Tuesday, May 19, 2009

Andai ku tahu~

Geng pecah masuk ke Surau Muslimin.. (sesaje letak gambar ni sebab rindu kan mereka)
.
beberapa perkara berlaku dalam minggu ni.
.
Kejadian 1
Aku tersalah tengok jadual exam. Ku sangka exam Statistics, tapi rupanya exam Linear Algebra.
kurang dari 36 jam (tu tak tolak tido, makan, solat) untuk studi tajuk tu.
Disebabkan masa yang suntuk, aku yang amat jarang dapat studi dalam jangka masa lama dapat duduk di meja 3 jam dengan fokusnya!! Pencapaian yang menakjubkan pada diriku sebab biasanya, lepas sejam studi, aku akan mula melagha ke beberapa tempat sebelum sambung studi balik.
Kesimpulan: masa yang suntuk membuatkan aku tidak membuang masa dan fokus untuk mencapai matlamat ku esok, yakni EXAM.
.
Kejadian 2
Disebabkan tersalah tengok jadual exam, aku telahpun habes studi Statistics. Jadinya, selepas exam Linear Algebra, mood untuk studi sudah tiada. Dan aku masuk exam dengan kefahaman hasil studi tersebut dan sedikit ingatan terhadap formula.
Kesimpulan: Persediaan awal membuatkan kita tenang. .
.
Kejadian 3

Aku hanya tinggal kurang 2 hari untuk pack barang-barang untuk pulang ke Malaysia. Beberapa surat untuk kolej masih belum dihantar (surat sebagai tutor di kolej).
Dan 2 hari lepas, aku baru mula membeli barang-barang untuk di bawa pulang. Penat jugak berjalan dan memilih barang-barang untuk familiku yang amat demand (sebab cerewet, nak warna ni la, nak corak tu la, nak design ni la..redha~)
Kesimpulan: Masa yang suntuk membuatkan aku benar-benar berusaha, mencari apa jua cara untuk aku tunaikan permintaan adik-adikku. .
.
.
Semua pengajaran tentang masa.
Kejadian2 tu buat aku bertanya,
"Kalau la aku tahu aku akan mati esok, agak-agak apa yang aku akan buat ye?"
Jawapanku ialah: Sangat banyak. Aku rasa masa 24 jam tak sempat untuk aku tunaikan semua haq yang terabai sebelum aku mati. Macam kalau boleh, nak mintak notis seminggu lebih awal. Tu pun rasanya stay up jugak untuk tunaikan semua haq.
.
Muhasabah
Memikirkan tantang ini, aku merasakan yang aku masih belum gunakan masa ku dengan se optimum mungkin. Sebab masih banyak haq yang tak tertunai.
.
Sebagaimana semasa melihat kematian, kita sering melihat kematian itu kematian orang lain, tanpa pernah meletakkan diri di ketentuan itu.
Biar pun mati itu pasti, namun kita yakin ia bukan giliran kita. Masih punya masa, masih punya ketika. Dengan keyakinan sebegini, kita lalai dalam bersedia, hinggalah benar-benar tiba saat itu.
.
Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati.
.
Harapnya aku tak tersalah agak yang mati ku masih lambat padahal ianya mungkin esok atau kurang daripada itu. Harapnya aku tak tersalah anggap kematian ku masih lambat sebagaimana aku tersalah tengok jadual exam dengan menganggap exam ku lagi 3 hari, bukan 36 jam.
.
Masihkah kamu hidup yang biasa-biasa andai mengimpikan syurga yang luar biasa?
.

.
Video lawak yang mempunyai seribu satu makna bagi yang berfikir.
Jom hargai sekecil-kecil masa sebagimana mereka ni menghargai sekecil-kecil nyawa.
.
.

