Sebelum ini, menulis tentang PMS, adalah agar semua masalah emosi wanita dikaitkan dengan PMS."Emo la plak perempuan ni hari ni. PMS le tu"
Itulah yang kerapkali didengari.
Namun, tidak dinafikan, kebanyakan masalah emosi perempuan memang berkaitan dengan PMS.
Ingin berkongsi insight daripada seorang sahabat paling rapat.
Katanya, dari segi spiritual, cara menangani PMS ialah dengan memperbanyakkan ibadah sunat.
Kerana, apabila emosi tidak stabil kerana PMS, syaitan akan datang menyucuk dan mengganggu rasional wanita tersebut. Jadi, wanita perlukan pendinding yang sangat kuat, yang boleh diperoleh dengan ibadah sunat dan ibadat fardhu yang terjaga.
.
Juga, semasa haid, wanita perlukan kekuatan spiritual daripada ibadat sunat yang perlu dilakukan (seperti zikir dan doa, juga sesetengah berpendapat membaca Al-Quran di bolehkan) untuk menghadapi seminggu tanpa ibadat fardhu.
Dari segi pemakanan, housemate ku, Kak Izan yang specialise dalam nutrisi mengatakan, Primrose oil sangat membantu untuk mengawal ketidakstabilan hormon disebabkan PMS..
Perkongsian untuk mangsa-mangsa PMS seperti ku
.



No comments:
Post a Comment