Tiba di Euston Station, aku berjalan ke Euston Square..
Ps: btw, lawa gak Portico ni..
.
Mitos mengisahkan bahawa beliau adalah founder UCL. Tapi fakta mengatakan bahawa idea beliau berkenaan education telah memberi aspirasi kepada beberapa founder UCL..
.
Dan kotak ni menempatkan auto-icon beliau. Auto-icon ni diperbuat daripada tulang (hah??!!), lilin, dan pakaian sebenar beliau. Maknanya, tulang-temulang beliau diikat dengan dawai (ada gambar tulang diikat dawai lagi kt sebelah kotak ni), dan diselaputi lilin yang menyerupai rupa sebenar beliau.. malangnya, tengorak kepala beliau gagal di awet dan dililin dengan bagus. Jadi, kepala replika digunakan instead of tengkorak sebenar.. yang menariknya, kepala yang tak jadi lilin ni stil dipamerkan di bawah auto-icon ni (nak jugak letak.. haih, kiasu nih)..
.
Nak dijadikan cerita, kepala ni menjadi rebutan remaja masa kini (tak le kini sangat.. sebab berlaku pada Oct 1975, kepala ni dicuri oleh pelajar King's College, tapi mujur tak dijadikan bola untuk permainan bola sepak seperti yang dikatakan dalam mitos UCL)
.
Kepala yang diawet ni akan diletak di tengah2 meja meeting dalam mesyuarat College Council dan beliau (kepala ni) menjadi ahli yang present but not voting.. (apakah??) dan kata Adam, ni adalah wasiat Jeremy Bentham... huhu.. ntah le.. macam2 le UCL nih..
.
Ps: kotak ni dibuka untuk tontonan umum.. namun, sebab cuti (sabtu), kotak ni tak dibuka.. (sedih tak leh tengok pak cik Jeremy)
.
.
Struktur UCL ni macam scattered, mcm kata seorang wanita IC, trase mcm g pusat tuisyen je bila g kelas... Tapi, tak la jauh sangat dari 1 department ke department yang lain.. dikatakan scattered sebab tak de pagar (macam IC dan Surrey.. haha, nak gak letak Surrey bersama IC).
.
.
Subway di sini halal.. (macam kat Bayswater dan beberapa tempat lain di London). Amat murah dan menjimatkan.. (kalau tak boring makan burger dan roti, ok la kot)
.
Tempat ni gak selalu dijadikan tempat program2 agama budak2 Malaysia..
.
.
Tapi, Muslim World League ni agak jauh dari kawasan uni.. mungkin kurang sesuai untuk dijadikan tempat solat Zuhur sebab masa rehat tengah hari yang pendek..
.
.
.
.
.
Kesimpulan lawatan di UCL
1. Uni yang scattered.. tapi tak jauh sangat antara hall dan department (dengan standard jalan selama 15 minit)
2. kedai makan yang banyak.. (siyes tak nak masak kalo duk sini)
3. Dekat dengan Tottenham Court road.. boleh shopping di Oxford Street tanpa perlu menaiki bas.. (jimat 1 pound duit bas.. yeah!! haha)
4. dekat dengan King's Cross Station.. banyak train ke Utara England guna train station ni.. (dekat bermaksud tak payah amik bas atau tube..)
5. Jeremy Bentham yang bagi aku amat2 kasihan
6. kawasan yang agak dodgy (sikit2 la.. kalau nak banding dengan kawasan Imperial college yang mewah)

Ps: trima kasih Adam dan Basir sebab belanja makan =)

No comments:
Post a Comment