Sunday, May 17, 2009

Selamat jalan sahabat~

Semalam, aku bergegas dari tanah Surrey yang indah permai ke London..
Destinasi ku ialah Heathrow Airport. Dan syukur sebab boleh naik tube je ke airport ni..
aku tiba di terminal 1, 2, 3 Heathrow Airport jam 10pm. Dan disebabkan tube station ni di zone 6 London (at least Surrey zone 5 London kan?? haha) dan mengambil masa hampir sejam dengan tube, hanya tinggal aku dan seorang warga Itali dalam tube tu.
.
Turun je dari tube, aku menemani sahabat baru, Rebetha ke Terminal 2. (skali jumpa dalam tube, trus kawan.. bes kan di London ni? semua pun peramah).
Dia seperti ada masalah dan menceritakan sedikit dari kisah hidup beliau di London. Aku kira, ianya kehidupan yang perit. Dan beliau akan pulang ke Itali untuk sambung kontrak keja. Fighting Rebetha!!
.
Kemudian, aku ke Terminal 1 dan kelihatan Nurul berjalan dengan yakinnya.
"Nurul!!" jeritku (bes sebab tak de orang pun..)
"Ajah!!" Nurul pun 2 kali 5 dengan aku.. menjerit balik..
Dan kami bersama-sama ke Terminal 3 kerana Nurul akan check in di Terminal ni esoknya.
.

Terminal 1, Heathrow Airport
.
Terminal 3, Heathrow Aiport.
.
lampu2 berwarna purple. Kak Akma yang juga akan pulang dengan Royal Brunei Airline akan check in di Terminal ni jugak nanti mesti amat-amat suka.. even aku dan Nurul pun suka
.
Makanan malam.. nasi goreng pedas. maaf terlebih lada giling plaks.. adei
.
Tempat kami ber'kampong' semalaman.
.
"Ajah, xpo ko? napok sepoh jah.. kemas dulu baru amik gamba"
"haha.. tak payah hipokrit.. tok sepoh sangat pon"
.
bagi aku, standard la kalo bersepah sikit pun. Dah namanya berkampong kan?
.
dan malam itu diisi dengan jauhari window.. Terima kasih Nurul.. aku akan mulakan hidup baru!! Dan Nurul, fighting!! terus bertabah. Kami akan pulang untuk support!!
.
Selamat jalan Nurul. IA, ada rezeki, kita jumpa di Malaysia. Harapnya...
.
Terima kasih juga sebab sedarkan aku yang hidup ni hanya sekejap cuma. Tak perlu bersedih kan?

No comments: