Tuesday, December 16, 2008

bilik baru di stag hill

Bilik yang kosong... huhu... bila le nak ada bunga ke, frame ke..
.
semalam, selesai sudah ku mengemas bilik baru ini.. bilik yang bes sebab lagi luas dengan bayaran yang lebih murah.. huhu... cuma akan share dengan student Hong Kong.. tapi tak kisah sangat sebab katil bukan sebelah2 pun.. kami ada space masing2, aku di tingkat bawah, dia di tingkat atas.. (bilik kami macam bilik dalam cite Hana Kimi tu..)
.
oh, ni meja studi ku... terletak di bawah tangga kerana wire untuk internet pendek.

Monday, December 8, 2008

al-mukminah as-solehah

Mariam yang chumel...
.
Maksud sabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik wanita ialah perempuan yang apabila engkau memandangkan ia
menyukakan hati dan apabila engkau tidak ada ia menjaga harta engkau dan
memelihara dirinya."

Fatimah dan Mariam... rindu kalian berdua.. bila lagi kita nak main sama2 ye?
.
Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari
perkahwinannya
.
Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu;
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya
Dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau.
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu dari padanya semasa marah.
.
Peliharalah hidung, telinga dan matanya
Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripada mu melainkan yang cantik, belaka.

Align Center
pss: Pesanan Imam Al-Ghazali sejibik dengan apa yang ditulis dalam Men Are From Mars Women Are From Venus tulisan John Gray. huhu.. dalam Islam, dah lama perkara-perkara ni disarankan.. :)

Sunday, December 7, 2008

Program untuk muslimat di Southampton.

Seperti biasa, di awal pagi, aku dan 3 rakan dari Surrey, Kak Nora, Wani dan Kak Ain bergerak ke train station untuk ke Southampton kerana ada satu program untuk muslimat.. btw, lupe apa nama program tu.. hihi.. tp IA isi program akan aku kongsikan kepada sesiapa yang sudi.. ;)
.

orang semua sibuk dgn Hari Raya Aidilahdha, namun, ntah mengapa, mood aku utk beraya tiada.. lemang? ketupat? rendang? huhu.. dgn skil masak aku sekarang, mustahil untuk masak makanan2 tu dengan sodapnya...
.
sebab pertama mood beraya hilang ialah kerana aku jarang meraikan hari raya aidilahdha.. time ni semua orang makan masakan daging, aku plak makan telur.. sob2.. unless kalau mama rajin nak masak lauk khas untuk aku..
.
sebab kedua ialah, esok exam... huhu... IA aku takkan sibuk2 ke majlis raya esok n akan makan seperti biasa... tanpa rendang dan lemang.. huhu... (makan nasi biasa pun sodap.. harus syukur aje dengan apa yang ada.. manusia yang miskin ialah manusia yang tak pernah merasa cukup dengan apa yang dia ada... so, jom sama2 jadi manusia yang 'kaya' dan sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah.. hehe...)
.
message ym dari Syara:

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: "Sesungguhnya aku menyaksikan sahabat Rasulullah SAW, tetapi kini aku tidak menemukan lagi orang seperti mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagi dalam keadaan yang kusut, mata yang bengkak kerana menangis ketika qiyam pada malam hari. Mereka membaca al-Quran sambil berdiri, duduk dan berbaring pada lambung mereka. Mereka berzikir dengan tubuh yang bergoncang bagaikan pohon ditiup angin kuat sedangkan mata mereka basah oleh air mata sehingga membasahi pakaian mereka. Demi Allah, seolah-olah keadaan umat sekarang seperti umat yang semalaman dalam keadaan lalai."
.
muhasabah diri, kemana masa muda kita dihabiskan? cukuplah kelalaianku selama 19 tahun.. tiba masanya untuk berpenat lelah, bersengkang mata... moga istiqamah dengan niat kerana Yang Maha Esa.
.
seharian buat maths, muaknya tengok nombor.. haish, harus fighting!!

