Saturday, May 9, 2009

Antara yakin dan usaha (part 2)

Tajuk yang pernah diutarakan dulu..
Namun, terfikir kembali berkenaan ini.. keseimbangan di antara yakin dan usaha..
.
"Em, nak buat macam mana. Kita dah usaha, selebihnya, redha jela.."
.
Skrip yang selalu kita dengar (malah, selalu kita sebut!!). Namun, aku tak berpendapat sedemikian. Bagiku, kita perlu terus menerus berusaha, walau apa pun hasilnya, teruskan berusaha. Berusaha sehingga ke titisan tenaga terakhir.. (err, tenaga penjodoh bilangannya titisan ek?)
.
Kisah pemilihan universiti
Kolej gempar. Mana tidaknya, senarai universiti firm dan insurans pelajar KPM, sponsor yang menaja pelajar paling ramai di KYUEM telah ditampal di notice board.. berbagai reaksi kelihatan.
.
"Alhamdulillah. Uni Firm n Insurans aku dua-dua pun Cik Tina approve"
"Hah? Takkan la requirement uni insurans aku lebih tinggi dari uni firm? Apa guna kalo gini?"
"Ala. Sedihnya.. Aku nak sesangat gi Soton. Uni tu bes. Dapat biasiswa 3 ribu setahun lagi"
.
dan banyak lagi dialog-dialog kedengaran. Dan aku?
Menatap uni firm dan insurans ku. dua-dua mahukan A untuk Further Maths. Mampukah aku?
Oh, nape tak diletak sahaja Southampton sebagai Insurans? aku tak kisah dengan Durham. Uni tu sudah menjadi idaman sejak dulu lagi. Walaupun abah tak bagi ke Durham, namun 'paksaan' KPM untuk ke sini membuatkan ku sedikit lega.
.
Namun, aku perlukan sesuatu untuk menukar uni insurans ku. Posisi yang agak bahaya dengan requirement yang membunuh. Amat membunuh semangatku.
.
"Assalamualaikum. Cik Tina, saya nak tuka uni insurans. Saya janji saya akan cuba dapatkan uni firm, tapi sekurang-kurangnya harap Cik Tina dapat tenangkan sedikit hati saya bila ada requirement yang rendah sedikit dari Durham ni. Tolongla Cik Tina"
"Nanti la aku tanya bos" pendek jawapan Cik Tina.
.
Esoknya, aku menerima 1 email. Permohonan menukar ni insurans ditolak. Trus aku melangkah ke ofis untuk menelefon sekali lagi Cik Tina. Sungguh hari tu, aku diuji. dari pagi sampai petang (kita berkampung di ofis la ni.. hehe), aku tak henti-henti menekan telefon untuk bercakap dengan Cik Tina. Namun, masih gagal bercakap dengan beliau. Meeting, talian tak dapat disambung dan meeting lagi.
Dan aku, seperti biasa, mengalirkan air mata kesedihan. Esok petang, hari akhir untuk mengisi UCAS.
"Tak pe, masih ada sehari lagi. Go Ajah" aku bermonolog sendirian. Menaikkan semangat diri sendiri..
.
Durham University..
.
Malamnya, 1 sms dihantar kepada Cik Tina. Alhamdulillah, dalam kesibukan, Cik Tina masih membalas sms ku. Dan aku trus menerus memujuk beliau untuk menukar uni insurans ku.
Dan jawapan yang diterima masih sama. "Kami yakin dengan awak. Awak boleh. Nape awak tak yakin dengan diri sendiri?"
"Bukan masalah tak yakin Cik Tina, cuma saya rasa tak tenang dengan requirement uni insurans. Saya janji akan buat yang terbaik. Tapi harap sangat dapat ubah uni insurans saya ni. Sekurang-kurangnya, tenang sikit hati saya untuk exam"
.
Dan jawapan yang diterima masih TIDAK.
.
Keesokan harinya, aku bergegas ke ofis untuk menelefon Cik Tina. Ni kali terakhir sebab petang ni tamatnya masa untuk mengisi UCAS.
Setelah beberapa kali mencuba, aku berjaya dihubungkan ke talian dan jawapan yang diterima masih TIDAK.
.
Dan tika itu, aku tahu itulah keputusannya. Tinggal beberapa jam lagi sebelum tamat masa mengisi UCAS. Ku isi UCAS dengan tangan terketar-ketar. Mampukah aku memenuhi requirement ni?
.
Kebergantungan pada Allah
"Dah tanya banyak kali, Cik Tina kata tak boleh, tak boleh la. Nape nak susahkan diri telefon banyak2 kali." marah rakanku padaku.
.
"Dah Allah tentukan gitu. Terima jela" nasihat sahabatku lagi.
.
Tidak yakinkah aku pada Allah? Allah dah tentukan sedemikian, namun mengapa aku masih berdegil?
.
Many of life's failure are people who did not realize how close they were to success when they gave up
.
Jawapan aku ialah: itu urusan Allah. Rahsia Allah. Hasil setiap sesuatu perkara atau usaha adalah rahsia Allah. Sudah ditetapkan sejak azali lagi.
.
Jadi, layakkah kita mengatakan bahawa "Allah dah tentukan gitu, terima jela". Seolah-olah kita tahu rahsia Allah iaitu akan jadi begitu dan begini.
.
Kita manusia, hanya perlu berusaha, dan terus berusaha dan terus berusaha.. walau apa pun hasilnya, teruskan berusaha. Kaji mana silapnya, baiki dan berusaha lagi.
.
Redha dengan segala hasil yang diperolehi juga harus seiring dengan usaha. Redha bukan bermakna pasrah dan berhenti. Redha bermaksud menerima ketentuan Allah, yakin yang Allah juga merancang dan yakin ada hikmah di sebaliknya dalam masa yang sama terus perbaiki method yang digunakan dan berusaha lagi.. Redha dan usaha seiring, bukan terpisah.
.

