Dalam buku ni, ada satu kisah yang aku suka.kisahnya berbunyi begini:
Semasa perang Khandak, di kala para sahabat bertungkus-lumus menggali parit, ada satu batu besar yang menghalang menyebabkan usaha menggali parit terpaksa dihentikan. Mereka segera menemui Rasulullah dan baginda datang dengan membawa sebilah beliung.
.
Setelah membaca basmalah, baginda menghentam batu tersebut sambil menyebut, "Allahu Akhbar! Aku diberi kunci pembuka negeri Syam. Demi Allah, aku melihat istananya yang merah."
.
Kemudian, Rasulullah s.a.w menghentam batu itu dengan pukulan kedua sambil menyebut, "Allahu Akhbar! Aku diberi negeri Parsi. Demi Allah aku melihat istananya yang putih."
.
Semasa pukulan ketiga, Rasulullah s.a.w menyebut, "Allahu Akhbar! Aku diberi kunci negeri Yaman. Demi Allah, aku benar-benar melihat pintu-pintu Shana'a dari tempatku ini. Aku diberitahu Jibril bahawa umatku akan menguasai semuanya.
.
"Sampaikan berita ini kepada yang lain" Ujar Rasulullah.
.
Berita ini telah menjadi modal cemuhan orang munafik.
"Muhammad hanya memberi angan-angan dan mimpi sahaja. Bagaimana mungkin dia melihat istana Romawi, Parsi dan Yaman dari Madinah sedangkan pekerjaan orang islam sekarang hanya menggali parit dari hujung ke hujung." ejek orang munafik.
"Nak menang perang ni pun tercungap-cungap" mungkin itu kata-kata mereka tika itu.
.
Kesimpulannya, jangan malu untuk mempunyai impian setinggi langit.. Walaupun diejek dan dikatakan ianya hanya sebuah angan-angan.Terus mulakan langkah awal untuk mencapai kejayaan tersebut. Dan buktikan!!
.
"The beginning is the most important part of the work" Plato
.
Terharu dengan semangat budak ni..
.
.
"I see you in about 20 years"
Walau masih jauh, namun impian ini tidak mustahil.
.
Jom semua, bumikan cita-cita kita. Buktikan yang ianya bukan hanya angan-angan. Jom mulakan langkah pertama hari ini!! Yosh!!



No comments:
Post a Comment