Sunday, September 7, 2008

KPM Pre Departure Briefing...

Di sebabkan terlampau bizi dengan proses memohon kenaikan elaun (huhu, mata duitan) aku baru sempat upload gambar2 mase pre depart 4 Sept lalu... Aku, Tiqah, Fiqah, Akma, Teah, Nurul di hantar oleh senior2 ke Putrajaya... trima kasih Kak Koca, Kak Mala, Kak Zaza, dan Kak Mun. Kakak2 ni sgt concern n baik hati, diaorg pun dh bagi aku sim kad UK (walaupun aku bakal xde duit nak top up..haha..sabor jela..).


Cik Tina ku sayang.. huhu, ni la pegawai bahagian biasiswa kami yg sgt sempoi.. haha, asyik wat lawak je.. sgt suka dia. Dia pun sgt semangat tolong aku mintak elaun lbh, tapi apakan daya, JPA yang menentukan..



KPM, tulun saya, nak duit lebih!!

sempat maen masak2 untuk juadah berbuka... Nurul sbg ketua chef kami, aku lulus masak sayur je..haha... makanan paling sedap- telur goreng ala2 Sarawak Kak Akma!! kalo nk resepi, blh tny nenek tu..

Pre Departure KPM. 130 ke UK, 10 ke Beijing


Hari ni, kami dpt duit, kot, T-shirt KPM (aku xingt mana letal file merah tu, n hasilnya, T-shirt tu hilang.. haha, bgs2 aku memang plan xnak pakai pon). Briefing yg paling kami suka ialah dr pegawai MAS... dia asyik wt lawak je.. xfokus aku jdnya.. huhu..
.
oh, aku terfikir plan baru utk atasi masalah elaun yg melampau iaitu Plan D!!
.
Plan D
kat Durham nnt, xpayah kuar g mana2... sbb dgn hanya GBP50, nk g London pn xlepas... setakat g Newcastle sekali sebulan tu boleh la.. dan alang2 xkuar, baik studi, studi n studi... dapatkan result 1st class honour, n dapatkan sponsor utk sambung phD. haha, bagus x plan ni?? cam bes gak... plan ni lg baek dr plan C kalau2 plan A dan plan B aku gagal... papepun, teruskan usaha!!


Friday, September 5, 2008

Plan..

Em, takkan nak berdiam diri je kan?? kna at least plan n lakukan sesuatu...

Plan A
1. Hantar surat kat KPM untuk deal dgn JPA utk kaji balik... mungkin kena amik mase 3-4 bulan... aku pn xtau... surat ni dah ku hantar jam 3.30 pagi tadi.. huhu, xlena tido dibuatnya...harap2 diaorg consider surat ni..
2. Nak try deal dgn JPA sendiri... tapi buat mse skrg, masih dlm proses siasat macam mana procedurenya... kena berusaha lbh gigih..
.
Plan B
1. tukar sponsor!! haha, mcm impossible gak, tp belum cuba belum tau...
2. nak siasat dulu, sponsor mana yg nak aku?? adei, mcm susah gak..sape yang nak aku ni??
3. nak siasat gak sponsor mana yang akan bagi aku jd cikgu..kalo x, sah2 abah xbagi..kan aku kena jaga anak nnt?? haha..tu la kata abh, aku kena gak jd cikgu... mcm petronas, ada UTP, TNB ada uniten gak.. em, pkr2..
4. kena fikir dgn lbh teliti sbb plan ni byk cons dr pros..
.
Plan C
1. Redha je dan keja dalam 15 jam seminggu...
2. Sebagai persediaan, aku akan keja sambil study balik further kat rumah.. lagipun, aku fly lambat lg, 29 September... sempat gak try keja sambil blaja selama 2 minggu..
.
pape pun, buat mse skrg, aku akan terus berusaha n takkan putus asa. mesti ada jalan terbaik utk selesaikan perkara ni... aku harap sgt bukan Plan C yang aku akan buat...

Kisah Aku, Ee Yun dan Durham

Semalam, mse pre departure KPM, aku keluar dgn penuh emosi (hehe) utk bertanya perihal kewangan di Durham... dan jawapan Cik Sharifah ialah, dia akan cuba sedaya upaya utk tukarkan rate Durham dari rate C ke rate B... tapi, dia kata jgn berharap sgt, sbb kadar elaun ni di kaji oleh satu pekeliling..(kalo xsilap JPA yang buat).. so sgt susah n rumit nk tukar rate ni...
.
adakah aku mata duitan?? jimat sgt ke smp xcukup duit yang KPM bagi?? tamak?? huhu... aku pun tak tahu... mungkin gak...em..
.
Ni adalah list perbelanjaan aku dan Ee Yun utk tahun pertama
Food + Accomodation = GBP4347 untuk 29 minggu!!!
.
mari sama2 kita kira. GBP4347 dibahagi dgn 29, akan dapat GBP 149.90 seminggu.pastu darab dengan 4 (utk dptkan jumlah sebulan) dan hasilnya sgt menkjubkan!!
Kami dapati, food + accomodation sahaja sudah mencecah GBP 599.59!!
menarikkan?? huhu.. dengan duit yang hanya GBP 650, kami hanya tinggal baki sebanyak GBP50.
.
Tapi tunggu dulu, ni adalah list barang2 lain yang wajib dibayar.. saya ulang, wajib!
1. JCR damages charge = GBP 15
2. JCR photocopying charge = GBP 27
3. Mary's Day = GBP 18
4. Gown = GBP 47
5. Library contribution = GBP 3
.
so, kwn2 menarik x nombor2 di atas?? mse aku tanya soklan semalam, aku dgr ramai org bisik2 n gelak kata mentang2 budak maths, asyik bg nombor je.. tp semalam aku serius.. skrg pn aku serius.. nombor2 ni bukan gurauan atau rekaan. ini adalah realiti yang bakal aku hadapi utk 3 tahun...
.
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." (Surah Al-Insyirah 94: 5-6)

Wednesday, September 3, 2008

Saya dah buat visa!!

ni la Wisma MCA.. (kenal tak 3 org budak yg duk lepak2 tu??)

tepat jam 7.00am, kami bertolak ke Ampang Park dari Kerinchi, dan tiba jam 7.25am... mse ni kami berlari2 sebab xnak beratur panjang... Masa itu emas...

ramai gak budak KYUEM yg aku jmp... Akma, Nurul, Min, Tiqah, Fiqah, Nad, Teah, Fatin Nabihah, Adam,Peng, Shuib, Hisyam, Jpah, Johan, Firdaus Amaran, Hazman, Lawi, Syafiq, Acip, Apen.. em, sape lg ek??

Gambar ni Peng yg amikkan.. sungguh terbuang, kecik je gambor aku...heh

Antara bakal-bakal ibu yang hadir... (xtermasuk aku..)

Visa kami siap jam 10.30am... n pastu kami g jln2 kat Suria KLCC... dan tempat yang dituju ialah Kinokuniya Bookstore.. ada buku idaman aku di sini..

ni la buku yang aku cari... sebagai persediaan.. em, persediaan apa ek?? (sape2 nak teka??) em, dah baca dah sikit ptg td, sgt bes!!

Life is an open secret... aku beli gak yang warna hijau tu.. Kak Akma beli warna merah..(Jpah menangis air mata darah nak buku ni kan??)... nnt kongsi2 ye buku ni.. Jimat..haha

Mana agaknya uni saya kat globe ni?? (lawa globe2 ni..)

kami beli tingkap (window shopping) je kat Suria KLCC...

tertarik dgn benda2 gini... (biasala, akukan wanita...)

Bila aku nak kawin ni?? (aku gerenti ni yang Kak Akma fikirkan mase ni...)

pss: nenek ni marah aku letak gambor ni... tapi aku letak gak... mintak ampun Kak Akma!!

Tuesday, September 2, 2008

Ada apa di KYUEM??

cuba teka nama budak ni?

Em, xbanyak perubahan yang berlaku kat KYUEM... haha, yela. mana nak ada kalau aku asyik pegi kolej setiap bulan.. dah naik muak adik2 tengok muka aku.. dan 5 sept ni aku akan pegi skali lagi dengan Kak Akma dan Fatin Nabihah..
.
Hari ni puasa, tapi yang peliknya, nape plak ade muslimah yang xpose?? haha... korang jawable sendiri.. aku tertangkap muslimah yang xpose td.. sape ye?? cluenya, em... xpela... xpayah cari la ek..

kucing2 ni nampaknya gemuk... yang warna kuning tu aku panggil Garfield.. Makasih ye Amee sbb bagi kucing2 ni makan... huhu..

ni plak gambar speaker baru yang di pasang kat Surau.. menurut seorang penduduk kampung (Cik Dalila), skrg ni, muslimah dah xpayah turun bawah or terjengul kepala kt beranda utk dengar tazkirah... tapi, speaker power camne pun, kalau muslimin xguna mic, kesian gak muslimat kat atas... kena turunkan kertas "sila guna mikrofon"... (adei, rindu plak kat kad tu..) Bila korang ada lg ceramah kat sini ek?? bgtau saya ye...
.
pss: post sebelum ni aku type dlm RC... haha, org g studi, aku masuk maen2...
.
Dan Gud Luck kepada adik2 yang akan buat trial khamis ni.. buat elok2 tau!!

Tahniah Kak Long.

18 Ogos 2008, aku dan keluarga berangkat ke Johor. Hanya 10 jam perjalanan sbb abah asyik merempit dgn laju. mase ni, aku nak tido pun xjadi.. haha.. cuak2.


kat Danga Bay... Aku pelik, apa yang bes sgt dgn tempat ni?? (laut yang cantik, tp xsuka sbb bising..)


Abah, Kak Long dan Mama... Kak long dah habes blaja, aku plak bakal berjuang..huhu, berusaha Ajah!!



aku dah graduate gak!! jgn jeles... (amik gmbar setelah mengepaw jubah Kak Long)
Sejak kecik, aku nak amik mechanical Eng. kat UTM sbb aku sgt suke Fizik... lagi satu, sbb mama n abah pun blaja kat UTM... Lps SPM, abah hanya benarkan aku isi borang KPM sbb katanya, perempuan jadi cikgu, nanti boleh jaga anak... mse ni tragis gak la sbb aku nangis2 mcm biasa mintak nk apply sponsor lain gak (kan cita2 nk amik mechanical eng.. hehe). Tapi apakan daya, abah stil xbagi gak...
.
Mse apply interview KPM, aku dgn slumbernya bg jawapan dlm BM...kan BI aku sgt teruk... BM standard pun xbrape lulus...kui3, sadis2....
.
interviewer: You are going overseas, why you answer my questions in Malay?
Aku: eh, yeke? saya apply nak jd cikgu je...
interviewer: yes, but this is PPC program, and we will send you overseas.
Aku: speachless.. (haha, mse ni aku blur sbb aku maen isi je, xbace pun program yang aku isi tu utk luar negara... adei)
.
tu la kisah cmne aku blh jadi cikgu n pegi UK.... walaupun asalnya aku xsuke jd cikgu n g UK (sbb aku nk g New Zealand), tapi las2 aku hepi gak, itulah sebaik-baik perancanganNya..
1 family bergambar dengan riang..


xingt nama masjid ni.. huhu.. tp sgt lawa..

tanpa rasa malu, aku, Sah n Cik amik gambar kat sini... sbb sini, bdk2 kecik je yg naik amik gambar.. n kami berjaya naik selepas menghalau 2 orang budak.. haha, keji2..


B4 balik, aku, adik2 n sepupu kat Johor g jln2 n makan2... tapi aku stil lg suka Kelantan, sbb aman n xsibuk...










Saya kat KYUEM!!

Pagi ni, saya dan Atiqah tiba di KYUEM.. banyak cabaran ditempuhi sebelum kami tiba..
Antaranya ialah cabaran untuk solat subuh.. Kami tiba di Tanjung Malim jam 6.35 pagi. Nak solat kat kolej, tapi dah sah2 xsempat. Kami pn naik ke surau kat stesen bas tu dan agak terkejut sbb surau tu dikunci. Pastu, kami cuba Tanya kaunter tiket kalau2 mereka benarkan kami solat kat tempat tu. Tp, sebaliknya, kami dimarahi..(sabor jela.. depa xfaham ke solat ni penting? Adei..) Xberjaya.. sebab dah tersangat darurat, masa tu dh pukul 6.45 pagi, kami beli je newspaper n air mineral, pastu solat je kat restoran kat tingkat atas stesen bas tu. (mse tu restoran xbuka lg..) Nasib baik saya bawa kompas solat.. (tp bukan yg MOC bg tu… utk pengetahuan semua, saya xdpt kompas tu sbb xcukup..)
.
Kalau difikir balik, cabaran ni jauh lebih kecil daripada cabaran umat Islam lain yang kurang bernasib baik, contoh yang paling baik ialah orang Palestin. Mereka tetap bersabar menjalankan perintah Allah walaupun dalam keadaan serba kekurangan (tiada air n elektrik) n dalam suasana peperangan (xdpt dibayangkan camne perasaan mereka solat time perang…).
.
Jadi, situasi kami jauh lebih baik dan kami bersyukur sebab dapat gak solat subuh walaupun hanya beralaskan newspaper tanpa sejadah n amik wudhu’ dengan ½ botol air mineral. Pukul 11am, kami akan bertolak ke KL. Semoga perjalanan kami deprmudahkan…

Monday, September 1, 2008

PUISI

Ni tarikh PUISI 2008. Dpt dr Jpah... xtau plak mana dia dpt...
23-26 Dec 2008... kwn2, jumpa di sana!!

Selamat Berpuasa...(edited)

Selamat berpuasa kpd semua!!
.
Minggu ni aku bakal sibuk, dan aku akan meninggalkan rumah, bilik dan bantal busuk tersayang...
.
Kemungkinan gak aku akan travel sorang2 dr KL ke Klate 5 Sept nnt. cuak2... huhu, pape pn, ni la masanya aku biasakan diri hidup berdikari... (nnt duk Durham pn kna travel sorang2 gak..).
.
Jadual minggu ini:
1 Sept
# 10.30pm : bertolak ke Tanjung Malim.
2 Sept
# 5.00am : Sahur (xsure camne... bus brenti awal kt kedai, xnak sahur awl2...)
# 7.00am : bersama Atiqah ke KYUEM
# 2.00pm : bertolak ke KL
# 4.00pm : KLIA, slamat jalan Farah...
# 9.00pm: rumah Fiqah, IA
3 Sept
# 6.30am: bertolak ke Wisma MCA (visa!! dijangka bertembung dgn Fatin Nabihah, Teah, Atiqah, Akma, Shuib dan Peng)
4 Sept
# Pre departure KPM
5 Sept
Jalan2 kat KYUEM...(mcm tempat perlancongan je KYUEM ni... nk g Surau As-Saad!!)
6 Sept
Merempat / Jalan2 dgn kak akma... haha, xtau nk g mana lg... kna plan lg detail ni..
7 Sept
Hari ni pn xplan lg...
.
Semoga segalanya dipermudahkan....Amin. Kwn2, doakan keselamatan aku dan kwn2 yg lain...

Sunday, August 31, 2008

Berilah masa

berilah masa
berilah masa
berilah masa
Jangan bebani diri dengan masalah yang hanya boleh diungkaikan dengan kesabaran menunggu.
Nasihat yang cukup bermakna dari seorang senior. Wujudkan kasih-sayang dan teruskan berusaha. Dan jangan sekali-kali putus asa dengan rahmat dan pertolongan dari Allah.
.
(Mereka) menjawab, "Kami menyampaikan berita gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah engkau termasuk orang yang berputus asa." Dia (Ibrahim) berkata, "Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat." Surah Al-Hijr 15:55 - 56)

Tanggal 31 Ogos...

Em, hari ni merdeka ke?? huhu, sejujurnya aku baru tau hari ni merdeka setelah diajukan soalan2 panas oleh cik wan. Tak patriotik btl.
.
Teringat mase kat KYUEM dulu, aku n kwn2 g cafe, n kebetulan ada badminton match kt tv, Malaysia lawan Korea... korang mesti blh agak aku dgn semangatnya sokong sape.. mestila Korea. haha, belot2.. (adik2, jgn tiru Kak Ajah ye)
.
Wan: ape erti merdeka pd anda??
Ajah: sgt tak bermakna (mse ni aku tertanya-tanya, hr ni ke merdeka??
haha)
.
Wan: kan dah pi btn.
Ajah: ...... (dialog dirahsiakan... sbb aku asyik kutuk2 btn.. emo2..hehe)
.
Ternyata, BTN gagal buat aku sygkan negara.
Fasi: perkenalkan diri.
Ajah: Nama..... berasal dari Kelantan.
Fasi: owh, orang Kelantan ke? Ni la orang2 BODOH yang mengundi pembangkang.
Ajah: Saya xbersalah, bukan saya yang undi. xcukup umur lagi.
Fasi: Habis, ayah awak sokong ape?
Ajah: Tanyela dia sendiri... (haha, sesi taaruf lg aku dh diblacklist oleh fasi disebabkan skil menjawab aku yg bagus...)
Huhu, kesian fasi ni, mungkin dia emo sbb pembangkang menang besar kat Kelantan. Ntahla..
.
Love is verb. Sayang bukan hanya diluahkan dengan kata-kata, tapi perlu dibuktikan dengan perbuatan.. betul x? Tanya Dr. Cinta, nenek Akma. (Kak Akma, apsal byk post psl cinta ni.. ade pape ke?? kui2). Bagiku, cara sayangkan negara ialah bukan hanya dgn mengibarkan jalur gemilang (sbb las2, bendera tu menyebabkan polution je), tapi dengan berusaha, blaja, tambah ilmu, dan ubah negara kearah yang lebih baik... IA
.
Pss: apa kaitan post ni dgn dialog mse BTN tu? Em...

Jom jalan2...

Hari ni aku gembira... hal2 berkaitan visa dh settle!! hehe, tunggu nk g Wisma MCA je 3 sept ni... Alhamdulillah.. Nenek Akma, awk punya dh settle ke?? huhu, moga urusan kita dipermudahkan, mcm pengalaman kita g KYUEM lps MOC dulu.. kan kan??
.
Disebabkan dah tak de keja nk buat, aku mula 'mencari keja', mcm biasa.. haha... ape nk buat ye?? kacau adik? maen ng Neko?? (Neko dh besar skrg, dh xlayan sgt aku... uhuk2, sedih.) Akhirnya aku buat keputusan untuk baca buku bertajuk Wahai Ibu Wahai Ayah (dlm post kat bwh tu). Disebabkan buku tu nipis je, aku teruskan hari dengan baca Majalah Pa & Ma keluaran Ogos.. (kontoversi ni baca majalah ni... adakah aku kempunan nk anak?? N kalo jawapan aku ye, camna?? haha..). Dah lama khatam, cuma nk revise balik (semangat tu!!).. suke tgk gambar2 baby yang sgt chumel... IA, kalo kelapangan esok, gambar2 tu akan digunting n dibuat bookmark... blh aku tgk hari2..haha.. sape nk, mintak je ng aku...
.
Dan yg paling bes, hari ni aku berjaya keluar dari sangkar.. hehe, dgn alasan nk g buat gambar visa... biasanya kalo alasan nk g beli brg, mama akan kata blh tolong belikan... tapi, xkan nk mintak mama g buat gambar visa aku kan?? Misi berjaya!!
.
Disebabkan kena tunggu 30 min utk amik gambar, n aku mula merayap ke seluruh Tanah Merah untuk mencari kemeja putih utk majlis formal. Dah 1 Tanah Merah aku pusing, tp stil xjmp gak... oho, bukan xde jual kemeja putih... jgn nk kutuk Tanah Merah ni hulu ye... byk je kemeja yg aku jmp, tp hampeh, xcukup syarat2 yg ditetapkan syarak... haha, fhm2 jela, byk yang dijual adalah 'kemeja adik', dgn lengan 3 suku... trend skrg kot..ntahla...
.
Akhirnya aku hanya pulang dgn sehelai skirt kembang yg sgt lawa dgn harga RM29.90. Murah kan?? Mari beramai-ramai dtg ke Klate..(haha, lain yg dicari, lain yg dibeli.. itulah aku..) IA, akan ku pakai mse pre-depart KPM nnt...
.
Persoalan aku hari ni, mana nk cari kemeja putih ni??

Saturday, August 30, 2008

Wajib meminta izin ibu bapa.

