Saturday, August 30, 2008

Wajib meminta izin ibu bapa.

Saya ada terbaca 1 buku bertajuk Wahai Ibu, Wahai Ayah yang ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah (penerbit: Jahabersa) dan saya tertarik dgn tajuk Wajib meminta izin ibu bapa sekalipun dalam urusan agama.
Ni adalah sedikit sebanyak yang diceritakan di bawah tajuk ni.
.
Abu Sa’id ak-Khudri berkata:
Sesungguhnya seorang lelaki keluar dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah (untuk berjihad) lalu baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?” Dia menjawab, “ Ibubapa aku.” Rasulullah bertanya, “ Adakah mereka memberi izin kepada engkau?” Dia menjawab, “ Tidak”
Rasulullah bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua. Jika mereka mengizinkan engkau, maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah keoada mereka berdua.*
.
*Hasan Sahih: dikeluarkan oleh Abu Daud dan ia dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Shahih Abu Daud – no.2530 (Kitab Jihad, Bab Berkenaan seorang lelaki yang berperang tetapi tidak disukai oleh ibubapanya)
.
Berkata al-Syaukani berkenaan hadis di atas:
Kita tidak memiliki pilihan sewenang-wenangnya untuk keluar rumah melainkan perlu terlebih dahulu mendapat izin dan redha ibu bapa. Keluar daripada rumah boleh dibahagikan kepada beberapa suasana.
.
Suasana pertama:
Kita keluar untuk tujuan yang menyelisihi syariat, seperti pergi ke kelab hiburan malam. Tidak perlu meminta izin ibu bapa dalam perkara yang sememangnya tidak diizinkan oleh syariat. Malah seandainya ibu bapa menggalakkan, kita tidak perlu menuruti galakan tersebut tetapi menasihati dan membetulkan mereka.
.
Suasana kedua:
Kita keluar untuk tujuan yang harus, seperti berjalan-jalan di taman atau ke pusat membeli-belah. Perlu meminta izin ibu bapa dan mencari keredhaan mereka. Seandainya mereka tidak mengizinkan, maka kita tidak boleh keluar dari rumah.
.
Suasana ketiga:
Kita keluar untuk tujuan yang selari dan dituntut oleh syariat, seperti pergi solat berjemaah, berdakwah, dan menuntut ilmu. Kita tetap perlu meminta izin ibu bapa dan mencari keredhaan mereka. Seandainya mereka tidak mengizinkan, duduklah berbincang dengan secara lemah lembut dan hikmah untuk mencari jalan penyelesaian yang dipertengahan. Mungkin mereka melarang kerana berlaku salah faham atau mereka sendiri menghajatkan daripada kita pada saat itu.
.
Suasana keempat:
Kita terpaksa keluar disebabkan berlakunya sesuatu yang genting, seperti keluar berjihad apabila musuh tiba-tiba menyerang atau keluar membantu mangsa apabila berlaku kemalangan jalan raya di hadapan rumah. Dalam suasana genting seperti ini, kita hendaklah bersikap bijak dalam menimbang antara dua tuntutan agama, manakah yang lebih patut diberi keutamaan. Maka dibolehkan keluar tanpa izin dan redha ibu bapa dalam suasana yang kecil lagi terpencil ini.

No comments: