Sunday, May 31, 2009

we are one

kawan-kawan semua, bila nak balik?
lama amat tak jumpa..
dan lama jugak kita tak berkongsi cerita..
.

.
As you go through life you'll see
There is so much that we
Don't understand

.
And the only thing we know
Is things don't always go
The way we planned

.
But you'll see every day
That we'll never turn away
When it seems all your dream come undone
"yup ajah.. trus ke depan!" masih ku ingat nasihat Nurul. Tq Nurul
.
We will stand by your side
Filled with hope and filled with pride
"Tak pe Ajah. kami ada. Ajah tak keseorangan" masih ku ingat kata-kata Kak Day, Kak Akma, Atiqah, Nurul, Fatin, Kak Sal, Wahida. I miss everybody
We are more than we are
We are one
.
If there's so much I must be
Can I still just be me
The way I am?
selalu ku kata, "Nape kena buat? Ajah dah penat. Boleh rehat kejap?"
dan "Boleh Ajah jadi Ajah yang sebenar? tak nak berahsia lagi. please "
.
Can I trust in my own heart
Or am I just one part
Of some big plan?
.
Even those who are gone
Are with us as we go on
Your journey has only begun
"Ajah, rehat yang sebenar nanti ialah rehat di sana." teringat kata-kata ni dari salah sorang dari rakanku.
"Ajah, nasib baik dunia ni kejap je kan? " kata-kata Nurul b4 balik ke Malaysia.

.
Tears of pain, tears of joy
One thing nothing can destroy
Is our pride, deep inside
We are one
.
We are one, you and I
We are like the earth and sky
One family under the sun
.
All the wisdom to lead
All the courage that you need
You will find when you see
We are one

"ye kawan-kawan. Ketabahan Ajah selama ni, kekuatan Ajah selama ni, atas dorongan kalian. Pulanglah. Ajah perlukan korang"
.
Sahabat, kau kata "perjuangan itu pahit". Ku sambut "syurga itu manis"
semua orang ingat tak kata-kata ni Kak Sal tulis atas kertas n bagi kat semua orang mase kita kat kolej dulu?
.
"Ingatlah sesungguhnya mereka dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah Dia Maha meliputi segala sesuatu"
Surah Al-Fusilat 47:54
Kita akan kembali kepada-Nya jua lepas ni. Segala-galanya tanda sayang Dia pada kita.
"Ujian kan tanda Allah sayang?" kata-kata Kak Akma yang tak akan aku lupakan.
.
Korang, cepat balik.. Ajah nak nangis dengan korang :(
sedih~
.
Ps: Sesape ada keja boleh bagi kat saya? nak sibukkan diri.

Friday, May 29, 2009

ABC yang sodap

ABC yang lazat..
.
Dialog setelah sehari berada di rumah
"Mama, Ajah nak make ABC"
"em, nanti kita g beli"
.
"yeay! Mama, nanti Ajah nak 3 boleh?"
"Nak 10 pun boleh"
.
"yeay!!"
.
huhu.. dan petangnya, aku bersama Mama keluar membeli ABC. Juga window shopping survey baju-bajuan kerna aku tak bawa pulang barang sehelai pun baju melainkan baju yang aku pakai semasa pulang..
.
dan buat mase ni, meminjam baju-bajuan Mama yang meriah.. dengan labuci nya.. huhu..
.