Saya ada terbaca 1 buku bertajuk Wahai Ibu, Wahai Ayah yang ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah (penerbit: Jahabersa) dan saya tertarik dgn tajuk Wajib meminta izin ibu bapa sekalipun dalam urusan agama.
Ni adalah sedikit sebanyak yang diceritakan di bawah tajuk ni.
.
Abu Sa’id ak-Khudri berkata:
Sesungguhnya seorang lelaki keluar dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah (untuk berjihad) lalu baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?” Dia menjawab, “ Ibubapa aku.” Rasulullah bertanya, “ Adakah mereka memberi izin kepada engkau?” Dia menjawab, “ Tidak”
Rasulullah bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua. Jika mereka mengizinkan engkau, maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah keoada mereka berdua.*
.
*Hasan Sahih: dikeluarkan oleh Abu Daud dan ia dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Shahih Abu Daud – no.2530 (Kitab Jihad, Bab Berkenaan seorang lelaki yang berperang tetapi tidak disukai oleh ibubapanya)
.
Berkata al-Syaukani berkenaan hadis di atas:
Kita tidak memiliki pilihan sewenang-wenangnya untuk keluar rumah melainkan perlu terlebih dahulu mendapat izin dan redha ibu bapa. Keluar daripada rumah boleh dibahagikan kepada beberapa suasana.
.
Suasana pertama:
Kita keluar untuk tujuan yang menyelisihi syariat, seperti pergi ke kelab hiburan malam. Tidak perlu meminta izin ibu bapa dalam perkara yang sememangnya tidak diizinkan oleh syariat. Malah seandainya ibu bapa menggalakkan, kita tidak perlu menuruti galakan tersebut tetapi menasihati dan membetulkan mereka.
.
Suasana kedua:
Kita keluar untuk tujuan yang harus, seperti berjalan-jalan di taman atau ke pusat membeli-belah. Perlu meminta izin ibu bapa dan mencari keredhaan mereka. Seandainya mereka tidak mengizinkan, maka kita tidak boleh keluar dari rumah.
.
Suasana ketiga:
Kita keluar untuk tujuan yang selari dan dituntut oleh syariat, seperti pergi solat berjemaah, berdakwah, dan menuntut ilmu. Kita tetap perlu meminta izin ibu bapa dan mencari keredhaan mereka. Seandainya mereka tidak mengizinkan, duduklah berbincang dengan secara lemah lembut dan hikmah untuk mencari jalan penyelesaian yang dipertengahan. Mungkin mereka melarang kerana berlaku salah faham atau mereka sendiri menghajatkan daripada kita pada saat itu.
.
Suasana keempat:
Kita terpaksa keluar disebabkan berlakunya sesuatu yang genting, seperti keluar berjihad apabila musuh tiba-tiba menyerang atau keluar membantu mangsa apabila berlaku kemalangan jalan raya di hadapan rumah. Dalam suasana genting seperti ini, kita hendaklah bersikap bijak dalam menimbang antara dua tuntutan agama, manakah yang lebih patut diberi keutamaan. Maka dibolehkan keluar tanpa izin dan redha ibu bapa dalam suasana yang kecil lagi terpencil ini.

Thursday, August 28, 2008

Ingati daku wahai sahabat

Ingati daku
Seandainya aku lupa pada Tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan.
.
Ingati daku
Zahir dan batinku dengan keislaman
Janganlah aurat ku didedahkan
Semakin singkat tipis dan dijarangkan.
.
Ingati daku
Hakikat diri ini milik yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-galanya.
.
Ingati daku
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan.
.
Ingati daku
Untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya menjadi benteng kukuh dari hasutan syaitan
.
Kawan2, walaupun kita berjauhan (aku di Durham seorang diri), ingatkan aku andai aku lalai... Kak Akma, Ida (sya sgt2 rindu kamu... bila nk jmp lg?), Nurul (mu kawen ajk aku deh..hehe..), Kak Sal, Kak Dayang, Tiqah, Min, Amalina, Iffah...
.
Hakikatnya aku ingin sekali
Memiliki iman yang tak lekang dek panas
Dan tak luntur dek hujan…
Godaan itu juga sebenarnya
semakin kuat bila kita keseorangan…
Lantaran itulah…
Aku perlukan teman-teman
Yang sentiasa bersedia membimbingku
Untuk mencari dan menggapai redha-Nya.
.
Sajak Ingati aku wahai sahabat kat atas tu di chilop 100% dari blog serambi dakwah. makasih ye Jpah...

Ya Allah, selamatkan diriku dan keluargaku...

Tak tahu kenape, hari ni aku sgt sedih.... memikirkan familiku...Abah, mama dan adik2.. apa patut ku buat?? Cukupkah dengan hanya berdiam diri? Cukupkah dengan hanya memberi contoh yang baik kepada adik2 ku?
.
Teringat kisah Rasulullah. Manusia yang memiliki sebaik-baik akhlak. Baginda disanjung, disayangi dan dihormati oleh orang-orang Quraisy kerana akhlak baginda yang mempesona. Disanjung sehingga baginda diberi kepercayaan untuk mengangkat batu hajarul aswad ketempatnya semula. Namun, apabila baginda menyampaikan dakwah untuk menyembah Tuhan yang esa, berapa ramai yang menyahut seruan dakwah tersebut? Cukupkah hanya berdakwah dengan akhlak yang baik? Seperti yang kita tahu, Rasulullah bukan sahaja menunjukkan akhkak yang mulia, malah berjuang bermati-matian menyampaikan dakwah.
.
Menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat adalah satu cara dakwah yang baik. Masyarakat akan tertarik dengan Islam. Namun, aku masih berpendapat bahawa tidak cukup dengan hanya memberi contoh yang baik tanpa berusaha bersungguh-sungguh merancang dan memikirkan cara lain untuk menanam rasa cinta manusia kepada agama.
.
Adik: Hudus la Kak Ngah pakai baju tidur gitu, tak malu ke?
(T-shirt brotherhood dikatakan baju tidur... huhu)
.
Adik: Nape dah lama tak maen badminton?
Kakak: Tak tahulah, kat rumah ni dah ada ustazah, nak kuar rumah kena pakai tudung.....
.
Mama: Kak Ngah tak de couple dgn sape2 ke? Tak pe, Kak Ngah kan dah habis sekolah. Patut dah mula cari. Tak salah kita kenal-kenal dulu sebelum kawen...
Aku: err... (speechless)
.
Abah: Kak Ngah buat ape tu?
Aku: Ajah buat kertas kerja untuk satu aktiviti kat sekolah lama Ajah dulu. Boleh jumpa adik2.
Abah: Ajah buat dgn sape?
Aku: Kawan2 Ajah kat KB.
Abah: Ajah jangan terlibat dengan mana-mana kumpulan usrah. Ingat, Ajah masih terikat dengan scholarship. Jangan buat perkara2 yang menyebabkan scholarship kena tarik...
Aku: err...(speechless lg dengan linangan air mata)
.
Kak Ngah = Aku
Dialog di translate dr bahasa klate ke bahasa malaysia.
.
"Wahai orang yang beriman, selamatkanlah diri kamu dan keluarga kamu dari seksa api neraka." Surah At-Tahrim : 6
.
Apa harus ku lakukan? Ya Allah, kuatkan hati hambamu...

