Tuesday, June 24, 2008

aktiviti pertama yang fail!! Sukaneka... (ketika ni kami dah penat n dah ada fasi yang mintak nak balik KYUEM...huhu...)
Adik Amin yang comel.....

abang2 bergembira mengalahkan adik2... ceh, jgn maen je, buat keje!! (Direktor yang garang..huhu, teringat aku termarah Pali..)

Di sebabkan kak akma dan budak yang melaghokan (Amira Katun)dah buat laporan tentang aktiviti ni, so aku hanya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan2 dan pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

  1. Nur Akma Dinen aka Kak Dinen (korang jgn panggil dia dgn nama ni tau, sbb dia marah. Huhu. Sori kak akma). Terima kasih kak akma sbb menolongku menjual dan membuat bookmark. Tq gak sbb memberi sokongan moral dan nasihat yang berguna.
  2. Wahida. Tq Ida sbb banyak tolong aku. Ida banyak menemani ku sepanjang pengurusan ke Tunas Harapan, Tq gak sbb tolong buat bookmark yang tersangat banyak. Tanpa pertolongan kwn2,mustahil kami dapat menyiapkan 650 keping bookmark!! Banyak kan?? Huhu...
  3. Anam. Tq sangat2 sbb menolongku untuk keje2 teknikal yang aku paling xreti n xsuke. Terima kasih gk sbb tolong hantarkan bokmark kpd muslimin dan menguruskan sukaneka dan volunteer untuk jd MC pada upacara penutup.
  4. Khairul Anwar. Tq khairul sbb sanggup tido lewat n deal dgn Pali yang banyak songeh semata-mata untuk siapkan modul 4 non-muslim. Tq sgt2 sbb ikut kami walaupun dah las minit.
  5. Kak Dayang. Trima kasih sbb bersungguh-sungguh promote n jual choki2 to fund this program. Huhu, patut Kak Dayang yang dapat gelaran ‘Kak Dayang Choki-choki’, bukan aku. Huhu…
  6. Katun. Walaupun ko budak yang melaghokan dan banyak menjatuhkan saham aku sehingga ketahap paling rendah (rasanye katun sorang je yang paham ni...hehe), tp tq sgt2 sbb berusaha menyiapkan keja Computing sampai xtido malam tu semata-mata untuk ikut kami. Sangat terharu dengan katun. Tanpa katun, mungkin keta Mr. Mahadzir xriuh macam hari tu...
  7. Mr. Mahadzir. Tq sir sbb sudi menghantar kami ke Tunas Harapan walaupun pada hari yang sama, sir terpaksa mengambil student Isk kat Shah Alam.
  8. Muscom. Hehe, jgn terkejut, aku sebenarnya menggunakan nama Muscom untuk program ni, tanpa pengetahuan president muscom.(dengan kebenaran Ustaz Malkie la..) Tanpa muscom, kami mungkin xdibenarkan keluar untuk buat charity visit ni n xdpt fotostat buku zikir n print colour dgn percuma.
  9. Hisham. Walaupun dia xikut kami, tapi Hisham dah banyak tolong promote bookmark kami. Hisham gak dah tolong tanyakan Mr. Mahadzir untuk tumpang keta ke Tunas Harapan.
  10. Fatin Nabihah. Tq Fatin sbb bertubgkus-lumus menyiapkan buku zikir.
  11. lastly, tq kepada semua peserta krn bg kerjasama untuk mengendalikan aktiviti2 sewaktu di sana. Tq Siti Fatin, Shid, Pali Topaz, Syafiq Izmi.

    “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah As-Saff 61:4)

Bersatu kita teguh!! Huhu, memang tak dinafikan, aktiviti ini tidak berjaya tanpa pertolongan kwn2. harapnya, kita semua dapat bekerjasama lagi spt barisan yang teratur dan bangunan yang tersusun kukuh!! Trima kaseh semua!!!





Tragedi 22 June..

Selamat tinggal KYUEM....
Seperti yang semua tahu, hr ni ialah awards day. Hari yang menggembirakan bagiku, sbb dpt jumpa mama dan abah. Huhu. Familiku tiba ke KYUEM seawal 8.20am. huhu, awal kan?? Sampai guard xbagi masuk sbb awal sgt. Bg sape yang kenal aku, aku sangat2 tak suke ikut law sekolah kalau law tu macam nak menyusahkan aku. So, dalam kes ni, berlakulah anak borek bapak rintih. Abah dengan slumbernye meredah masuk gak, buat tak tahu dgn guard tu. Siap park keta dekat kawasan chalet perempuan. Guard tu dtg marah lagi sekali, tapi abah pesan buat tak tahu je…. Haha, padan muka guard tu… maaf ye guard.

