Friday, May 1, 2009

Physics paper 5

Gara-gara boring dengan Classical dynamic dan perasaan rindu kan fizik yang membuak-buak, aku membelek-belek nota fizik zaman A-Level dulu..
.
Alang-alang dah baca, aku kongsikan tips menjawab soalan fizik paper 5.
Ps: tak pasti camne format sekarang.. so, nanti, sesuaikan apa yang tertulis di bawah dengan format sekarang.. rasanya cikgu masing-masing dah stresskan benda ni (esp kalau dalam kelas Dr Foord, benda ni yang akan selalu disebut-sebut..)
.
Untuk soalan kedua: design experiment.
Jumlah markah= 15
(disertakan bersama contoh soalan tahun 2004, oct/nov)
.
em, any idea?? nak start dengan apa ek??
Design Experiment Question mestilah dimulakan dengan 1. menyenaraikan Independent variable dan dependent variable. Tidak cukup dengan itu, untuk dapat markah yang mantop, harus terangkan bagaimana cara mengawal dan mengukur variable ni.. soalan2 yang perlu dijawab ialah:
Independent variable: ??
How to measure: ??
(guna alat apa, camne cara nak guna, camne cara dapatkan bacaan dr alat ni)
How to control: ??
(ie camne nak kawal agar independent variable ni meningkat dari satu nilai ke satu nilai lain... contoh, kalau independent variable ialah temperature, nyatakan camna cara nak dapatkan suhu 10 degree, pastu 20 degree dan seterusnya.. minimum 5 nilai..)
Dependent variable: ??
How to measure: ??
alat apa yang akan digunakan, dan camne nak dapatkan bacaan dari alat ni.. terangkan skali konsep yang digunakan alat ini untuk dapat nilai-nilai ni.. (konsep yang diterangkan ni sangat bernilai dari segi markah sebab konsep ni la yang menerangkan camne dependent variable ni react dengan independent variable)
.
ok, kita tengok contoh soalan.
Question 2: Design a laboratory experiment to investigate how the frequency of a sound wave depends on the pressure of air.
.
Independent variable: Pressure inside the bell jar
How to measure: use manometer. (sila lukis skali dan terang camne bacaan akan diperolehi..)
How to control: vacuum pump and valve. (vacuum pump ni membolehkan kita menaikkan dan menurunkan tekanan ie pressure. Valve ni plak menyenangkan keja mengawal pressure ni).
.
Dependent variable:
Sound frequency
How to measure: Microphone which is connected to CRO. (sila terang camne nak dapatkan bacaan frequency dari skrin CRO. terangkan skali penggunaan time base n kiraan untuk dapatkan frequency dari graph di skrin OCR)
.
Ps: jumlah markah untuk bahagian 1 ialah 3 markah (sahaja!!).. disebabkan markahnya yang sedikit, kesalahan kecil seperti tak terangkan how to control dan how to measure dengan baik akan menyebabkan anda kehilangan 3 markah mudah ini.. hoho.. jadi, sila berhati-hati..
.
2. Method of data collection
ni macam terang dengan lebih detail camne nak dapatkan bacaan dari setiap alat yang diguna.. jumlah markah ialah 5.
camne nak dapat 5 markah?? anda perlu ada
*workable diagram: bukan hanya diagram, tapi workable diagram. Pastikan gambar yang dilukis akan berfungsi terutamanya yang melibatkan sambungan wayar (pemilihan sambungan series atau parallel) Macam yang selalu Dr Foord pesan, kalau lukis balang yang melibatkan experiment pasal pressure, pastikan balang yang dilukis tiada lubang. Kita tak for granted benda ni, tp hakikatnya, experiment takkan menjadi dan kita hilang markah (1 markah pun markah tau!!)
*method to measure dependent variable: terangkan dengan lebih detail. Sambung dari apa yang telah diterangkan di atas.