Wednesday, August 27, 2008

Ajah, berusaha!!

Mase firm uni ku ditukar dr Soton kepada Durham, xterbayang perasaanku yg sedih... sedih sbb aku bakal jauh dr rakan2... dan sedih sbb requirement yang terlalu tinggi, A utk further maths!! ditambah pula dgn Nottingham sbg insurance yg mintak further maths A....(huh, demand betul) risikonya tersgt tinggi...

Rakan2 byk memberiku semangat... mesti ada hikmahnya kan?? huhu, aku hanya manusia dgn pengetahuan terbatas... dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Merancang...

"....Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya....." (Al-Baqarah 2:255)
.
Aku terbaca artikel Ustaz hasrizal bertajuk Bahasa Untuk Shakaijin. Durham xramai melayu (mungkin tersangat sedikit melayu kt sana... smp skrg xdpt contact senior2 kt sana..sadis2) X ke BI aku sgt teruk? (hehe... dah tau, buat2 tny plak) Boleh aku amik peluang ni utk baiki bahasa aku... Satu peluang yg baik.... huhu, kwn2, tunggu kemunculan Ajah yg speaking mengalahkan mat saleh...
.
Dr Foord pnh kata, suasana Durham mcm Oxbridge... hidup utk studi... boleh ke aku survive dlm environment camni?? Adakah aku akan ikut mereka utk studi je?? Em, aku pn xpasti... skrg ni pun aku sepatutnya dah stat studi sbb Durham ada hntar surat berbunyi:
.
For the coming academic year (2008-2009 ), we will assume you have covered:
1. Algebra: indices and surds, quadratic equations, manipulation of polynomials (algebraic division, factor and remainder theorems), linear and nonlinear inequalities, (a+b)n when n is an integer, law of logarithms.
.
2. Functions: definition, domain and range, linear and quadratic functions, composition, inverse, modulus function, graph plotting including k f (x), f (x)+k and f (xk), exponential and logarithm functions, rational functions and simple partial fractions.
.
3. Co-ordinate Geometry: equations and properties of straight line, general equation of circle, centre and radius, Cartesian and parametric equations of curves.
.
4. Trigonometry: sine and cosine rules, radian measure, arc length, area of sector of circle, trigonometric functions sin, cos, tan, sec, cosec and cot, inverses of sin, cos and tan, simple identities, double angle formulae, compound angle formulae, solution of simple trigonometric equations.
.
5. Differentiation: derivative and interpretation as slope, derivative of xn, ex, ln x, sin x, cos x and tan x, gradient and tangents, derivative of simple composite functions, derivative of sum, product and quotient rules, simple functions defined implicitly or parametrically, equations
of tangents and normals.
.
6. Integration: inverse of differentiation, area under curve, integral of xn, ex, 1/x, sin x, cos x and tan x, simple examples using substitution and by parts, integration using simple trigonometric identities, definite integrals and volume by revolution.
.
7. Vectors: vectors in 2 and 3 dimensions, vector addition and subtraction, multiplication by scalar, magnitude, the orthogonal unit vectors, distance between two points, vector line, scalar product.
.
Majoriti tajuk Further Maths... adik2, tahukah anda further maths sgt penting? kuatkan semangat dan jgn drop!! (nnt akan ku buat post ttg Further Maths... komen2 dr Anas n Bazli... IA) Ternyata masih byk dugaan yg bakal kuhadapi... Ya Allah, Tabahkan hatiku...
.
pss: Kak akma, nnt jom studi sama2... awak dtg Durham time cuti ye!! (btw, gmbar kat frenster tu xsmpt tukar la... sya kn bz orangnye... haha, xtau la bz dgn ape...)

Monday, August 25, 2008

Secara Rasminya aku dilamar... akhirnya...

Alhamdulillah, surat lamaran yang ku tunggu-tunggu tiba semalam..... dan aku menggunakan sepanjang malam berfikir tentangnya dan merancang apa yang perlu dilakukan...

Ingat senang ke nak fly?? huhu, xla senang sgt, tp jgn bimbang, xla susah sgt... cuma perlukan ketelitian dan perancangan rapi agar dokumen2 penting yang diminta dihantar dalam tempoh yang ditetapkan....

Dan pagi ni, aku menunggu dengan sedihnya di tepi telefon kerana tidak berjaya menghubungi KPM... apakah yang mereka sdg buat kat Putrajaya sekarang?? ish, mcm pelik gak xde sape2 angkat telefon... pape pn aku kena kuatkan semangat n teruskan ber husnuzon... (diaorg xdengar bunyi telefon kot, terlalu bizi kot... huhu, agaknya la....)

Cabaran terbesar aku ialah menggoda KPM (hehe, tiru Fiza) utnuk menukar rate allowance aku dr rate C ke rate B. haha, mata duitan betul... sebabnya, bayaran2 kat Durham ni sgt la mahal, mcm2 plak fee yang dia mintak... sah2 xcukup 650 pound yang KPM bg... agaknya aku kene keja kalo xdapat tukar rate tu... ee yun cadang nk jadi librarian, huhu, mesti kiut semacam je ee yun mase keje nnt...

Pasal visa plak, aku terpaksa ignore dulu buat sementara, mgkin esok aku akn fikirkan semula...

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman" (Ali-Imran 3:139)
aku suke ayat ni, sangat memberi ku semangat....xperlu takut dan sedih, Allah kan ada... huhu... Ajah, berusaha!! Fighting!!

Wednesday, August 20, 2008

kawin awal... bersediakah aku?

KPM scholars!! gambar sekadar hiasan...
Semasa berMOC, kami digemparkan dengan berita perkahwinan Naili dan Che Kam. Tahniah2, semoga kebahagiaan kekal hingga keakhir hayat.
“Naili dah kawin, Ajah bila lagi?”
“Ajah, g la salam ng Naili tu, amik berkat kawin awal”
Xjemu kwn2 mengusik. Dia yg nk kawin awal, usik aku plak...
Satu persoalan bermain di minda. Sudah bersediakah aku??

Begin with the end in mind. Pertama kali aku dengar sewaktu MYC, n mse tu aku xfaham pn apa maksud disebalik ayat ni.... bila fkr balik, maksudnya ialah mulakan sesuatu dengan mengambil kira pengakhirannya (harap2 betullah apa yang aku faham tu... hehe..kalau salah, nnt tegur ye, xpsl2 jd ajaran ayah peng plak...)
Em, apa yang aku harapkan dari sebuah perkahwinan? Jawapanku ialah, membina keluarga bahagia, punyai suami penyayang serta anak-anak yang soleh dan solehah. Makin besar impian, makin byk pengorbanan n usaha yg mesti dilakukan.... timbul satu lagi persoalan, mampukah aku??
Ramai yg kata aku xmatang, asyik fkr nak mean je... betul ke? Kdg2 aku agak setuju dgn pndapat tu, tp kdg2 tak jugak... aku dah agak matang la, Cuma memang suka maen dgn bdk2 kecik n kucing.huhu. kalau dari segi agama plak, yg aku tahu skrg tersgt la basic... Byk lg ilmu agama yg perlu aku blajar; tajwid, solat, n hukum2 lain. Bagiku, ibu yang baik ialah ibu yang menjadi tempat anak-anak bermanja, contoh terbaik dan teman untuk mereka berkongsi suka dan duka. Aku perlu berusaha kearah itu...
Ya Allah, permudahkan aku...Buat mase ni, aku akan fokus kpd blajar; mendalami ilmu agama n buat yg terbaik utk pelajaranku... fighting!! huhu...
So, kalau ditanya, "Ajah bila nak kawin?" Jawapanku ialah, "Blajar dulu..huhu"
pss: tapi, kalau ditakdirkan aku kawin awal, Alhamdulillah... Hanya Allah tahu yang terbaik buatku...
mood: malu2 kucing mse type post ni....hehe

Soalnya hati...

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”
Apabila kita merindui si dia, memikirkan-mikirkan tentang kebaikannya, kecantikannya, ketampanannya, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina.
Semasa di kolej dulu, hidup ku terisi dengan studi (menyelesaikan soalan Further Maths yang memeningkan kepala dan menyiapkan homework Physics), bersukan diwaktu petang dan aktiviti2 lain. Tersangatla sibuk... Selepas exam, sengaja aku mencari ‘kerja’ menjual choki2 dan bookmark untuk menyibukkan diri. Hanya itulah yang mampu aku lakukan untuk menjaga hati. Ya Allah, tabahkan hati hambamu ini...
Harapanku agar hidupku akan terus sibuk dan terisi dengan aktiviti2 yang mendekatkan aku kepada-Nya dan jauh dari perkara yang melalaikan... Terima kasih Amalina kerana telah banyak memberiku kata semangat dan nasihat... Saya rindu sgt nak dengar suara Amalina...
Sabda Rasulullah s.a.w,
“Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal”
Ya Allah, hijabkan hati hambamu ini. Jika ada jodoh di antara aku dan dia, Kau temukanlah kami dalam keadaan yang lebih baik dari sekarang... Amin.

Tuesday, August 19, 2008

Neko ku sayang...

ni lah Neko... comel kan??
Kenapa aku syg sgt kat Neko??
  1. sbb dia sgt comel... hehe
  2. Neko ni sgt manja... mase dia br lahir, dia xnak tido kalau tak dukung dia...mcm manusia plak kan?? huhu, skrang, bila dah besar sket, dia akan naik kat atas bahu untuk tido.. huhu, sgt comel...
  3. tu jela kot...


mase ni Neko kecik lagi... baby Neko...




Sayang sgt kat Neko... mst rindu mase kat UK nanti...

Rase nak bawak Neko g UK, tp sah2 xdpt... huhu... kena cr kucing n bela kat UK nnt, buat teman...



Sunday, August 17, 2008

Thanks Dr Foord

Mse besday Dr. Foord yg ke-.... (hehe, aku pn xpasti, takut nk tanya)

Kalau ditanya, apa yang paling aku rindui tentang KYUEM... jawapanku ialah, kucing2 yang comel, Surau As-Saad, Waktu Subuh yang hening di Surau, kawan2, Mr B dan Dr. Foord!! huhu...

Dr. Foord antara guru yang paling banyak menolongku...

PHYSICS

Bila teringat psl kls fizik, rase mcm dah terlalu bnyk menyusahkan Dr. Foord. mase 1st n 2nd sem, aku xbyk ragam sgt... masuk 3rd sem, kerap gak aku msg dia utk blaja pd waktu mlm, biasanya after Isya'. huhu, terima kasih sgt2 sbb sanggup luangkan masa utk aku...

Mse 4th sem, aku mintak nk duduk kat tgh, sbb agak sedih asyik duduk tepi tingkap je... n Alahmdulillah, aku ditempatkan betul2 di hadapan whiteboard. Tapi, aku ni byk ragam sket... lbh kurang seminggu b4 exam, aku pohon agar tempatku ditukar sekali lagi... mungkin aku kurang serasi dgn tablemates aku yg sgt2 fokus waktu Dr. Foord mengajar, berbeza dgn ku yang banyak maen mase cikgu mengajar...hehe.. kpd ex-tablemates ku, Sook Fun, Iqtidar n Kid, maaf sbb aku dh menyusahkan kalian b4 exam hr 2...

clasmate physics kat KYUEM... maaf kwn2 kalo aku terbanyak ragam mse kls fizik dulu...
CAMBRIDGE INTERVIEW
Seperti yang semua orang tau, aku sgt lemah BI. huhu... asyik dok kecek klate, mana nak pandai speaking... So, b4 interview, aku tersgt la takut... sgt2 tak yakin aku dpt berkomunikasi dgn interviewer tu... Dr. Foord byk membantu aku membina semula keyakinanku... beberapa kali aku dipanggil berjumpanya untuk blaja apa yg perlu aku ckp n buat semasa interview... (ni interview kali ke-2 bagiku, kali pertama mse interview nk mintak sponsor kpm dulu...huhu... apa yg pasti, interview kali pertama tu hancur... huhu...)
Walaupun hanya masuk pool selama 2 minggu (n akhirnya kena reject oleh cambridge... isk2, sedih), aku still nk ucap tq sgt kat Dr. Foord sbb xjemu2 memberiku semangat...

Ni pn mse besday D. Foord.

IELTS

BI aku tersgt la teruk, n aku tutee Dr. Foord yang paling lambat amik IELTS. huhu...sedih kan?? mse tu, Dr. Foord byk bantu aku... mula2 dia panggil aku beberapa kali untuk buat speaking test... (aku gagahkan diri utk pegi walaupun bz dgn further maths yg ntah pape...)... pastu, aku diminta utk hantar beberapa essay untuk diperiksa dan dikomen. huhu, penat2... dgn BI yang sgt tak hebat, aku gagahkan gak untuk buat... n hasilnya, aku dapat band 7 utk IELTS... (huhu, band 7 je ke?? tp aku sgt2 gembira, almaklumla xpenah dpt band 7. hehe... Alhamdulillah, syukur.)

Terima kasih gak kepada rkn2 yang byk membantu, menemani perjuanganku, n memberiku semangat...

fkr2 balik, apa gunanya post ni?? sbb post ni dlm BM, Dr. Foord gerenti xfhm punya (dia pn xbaca blog kot..haha)... tapi aku terhutang budi dgn beliau... n aku harap aku blh jd guru sebaik beliau... Amin.. kwn2 doakan aku... (IMPIAN: Cikgu Maths sehebat Yankumi... haha.. Fighting!!)

Nanti aku post psl Mr. B plak... guru Further Maths kesayangan... xsabar nk g kolej 26 Aug ni utk jmp Mr. B n g Dr. Foord...