Monday, May 18, 2009

Azam baru~

Hyde Park London.. ni je kawasan yang ada bunga sbenarnya.. ntah sekarang camne hyde park.. dah lama tak pegi~
.
Apa khabar Nurul di Malaysia?
Em, aku sekali lagi baru dapat tahu yang aku akan exam.. dan kali ini, aku sedar kurang daripada 12 jam! apakah?
.
YM bersama kak dayang.
"Ajah, esok samapi Cardiff kul brape?"
"Aik? lusa la Kak Dayang. Ajah sampai 18 May"
.
"18 May tu esok la"
"Ye??"
.
Namun, kali ni aku tak sekalut kali lepas kerana sudah studi semuanya tajuk ni semasa test minggu lepas.. mujurlah.. cuma perlu hafal beberapa formula dek kerana ingatanku yang sangat lemah..
.
Aku yang perahsia
Ramai yang tak percaya aku ni seorang yang berahsia sebab cakap terlebih banyak kot.
Jauhari window dengan Nurul 2 hari lepas, aku merasakan yang berahsia ni kekadang ada baiknya, tapi ada buruknya. Ia menjadi buruk apabila tidak berterus-terang.. Selalu kita dengar, seek first to understand, then to be understood. vice versa nya, kita pun kena buat orang faham kita, agar saling memahami dan komunikasi jadi bertambah baik.. Sahabat akan lebih appreciate jika mereka mengetahui kisah kita dan hasilnya, mereka akan lebih mudah memahami kita.
.
Tak berkeyakinan
Aku amat sukar mengutarakan idea. Sebab utama: TAKUT.
Terlalu memikirkan pandangan orang terhadap ku. Juga mungkin sebab aku dibesarkan dalam waqi' yang terpaksa setuju dengan semua keputusan menyebabkan aku sangat tak reti membuat keputusan. Tapi tu alasan je, sebab utama yang lain ialah: Aku yang tak cuba.
.
"I have met a lot of people with dreams. Do you know what they have in common? When people laugh at them, they don't care"
.
Hidup dalam dunia sendiri
"Ko tahu tak, sekarang kan ........... (beberapa perkara berlaku di KYUEM)..." kata salah seorang dari rakanku.
"Aik! Ye ke? tak pernah tahu pun pasal ni" jawab ku.
"Tula, selalu hidup dalam dunia sendiri" Kak Dayang menasihati.
.
Sejak dari hari itu, aku perasan yang aku memang hidup dalam dunia sendiri. Sakit kawan-kawan, jarang sampai ke pengetahuan ku. Dan alasan ku: Tak de orang bagitau. Sedangkan aku sendiri yang macam buat-buat tak tahu.
.
Azam baru ku ialah, jadi lebih baik dari semalam.. statement yang general.. harus Fighting!!
"Mu je yang tak nak ubah. Try dulu. Jadi tak jadi tu lain kira. Kan ke tu rahsia tuhan?"
tu kata-kata Nurul beberapa jam sebelum dia berlepas ke Malaysia.
Trimas Nurul.
Charity visit MUSCOM ke mana ni ek? lupe plak..
.
Oh ye, adik-adik di KYUEM akan menghadapi exam Mechanics hari ni, jam 2.00pm waktu Malaysia. Fighting semua!!
.
Aisha n Kameel~
.
Dan tak lupa kepada Kameel yang akan menduduki salah satu exam A-Levelnya hari ini. Fighting gak Kameel..
.

Sunday, May 17, 2009

16 Mei

basikal pelik..
.
aku tiba di Evelyn Garden, rumah kedua time cuti hujung minggu (bukan tetamu sangat?? heh).
Setelah bersarapan dengan roti canai dan kari ayam Aisha, aku dan Aisha bergegas ke South Kensington (aku macam tertukar-tukar antara jalan-jalan High Street Kensington, South Kensington n Gloucester Road.)
Tujuan utama: Shopping.. masih tak beli pape untuk di bawa pulang.. las minit betul..
.
Disebabkan breakfast kami ialah pada jam 11.30am (breakfast la sangat kan?), dan kami keluar tanpa lunch, lebih kurang jam 5pm, perut mula meragam minta diisi..
Penat berfikir dan mencari kedai halal di jalan2 ni, tapi disebabkan kami demand, agak sukar mencari kedai makan idaman.
Dan kami membuat keputusan untuk ke Keiko Sushi..
.
sempat singgah di Imperial College London..
.
Kami merentas Imperial College untuk ke kedai ni. Em, banguan Imperial tak la cantik sangat. Lebih kurang Surrey jugak.. kurang suka bangunan moden camni..
.

Keiko Sushi
.
Disebabkan tak faham nama-nama peliks pada menu, kami studi menu tu dengan agak lama..
.
orang datang sini makan sushi, dia makan ayam plaks..adei cik Aisha
.
ni tangan Tumi yang baru blaja guna chopstick
.
Setelah kami habis makan, kami didatangi seorang tetamu.. Cik Puan Tumi!!
Tak boleh studi lagi katanya..
.
"Studi2 pun, kena rehat secara berkala jugak cik Tumi oi.." nasihat aku yang tak kurang kiasunya dengan studi.
.
dan beliau sambil-sambil ke Rayman untuk membeli pensel.. (tak faham, ko hilang pensel ke Tumi??)
.

Sian Aisha yang alah kepada bau hanyir.. huhu.. lain kali jangan datang makan sushi la ek.. kebab is the bes..
Tetibe teringin nak makan ABC~
.
dan oh ye? hari ni 16 Mei ke? adei. tak alert dengan tarikh.
n trimas pali Liverpool atas juadah makan malam yang sedap (sedap la untuk lelaki bujang yang masak kan? hehe.. tu pujian ye)

Selamat jalan sahabat~

Semalam, aku bergegas dari tanah Surrey yang indah permai ke London..
Destinasi ku ialah Heathrow Airport. Dan syukur sebab boleh naik tube je ke airport ni..
aku tiba di terminal 1, 2, 3 Heathrow Airport jam 10pm. Dan disebabkan tube station ni di zone 6 London (at least Surrey zone 5 London kan?? haha) dan mengambil masa hampir sejam dengan tube, hanya tinggal aku dan seorang warga Itali dalam tube tu.
.
Turun je dari tube, aku menemani sahabat baru, Rebetha ke Terminal 2. (skali jumpa dalam tube, trus kawan.. bes kan di London ni? semua pun peramah).
Dia seperti ada masalah dan menceritakan sedikit dari kisah hidup beliau di London. Aku kira, ianya kehidupan yang perit. Dan beliau akan pulang ke Itali untuk sambung kontrak keja. Fighting Rebetha!!
.
Kemudian, aku ke Terminal 1 dan kelihatan Nurul berjalan dengan yakinnya.
"Nurul!!" jeritku (bes sebab tak de orang pun..)
"Ajah!!" Nurul pun 2 kali 5 dengan aku.. menjerit balik..
Dan kami bersama-sama ke Terminal 3 kerana Nurul akan check in di Terminal ni esoknya.
.

