Ummah itu tujuan, jemaah itu keperluan..
Bila bercakap tentang jemaah, sinergi, kita sebenarnya bercakap tentang hukum alam.. Sunnatullah yang tidak boleh ditinggalkan...
.
lihat saja ciptaan Allah.. semuanya penuh dengan kekurangan dan tetapi saling melengkapi.. kerana itulah, kita saling memerlukan..
.
Kerbau memerlukan burung kecil untuk membersihkan badan.. dek kerana tiada anggota badan kerbau yang dapat menggaru belakang badan dengan selesa.. burung pula mendapat makanan sambil membantu sang kerbau..
.
Jika dilihat mekanisma tangan manusia, keduanya saling memerlukan untuk mendapatkan hasil terbaik.. cuba cuci tangan yang kotor dengan hanya sebelah tangan, tahap kebersihan yang boleh dipertikai daripada kita menggunakan kedua-dua belah tangan..
Bukan bermakna tak dapat bersihkan tangan dengan sebelah tangan, namun untuk hasil maksimum, perlukan kedua-dua belah tangan!!
.
bila melihat sepinggan nasi bersama gulai ikan, apakah ianya hanya dari usaha kita? Hanya dari usaha seorang manausia? Benar, ianya dimasak sendiri, namun mampukah kita menyediakan juadah se simple itu tanpa bantuan nelayan untuk ikan dan petani untuk nasi.. itupun belum diambil kira bantuan orang lain untuk garam, belacan, santan, kunyit, dan lain-lain bahan..
.
Jika untuk keperluan hidup pun (menyediakan makanan, tempat tinggal, pakaian) kita perlu kerjasama dan bantuan orang lain, apatah lagi untuk menyempurnakan tujuan hidup...
Tujuan hidup manusia sebagai abid dan khalifah..
"Eh, aku selama ni sorang-sorang je menegur sahabat lain.. ok je"
Benar, kita mampu melakukannya seorang diri.. non particent..
Namun, yakinlah bahawa amar makruf dan nahi mungkar tidak dapat dilaksanakan dengan semaksimum mungkin tanpa kerjasama semua..
.
Jika musuh-musuh Islam bergabung menjatuhkan Islam, mengapa kita mahu berseorangan memerangi mereka?
.
.
cuba lihat mereka.. hasil yang menakjubkan diperoleh dengan usaha semua orang.. Adakah ianya mampu dilakukan sehebat ini jika hanya seorang yang menari?
dan jika diperhati, untuk setiap gambar yang mereka cuba hasilkan, pasti ada sedikit kecacatan.. Part gambar goal tu dihasilkan, ada beberapa penari yang lupa menukar kain kuning yang dipegang kepada warna merah walhal itu yang sepatutnya mereka lakukan.. dan jika dilihat, gambar goal tu tetap hebat dan ramai yang tak perasan kecacatan yang sedikit tu..
Saling melengkapi dan membantu.. menghasilkan satu tarian yang menakjubkan..
.
Belum bersedia?
"tapi aku belum bersedia la.. belum masanya lagi.. masih belajar lagi"
Adakah tugas sebagai khalifah hanya untuk manusia yang lapang? untuk orang yang tidak ada komitmen akademik? dan pastikah kita kehidupan selepas belajar lebih lapang berbanding sekarang?
.
Jika ditanya kelak, mampukah kita menjawab, "maaf Ya Allah, aku ketika tu masih belum bersedia.. ilmu tak cukup, masa tak banyak.. kan masih blaja.."
Dapat kah kita pastikan yang seribu satu alasan yang kita reka tu diterima?
Tidak yakinkah kita pada seribu satu janji Allah?
Bukankah janji-Nya membantu kita jika kita membantu agama-Nya? Namun, mengapa kita masih ragu? Tidak yakinkah kita?
.
"Dan orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan janji Allah itu benar. Siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?"
Surah An-Nisa' 4: 122
.Surah An-Nisa' 4: 122





2 comments:
ahaks.. komited..
amin.. moga trus komited
Post a Comment