Amalina, Ainol n Atiqah bergambar di Saad Square?? yang baru (sape2 tau nama baru taman tu??)
Pukul 9.00 am, aku dgn bahagianya melangkah ke foyer untuk berkumpul bersama-sama teman seperjuangan. Beberapa gambar kenangan sempat dirakam. Lawa kan?? Suka tengok semua org gembira. Tapi paling xsuke tgk boys pakai sut, nampak semua org sama je, xmeriah mcm kami. Dipendekkan cerita, awards day kami berjalan dengan lancar dan meriah skali. (ketika ni, mood aku masih sgt2 gembira..huhu)
KPM Scholars yang sangat ramai. penat gak nk atur b4 amik gambar ni..
Guru garang, pelajar cemerlang (kata-kata ketua kami, Ustaz Pali)

Chalemates tersayang....rindu korang!!

Habis je makan, aku pulang ke chalet dan menukar pakaian. Abah n mama dah tunggu aku kat keta. Aku dengan gembiranya mengambil kunci untuk dipulangkan kepada warden, n tanpa kuduga, clearance form aku hilang!!! Habis satu chalet aku selongkar, tp xjumpa gk. Aku teringat, tadi aku ada bawa form tu ke great hal, mesti tercicir masa tunggu kat foyer td. Aku terus berlari ke foyer, tapi still xjumpa form kesayangan tu. Aku tanya mak cik cleaner, ade jmp x kertas berlipat kat atas meja, mak cik tu kata tak pasti. So, aku terpaksa menggeledah 2 tong sampah kat foyer tu (keja paling tragis aku buat selama aku kat KYUEM. Hehe, nasib baik xde org, aku pun geledah je la!!) tapi, still xjumpa. Aku ingatkan diriku agar bersabar. Jgan putus asa dengan pertolongan Allah.
Tinggal satu lagi cara, amik n buat form baru!! Walaupun cara ni macam impossible, aku mesti cuba. Berusaha!! Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan signiture Kak Intan (student service) dan RC, tapi malangnya IT centre dah tutup. Ketika itu, aku harap sangat agar abg Sarip ada kat MPH. Aku terus berlari ke MPH dan memulas tombol pintu MPH. Pintu terkunci!! Abg Sarip dah xde!! (bkn meninggal k..huhu) Air mata aku terus mambasahi pipi. Nampaknya aku akan dapat tau result exam sedikit lewat berbanding rakan2. Andai kata aku tidak mendpt A untuk Further Maths, peluang untuk clearing tersangatlah tipis.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah 2:286)

Ayat ini terngiang-ngiang dalam kepala ku.... betul, aku kena tabah. Mesti ada hikmah yang aku xtau... Dengan air mata yang berlinangan,(hehe, dalam redha tu, ada air mata gak, sbb sedih sgt2..) aku berjalan semula ke RC. (yang peliknya, aku pun xtau knp kaki ku ketika itu membawaku ke RC). apa yang pasti, Allah telah menolongku dengan menggerakkan kakiku ke RC.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku." (Surah Al-Baqarah 2:186)

Setibanya di RC, Dr. Foord yang melihat muka sediku bertanya, ”Ajah, what’s wrong??” Aku terus menceritakan apa yang berlaku, dan Dr. Foord membawaku berjumpa En Kuda (Mr. John Horsfal). Akhirnya, Dr. Horsfal menandatangani bagi pihak MPH dan IT Centre. Sempat dia berbual denganku, tentang Durham, uni firm ku. Xsangka, sporting jgak dia ni kan?? Huhu.... dulu aku slalu kutuk dia, hari ni, dia menolongku. Kesimpulannya, xbaek kutuk2 orang macam aku n Ustaz Pali dah buat( gerenti aku kena kutuk kat blog dia...huhu).
Terima kasih Dr. Foord krn telah banyak menolongku.

Apa yang aku pelajari dengan insiden ini ialah, jangan sesekali putus asa dengan pertolongan Allah, kerana Allah itu dekat dengan hamba-Nya. hehe, aku akui, aku hampir putus asa dan menangis sebelum hatiku digerakkan oleh Allah untuk ke RC. (hehe, memang tak patut nangis, aku kena lebih bersabar dengan dugaan Allah)

".......maka janganlah engkau termasuk orang yang putus asa. Dia (Ibrahim) berkata, " Tidak ada yang berputus asa dengan rahmat Tuhannya kecuali orang yang sesat." (Surah Al-Hijr 15:55-56)

Tepat jam 3.30pm, kami bertolak pulang, n destinasi kami hanya satu, iaitu KELANTAN, negeri yang menjadi kebanggaanku....