Terminal 1, Heathrow Airport
.
Terminal 3, Heathrow Aiport.
.
lampu2 berwarna purple. Kak Akma yang juga akan pulang dengan Royal Brunei Airline akan check in di Terminal ni jugak nanti mesti amat-amat suka.. even aku dan Nurul pun suka
.
Makanan malam.. nasi goreng pedas. maaf terlebih lada giling plaks.. adei
.
Tempat kami ber'kampong' semalaman.
.
"Ajah, xpo ko? napok sepoh jah.. kemas dulu baru amik gamba"
"haha.. tak payah hipokrit.. tok sepoh sangat pon"
.
bagi aku, standard la kalo bersepah sikit pun. Dah namanya berkampong kan?
.
dan malam itu diisi dengan jauhari window.. Terima kasih Nurul.. aku akan mulakan hidup baru!! Dan Nurul, fighting!! terus bertabah. Kami akan pulang untuk support!!
.
Selamat jalan Nurul. IA, ada rezeki, kita jumpa di Malaysia. Harapnya...
.
Terima kasih juga sebab sedarkan aku yang hidup ni hanya sekejap cuma. Tak perlu bersedih kan?

Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Lahir Aisha~

Buat2 baik.. padahal slalu gaduh.. hoho
.
Aisha..
em, camne nak describe dia ek?? (tak dikatakan ngumpat kan?? hihi)
Sangat rajin mengemas.. macam ada penyakit suka mengemas..
Dan amat sesuai memasak dengan aku sebab aku tak suka kemas.. suka masak je.. haha
Dia sensitif, cepat tersentuh dan amat concern pada kawan..
Ingat lagi reaksi dia masa dapat tahu berita Ayahanda Kak Dayang, dia terus amik basikal dan balik.. Walaupun tak tahu jalan..
.
Dan oh ye, dia sangat2 pandai baca peta.. Dia berjaya pulang ke hall Kak Dayang dengan sekeping peta.. hebat kan?
Kat Prague pun, dia yang tengokkan peta.. huhu.. aku yang selalu lupa jalan ni, nasib baik ada dia..
.
Sebab tu aku kata we complete each other.
.
lagu khas untuk Aisha..
.

.
We stand shoulder to shoulder
We stand side to side
When one of us gets a tiny bit tired
One gives the other a ride
.
I think I feel more like myself
When I'm with you
.
Selamat hari lahir..
.
"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa."
Surah Az-Zukhruf 43:67
.
Moga kita terus bersahabat hingga hari 'itu'.

Wednesday, May 13, 2009

Slideshow

Salam..

1st time edit html.. tak penah2 aku try bukak n usha benda ni..

dan hari ni aku berjaya tambah widget di atas tampa bantuan guru.. hoho.. kira ok la untuk orang yang tak penah main benda ni..

trimas cikgu.. nk try edit benda lain plak.. hoho.. (cambes benda ni, kalo reti la)

Exam~

Exam.. esok, Paper Linear Algebra.. 9 topik perlu difahami..
Dan aku, baru semalam mula baca Linear Algebra.. sebab, daku ingatkan exam subjek ni 15 May nanti, namun jangkaan ku silap.. semalam, aku terlihat jadual exam, rupa-rupanya exam Linear Algebra adalah pada 13 May!! adei.. tinggal kurang dari 36 jam untuk studi 9 topik..
Penat aku g pulun Stats yang aku tak pernah suka.. Tertukar tarikh rupanya..
.
Gud Luck juga untuk Sya yang bakal menduduki exam esok.. ITQAN.. huhu
.
Ps: Dia sibuk bergambar di Bath padahal dia pemandu pelancong.. haiz.. =P
.
Gud Luck juge buat Wani dan Siha.. Paper kita sama-sama pagi esok.. berjuang sama-sama ek!!
.
Ps: post di type tika otak kepenatan.. lg 1 subtopik untuk dibaca.. pastu wat latihan.. pastu exam.. pastu boleh main!! yeay!!

Sunday, May 10, 2009

Antara yakin dan usaha (part 3)

Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they give up.
Like a bodybuilder who gains strength by lifting weights against resistance, we gain strength by overcoming obstacles in life.
And Allah is the One who presents us with these obstacles, but He also provides the strength to those who have faith in Him.
.
Jika bercakap berkenaan studi, rata-rata di antara kita sependapat yang perlu usaha sehabis daya sehingga di saat meletakkan pen di akhir exam. Semua yakin dan setuju bahawa usaha seiring dengan kebergantungan pada Allah.
.
Tiada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
.
"Aku dah nasihatkan dia. Selebihnya, terpulang pada dia. Lagipun, hidayah kan milik Allah"
Kata seorang dai'e. Pasrah mungkin.
.
"Maknanya tuhan takkan bagi aku hidayah la kalau aku macam ni?"
"Mana tahu, bila kami dah dapat hidayah nanti, aku akan jadi macam ko ke."
Tidak kurang juga kata-kata mad'u yang juga seolah-olah pasrah dalam menggapai hidayah dan redha Allah.
.
Benar, hidayah milik Allah. Namun, dimanakah usaha kita? pernahkah kita bermujahadah meninggalkan maksiat? pernahkah kita berdoa memohon hidayah Allah? Atau kita hanya reti menyebut "Ntah la. tak dapat hidayah lagi" sebagai alasan untuk melakukan dosa?
.
He will not send us to a place where we will not find the way to Him. But sometimes, it is we who give up and stop looking
.
"Orang-orang musyrik akan berkata, "Jika Allah mengkehendaki, tentu kami tidak akan mempersekutukan-Nya, begitu pula nenek moyang kami, dan kami tidak mengharamkan apa pun." ... (Surah Al-An'am 6:148)
.
Bukankah sama alasan "Ntah la. tak dapat hidayah lagi" dengan kata-kata orang musyrik di atas? Seolah-olah menyalahkan Allah kerana dosa yang dilakukan. Aku buat dosa kerana aku tak dapat hidayah.
.
Maka lihatlah jawapan Allah untuk orang-orang sebegini.
"Katakanlah (wahai Muhammad), "Apakah kamu mempunyai pengetahuan yang dapat kamu kemukakan kepada kami? Yang kamu ikuti hanya persangkaan belaka, dan kamu hanya megira." (sambungan ayat 148, Surah Al-An'am)
.
Semua hanya persangkaan kita belaka. Kita rasa tak dapat hidayah, sebab kita tak berusaha mencari hidayah Allah. Tak bermujahadah meninggalkan larangan Allah.
.
Memang hidayah milik Allah, namun sudahkah kita benar-benar berusaha???
.
Bagi da'ie yang kelihatan pasrah dengan mengatakan dialog di atas, cuba selidik. Adakah benar kita telah berusaha sehabis daya? Apa benchmark yang mengatakan kita telah cuba sehabis daya? Dah cuba semua method dan cara ke?
.
Aku yakin tiada yang berani menjawab kita telah cuba sehabis daya. Kerana itu rahsia Allah. Mungkin kita dah merasakan telah sampai tahap akhir usaha, tapi mana tahu usaha tersebut baru dipermulaan usaha di mata Allah?
Apa jawapan kita di akhirat kelak? erm..
.
"Maaf Ya Allah. Aku tak tahu yang usaha aku tu baru dipermulaan usaha pada pandangan Mu."
Berani jawab begini dalam keadaan kita tahu yang kita diperintahkan untuk berusaha dan menyerahkan segala hasil kepada Allah?
.

Rindu Kak sal, Amee, Nova, Fatimah dan Aimi~
.
Ps: Tetibe rindukan Kg Spaoh dan pengalaman kita semua di sana. Syara, pekata tahun depan kita wat projek ke Kg Spaoh lagi? Re-visit? Tahun ni macam tak dapat sebab sibuk dengan SOP dah.. huhu.. sape stuju angkat tangan?? (macam nk buat poll kat blog plaks. Kak akma, sile)
Balik dr summer nanti, geng2 SOP mujahadah tuk projek ni nak?? =)

Chumel~


.
chumel kan??
teringat Aslam, Afif, Fatima, Maryam, Aiman.. dah tak leh jumpa lagi dah :(

Saturday, May 9, 2009

Sebuah amanah

Sebuah amanah yang dipikul.. amanah sebagai khalifah Allah..
.
Ciri-ciri seorang pemimpin:
1. Mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut.
2. Amanah yakni akan menjalankan tanggungjawab dengan sbaik mungkin.
.
Tanggungjawab lebih banyak dari masa yang kita ada. Namun, ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak terus bekerja dan bergerak. Buat selagi mana sempat dan termampu.
.
Maaf andai tanggungjawab yang diberi, tidak aku jalankan dengan sebaiknya.
Tidak layak aku gunakan kekangan masa sebagai alasan.
"saya malu mengatakan saya sibuk apabila melihat ramai lagi pemimpin islam yang bermati-matian menjalankan tanggungjawab mereka" begitu kata seorang pemimpin yang ku kira, sudah amat-amat sibuk.
.
Masalahnya ialah pada diriku. Tidak menggunakan masa dengan baik.
Terus mujahadah..
"Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat"

Antara yakin dan usaha (part 2)