kepulangan ku~

di depan rumah kedua ku~
.
Baru berkesempatan untuk update detik-detik kepulangan..
post yang bakal buat ramai orang jeles lagi (sampai ada yang dah buat draft untuk post lepas balik rumah.. ceng ceng ceng :P )
.
Ni adalah gambar-gambar terakhir di Evelyn Garden, London.. Melagha bersama Aisha sebelum pulang..
em, aku pendek ke Aisha yang tinggi sangat?
.
Masa berkemas, terjumpa ni.. ni aku beli mase Valentine Day hari tu.. nampak sangat cantik.
Ni untuk mama dan abah saya..
.
Bilikku yang dah kosong..
Dan jangan terkejut bila melihat barang-barang ku yang bakal di bawa ke storage nanti..
.
tadaa!! banyak kan? aku pun pelik nape banyak sangat barang. Seingat aku, aku tak de la membeli dengan banyak mase kat UK.. musykil2..
.
Trima kasih Sarah n Misz sebab bantu letakkan barang ni kat storage nanti
dan tq Idzat dan Anas sebab memberi kebenaran memenuhkan ruangan bilik korang yang dah sedia penuh.. :) aku tak sangka barang ku begitu banyak :P
.
melepak selama 10 jam di LCCT. Nasib baik time ni jet lag. Tengok semua orang tidur kat airport, aku masih mampu berjalan dengan segarnya.. huhu.. yela, mase ni, UK masih petang
.

Tuesday, May 26, 2009

tiba di Malaysia

Alhamdulillah.. Selamat tiba di Malaysia..
.
Cuaca? agak panas.. (err, agak ke?). so, semua, bersedia!!
.
misi di rumah, siapkan semua keja agar next year daku boleh melagha.. oho.. fighting!!

Saturday, May 23, 2009

Brighton~

Just Married!! haha.. bukan tanda2 desperate ye..
.
Aku menamatkan jaulah UK untuk tahun pertama di UK dengan menjelajah bumi indah Brighton.. Gembira sebab dapat jumpa adik Kameel yang sedang exam jugak, macam budak Warwick.. (maaf semua, aku mengacau korang)
.
Aku tiba di Brighton lebih kurang jam 3.30pm.. kelihatan kelibat Kameel yang tersengih apabila melihatku.. (suka dia jumpa aku.. kan? kan?)
.
The Royal Pavilion
.
Destinasi pertama ialah The Royal Pavilion ni. Sangat cantik sebab binaan luar ada unsur2 india n binaan dalam ada unsur2 cina. Walaupun tak masuk (sebab bayar n aku kan jimat.. tak ingat ke?), kami bergambar sakan di luar bangunan ini.
.
.
Kemudian, kami berjalan pulang ke rumah Kameel sambil menyelusuri pantai Brighton yang cantik..
.
3 jam kami berjalan-jalan di pantai (lama kan?? nasib baik summer ni, siangnya panjang.. makin lagha lah kami di pantai)
.
.
View yang tak pernah aku lepaskan untuk bergambar.. sebab fanatik cite korea.. oho!!
.
.
Aiskrim yang Kameel blanja.. korang semua masih ada sebulan lagi untuk Kameel blanja aiskrim.. jom g Brighton~
.
Dan Kameel Telah belanja aku makan aiskrim sebanyak 2 kali.. trimas Kameel.. harus aku dikutuk bila balik Malaysia nanti.. (mama pun kata pipi dah chumel.. tidak!! sempat jogging tak dalam 2 hari? adei)
.

Ikan buntal. sian mata dia jadi gitu..
.
Kami juga sempat singgah ke beberapa kedai cenderamata.. dan kedai2 di sini lain dari tempat2 lain.. semuanya dari kerang-kerangan.. sangat cantik!!
.
The West Pier.. hanya tinggal rangka sebab dah terbakar.. tapi jadi tarikan menarik plak..
Tempat ni seram.. macam haunted je.
.
Akhirnya, jam 6.30pm, kami tiba di kediaman mewah milik Kameel (sewa pun dikira hak milik gak la kan.. hak milik sementara)
.
Dan Kameel menawarkan diri untuk masak makanan malam.. aku macam agak cuak memandangkan ianya tawaran dari Kameel.. risau aku akan turut berjuang macam Jpah dan Pali hari tu.. (jus nice kan Pali.. )
.
Dan tada!! hebat x? ni la masakan Kameel.. Udang besar masak merah dan ayam bakar.. (Sya masa ni mesti tengah menjeling dengan jelesnya kan? harus Sya dengan kiasunya pulang ke Miri dan blaja masak.. oho)
.
Sangat sedap. Ini bukan pujian tapi kenyataan.. Syabas Kameel.. (kecil-kecil cili padi Kameel nih.. ehehe)
.
Jam 9am, 23 May, kami melangkah keluar dari rumah ke bus station. Sedih meninggalkan Kameel.. jumpa lagi Kameel.. truskan fighting tau.. Kami sentiasa mendoakan Kameel.. IA tahun depan kita jumpa lagi.. n kalau ada rezeki, kami singgah kat rumah Kameel kat Malaysia, IA
.