Durham


Ni lencana Kolej aku kat Durham, St Marry College...
Aku dpt 1 kolej dgn Ee Yun, n apa yang best tentang kolej ni ialah, ia adalah satu-satunya kolej yg serve Halal food kat Durham... bermakna aku xkan masak untuk 3thn... n ni gak bermakna aku xkan pandai masak... (katun mesti suke saham aku jatuh..heh) haha, lambat lg la aku kawin jawabnya... kak akma, silakan kawin dulu :P

gambar2 bangunan kat bawah ni aku cilop je dlm internet... so tau ape nama bangunan2 cantik ni... tggu aku sampai Durham nanti aku siasat...











Saturday, August 16, 2008

I'm Sorry I Love You

Ni cite yg aku sempat tgk waktu cuti hr tu...
sedikit summary tentang cite ni...
Cha Moo Hyuk (So Ji Sup) was adopted by an Australian family, but is abused and leaves home at an early age. Growing up on the streets, he meets all sorts of people until one day he comes upon Song Eun Chae (Im Su Jung). Eun Chae is the coordinator for Choi Yune, a famous singer in Korea whom she secretly loves. Her fateful encounter with Moo Hyuk ends up affecting not only her life but that of her precious Yune’s as well. Moo Hyuk’s path takes him to Korea, on a road that leads to revenge. He’s filled with anger and hurt about his birth mother, but also feels love and happiness with someone he didn’t expect to love. Although he wreaks havoc on the lives of those around him, he wishes with all his heart someone would stop him. (aku copy je summary ni dr internet...hehe)



Cite ni sedih sgt, setaraf dgn 1 litre of tears. episod 1 lg aku dah nanges...

aku sgt suka cite ni.... Mianhada, saranghanda...

Tuesday, July 8, 2008

misi berjaya!!

membangun bersama islam...hehe... bendera Pas masih berkibar megah di Kelantan...sebenarnya nak amik gambar langit yang sangat cantik, tp termasuk gambar bendera ni...huhu...

ni lah gambar Azi dan Mama masa Hari Raya yang lepas....
Agenda utama aku hari ini ialah mengemas rumah…. Cuba bayangkan rumah dengan anak 7 (walaupun semuanya perempuan), masya Allah, tersangatlah bersepah… memang sakit pinggang nak kemaskan rumah ….

Nak dijadikan cerita, kat rumah aku ni ada satu meja serba guna yang terletak kat living room. Meja ini agak besar, dan disebabkan meja ni meja serba guna, meja nilah yang paling bersepah. Breakfast pun kat situ, study pun kat situ, buat origami pun kat situ…. Dah bersepah, kenalah kemas walaupun rasa malas..hehe… dalam asyik mengemas meja tu, aku terjumpa buku-buku(adikku yang berumur 10 tahun). Terasa geram, sebab seingat aku, aku dah pesan adik-adikku agar kemaskan buku-buku lepas study kat meja tu. Tapi, knp plak buku budak ni terabur kat atas meja ni?

Aku mula terfikir idea jahat, apakata aku buang je buku ni, sape suruh dia tak kemas buku lepas blaja…tanpa berfikir panjang, aku terus ke tong sampah di luar rumah, dan aku buang buku tu… (tapi sempat gak amik gambar buku-buku malang tu sebagai kenangan untuk Azi…hehe)
Petang tu, Azi pulang dari sekolah dengan muka selamba…. Habis je makan tengah hari, aku rasa sangat bersalah, kesian plak kalau budak ni kena marah kat cikgu kalau buku hilang.... so, aku bagitau la dia yang buku dia kat tepi tong sampah…. Berlari-lari Azi mendapatkan buku-bukunya….. semenjak hari itu, meja tu dah kurang bersepah dengan buku-buku Azi dan Ima…hehe, bdk2 tu takut gak akhirnya….. misi berjaya!!!



Keimanan

Lagu ni ku ambil dari Kak Akma…kak akma lagi. Boring asyik dengar nama dia dalam blog ni..hehe… jangan mengamuk ye Kak Akma…
Bila diamati balik, lagu ini sesuai dengan cerita 10 sahabat yang dijamin syurga tu, sbb iman mereka yang sangat tinggi, tidak boleh digadai dengan bulan, matahari mahupun diseksa….nak letak gak lagu ni kat blog, tapi xreti la… untuk pengetahuan semua, aku ni reti guna Microsoft word je, blog ni pun kak akma yang tlg buatkan…adei, sedih betul… (sape2 yang baek hati, tlg la ajarkan ye!!) time kacih….

Andai matahari di tangan kananku

takkan mampu mengubah yakinku

terpatri dan takkan terbeli dalam lubuk hati

bilakah rembulandi tangan kiriku takkan sanggup mengganti imanku

jiwa dan raga ini apapun adanya

andaikan seribu siksaan terus melambai-lambaikan derita yang mendalam

seujung rambutpun aku takkan bimbang jalan ini yang aku tempuh

bilakah ajal kan menjelang jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan

cintaku hanya untuk-Mu tetapkan muslimku selalu

Jalan2 di Pantai Irama, Bachok Klate

pemandangan ndah di Pantai Irama... ni lah kuih muih dan kek yang di sediakan dengan susah payahnya oleh Kak Intan...huhu, rupa kek tu macam pelik, tapi rasanya sgt sdap!! huhu, syabas Kak Intan....

yang posing lebih2 dengan sudu tu lah Kak Intan....
3 Julai 2008. Slamat Hari Lahir Sah. Di sebabkan no celcom aku di daftar menggunakan kad pengenalan Sah, dapatlah aku nikmati panggilan percuma ke 8 no Xpax aku. Tp, mcm xde guna gak, sbb aku kat umah, semua no Xpax aku ialah famili aku, mcm pelik plak kalau aku call mama kat dapur, n aku dalam bilik….mentang2 la free…hehe…

Hari ni gak, aku ke Pantai Irama Bachok Kelantan…..cuba teka aku pegi dgn sape?? Dgn best student Sek Men Dato’ Mahmud tahun 2002, Kak Nik Amalina yang skor straight A. huhu, bangga2… malam before bertolak ke Pantai Irama, aku dah dapat sms dr Kak Nik Amalina, dia kata dia ex KMB buat medic kat Ireland. Em, mcm penah dengar nama 2, tapi di mana ye?? Kleesokan harinya, barulah aku tau, dialah anak Dr. Nik yang sangat famous kat sek aku dulu…huhu… jumpa gak aku ng dia.

Aktiviti utama kami hari itu ialah makan-makan (bak kata Kak Intan, bakal tauke Syarikat Intan Edible yang sangat sempoi, hehe, harap2 dia tak baca blog ni…) dan memang kami makan-makan dengan gembiranya pada hari itu sambil akak-akak bercerita serba sedikit tentang suasana di UK.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di rumah nenek Kak Nik untuk solat Zuhur. Kak Nik banyak membantu aku membuat keputusan dan merancang pembelian sebelum fly. Katanya, semua benda kat UK ni mahal, baik beli semuanya kat Malaysia. Lagi untung kita kat Klantan, semua murah….hehe….betul2, aku tak nafikan… even harga kat Tanjung Malim dah sangat berbeza dengan harga barang di negeri kebanggaanku ini….. tensyen aku nak beli barang kat Tj Malim.... sbb dah biasa dengan harga yang sangat murah kat Klate.... huhu, akulah anak jati Klate, walaupun aku tak dilahirkan di sini, walaupun classmate Further Pure aku kata aku darah kotor, sbb bukan darah asli Klate, tapi aku tetap mengaku aku orang Klate J (heh, macamlah budak yang ngata aku tu duk Klate, mentang2 la parents dia dua2 orang Klate…)
pss: post ni di akhiri dengan mengutuk balik kawan yang penah kutuk aku dulu...hehe... (sape suruh dia kutuk aku kan??)




