Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”
Apabila kita merindui si dia, memikirkan-mikirkan tentang kebaikannya, kecantikannya, ketampanannya, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina.
Semasa di kolej dulu, hidup ku terisi dengan studi (menyelesaikan soalan Further Maths yang memeningkan kepala dan menyiapkan homework Physics), bersukan diwaktu petang dan aktiviti2 lain. Tersangatla sibuk... Selepas exam, sengaja aku mencari ‘kerja’ menjual choki2 dan bookmark untuk menyibukkan diri. Hanya itulah yang mampu aku lakukan untuk menjaga hati. Ya Allah, tabahkan hati hambamu ini...
Harapanku agar hidupku akan terus sibuk dan terisi dengan aktiviti2 yang mendekatkan aku kepada-Nya dan jauh dari perkara yang melalaikan... Terima kasih Amalina kerana telah banyak memberiku kata semangat dan nasihat... Saya rindu sgt nak dengar suara Amalina...
Sabda Rasulullah s.a.w,
“Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal”
Ya Allah, hijabkan hati hambamu ini. Jika ada jodoh di antara aku dan dia, Kau temukanlah kami dalam keadaan yang lebih baik dari sekarang... Amin.



No comments:
Post a Comment