Friday, May 22, 2009

Warwick Day 2~

Ikea 6 tingkat~
.
Hari ni, selepas melagha (maksudnya berborak-borak) di bilik Kak Faezah, kami menuju ke pekan Coventry. Dan destinasi pertama kami ialah IKEA.
.
Dialog bersama Fatenshum melalui telefon.
"Apakah Ajah g IKEA. Tak penah lagi aku dengar orang datang Warwick n pegi IKEA je"
"haha.. tak tahu lagi ke aku ni pelik"
.
Aku pun rasa pelik.. tapi tak pela.. aku memang suka pun.. macam tak nak kuar tadi dari IKEA yang besar amat..
.
Angel vs demon~
.
Sekali tengok, macam seram (sebab patung berhala yang besar amat).. dua kali tengok, stil rase seram..
ntah le
.
Coventry Cathedral~
.
Tak dapat masuk sebab time ni, tempat ni dah tutup.. gara-gara melagha di IKEA terlampau lama.. Kak Faezah la ni.. (aku mula menyalahkan Kak Faezah padahal aku yang tak nak kuar dari IKEA)
.
Ni pintu gerbang yang pelik.. ntah la apa motif n maksud disebaliknya.. skali tengok nampak cantik, dua kali tengok, rasa peliks..
.
London!! Yeah..
.
Transport Museum.. (betul kata pak cik Akmal.. bukan Transpotation Museum.. )
Tak sempat masuk.. IA aku akan datang lagi.. time geng Warwick tak exam.. hihi..
.
Trimas Faten sebab melayan aku yang banyak mulut ni..
n Kak Faezah sebab bawak saya jalan-jalan (di IKEA.. hehe) dan belanja saya makan..
.
Juga suka suasana komuniti Islam di Warwick. sangat meriah.. masak sama-sama dan sahur sama-sama..
.
Esok: ke Bighton.. Kameel, tunggu Ajah ye.. mahu makan aiskrim di Brighton..
Mood sekarang: mahu pulang ke Klate.. nak masuk bilik.. nak bantal busuk (bag terlebih muatan, so tak dapat bawak datang UK.. sadis hatiku)
.