Tajuk yang pernah diutarakan dulu..
Namun, terfikir kembali berkenaan ini.. keseimbangan di antara yakin dan usaha..
.
"Em, nak buat macam mana. Kita dah usaha, selebihnya, redha jela.."
.
Skrip yang selalu kita dengar (malah, selalu kita sebut!!). Namun, aku tak berpendapat sedemikian. Bagiku, kita perlu terus menerus berusaha, walau apa pun hasilnya, teruskan berusaha. Berusaha sehingga ke titisan tenaga terakhir.. (err, tenaga penjodoh bilangannya titisan ek?)
.
Kisah pemilihan universiti
Kolej gempar. Mana tidaknya, senarai universiti firm dan insurans pelajar KPM, sponsor yang menaja pelajar paling ramai di KYUEM telah ditampal di notice board.. berbagai reaksi kelihatan.
.
"Alhamdulillah. Uni Firm n Insurans aku dua-dua pun Cik Tina approve"
"Hah? Takkan la requirement uni insurans aku lebih tinggi dari uni firm? Apa guna kalo gini?"
"Ala. Sedihnya.. Aku nak sesangat gi Soton. Uni tu bes. Dapat biasiswa 3 ribu setahun lagi"
.
dan banyak lagi dialog-dialog kedengaran. Dan aku?
Menatap uni firm dan insurans ku. dua-dua mahukan A untuk Further Maths. Mampukah aku?
Oh, nape tak diletak sahaja Southampton sebagai Insurans? aku tak kisah dengan Durham. Uni tu sudah menjadi idaman sejak dulu lagi. Walaupun abah tak bagi ke Durham, namun 'paksaan' KPM untuk ke sini membuatkan ku sedikit lega.
.
Namun, aku perlukan sesuatu untuk menukar uni insurans ku. Posisi yang agak bahaya dengan requirement yang membunuh. Amat membunuh semangatku.
.
"Assalamualaikum. Cik Tina, saya nak tuka uni insurans. Saya janji saya akan cuba dapatkan uni firm, tapi sekurang-kurangnya harap Cik Tina dapat tenangkan sedikit hati saya bila ada requirement yang rendah sedikit dari Durham ni. Tolongla Cik Tina"
"Nanti la aku tanya bos" pendek jawapan Cik Tina.
.
Esoknya, aku menerima 1 email. Permohonan menukar ni insurans ditolak. Trus aku melangkah ke ofis untuk menelefon sekali lagi Cik Tina. Sungguh hari tu, aku diuji. dari pagi sampai petang (kita berkampung di ofis la ni.. hehe), aku tak henti-henti menekan telefon untuk bercakap dengan Cik Tina. Namun, masih gagal bercakap dengan beliau. Meeting, talian tak dapat disambung dan meeting lagi.
Dan aku, seperti biasa, mengalirkan air mata kesedihan. Esok petang, hari akhir untuk mengisi UCAS.
"Tak pe, masih ada sehari lagi. Go Ajah" aku bermonolog sendirian. Menaikkan semangat diri sendiri..
.
Durham University..
.
Malamnya, 1 sms dihantar kepada Cik Tina. Alhamdulillah, dalam kesibukan, Cik Tina masih membalas sms ku. Dan aku trus menerus memujuk beliau untuk menukar uni insurans ku.
Dan jawapan yang diterima masih sama. "Kami yakin dengan awak. Awak boleh. Nape awak tak yakin dengan diri sendiri?"
"Bukan masalah tak yakin Cik Tina, cuma saya rasa tak tenang dengan requirement uni insurans. Saya janji akan buat yang terbaik. Tapi harap sangat dapat ubah uni insurans saya ni. Sekurang-kurangnya, tenang sikit hati saya untuk exam"
.
Dan jawapan yang diterima masih TIDAK.
.
Keesokan harinya, aku bergegas ke ofis untuk menelefon Cik Tina. Ni kali terakhir sebab petang ni tamatnya masa untuk mengisi UCAS.
Setelah beberapa kali mencuba, aku berjaya dihubungkan ke talian dan jawapan yang diterima masih TIDAK.
.
Dan tika itu, aku tahu itulah keputusannya. Tinggal beberapa jam lagi sebelum tamat masa mengisi UCAS. Ku isi UCAS dengan tangan terketar-ketar. Mampukah aku memenuhi requirement ni?
.
Kebergantungan pada Allah
"Dah tanya banyak kali, Cik Tina kata tak boleh, tak boleh la. Nape nak susahkan diri telefon banyak2 kali." marah rakanku padaku.
.
"Dah Allah tentukan gitu. Terima jela" nasihat sahabatku lagi.
.
Tidak yakinkah aku pada Allah? Allah dah tentukan sedemikian, namun mengapa aku masih berdegil?
.
Many of life's failure are people who did not realize how close they were to success when they gave up
.
Jawapan aku ialah: itu urusan Allah. Rahsia Allah. Hasil setiap sesuatu perkara atau usaha adalah rahsia Allah. Sudah ditetapkan sejak azali lagi.
.
Jadi, layakkah kita mengatakan bahawa "Allah dah tentukan gitu, terima jela". Seolah-olah kita tahu rahsia Allah iaitu akan jadi begitu dan begini.
.
Kita manusia, hanya perlu berusaha, dan terus berusaha dan terus berusaha.. walau apa pun hasilnya, teruskan berusaha. Kaji mana silapnya, baiki dan berusaha lagi.
.
Redha dengan segala hasil yang diperolehi juga harus seiring dengan usaha. Redha bukan bermakna pasrah dan berhenti. Redha bermaksud menerima ketentuan Allah, yakin yang Allah juga merancang dan yakin ada hikmah di sebaliknya dalam masa yang sama terus perbaiki method yang digunakan dan berusaha lagi.. Redha dan usaha seiring, bukan terpisah.
.

rindunya semua.. tahun ni raya di Malaysia.. yeay!!
.
Ps:
1. Perempuan, kalau tak fikir pasal akademik, keja, akan fikir pasal kahwin ke? em, ntah.. tu je ke yang kami kaum hawa ni fikir? oh tidak.. banyak lagi perkara lain.. namun ini juga yang dilihat kaum adam.. redha~
2. Berapa banyak perkataan berusaha (ie fighting) di tulis dalam post diatas?? hadiahnya ialah, ceng ceng ceng (gaya kak akma), lawatan percuma di London!! (London lagik)