rindunya semua.. tahun ni raya di Malaysia.. yeay!!
.
Ps:
1. Perempuan, kalau tak fikir pasal akademik, keja, akan fikir pasal kahwin ke? em, ntah.. tu je ke yang kami kaum hawa ni fikir? oh tidak.. banyak lagi perkara lain.. namun ini juga yang dilihat kaum adam.. redha~
2. Berapa banyak perkataan berusaha (ie fighting) di tulis dalam post diatas?? hadiahnya ialah, ceng ceng ceng (gaya kak akma), lawatan percuma di London!! (London lagik)

3 comments:

syashot said...

Salam.

masyaAllah!

Ajah, penulisan yang sungguh inspiring. memang sesuai dgn situasi diri ini sekarang. tsk2. (musim2 exam nie..)

insyaAllah, sama2 kta truskan fighting walaupun apa hasilnya! (yup, itu Rahsia Allah)

jzkk sahabat, atas peringatan ni!

semoga Allah permudahkan segala urusan Ajah n dipermudahkan dalam jawab exam. ameen.

(^_^)

Pacat said...

Wsalam..

Syas Hot.. (haha, sesaje separate kan 2 perkataan tu.. br hot..wee)

a'aa.. jom sama2 juang!! ITQAN sesame jom!! yeah..

nampak semangat semacamje, tp sedikit cuak utk hadapi tahun depan.. oh.. kena hadapi realiti.. n kena byk persediaan jugak..

moga Allah permudahkan semua keja kita tahun depan.. Sya juge..
=)

niesa.imana said...

salam wbt..

huhu.. btol3.. teruskan usaha, selain pekakkan telinga terhadap kata2 yang boleh menjatuhkan kita..

ps: teringat dulu sewaktu nak tukar tarikh BTN 4 budak2 Borneo, Ustaz Pali n Ee Yun beria-ia kata takkan dapat ditukar..

Subhanallah, DIA juga yang Maha Kuasa.. +)