
Cuba teka siapakah yang tidur bersandar ni? Kantoi tidur ek?
.
Aktiviti pada waktu malam diteruskan seperi biasa. Tergambar wajah kepenatan mereka. Namun, masih tetap emmberi komitmen yang sangat baik untuk setiap LDK. Tahniah adik2! Sungguh kagum!
Hari terakhir..
Sebelum pulang, kami sempat bergambar dan berborak-borak tentang kehidupan di kolej. Aku dan Fatin mengikut mereka pulang ke kolej kerana akan berangkat ke Melaka keesokan harinya.
Pendapat aku tentang program ini:
1. Beberapa kekurangan dari sudut teknikal terutamanya ketepatan masa.
2. Kerjasama dengan muslimin yang masih boleh diperbaiki.
3. Kerjasama yang cukup baik dari peserta. Tq yang amat.
.
Destinasi seterusnya: Melaka.
Aku bertolak ke Puduraya terlebih dahulu dan dari sana, kami berangkat ke Melaka Central bersama Kak Safinah. Kiut miut akak ni.. hehe.
.
Tiba di Melaka Central lebih kurang jam 1pm. Kehadiran Atiqah Hamid dan Eicha yang baru tiba dari Johor melengkapkan lagi team jaulah kali ini.
Moi (kedah) = Nasi Air (Klate) = bubur nasi (bahasa standard)
.
Sebelum bersiar-siar, kami makan bersama di sebuah kedai. (lupe dah nama kedai ni).
Dan semua kami meminta Moi.. mungkin kerana namanya yang pelik.. boleh tahan sedapnya..
.
Setelah itu, kami bersiar-siar di bandar Melaka dengan gembiranya.
Tidak diceritakan di sini kerana terlalu banyak untuk diceritakan. Tak larat nak type.
.
Oh ye. Ni bas yang kami naiki. namanya Putt hup (betul nama bas ni gini? lupe dah).
Menarik sebab dah lama tak naik bas gini. Dan nama bas ni gak menarik.
.

Sunday, July 26, 2009

Ciri-ciri pemimpin

Nurul dan Kak Farah dengan bunga-bungaan~
.
Quwwah dan Amanah..
Pertama kali aku dengar berkenaan ciri-ciri ni mase satu aktiviti di London..
.
"Wahai ayahku, jadikanlah dia sebgaai pekerja (pada kita), sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja ialah orang yang Qawiyy lagi Ameen"
Surah Al-Qasas 18: 26.
.
Ohoo.. kapal.. macam di Portsmouth~
.
Qawiyy = Kekuatan, keupayaan, kemahiran.
Ameen = Amanah dan bertanggungjawab.
2 ciri yang harus ada pada seorang pemimpin..
.
Kekuatan.. apa maksudnya ek? Dr Google??
.
dari blog ni, definisi kekuatan ialah:
"Kegiatan, yang apabila dilakukan, akan membuatkan kita merasa semakin kuat."
.
lagi pening plak..
.
Bila dengar perkataan kuat, aku terfikirkan maknanya ialah ketabahan dan tetap pada sesuatu. Kuat rohani ialah orang yang tetap pada pendiriannya, iaitu orang yang tak lut apabila digoda syaitan. Tetap pada kepercayaannya kepada Dia.
.
Castle yang teramat cantik.. waa.. nak g tempat ni jugak!!
.
Anda ada definisi kekuatan?? kongsi2..
.
Bertanya diri sendiri, apakah aku ada ciri-ciri ini untuk memegang sebuah amanah?
Kekuatan?? Amanah?? Hurm..
Aku merasakan aku tidak cukup tabah.. walaupun makna namaku ialah 'kekuatan'.
.
Terasa tidak berkeyakinan untuk menyempurnakan amanah ini. Mampukah untuk teruskan?

.
Douka kamisama, boku ni yuuki wo kudasai..
.
Castle tadi..
.
Bercakap tentang makna nama, mase Nuqaba' Camp, jumpa Kak Hamizah dari UPSI.
"Awak tahu apa makna nama kita?" soal Kak Hamizah padaku.
"Kekuatan?" jawabku..
.
"Dalam kitab-kitab lama, perkataan Hamizah ni, maknanya ceria. Awak rase betul tak makna tu?"
"huhu.. macam ada sikit2.." jawabku.
.
Mengumpul kekuatan untuk sentiasa ceria.. go Hamizah!!
.
Ps:
1. Lokasi gambar2 di atas di ambil: Inverary (kata Nurul, tempat ni kat area tepi pantai, lagi atas dari Glasgow). Nurul, nanti bawak aku ke sini :) n hepi to see ur smiling face :)
2. Terima kasih kepada seorang sahabat yang terus-menerus memberi ku semangat. Maaf yang amat sebab telah menimbulkan masalah dan merisaukan dia.