Thursday, May 21, 2009

Warwick~

bersama Kak Adiani dan Chaimaa (betul ke gini eja nama dia?)
.
Surau Warwick yang indah nian. besar dan selesa yang amat~ jeles
.
Jam 3.00 pm, aku tiba do Pool Meadow Bus Station, Coventry. Ku capai telefon dan menekan butang di telefon.
"Salam.. ingat lagi sape ni?"
"Ajah. Nape"
.
"Wah, hebat boleh cam suara. Cuba teka aku kat ne?"
"La, dengar ko gelak pun dah boleh cam. Ko kat ne?"
.
"Pool Meadow Bus Station"
"La, ko kat Warwick ke?"
.
begitula 'kejutan' demi 'kejutan' yang aku slalu lakukan (sian kawan2 ku.. Aisha macam dah biasa dengan cara ku ini). Bukan tak mahu beritahu kedatangan ku ke sini, cuma aku semacam risau yang kedatanganku menganggu warga Warwick yang bakal menghadapi exam minggu hadapan. (Nazri akan exam pagi ni. Linear Algebra. Fighting la ye)
.
Petangnya, aku dibawa oleh FatinShum meronda-ronda sekitar universiti. Kesimpulan aku terhadap luaran Universiti ni ialah, cantik, tersusun kemas, dan moden. (Cam Imperial n Surrey gak.. kurang bes bagi aku)
.
Salah satu 'hiasan' di dinding 1 bangunan. Cantik kan? (disebabkan short term memory yang serius, aku dah lupa bangunan apa)
.
Disebabkan masa itu emas, aku bercadang untuk stay up.
Pukul 1.25am, aku menerima sms dari Khairul.
"Ada sorang kakak ajak sahur pagi ni di surau"
.
Aku dan Fatin membuat keputusan untuk join geng sahur di surau pagi tu.
Sungguh meriah warga Warwick ni.
.
arca yang peliks.. cantik gak.. sangat suke.. tapi xfaham apakah ia.
.
Arca peliks~
.
Dan pagi ni, setelah menelefon Fatin Nabihah yang bakal exam pagi ni, aku melelapkan mata sebentar (err, sebentar ke) dan selepas ni akan ke Coventry bersama Kak Faezah cayangness (hihi). Plannya akan ke Transportation Museum.
.
Gud Luck pelajar Mathematics, Fatin, Anam dan Nazri Awang untuk exam pagi ni.
Juga Gud luck Kameel yang bakal menduduki Chemistry practical nya hari ini.
Ucapan awal juga untuk SyasHot yang bakal mengakhiri exam esok.. yeah Sya, nanti masuk geng Ajah melagha..
.
Fighting semua!!

Wednesday, May 20, 2009

Membumikan cita-cita~

Dalam buku ni, ada satu kisah yang aku suka.
kisahnya berbunyi begini:
Semasa perang Khandak, di kala para sahabat bertungkus-lumus menggali parit, ada satu batu besar yang menghalang menyebabkan usaha menggali parit terpaksa dihentikan. Mereka segera menemui Rasulullah dan baginda datang dengan membawa sebilah beliung.
.
Setelah membaca basmalah, baginda menghentam batu tersebut sambil menyebut, "Allahu Akhbar! Aku diberi kunci pembuka negeri Syam. Demi Allah, aku melihat istananya yang merah."
.
Kemudian, Rasulullah s.a.w menghentam batu itu dengan pukulan kedua sambil menyebut, "Allahu Akhbar! Aku diberi negeri Parsi. Demi Allah aku melihat istananya yang putih."
.
Semasa pukulan ketiga, Rasulullah s.a.w menyebut, "Allahu Akhbar! Aku diberi kunci negeri Yaman. Demi Allah, aku benar-benar melihat pintu-pintu Shana'a dari tempatku ini. Aku diberitahu Jibril bahawa umatku akan menguasai semuanya.
.
"Sampaikan berita ini kepada yang lain" Ujar Rasulullah.
.
Berita ini telah menjadi modal cemuhan orang munafik.
"Muhammad hanya memberi angan-angan dan mimpi sahaja. Bagaimana mungkin dia melihat istana Romawi, Parsi dan Yaman dari Madinah sedangkan pekerjaan orang islam sekarang hanya menggali parit dari hujung ke hujung." ejek orang munafik.
"Nak menang perang ni pun tercungap-cungap" mungkin itu kata-kata mereka tika itu.
.

Kesimpulannya, jangan malu untuk mempunyai impian setinggi langit.. Walaupun diejek dan dikatakan ianya hanya sebuah angan-angan.
Terus mulakan langkah awal untuk mencapai kejayaan tersebut. Dan buktikan!!
.
"The beginning is the most important part of the work" Plato
.

Terharu dengan semangat budak ni.
.

.
"I see you in about 20 years"
Walau masih jauh, namun impian ini tidak mustahil.
.
Jom semua, bumikan cita-cita kita. Buktikan yang ianya bukan hanya angan-angan. Jom mulakan langkah pertama hari ini!! Yosh!!

