Adakah saya maksudkan perhimpunan musim sejuk?.
Bukan.
.
PMS yang saya maksudkan di sini ialah Pre-Menstrual-Syndrome.
.
Orang ramai mengaitkan ianya dengan penyakit emosi perempuan yang tidak stabil sebelum menstruasi.
.
Seorang sahabat mencadangkan untuk tandakan di kalendar 2 perkara:
1. tarikh menstruasi.
2. tarikh emosi tidak stabil (apabila menangis dan tidak keruan)
.
Katanya, perhatikan pattern, adakah emosi tidak stabil itu benar-benar kerana PMS.
Kerana, kerap kali apabila emosi perempuan tidak stabil, mereka akan dituduh dengan sebab ketidakstabilan hormon (yang juga turut dikaitkan dengan PMS)
.
Pendapat peribadi mengatakan bahawa, adalah tidak adil memukul rata semua emosi perempuan dengan PMS dan ketidakstabilan hormon.
Kerana, ada banyak kalinya, perempuan menjadi sedih dan emosional kerana masalah yang menghimpit diri dan bukan kerana masalah hormon dalam badan.
.
Kesimpulan di sini: Saya sungguh alergi apabila dalam keadaan sedih, ramai orang terus mengaitkannya dengan PMS dan ketidakstabilan hormon.
.
.



2 comments:
haha.. apekah ..
hahha. aku sokong ajah 200%
Post a Comment