*method to change independent variable: terangkan dengan lebih detail
*
method to measure independent variable: terangkan dengan lebih detail
*additional infomation to make sure the experiment works: contoh, kalau experiment pasal bunyi, nyatakan eksperimen perlu dilakukan di bilik kedap bunyi agar bebas dari gangguan.. pokoknya, pape yang perlu dilakukan untuk pastikan eksperimen berhasil dengan baik, tanpa gangguan dan bacaan akan dapat dengan jitu.
.
3. Method of analysis
Jumlah markah = 2
Untuk dapatkan markah ni, perlu ada
*graph axes
*nyatakan variable apa di setiap axis (jangan lupa unit!!)
*relationship untuk dependent dan independent.. kalau diramal yang akan dapat linear relationship, lukis garis lurus.. kalau sebaliknya, lukis la curve pape..
*support this relationship dengan formula dan konsep fizik yang diguna.
.
4. Safety precaution
jumlah markah = 1 (sahaja!!)
sekali lagi ditekankan, jangan pandang remeh nilai 1 markah..
.
5. Additional information
jumlah markah = 4
antara yang boleh ditulis untuk part ni ialah
*additional safety precaution (max 1 markah sahaja untuk additional safety precaution.. kalau tulis2 lebih dari 1, akan dapat 1 markah je)
*how to calibrate the apparatus used. Ni untuk penggunaan alat radas yang tak di calibrate. (tips: jadi, lebih baik pilih alat yang tak di calibrate untuk dpt markah ni.. contoh: kalau nak measure pressure, lebih baik pilih manometer daripada barometer) dan banyak gak markah boleh diberi untuk ini..
*cara elakkan ralat dalam bacaan. (contoh:untuk temperature, perlu ada tempoh masa beberapa ketika untuk dapat thermal equilibrium.)
.
Itu adalah point wajib yang perlu ditulis untuk dapat full mark dalam soalan ni..
soalan pertama tu, lagi senang nak dapat full mark.. jadinya, adik2, pastikan skor full mark untuk paper ni.. dah senang, rugi kalau tak dapat banyak markah..
.
Ps: Skali lagi ditegaskan juga yang ni ialah format tahun lepas.. dan rasanya, perubahan takkan berlaku banyak kecuali dalam bab pembahagian markah sahaja.. jadi, point2 wajib yang kena ada dalam jawapan ni masih valid.
.
Classmate Fizik.. dari kiri: Kid, Adam, Loh (lama xjumpa!!), Iqtidar, Helmi, Sue Yin, Muzzein, Ee Yun, Amalina, Emmerk, Sook Fun, Tiqah, Ajah.
Duduk dari kiri: Shuab, Thavarajah, Dr. Foord, Wong.
Rindu amat suasana kelas kita yang selalu ceria dulu.. bak kata Amalina, "Ajah, ingat lagi tak bila Helmi kata, 'rancangan' ??" huhu..
.
juga rindukan Dr. Foord.. sedih sebab tak jumpa Dr Foord mase gathering kat Trafalgar Squre, London hari tu... pesan Dr. Foord kepada Adam, "It's ok as long as she is happy".
(sedih bila dengar ni..)

4 comments:

Anonymous said...

bile dr.foord dtg lndon???
x tau pun...
rindu bangat sama dr.foord..
huhu

Pacat said...

oo.. hr tu Dr Foord ada dtg..(xingt bila, tp Adam ada bgtau.. dia n Basir pegi.. daku x diajak gara2 diri ku yg masih xde Face Book.. cis, ni yg benci face book ni) Loh siap turun dr Liverpool lagi.. sedih sbb aku di Surrey yg dekat amat dgn london plak xdtg..

Anonymous said...

haha..best gile kelas physics.
paling best buat experiment sampai power box berasap...hahaha!!

(shuab)

Pacat said...

haha.. cis2.. ko perli aku ke sbb buatkan power box tu berasap??

jap2, aku lupe, ke mu yang buat power box tu berasap??

waa... kelas paling bes.. kelas Physics n Further.. besar dah kita semua.. tp macam nk balik ke zaman dlu..