Saturday, July 25, 2009

Sebuah amanah

komuniti Melayu di Surrey.. (gambar sekadar hiasan)
.
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui"
Surah Al-Anfal 8: 27
.
sedang kamu mengetahui.. sedar yang amanah tak dilaksanakan dengan sebaik dan semampunya..
.
memegang amanah.. suatu yang amat berat untuk dipikul..
.
.
Nasihat Dr Asrar kepada anaknya, Asiah Yusra,
"Dalam mengajak manusia, jangan terlalu runsing dengan soal natijah kerana natijah itu urusan Allah. Allah akan tanya apa yang kita buat. Yang paling dipandang-Nya ialah keihklasan dalam beramal dan ikut sunnah. Allah takkan salahkan kita kalau kita tak berjaya capai matlamat. Yang penting, Dia tahu kita dah berusaha. "
Petikan dari novel Tautan Hati.
.
Tapi bagaimana jika disedari usaha kita masih belum cukup setimpal dari apa yang sepatutnya?
.
hurm..

Friday, July 24, 2009

Ibadurrahman

adik2 ku yang aktif.. penat melayan.. las2, aku xlayan.. biar aje la dorang ni~ (kakak yang kejam)
.
Ibadurrahman.. bermaksud, hamba-hamba Tuhan yang Maha Pengasih.
.
Dijelaskan dalam surah Al-Furqan, ayat 63 hingga 70.
.
"Adapun hamba-hamba Tuhan yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan Salam."
.
Nasihat Dr Asrar kepada anaknya, Asiah Yusra.
"Tawaduk satu sifat terpuji. Perasaan tak mampu dan tak layak memang perlu ada dalam diri kita tapi apabila ia terlalu menguasai diri, ia bukan tawaduk lagi. Sebaliknya merupakan alasan ciptaan syaitan supaya kita meninggalkan kerja yang mulia ini. Kelemahan untuk diperbaiki sebaik-baiknya, bukan untuk dikesali semata-mata. Siapa yang tiada kelemahan di dunia? Mustahil manusia ma'sum. Itu hanya sifat yang layak bagi Rasul."
Petikan dari novel Tautan Hati.
.
"Dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri"
.
"Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab Jahanam dari kami, kerana sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal"
.
"Dan orang-orang yang apabila menginfakkan (harta), mereka tidak berlebihan dan tidak (pula) kikir, di antara keduanya secara wajar"
.
"Dan orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina"
.
mereka yang aktif lagi..
.
Mengumpul semangat diri. Ibadurrahman.. Layakkah?
Pilihan di tanganku.. Sama ada berusaha melayakkan diri sebagai hamba Allah Yang Maha Pengasih atau melupakan tawaran ini..
.
Tapi, siapa yang perlukan siapa?
Allah perlu sembahan dari kita untuk Dia menjadi Agung, atau kita yang perlukan segalanya dari Dia??
hurm..

Thursday, July 23, 2009

update jaulah selama seminggu (part 2)