Thursday, December 4, 2008

Al-Quran

Biasanya setelah habis seminar atau talk, perkataan yang biasa terdengar ialah dalam Islam dah ada benda/perkara itu. Islam dah cerita perkara itu beribu tahun sudah dan bla, bla, bla yang lain. Semuanya sudah terkandung dalam Al-Quran, sama ada secara tersurat mahupun tersirat.
.
Hakikatnya, kita adalah umat yg dilanda kemelesetan dalam semua aspek. Al-Qur'an yg berada dalam almari, hiasan dinding dirumah dan mesjid sudah lama ditinggalkan oleh umat Islam...
.
Kita umat yang mengikut, bukan diikuti...
Kita umat yang mengguna ciptaan orang lain bukan mencipta
Kita umat yang dipimpin bukan memimpin...
.
Perkara yg sama berlaku dalam sejarah hidup penulis.. Penulis baru tersedar setelah 19 tahun hidup di bumi Tuhan... rupa-rupanya, segala-galanya ada tertulis dalam Al-Quran... hukum, nasihat, kisah-kisah, segala-galanya... terase hidup 19 tahun sia-sia tanpa mengenal Maha Pencipta... moga masih ada untukku keampunan...
.
Al-Quran... diturunkan sebagai peringatan dan panduan kepada manusia..

"Maka apa yang menyebabkan (mereka) mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah hakim yang paling adil?"
Surah At-Tin 95: 7-8
.
Di akhirat kelak, tiada alasan utk kita mengatakan, "kami tidak diberi peringatan tentang hari akhirat" kerana semuanya ada di dalam Al-Quran.. sebagai analogi, sebelum exam, kita diberi buku rujukan yang mengandungi semua jawapan dan cara-cara untuk lulus exam dengan cemerlang... namun, sekiranya masih tidak dapat menjawab soalan yang diberi, itu adalah salah pelajar itu tadi...
.
dikaitkan dengan kehidupan kita, Allah Maha Adil kerana kita sudah diberi Al-Quran.. di dalamnya terkandung segala-galanya...kita diberi pilihan untuk membacanya, mengambil iktibar dan peringatan disebalik kisah-kisah yang diceritakan.. maka, tiada lagi alasan yang layak diberi oleh kita di akhirat kelak..
.
"Dialah yang mengutuskan seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata." Surah Al-Jumuah 62: 2
.
Al-Quran diturunkan bukan hanya untuk dibaca, malah dapat menyucikan jiwa dan mengajar kita (manual book). Amat rugilah bagi orang-orang yang hanya membaca Al-Quran tanpa mengetahui maknanya, dan mengambil iktibar serta peringatan disebalik ayat-ayatnya.. Jadi, ambillah masa yang masih ada untuk meneliti ayat-ayat-Nya sebelum kita menghadap Pencipta Yang Maha Esa..
.
"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya, (mereka berkata), "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan..." Surah As-Sajdah 32:12
.
ketika saat ini tiba, sudah terlambat untuk kita melakukan amal kebajikan, mahupun meneliti dan mengerjakan suruhan Allah seperti yang terkandung dalam Al-Quran..
.
Mari manfaatkan Al-Quran yang diturunkan untuk kita. Mari sama-sama kita jadi,
umat yang diikuti...
umat yang mencipta...
umat yang memimpin...
.
Menurut Bernard Lewis (dalam bukunya yang bertajuk : What went wrong , The Clash Between Islam And Modernity In The Middle East)
.
"the point has often been made- if Islam is an obstacle to freedom, to science, to economic development, how is that Muslim society in the past was a pioneer in all three, and this when Muslims were much closer in time to sources and inspirations of their faith than they are now. Some have indeed posed the questions in a different form- not 'What has Islam done to the Muslims?' but 'What have the Muslims done to Islam?!!,"
.
benar.. umat Islam sekarang, makin jauh dengan Al-Quran... makin jauh dengan Islam sebagai cara hidup... seolah-olah Islam diamalkan kerana nenek moyang... solat kerana parents solat... pakai tudung kerana ibu bertudung... lebih berbangga dengan cara hidup barat yang lebih 'moden' (err, moden kah mereka itu?)...
.
pss: belum pernah membaca buku itu.. hanya baca ulasan buku oleh Shazli di Iluvislam.. =)