Tuesday, May 19, 2009

Andai ku tahu~

Geng pecah masuk ke Surau Muslimin.. (sesaje letak gambar ni sebab rindu kan mereka)
.
beberapa perkara berlaku dalam minggu ni.
.
Kejadian 1
Aku tersalah tengok jadual exam. Ku sangka exam Statistics, tapi rupanya exam Linear Algebra.
kurang dari 36 jam (tu tak tolak tido, makan, solat) untuk studi tajuk tu.
Disebabkan masa yang suntuk, aku yang amat jarang dapat studi dalam jangka masa lama dapat duduk di meja 3 jam dengan fokusnya!! Pencapaian yang menakjubkan pada diriku sebab biasanya, lepas sejam studi, aku akan mula melagha ke beberapa tempat sebelum sambung studi balik.
Kesimpulan: masa yang suntuk membuatkan aku tidak membuang masa dan fokus untuk mencapai matlamat ku esok, yakni EXAM.
.
Kejadian 2
Disebabkan tersalah tengok jadual exam, aku telahpun habes studi Statistics. Jadinya, selepas exam Linear Algebra, mood untuk studi sudah tiada. Dan aku masuk exam dengan kefahaman hasil studi tersebut dan sedikit ingatan terhadap formula.
Kesimpulan: Persediaan awal membuatkan kita tenang. .
.
Kejadian 3

Aku hanya tinggal kurang 2 hari untuk pack barang-barang untuk pulang ke Malaysia. Beberapa surat untuk kolej masih belum dihantar (surat sebagai tutor di kolej).
Dan 2 hari lepas, aku baru mula membeli barang-barang untuk di bawa pulang. Penat jugak berjalan dan memilih barang-barang untuk familiku yang amat demand (sebab cerewet, nak warna ni la, nak corak tu la, nak design ni la..redha~)
Kesimpulan: Masa yang suntuk membuatkan aku benar-benar berusaha, mencari apa jua cara untuk aku tunaikan permintaan adik-adikku. .
.
.
Semua pengajaran tentang masa.
Kejadian2 tu buat aku bertanya,
"Kalau la aku tahu aku akan mati esok, agak-agak apa yang aku akan buat ye?"
Jawapanku ialah: Sangat banyak. Aku rasa masa 24 jam tak sempat untuk aku tunaikan semua haq yang terabai sebelum aku mati. Macam kalau boleh, nak mintak notis seminggu lebih awal. Tu pun rasanya stay up jugak untuk tunaikan semua haq.
.
Muhasabah
Memikirkan tantang ini, aku merasakan yang aku masih belum gunakan masa ku dengan se optimum mungkin. Sebab masih banyak haq yang tak tertunai.
.
Sebagaimana semasa melihat kematian, kita sering melihat kematian itu kematian orang lain, tanpa pernah meletakkan diri di ketentuan itu.
Biar pun mati itu pasti, namun kita yakin ia bukan giliran kita. Masih punya masa, masih punya ketika. Dengan keyakinan sebegini, kita lalai dalam bersedia, hinggalah benar-benar tiba saat itu.
.
Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati.
.
Harapnya aku tak tersalah agak yang mati ku masih lambat padahal ianya mungkin esok atau kurang daripada itu. Harapnya aku tak tersalah anggap kematian ku masih lambat sebagaimana aku tersalah tengok jadual exam dengan menganggap exam ku lagi 3 hari, bukan 36 jam.
.
Masihkah kamu hidup yang biasa-biasa andai mengimpikan syurga yang luar biasa?
.

.
Video lawak yang mempunyai seribu satu makna bagi yang berfikir.
Jom hargai sekecil-kecil masa sebagimana mereka ni menghargai sekecil-kecil nyawa.
.
.