Wednesday, May 6, 2009

Jemaah itu keperluan~

Kedua-dua belah tangan yang saling memerlukan..
.
Ummah itu tujuan, jemaah itu keperluan..
Bila bercakap tentang jemaah, sinergi, kita sebenarnya bercakap tentang hukum alam.. Sunnatullah yang tidak boleh ditinggalkan...
.
lihat saja ciptaan Allah.. semuanya penuh dengan kekurangan dan tetapi saling melengkapi.. kerana itulah, kita saling memerlukan..
.
Kerbau memerlukan burung kecil untuk membersihkan badan.. dek kerana tiada anggota badan kerbau yang dapat menggaru belakang badan dengan selesa.. burung pula mendapat makanan sambil membantu sang kerbau..
.
Jika dilihat mekanisma tangan manusia, keduanya saling memerlukan untuk mendapatkan hasil terbaik.. cuba cuci tangan yang kotor dengan hanya sebelah tangan, tahap kebersihan yang boleh dipertikai daripada kita menggunakan kedua-dua belah tangan..
Bukan bermakna tak dapat bersihkan tangan dengan sebelah tangan, namun untuk hasil maksimum, perlukan kedua-dua belah tangan!!
.
bila melihat sepinggan nasi bersama gulai ikan, apakah ianya hanya dari usaha kita? Hanya dari usaha seorang manausia? Benar, ianya dimasak sendiri, namun mampukah kita menyediakan juadah se simple itu tanpa bantuan nelayan untuk ikan dan petani untuk nasi.. itupun belum diambil kira bantuan orang lain untuk garam, belacan, santan, kunyit, dan lain-lain bahan..
.
Jika untuk keperluan hidup pun (menyediakan makanan, tempat tinggal, pakaian) kita perlu kerjasama dan bantuan orang lain, apatah lagi untuk menyempurnakan tujuan hidup...
Tujuan hidup manusia sebagai abid dan khalifah..
"Eh, aku selama ni sorang-sorang je menegur sahabat lain.. ok je"
Benar, kita mampu melakukannya seorang diri.. non particent..
Namun, yakinlah bahawa amar makruf dan nahi mungkar tidak dapat dilaksanakan dengan semaksimum mungkin tanpa kerjasama semua..
.
Jika musuh-musuh Islam bergabung menjatuhkan Islam, mengapa kita mahu berseorangan memerangi mereka?
.

.
cuba lihat mereka.. hasil yang menakjubkan diperoleh dengan usaha semua orang.. Adakah ianya mampu dilakukan sehebat ini jika hanya seorang yang menari?
dan jika diperhati, untuk setiap gambar yang mereka cuba hasilkan, pasti ada sedikit kecacatan.. Part gambar goal tu dihasilkan, ada beberapa penari yang lupa menukar kain kuning yang dipegang kepada warna merah walhal itu yang sepatutnya mereka lakukan.. dan jika dilihat, gambar goal tu tetap hebat dan ramai yang tak perasan kecacatan yang sedikit tu..
Saling melengkapi dan membantu.. menghasilkan satu tarian yang menakjubkan..
.
Belum bersedia?
"tapi aku belum bersedia la.. belum masanya lagi.. masih belajar lagi"
Adakah tugas sebagai khalifah hanya untuk manusia yang lapang? untuk orang yang tidak ada komitmen akademik? dan pastikah kita kehidupan selepas belajar lebih lapang berbanding sekarang?
.
Jika ditanya kelak, mampukah kita menjawab, "maaf Ya Allah, aku ketika tu masih belum bersedia.. ilmu tak cukup, masa tak banyak.. kan masih blaja.."
Dapat kah kita pastikan yang seribu satu alasan yang kita reka tu diterima?
Tidak yakinkah kita pada seribu satu janji Allah?
Bukankah janji-Nya membantu kita jika kita membantu agama-Nya? Namun, mengapa kita masih ragu? Tidak yakinkah kita?
.
"Dan orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan janji Allah itu benar. Siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?"
Surah An-Nisa' 4: 122
.
Gembira bersama.. MOC 2008..

Tuesday, May 5, 2009

Menarik tentang UCL~

Sabtu.. keboringan yang amat.. aku memulakan langkah ke London.. targetku, UCL!! ntah apa yang ada di situ.. tak pernah pergi atau lalu pun.. jadinya, macam berminat dan curious utk melawat..
Tiba di Euston Station, aku berjalan ke Euston Square..