Tuesday, December 2, 2008

Mencari rahmat Allah di sebalik perbezaan pendapat

Dalam menjalani hidup, kita seperti tidak dapat lari dari dari perbezaan pendapat.. sudah menjadi fitrah manusia, memberikan pendapat dan berlaku perbezaan pendapat..
.
"Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya umat yang satu. tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. Kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka tidak berselisihan) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menciptakan manusia"
(Surah Hud 11: 118-119)
.
“Tidak berbeza pendapat” tak bererti semua sepakat di atas satu pendapat, akan tetapi mereka bersikap terbuka kepada beberapa pendapat yang ada sehingga di sisi mereka, “perbezaan” tersebut sebenarnya adalah satu “kepelbagaian”. Ianya sebagai ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana reaksi kita kepada kepelbagaian pendapat tersebut.. adakah kita akan bersikap negatif dengan memusuhi, mencemuh rakan-rakan yang berbeza pendapat, atau bersikap positif dengan bersabar dan meraikan kepelbagaian ini.. orang yang positif inilah yang dikurniakan rahmat dari Allah.
.
Menjadi fitrah manusia untuk saling berbeza pendapat antara satu sama lain. Tidak Allah menjadikan sesuatu dengan sia-sia. bila difikirkan semula, mungkin ini adalah salah satu tarbiyah dari Allah.. mengajarku meraikan kepelbagaian sikap dan ragam manusia.. =)
Melatih kesabaran dan kematangan dalam membuat keputusan.. seperti kata Khairul, "belajarlah.."
.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?"
Surah Al-Ankabut 29:2
.
Luahan rasa seorang moderator YG dalam berhadapan dengan berbagai kerenah manusia..
huhu.. pape pn, trima kasih semua.. cadangan2 yang sangat bes.. dari YG yang penuh kelemahan, skrg YG ni dah jadi sedikit tersusun.. Alhamdulillah.. IA akan terus diperbaiki dari masa ke semasa.. perlukan sokongan dan cadangan kawan2 juge.. =)
.

3 bungkusan utk ajah..

semalam, dpt email dr Cathedral reception... ada 3 bungkusan untuk ku.. apakah itu? huhu...
1. buku rujukan favorite aku sewaktu A-Level dulu.. Economics by Alain Anderton..
buku ni di beli melalui internet.. huhu.. rindu amat pada Econs.. dulu, kalau baca pasal ekonomi kat internet, faham sikit-sikit.. namun, sekarang, terasa rugi sebab ilmu ekonomi telah banyak ku lupakan... harus studi and manfaatkan ilmu yang pernah ku dapat dulu.. =)
.

2. bungkusan kedua dari Mama kesayangan.. yang menghantar sekotak perencah dengan baju-baju kesayanganku.. kotak seberat 20kg.. hihi.. suke2... sekarang, aku dah banyak tudung, senang nak match dengan baju-baju ku nanti.. haha, terasa gediks plak nak pakai matching2 ni.. ;P
.
3. bungkusan ke-3, dari Vista Print.. menghantar name card percuma.. hihi.. ni antara preparation ke PUISI nanti.. harus aku promote diri pada rakan2 kolej lain nanti... hahaha.. agenda apakah ini? saja2 menggediks je.. kak akma, harus anda pon jeles n nak tempah kad percuma juge.. :P
.
ICAN bakal berlangsung.. aku ada beberapa email adik2 yang uruskan ICAN.. treasurer n food exco.. =) sape2 berminat membantu adik2 ni (macam menyibuk plak kita ni kan? haha.. ), boleh hubungi saya....
.
pss: blog ni akan dibiarkan berkulat sehingga habes PUISI nanti.. maknanya tak kan diupdate lagi..