10 Sahabat yang di jamin syurga


ni lah buku yang aku beli.
Pulangnya aku dari Pantai Irama, aku singgah di Kedai Buku Banggol, kedai buku berdekatan rumahku. Dalam asyik memilih buku, aku ternampak buku yang bertajuk 10 Sahabat yang Dijamin Syurga. Em, dah lama gak la aku cari buku ni sebab aku pernah disoal ketika ISK (Ini Sejarah Kita) ?? dan jawapan aku apalagi hanyalah, “Saya tak tahu..”. huhu…sedih gak, pernah blaja tapi tak pernah nak hayati dan ingat…

Ni adalah summary yang boleh dikongsi bersama. Harap bermanfaat.
10 sahabat yang dijamin syurga ialah:

Abu Bakar As-Siddiq.
Sahabat baik Nabi Muhammad yang juga khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad.

Umar bin Khattab
khalifah kedua. Teringat kata-kata Umar, “ Tidak ada nikmat terbesar selain daripada nikmat iman dan islam pada diri seseorang muslim melainkan sahabatnya yang soleh. Apabila kamu dapati kewujudan kasih-sayang padanya, maka genggamlah ia dengan seerat-eratnya.” Kata-kata ini dipetik dari gambar Muscom muslimin…hehe…

Uthman bin Affan.
Kahlifah ketiga yang juga digelar Zu Nurain kerana mengahwini 2 puteri Rasulullah iaitu Ruqayah dan Ummi Kalsum. Harta beliau dikorbankan untuk Islam. Dikisahkan beliau membeli sebuah perigi dengan harga 20 000 keping wang emas dengan seorang Yahudi. Sejak hari itu, perigi itu menjadi milik orang Islam dan percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin mengambil air daripadanya.

Ali bin Abu Talib.
Anak saudara Rasulullah, kanak-kanak pertama memeluk Islam, anak menantu Rasulullah (kerana berkahwin dengan puteri Rasulullah Fatimah ketika berusia 25 tahun) dan juga khalifah Islam keempat. Beliau adalah seorang yang sangat berani. Ingat lagi tak kisah popular yang mana Ali tidur di katil Rasulullah atas arahan baginda semasa penghijrahan Rasulullah ke Madinah?? Dalam perang Khandak,. Beliau juga telah menawarkan diri untuk bertarung satu lawan satu dengan Amru bin Wudd, ketua tentera musuh Islam. Dan pemenangnya ialah Ali!! J

Zubair bin Awwam.
Anak saudara kepada Siti Khadijah yang merupakan seorang pahlawan Islam yang gagah dan berani. Beliau terlibat dalam perang, antaranya ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Bani Quraizah, Perang Khaibar sehinggalah Perang Hunain.

Abu Ubaidah.
Beliau tetap berpegang teguh dengan Islam walaupun keluarganya memutuskan tali persaudaraan dengannya. Semasa Perang Badar, beliau tidak dapat mengelak dan bertemu dengan bapanya yang belum memeluk Islam. Akhirnya, bapanya tewas di tangannya. Kemudian, turunlah ayat 22 surah al-Mujadilah
“ Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang perintah Allah dan Rasul-Nya sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah menetapkan iman dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya: dan Dia memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya…” (Surah Al-Mujadilah 58:22)
Apabila mendengar ayat itu, Abu Ubaidah mulai tenang kerana tindakan membunuh bapanya itu bukan perbuatan yang salah. Sewaktu Perang Uhud, beliaulah yang mencabut panah dari pipi Nabi Muhammad dengan giginya sehingga giginya tercabut. Beliau juga diberi kepercayaan penuh oleh Rasulullah untuk ke Yaman atas permintaan kaum Najran untuk mengajarkan ilmu agama di sana.

Abdul Rahman bin Auf.
Terkenal sebagai seorang ahli perniagaan yang kaya dan dermawan serta sebagai seorang pahlawan yang berani. Beliau mendapat 21 bekas luka akibat tikaman semasa Perang Uhud yang menyebabkan salah satu kakinya cacat. Beberapa batang giginya patah sehingga menyukarkan beliau bercakap. Namun kecacatan diri tidak melemahkan semangatnya meneruskan perjuangan menyebarkan Islam.

Saad bin Abi Waqqas.
Teringat kisah beliau dengan ibunya yang diceritakan oleh ustaz dari UPSI di Surau As-Saad. Ibu beliau memujuknya untuk meninggalkan agama Islam dan mengugut tidak akan makan dan minum sehinggalah beliau balik kepada agama nenek moyang. Ugutan itu tidak sedikitpun menggoyahkan keimanan beliau. “ Wahai ibu, demi Allah! Sekiranya ibu mempunyai 1000 nyawa kemudian ia keluar satu persatu, saya tetap dengan pendirian saya tidak meninggalkan agama suci ini.” Kata Saad mempertahankan imannya.

Talhah bin Ubaidillah.
Sepupu Abu Bakar ini ialah seorang pemuda yang tampan dan dermawan. Allah melipatgandakan harta kesan daripada sifat pemurahnya. Namun, penambahan harta itu membuatkan Talhah bersedih. Lalu isteri beliau mambahagi-bahagikan harta sehingga tidak tinggal walau satu keping duit pun. Beliau juga mempertaruhkan nyawa mempertahankan Rasulullah ketika musuh-musuh Islam menyerang hendap dari belakang semasa Perang Uhud dan mendapat 77 kesan luka, jarinya lumpuh dan badannya bercalar akibat tusukan tombak dan pukulan dari musuh.

Said bin Zaid.
Beliau ialah sepupu Umar Al-Khattab dan juga adik ipar Umar kerana berkahwin dengan Fatimah Al-Khattab iaitu adik Umar. Ketika beliau dan Fatimah mempelajari Al-Quran dengan Khabbab, Umar masuk dan menampar Fatimah. Akhirnya hati Umar tertarik dengan Islam apabila membaca surah Taha
“ Taha. Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar engkau menjadi susah. Melainkan sebagai peringatan kepada orang yang takut (kepada Allah). Diturunkan dari (Allah) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. …” (Surah Taha 20: 1-4).
Nak cerita pasal Said tapi termasuk bab cerita Umar plak…huhu… sambung balik cite Said, beliau banyak merekodkan hadis. Beliau menolak tawaran menjadi Gabenor di Damsyik kerana lebih senang berjuang di medan perang dan gugur sebagai wira yang mati syahid.
em, skrg aku dah tau sape 10 sahabat yang dijamin syurga....huhu... :)