Thursday, June 19, 2008

usrah terakhir di KYUEM

Qillote xleh blah solat pakai beg. cuba teka mana kami solat ni?? hehe, muslimin, jgn marah, kami dah lama kempunan nak solat kat saf paling depan...
..aku yang 'khusyuk' ketika usrah..hehe. nyum2, sdp betul kerepek ubi tu.
Ni la post pertama aku. Hehe, kalau korang tgk, sblm ni mmg ada post, tp tu Kak Akma yg tlg tuliskan…tok guru blogger aku la katakana…(siyes kembang bdk tu..)
Drpd cakap bnda2 lagho (yg biasa aku buat di waktu lapang..huhu) mari buat ulasan skt psl usrah ng Kak Shida ptg tadi. Ni usrah terakhir kami kat KYUEM sbelum InsyaAllah bersambung dalam cuti or before MOC. Nak ulas panjang2, takut gak tersalah maksud, sbb tadi aku tak la khusyuk dek kerana konsentrasiku yang sedikit tergaanggu oleh kerepek yang Kak Shida bawakan. Kesimpulannya, time usrah, jgn hidang kerepek… Apapun, nilah serba sedikit yang aku dapat dalam usrah terakhir tadi.

Kami baca tafsir surah Ali-Imran 3: 102-114. ayat yang Kak Shida highlightkan tadi ialah ayat 104, iaitu Allah berfirman:

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

Em, ni adalah seruan untuk kita bersama-sama amar makruf dan nahi mungkar atau dipendekkan dalam satu perkataan menjadi DAKWAH. Teringat kata-kata di blog Yahya, sekerdil-kerdil kita, kita tetap pendakwah. Dulu pun aku pernah fikir, aku kena berdakwah?? Ish, biar betul. Rasa nak tergelak plak… Banyak lagi hal2 agama yang aku tak lulus….macam mana ni?? Namun, teringatkan kata-kata Ustaz Anhar semalam, kalau rasa diri tak cukup, cubalah cukupkan diri, lengkapi diri dengan ilmu…betullah apa yang ditulis di blog Yahya, apabila terlontarnya kalimah syahadah menandakan kewajipan berdakwah terbeban di atas pundak kita. Biarpun diri sendiri masih dibelenggu kekurangan, namun sedarlah, sekerdil mana pun kita, kita tetap pendakwah! Kerana kita adalah khalifah yang dipertanggungjawabkan menjaga bumi.

“Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” Surah Al-Baqarah 2:110.
Em, perasan x Allah tulis dalam Al-Quran, perkataan amal makruf dulu barulah nahi mungkar…kenapa ek?? Sebabnya, kita kena menyeru kearah kebaikan, betulkan aqidah dan tanamkan rasa sayang seseorang kepada Allah dahulu, barulah senang untuk orang tu nak jauhi larangan dan kemungkaran…
sesi usrah kami di akhiri dengan sesi bergambar bersama-sama rakan2 usrah. n tempat yang menjadi mangsa kami ialah tempat solat muslimin...banyak gambar2 bez n posing pelik2 tlh kami rakamkan. tp, publish satu foto cukuplah ek...malu plak nk tunjuk gambar2 lain... hehe...


Wednesday, June 18, 2008



Kala senja itu tiba


Kutermenung sendirian


Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan


Dosa yang aku lakukan


Menerjah ruang fikiran


Masihkah ada untukku keampunan


Gelap rasa dunia ini


Tanpa cahaya Ilahi


Baru kini kusedari


Jalan yang aku lalui


Memusnah pedoman hidup


Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan


Dalam kegelapan itu


Terbit cahaya dari-Mu


Memandu hamba-Mu menuju iman


Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran


Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu


Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu


Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri


Mohon keampunan


Wahai Yang Maha Pengasih


Bantulah hamba-Mu ini


Yang kian terumbang-ambing


Di dalam arus duniawi


Kuberdoa kepada-Mu


Memohon limpah rahmat-Mu


Mentari hidupku kan bersinar kembali
lagu favourite aku yang aku 'paw' dari kak akma....
bila fkr balik, dah byk sangat dah maksiat dan benda xelok aku buat... kalau bilang guna jari kaki dan jari tangan, mesti xckp.... masihkah ada untukku keampunan?? Ya Allah yang Maha Pengasih, bantulah hamba-Mu ini....
mood:sedih (aku pn tak tau knp jiwa aku kosong hr ni, mgkin terlalu rindukan mama, tgl 2 hari lagi nk balik..)