Tiba di Euston Square, aku disambut oleh Adam.. dan dalam perjalanan ke Subway, kami singgah ke Portico.. ada benda yang menarik perhatianku di sini..
Ps: btw, lawa gak Portico ni..
.
Apakah yang menarik tu?? ianya adalah kotak ni.. ni bukan sebarangan kotak sebab dalam ni ada Jeremy Bentham.. (tulang la.. sebab dia dah meninggal).
Mitos mengisahkan bahawa beliau adalah founder UCL. Tapi fakta mengatakan bahawa idea beliau berkenaan education telah memberi aspirasi kepada beberapa founder UCL..
.
Dan kotak ni menempatkan auto-icon beliau. Auto-icon ni diperbuat daripada tulang (hah??!!), lilin, dan pakaian sebenar beliau. Maknanya, tulang-temulang beliau diikat dengan dawai (ada gambar tulang diikat dawai lagi kt sebelah kotak ni), dan diselaputi lilin yang menyerupai rupa sebenar beliau.. malangnya, tengorak kepala beliau gagal di awet dan dililin dengan bagus. Jadi, kepala replika digunakan instead of tengkorak sebenar.. yang menariknya, kepala yang tak jadi lilin ni stil dipamerkan di bawah auto-icon ni (nak jugak letak.. haih, kiasu nih)..
.
Nak dijadikan cerita, kepala ni menjadi rebutan remaja masa kini (tak le kini sangat.. sebab berlaku pada Oct 1975, kepala ni dicuri oleh pelajar King's College, tapi mujur tak dijadikan bola untuk permainan bola sepak seperti yang dikatakan dalam mitos UCL)
.
Kepala yang diawet ni akan diletak di tengah2 meja meeting dalam mesyuarat College Council dan beliau (kepala ni) menjadi ahli yang present but not voting.. (apakah??) dan kata Adam, ni adalah wasiat Jeremy Bentham... huhu.. ntah le.. macam2 le UCL nih..
.
Ps: kotak ni dibuka untuk tontonan umum.. namun, sebab cuti (sabtu), kotak ni tak dibuka.. (sedih tak leh tengok pak cik Jeremy)
.
Portico.. menempatkan Library dan banyak lagi (lupe dah sebab banyak sgt)
.
Struktur UCL ni macam scattered, mcm kata seorang wanita IC, trase mcm g pusat tuisyen je bila g kelas... Tapi, tak la jauh sangat dari 1 department ke department yang lain.. dikatakan scattered sebab tak de pagar (macam IC dan Surrey.. haha, nak gak letak Surrey bersama IC).
.
Campbell House.. Hall Basir..
.
Benda yang paling banyak diceritakan oleh Adam dan Basir ialah pasal makanan (bujang n tak masak kot.. tarikan mereka pastinya kedai2 makanan halal)..
Subway di sini halal.. (macam kat Bayswater dan beberapa tempat lain di London). Amat murah dan menjimatkan.. (kalau tak boring makan burger dan roti, ok la kot)
.
Prayer room di Goodge Street.. Tempat solat jumaat (khutbah panjang.. Adam kata, ada satu lagi tempat yang khutbah sangat2 pendek.. huhu)..
Tempat ni gak selalu dijadikan tempat program2 agama budak2 Malaysia..
.
ruang solat muslimat.. (boleh tahan luas..) kira ok berbanding Quite Centre di Surrey yang tak besar sangat.. (btw, nape ye Surrey tak de tempat solat?? peliks.. tak de sape2 nak usahakan untuk adakan 1 tempat solat di Surrey??)
.
Tapi, Muslim World League ni agak jauh dari kawasan uni.. mungkin kurang sesuai untuk dijadikan tempat solat Zuhur sebab masa rehat tengah hari yang pendek..
.
John Trovell House.. Hall Adam dan Fitri (dan Apen??!! haha)..
.
Macam uni aku je kan bila tengok gambo ni?? haha.. ye la tu..(Surrey tetap di hati)
.
macam yang dikatakan tadi, warga London memang takkan kelaparan walaupun tak reti atau malas nak masak.. sebabnya, banyak amat kedai makanan halal.. siap ada pizza halal dan kedai makanan barat halal lagi.. nape Surrey ada 2 kedai kebab je?? (tu tandanya, orang Surrey amat rajin memasak.. hoho)
.
Sizzling Bombay
.
Raavi Kebab..
.
Simply Chicken~ dengan harga yang boleh tahan murahnya.. (sila jangan tuka ke RM)
.
Kesimpulan lawatan di UCL
1. Uni yang scattered.. tapi tak jauh sangat antara hall dan department (dengan standard jalan selama 15 minit)
2. kedai makan yang banyak.. (siyes tak nak masak kalo duk sini)
3. Dekat dengan Tottenham Court road.. boleh shopping di Oxford Street tanpa perlu menaiki bas.. (jimat 1 pound duit bas.. yeah!! haha)
4. dekat dengan King's Cross Station.. banyak train ke Utara England guna train station ni.. (dekat bermaksud tak payah amik bas atau tube..)
5. Jeremy Bentham yang bagi aku amat2 kasihan
6. kawasan yang agak dodgy (sikit2 la.. kalau nak banding dengan kawasan Imperial college yang mewah)
.
(gambar: Tube di Euston Square..)
pulang~ tak bermaksud pulang ke Surrey sebab melagha ke tempat lain plak pastu.. hoho
Ps: trima kasih Adam dan Basir sebab belanja makan =)

Saturday, May 2, 2009

Berwajah baru~

Assalamualaikum..

tetibe gediks nak ubah..
n tetibe je blog ni jadi macam sangat2 perempuan.. (memang aku perempuan pun, tapi... )

redha ajela..

=)