Surau As-Saad. Tidak banyak berubah. Cuma wajah2 yang selalu ku lihat dulu sudah tiada.. muka-muka baru menghiasi surau ini sekarang.
.
Perjalanan ke kolej dari Melaka mengambil masa selama 3 jam. Kami bertolak pada jam 4.30pm dan tiba jam 7.15pm. Setibanya di sana, kami berehat sebentar di luar surau sementara menunggu Maghrib.
.
Fatin yang melelapkan mata untuk 15 minit~
.
Disebabkan kami telah pun berjaulah selama 3 hari sebelum ke kolej, muka kami setibanya di kolej sedikit monyok.. masing-masing menggunakan masa 15 minit sebelum maghrib dengan sebaiknya.. iaitu TIDO.. atau bahasa yang lebih manis, rehat pejuang..
.
dan aku? berjalan-jalan ke sekeliling kolej. mencari kelibat kucing yang semakin sedikit.
ada ura-ura mengatakan mereka di racun. SIAPA BERANI RACUN KUCING2 TU??
Dan selepas di soal siasat dengan lebih teliti, barulah ku tahu yang mereka ditangkap dan di buang. Fuh, lega..
Umu, Herda, Kak Deena, Azira, Kak Pinah, Amirah, Raihanah?? (hehe)
.
Selepas maghrib, kami berkumpul bersama super junior batch 12 untuk sesi perkongsian. Banyak pengalaman dikongsi.. Dan seperti yang ku jangka, soalan yang paling kerap ditanya kepadaku ialah, "Susah tak Further Maths??"
.
Further Maths masih menjadi ketakutan semua.. Dan cikgu-cikgu masih seperti dulu. menakut-nakutkan adik2 ni dengan subjek itu. Bagi aku, berilah mereka peluang mencuba sendiri. Lain pelajar, lain kemampuan. Menakut-nakutkan mereka, hanya akan meruntuhkan keyakinan mereka terhadap diri sendiri untuk mencuba yang terbaik..
.
dari kiri: Ikin, Umu, Herda, Saidah, Kak Deena, Azira, Z (Izzati), Aini, Kak Pinah, Azna, Atiqah Hamid, Amirah, Hasanah, Zaidatul Husna, Wawa, Eicha, Bilqis, Aqidah.
.
dan banyak gak soalan-soalan lain diterima.
"Akak, nape kat kolej ni saya rase batch kami je yang ada?" Mereka pelik kerana setiap kali mereka keluar dari Great Hall, hanya ada batch mereka yang berkeliaran.
Jawabku, "Ntah la dik."
.
Recall nama junior dalam kumpulanku.
Anati, Ilya, Irina, Shahirah, Atiqah, Asyikin, Alia. (harapnya betul.. huhu)
.
Dan selepas itu, semua muslimat bermalam di luar kolej. Tinggal lah aku seorang diri di kolej.
(tak sedih sebab aku memang nak duduk di kolej)
.
Jemaah muslimin~ (aku tidak skodeng ye. hanya amik gambar sekejap sahaja)
.
Jam 5.50am, azan kedengaran (suara muazzin tu macam pernah ku kenal dan ku dengar dulu). Aku melangkah ke Surau As-Saad (dengan muka ngantuk sebab tido kul 2am). Ku lihat surau penuh dengan manusia. Alhamdulillah. Semoga semua istiqamah mengimarahkan tempat ini.
.
Selepas solat Subuh, 2 orang junior batch 12 tampil untuk memberi tazkirah ringkas. Antara yang ku ingat ialah saranan untuk mengimarahkan Surau As-Saad setiap kali waktu solat.
.
Bunga purple di hujung padang~
.
Selepas solat, sempat berborak dengan Mariam, Farha dan Laili. Soalan wajib yang harus ada, tentunya berkenaan Further Maths. Agak ramai pelajar Actuarial Science yang bertanyakan subjek ni. "perlu ke Further Maths??"
Bagi aku, tak perlu. Sebab Universiti sehebat City pun tak mintak Further Maths. Namun kurang pasti skop pembelajaran di universiti. Adakah Further Maths membantu?? (Pelajar Actuarial Science, sila komen)
.
Seterusnya jam 7am, aku berjalan merentasi padang dan duduk sebentar. Terkenang zaman aku dan kawan-kawan bermain di sini dahulu.
.
Korang ingat lagi tak kita berkelah kat padang pada waktu petang sambil berkongsi ilmu? huhu..
.
Eicha, Azira, Atiqah Hamid, Fatin~
.
Jam 11am, sahabatku datang sekali lagi ke kolej untuk bertemu guru-guru yang banyak menabur bakti kepada kami.
.
Dan aku?? Nak jumpa Dr Foord. Tapi dia dan isteri ke Tanjung Malim. Sebenarnay, kami terserempak dengan Dr Foord di Tanjung Malim pagi itu semasa kami keluar membeli sarapan. Tapi hanya lihat dia dari kejauhan.. :(
.
Fatin, Kak Pinah, Saidah, Zai~ (perhatikan gambar Fatin ada di mana-mana.. ces)
.
Tengah hari itu, kami makan tengah hari di Dining Hall. Thanks to Jpah. Ntah camne dia bodek.
Jam 1pm, semua sahabatku berangkat ke Kuala Lumpur. Meninggalkan aku seorang diri di kolej.