Monday, May 18, 2009

Azam baru~

Hyde Park London.. ni je kawasan yang ada bunga sbenarnya.. ntah sekarang camne hyde park.. dah lama tak pegi~
.
Apa khabar Nurul di Malaysia?
Em, aku sekali lagi baru dapat tahu yang aku akan exam.. dan kali ini, aku sedar kurang daripada 12 jam! apakah?
.
YM bersama kak dayang.
"Ajah, esok samapi Cardiff kul brape?"
"Aik? lusa la Kak Dayang. Ajah sampai 18 May"
.
"18 May tu esok la"
"Ye??"
.
Namun, kali ni aku tak sekalut kali lepas kerana sudah studi semuanya tajuk ni semasa test minggu lepas.. mujurlah.. cuma perlu hafal beberapa formula dek kerana ingatanku yang sangat lemah..
.
Aku yang perahsia
Ramai yang tak percaya aku ni seorang yang berahsia sebab cakap terlebih banyak kot.
Jauhari window dengan Nurul 2 hari lepas, aku merasakan yang berahsia ni kekadang ada baiknya, tapi ada buruknya. Ia menjadi buruk apabila tidak berterus-terang.. Selalu kita dengar, seek first to understand, then to be understood. vice versa nya, kita pun kena buat orang faham kita, agar saling memahami dan komunikasi jadi bertambah baik.. Sahabat akan lebih appreciate jika mereka mengetahui kisah kita dan hasilnya, mereka akan lebih mudah memahami kita.
.
Tak berkeyakinan
Aku amat sukar mengutarakan idea. Sebab utama: TAKUT.
Terlalu memikirkan pandangan orang terhadap ku. Juga mungkin sebab aku dibesarkan dalam waqi' yang terpaksa setuju dengan semua keputusan menyebabkan aku sangat tak reti membuat keputusan. Tapi tu alasan je, sebab utama yang lain ialah: Aku yang tak cuba.
.
"I have met a lot of people with dreams. Do you know what they have in common? When people laugh at them, they don't care"
.
Hidup dalam dunia sendiri
"Ko tahu tak, sekarang kan ........... (beberapa perkara berlaku di KYUEM)..." kata salah seorang dari rakanku.
"Aik! Ye ke? tak pernah tahu pun pasal ni" jawab ku.
"Tula, selalu hidup dalam dunia sendiri" Kak Dayang menasihati.
.
Sejak dari hari itu, aku perasan yang aku memang hidup dalam dunia sendiri. Sakit kawan-kawan, jarang sampai ke pengetahuan ku. Dan alasan ku: Tak de orang bagitau. Sedangkan aku sendiri yang macam buat-buat tak tahu.
.
Azam baru ku ialah, jadi lebih baik dari semalam.. statement yang general.. harus Fighting!!
"Mu je yang tak nak ubah. Try dulu. Jadi tak jadi tu lain kira. Kan ke tu rahsia tuhan?"
tu kata-kata Nurul beberapa jam sebelum dia berlepas ke Malaysia.
Trimas Nurul.
Charity visit MUSCOM ke mana ni ek? lupe plak..
.
Oh ye, adik-adik di KYUEM akan menghadapi exam Mechanics hari ni, jam 2.00pm waktu Malaysia. Fighting semua!!
.
Aisha n Kameel~
.
Dan tak lupa kepada Kameel yang akan menduduki salah satu exam A-Levelnya hari ini. Fighting gak Kameel..
.

Sunday, May 17, 2009

16 Mei

basikal pelik..
.
aku tiba di Evelyn Garden, rumah kedua time cuti hujung minggu (bukan tetamu sangat?? heh).
Setelah bersarapan dengan roti canai dan kari ayam Aisha, aku dan Aisha bergegas ke South Kensington (aku macam tertukar-tukar antara jalan-jalan High Street Kensington, South Kensington n Gloucester Road.)
Tujuan utama: Shopping.. masih tak beli pape untuk di bawa pulang.. las minit betul..
.
Disebabkan breakfast kami ialah pada jam 11.30am (breakfast la sangat kan?), dan kami keluar tanpa lunch, lebih kurang jam 5pm, perut mula meragam minta diisi..
Penat berfikir dan mencari kedai halal di jalan2 ni, tapi disebabkan kami demand, agak sukar mencari kedai makan idaman.
Dan kami membuat keputusan untuk ke Keiko Sushi..
.
sempat singgah di Imperial College London..
.
Kami merentas Imperial College untuk ke kedai ni. Em, banguan Imperial tak la cantik sangat. Lebih kurang Surrey jugak.. kurang suka bangunan moden camni..
.