Friday, May 1, 2009

Physics paper 5

Gara-gara boring dengan Classical dynamic dan perasaan rindu kan fizik yang membuak-buak, aku membelek-belek nota fizik zaman A-Level dulu..
.
Alang-alang dah baca, aku kongsikan tips menjawab soalan fizik paper 5.
Ps: tak pasti camne format sekarang.. so, nanti, sesuaikan apa yang tertulis di bawah dengan format sekarang.. rasanya cikgu masing-masing dah stresskan benda ni (esp kalau dalam kelas Dr Foord, benda ni yang akan selalu disebut-sebut..)
.
Untuk soalan kedua: design experiment.
Jumlah markah= 15
(disertakan bersama contoh soalan tahun 2004, oct/nov)
.
em, any idea?? nak start dengan apa ek??
Design Experiment Question mestilah dimulakan dengan 1. menyenaraikan Independent variable dan dependent variable. Tidak cukup dengan itu, untuk dapat markah yang mantop, harus terangkan bagaimana cara mengawal dan mengukur variable ni.. soalan2 yang perlu dijawab ialah:
Independent variable: ??
How to measure: ??
(guna alat apa, camne cara nak guna, camne cara dapatkan bacaan dr alat ni)
How to control: ??
(ie camne nak kawal agar independent variable ni meningkat dari satu nilai ke satu nilai lain... contoh, kalau independent variable ialah temperature, nyatakan camna cara nak dapatkan suhu 10 degree, pastu 20 degree dan seterusnya.. minimum 5 nilai..)
Dependent variable: ??
How to measure: ??
alat apa yang akan digunakan, dan camne nak dapatkan bacaan dari alat ni.. terangkan skali konsep yang digunakan alat ini untuk dapat nilai-nilai ni.. (konsep yang diterangkan ni sangat bernilai dari segi markah sebab konsep ni la yang menerangkan camne dependent variable ni react dengan independent variable)
.
ok, kita tengok contoh soalan.
Question 2: Design a laboratory experiment to investigate how the frequency of a sound wave depends on the pressure of air.
.
Independent variable: Pressure inside the bell jar
How to measure: use manometer. (sila lukis skali dan terang camne bacaan akan diperolehi..)
How to control: vacuum pump and valve. (vacuum pump ni membolehkan kita menaikkan dan menurunkan tekanan ie pressure. Valve ni plak menyenangkan keja mengawal pressure ni).
.
Dependent variable:
Sound frequency
How to measure: Microphone which is connected to CRO. (sila terang camne nak dapatkan bacaan frequency dari skrin CRO. terangkan skali penggunaan time base n kiraan untuk dapatkan frequency dari graph di skrin OCR)
.
Ps: jumlah markah untuk bahagian 1 ialah 3 markah (sahaja!!).. disebabkan markahnya yang sedikit, kesalahan kecil seperti tak terangkan how to control dan how to measure dengan baik akan menyebabkan anda kehilangan 3 markah mudah ini.. hoho.. jadi, sila berhati-hati..
.
2. Method of data collection
ni macam terang dengan lebih detail camne nak dapatkan bacaan dari setiap alat yang diguna.. jumlah markah ialah 5.
camne nak dapat 5 markah?? anda perlu ada
*workable diagram: bukan hanya diagram, tapi workable diagram. Pastikan gambar yang dilukis akan berfungsi terutamanya yang melibatkan sambungan wayar (pemilihan sambungan series atau parallel) Macam yang selalu Dr Foord pesan, kalau lukis balang yang melibatkan experiment pasal pressure, pastikan balang yang dilukis tiada lubang. Kita tak for granted benda ni, tp hakikatnya, experiment takkan menjadi dan kita hilang markah (1 markah pun markah tau!!)
*method to measure dependent variable: terangkan dengan lebih detail. Sambung dari apa yang telah diterangkan di atas.
*method to change independent variable: terangkan dengan lebih detail
*
method to measure independent variable: terangkan dengan lebih detail
*additional infomation to make sure the experiment works: contoh, kalau experiment pasal bunyi, nyatakan eksperimen perlu dilakukan di bilik kedap bunyi agar bebas dari gangguan.. pokoknya, pape yang perlu dilakukan untuk pastikan eksperimen berhasil dengan baik, tanpa gangguan dan bacaan akan dapat dengan jitu.
.
3. Method of analysis
Jumlah markah = 2
Untuk dapatkan markah ni, perlu ada
*graph axes
*nyatakan variable apa di setiap axis (jangan lupa unit!!)
*relationship untuk dependent dan independent.. kalau diramal yang akan dapat linear relationship, lukis garis lurus.. kalau sebaliknya, lukis la curve pape..
*support this relationship dengan formula dan konsep fizik yang diguna.
.
4. Safety precaution
jumlah markah = 1 (sahaja!!)
sekali lagi ditekankan, jangan pandang remeh nilai 1 markah..
.
5. Additional information
jumlah markah = 4
antara yang boleh ditulis untuk part ni ialah
*additional safety precaution (max 1 markah sahaja untuk additional safety precaution.. kalau tulis2 lebih dari 1, akan dapat 1 markah je)
*how to calibrate the apparatus used. Ni untuk penggunaan alat radas yang tak di calibrate. (tips: jadi, lebih baik pilih alat yang tak di calibrate untuk dpt markah ni.. contoh: kalau nak measure pressure, lebih baik pilih manometer daripada barometer) dan banyak gak markah boleh diberi untuk ini..
*cara elakkan ralat dalam bacaan. (contoh:untuk temperature, perlu ada tempoh masa beberapa ketika untuk dapat thermal equilibrium.)
.
Itu adalah point wajib yang perlu ditulis untuk dapat full mark dalam soalan ni..
soalan pertama tu, lagi senang nak dapat full mark.. jadinya, adik2, pastikan skor full mark untuk paper ni.. dah senang, rugi kalau tak dapat banyak markah..
.
Ps: Skali lagi ditegaskan juga yang ni ialah format tahun lepas.. dan rasanya, perubahan takkan berlaku banyak kecuali dalam bab pembahagian markah sahaja.. jadi, point2 wajib yang kena ada dalam jawapan ni masih valid.
.
Classmate Fizik.. dari kiri: Kid, Adam, Loh (lama xjumpa!!), Iqtidar, Helmi, Sue Yin, Muzzein, Ee Yun, Amalina, Emmerk, Sook Fun, Tiqah, Ajah.
Duduk dari kiri: Shuab, Thavarajah, Dr. Foord, Wong.
Rindu amat suasana kelas kita yang selalu ceria dulu.. bak kata Amalina, "Ajah, ingat lagi tak bila Helmi kata, 'rancangan' ??" huhu..
.
juga rindukan Dr. Foord.. sedih sebab tak jumpa Dr Foord mase gathering kat Trafalgar Squre, London hari tu... pesan Dr. Foord kepada Adam, "It's ok as long as she is happy".
(sedih bila dengar ni..)