.
Im, Zetort, n Atiqah.. Yang lain, maaf.. tak sempat bertaaruf.
.
Petangnya, aku menghabiskan kebanyakan masa di IT Lab. Dah agak lama tak bukak email. Penat gak nak baca semua. Beberapa berita yang agak mengejutkan. Dan aku, harus terus bertabah.
.
Keluardari IT Lab, kelihatan ramai pelajar sedang bermain lilin. Baru ku ingat, malam ni ialah Samurai!! Oh.. dah lama tak merasa Samurai.
.
Masih ku ingat, pesaing aku untuk Samurai dulu ialah Serena, my chaletmate. Kami 2 orang terakhir untuk merebut tahkta Samurai. Disebabkan kekiasuan aku tak sehebat kekiasuan dia, aku mengalah juga. (lenguh kaki den, tak larat nak kiasu dah)
.
Lilin~
.
Samurai pada tahun ini ialah Darimi (betul ke eja ni). Vice Pres SC. Dan costume yang dipakai, sedikit lain dari costume Oz dulu.
.
Tiada gambar untuk malam samurai kerana sume gambar dalam kamera adikku..
.
dua orang remaja sedang bermain pedang.
.
Pagi 18 July, aku berangkat ke Kuala Lumpur. Bertemu semula dengan sahabat2 ku yang bercadang menghabiskan lebih kurang 3 hari berjaulah bersama di sini.
.
Tiada apa yang menarik sepanjang jaulah kami di Kuala Lumpur.
Bersama warga Filipina dan Kemboja.
.
Namun, ada satu perkara yang paling aku suka iaitu Ekspedisi Dakwah. Sambil berjalan-jalan, kami berpecah untuk duduk dan bersembang dengan orang yang berada di tempat yang kami lawati. Tujuannya, untuk menyampaikan sedikit berkenaan Islam (walaupun aku macam banyak berborak je) dan memperbetulkan persepsi mereka tentang beberapa perkara dalam Islam.
.
Di taman depan KLCC, aku bertemu dengan empat orang kakak yang sangat peramah. Lama kami berborak. Tentang Malaysia, pendapat mereka tentang Islam di sini, Isu di Palestine, boikot dan sebagainya.
.
Agak menarik mendengar pendapat kaum dan agama lain berkenaan isu-isu ini. (dua dari mereka Christian, manakala 2 lagi Budha)
.
Seterusnya, aku join Atiqah yang sedang berborak dengan adik yang berumur 17 tahun. Banyak yang dikongsi bersama.
.
Kesimpulan dari pengalaman ini:
1. Banyak blaja teknik terbaik mendekati masayarakat. Kena pandai bertutur kata dan mengambil hati.
.
2. Ntah nape, aku rase macam hanya berborak dan tak sampaikan Islam pn. huhu.. maksudnya, aku banyak bertanya pendapat mereka dan bertanya sikit2 agar dorang terfikir betul ke pendapat sebegitu.
.
3. Tapi kata Atiqah, sekurang-kurangnya, kita dapat memperbetulkan persepsi masyarakat yang alergi terhadap orang yang bertudung litup (persepsi seperti, mereka hanya berada di kalangan mereka2 je, tak bercampur. Kalau berjalan, tak pernah senyum, nampak merana di sebalik tudung dll). Hurm.. betul jugak ye.. maksud menyampaikan Islam sangat luas. Beri contoh yang baik dah dikira menyampaikan Islam..
.
4. persoalan yang aku timbulkan dalam diri, nape sebelum ni aku habiskan je masa berjaulah tanpa mendekati masayarakat? Ruginya.. Padahal boleh je berborak dan sampaikan Islam, ie ketika berada dalam bas, menunggu bas, dalam komuter, taxi dsb.. kan2??
.
Jadi, jom manfaatkan setiap masa yang ada untuk sampaikan Islam. N jangan lupa yang skop menyampaikan Islam tu cukup luas. Bukan usrah semata.
"Eii, tak cukup tarbiyah.. Usrah pun tak pergi"
"Ces, tak g usrah maknanya tak dapat tarbiyah ke?"
.
SyasHot dan Wani~
.
20 July, jam 6pm.. aku bertolak ke Hentian Putra. Tak sabar untuk pulang ke pangkuan keluarga yang dirindui..
Sempat berjumpa dengan Syafiqah dan Wani yang turut berada di KL ketika ini.
.
Pss: sedikit pelik sebab post jaulah ni dimulakan dengan part 2.. redha~

Wednesday, July 22, 2009

Program2 menarik

Program-program menarik..
.
WOW~ 31 July - 2 Aug 09
.
MOC~ 3 - 6 Aug.
.
Monyetnya cinta kita~ 8 Aug
.
Uhuk2.. tak dapat pegi sebab ada SOP time ni.. sahabat2 lain yang tak ke SOP, boleh beramai-ramai ke program ni.
.
SOP~ 7 - 8 Aug 09
.
Untuk pelajar KYUEM sahaja. Perlu mendaftar untuk hadir. hubungi kak akma di email ni
juzt_akma@yahoo.com
.
SOP~ 7 - 8 Aug 09
.
FUIYO~ 22-25 Dec 09
.
FUIYO yang bakal berlangsung pada cuti winter nanti.