Keiko Sushi
.
Disebabkan tak faham nama-nama peliks pada menu, kami studi menu tu dengan agak lama..
.
orang datang sini makan sushi, dia makan ayam plaks..adei cik Aisha
.
ni tangan Tumi yang baru blaja guna chopstick
.
Setelah kami habis makan, kami didatangi seorang tetamu.. Cik Puan Tumi!!
Tak boleh studi lagi katanya..
.
"Studi2 pun, kena rehat secara berkala jugak cik Tumi oi.." nasihat aku yang tak kurang kiasunya dengan studi.
.
dan beliau sambil-sambil ke Rayman untuk membeli pensel.. (tak faham, ko hilang pensel ke Tumi??)
.

Sian Aisha yang alah kepada bau hanyir.. huhu.. lain kali jangan datang makan sushi la ek.. kebab is the bes..
Tetibe teringin nak makan ABC~
.
dan oh ye? hari ni 16 Mei ke? adei. tak alert dengan tarikh.
n trimas pali Liverpool atas juadah makan malam yang sedap (sedap la untuk lelaki bujang yang masak kan? hehe.. tu pujian ye)

Selamat jalan sahabat~

Semalam, aku bergegas dari tanah Surrey yang indah permai ke London..
Destinasi ku ialah Heathrow Airport. Dan syukur sebab boleh naik tube je ke airport ni..
aku tiba di terminal 1, 2, 3 Heathrow Airport jam 10pm. Dan disebabkan tube station ni di zone 6 London (at least Surrey zone 5 London kan?? haha) dan mengambil masa hampir sejam dengan tube, hanya tinggal aku dan seorang warga Itali dalam tube tu.
.
Turun je dari tube, aku menemani sahabat baru, Rebetha ke Terminal 2. (skali jumpa dalam tube, trus kawan.. bes kan di London ni? semua pun peramah).
Dia seperti ada masalah dan menceritakan sedikit dari kisah hidup beliau di London. Aku kira, ianya kehidupan yang perit. Dan beliau akan pulang ke Itali untuk sambung kontrak keja. Fighting Rebetha!!
.
Kemudian, aku ke Terminal 1 dan kelihatan Nurul berjalan dengan yakinnya.
"Nurul!!" jeritku (bes sebab tak de orang pun..)
"Ajah!!" Nurul pun 2 kali 5 dengan aku.. menjerit balik..
Dan kami bersama-sama ke Terminal 3 kerana Nurul akan check in di Terminal ni esoknya.
.

Terminal 1, Heathrow Airport
.
Terminal 3, Heathrow Aiport.
.
lampu2 berwarna purple. Kak Akma yang juga akan pulang dengan Royal Brunei Airline akan check in di Terminal ni jugak nanti mesti amat-amat suka.. even aku dan Nurul pun suka
.
Makanan malam.. nasi goreng pedas. maaf terlebih lada giling plaks.. adei
.
Tempat kami ber'kampong' semalaman.
.
"Ajah, xpo ko? napok sepoh jah.. kemas dulu baru amik gamba"
"haha.. tak payah hipokrit.. tok sepoh sangat pon"
.
bagi aku, standard la kalo bersepah sikit pun. Dah namanya berkampong kan?
.
dan malam itu diisi dengan jauhari window.. Terima kasih Nurul.. aku akan mulakan hidup baru!! Dan Nurul, fighting!! terus bertabah. Kami akan pulang untuk support!!
.
Selamat jalan Nurul. IA, ada rezeki, kita jumpa di Malaysia. Harapnya...
.
Terima kasih juga sebab sedarkan aku yang hidup ni hanya sekejap cuma. Tak perlu bersedih kan?