.
adakah aku mata duitan?? jimat sgt ke smp xcukup duit yang KPM bagi?? tamak?? huhu... aku pun tak tahu... mungkin gak...em..
.
Ni adalah list perbelanjaan aku dan Ee Yun utk tahun pertama
Food + Accomodation = GBP4347 untuk 29 minggu!!!
.
mari sama2 kita kira. GBP4347 dibahagi dgn 29, akan dapat GBP 149.90 seminggu.pastu darab dengan 4 (utk dptkan jumlah sebulan) dan hasilnya sgt menkjubkan!!
Kami dapati, food + accomodation sahaja sudah mencecah GBP 599.59!!
menarikkan?? huhu.. dengan duit yang hanya GBP 650, kami hanya tinggal baki sebanyak GBP50.
.
Tapi tunggu dulu, ni adalah list barang2 lain yang wajib dibayar.. saya ulang, wajib!
1. JCR damages charge = GBP 15
2. JCR photocopying charge = GBP 27
3. Mary's Day = GBP 18
4. Gown = GBP 47
5. Library contribution = GBP 3
.
so, kwn2 menarik x nombor2 di atas?? mse aku tanya soklan semalam, aku dgr ramai org bisik2 n gelak kata mentang2 budak maths, asyik bg nombor je.. tp semalam aku serius.. skrg pn aku serius.. nombor2 ni bukan gurauan atau rekaan. ini adalah realiti yang bakal aku hadapi utk 3 tahun...
.
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." (Surah Al-Insyirah 94: 5-6)



No comments:
Post a Comment