Thursday, August 28, 2008

Ya Allah, selamatkan diriku dan keluargaku...

Tak tahu kenape, hari ni aku sgt sedih.... memikirkan familiku...Abah, mama dan adik2.. apa patut ku buat?? Cukupkah dengan hanya berdiam diri? Cukupkah dengan hanya memberi contoh yang baik kepada adik2 ku?
.
Teringat kisah Rasulullah. Manusia yang memiliki sebaik-baik akhlak. Baginda disanjung, disayangi dan dihormati oleh orang-orang Quraisy kerana akhlak baginda yang mempesona. Disanjung sehingga baginda diberi kepercayaan untuk mengangkat batu hajarul aswad ketempatnya semula. Namun, apabila baginda menyampaikan dakwah untuk menyembah Tuhan yang esa, berapa ramai yang menyahut seruan dakwah tersebut? Cukupkah hanya berdakwah dengan akhlak yang baik? Seperti yang kita tahu, Rasulullah bukan sahaja menunjukkan akhkak yang mulia, malah berjuang bermati-matian menyampaikan dakwah.
.
Menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat adalah satu cara dakwah yang baik. Masyarakat akan tertarik dengan Islam. Namun, aku masih berpendapat bahawa tidak cukup dengan hanya memberi contoh yang baik tanpa berusaha bersungguh-sungguh merancang dan memikirkan cara lain untuk menanam rasa cinta manusia kepada agama.
.
Adik: Hudus la Kak Ngah pakai baju tidur gitu, tak malu ke?
(T-shirt brotherhood dikatakan baju tidur... huhu)
.
Adik: Nape dah lama tak maen badminton?
Kakak: Tak tahulah, kat rumah ni dah ada ustazah, nak kuar rumah kena pakai tudung.....
.
Mama: Kak Ngah tak de couple dgn sape2 ke? Tak pe, Kak Ngah kan dah habis sekolah. Patut dah mula cari. Tak salah kita kenal-kenal dulu sebelum kawen...
Aku: err... (speechless)
.
Abah: Kak Ngah buat ape tu?
Aku: Ajah buat kertas kerja untuk satu aktiviti kat sekolah lama Ajah dulu. Boleh jumpa adik2.
Abah: Ajah buat dgn sape?
Aku: Kawan2 Ajah kat KB.
Abah: Ajah jangan terlibat dengan mana-mana kumpulan usrah. Ingat, Ajah masih terikat dengan scholarship. Jangan buat perkara2 yang menyebabkan scholarship kena tarik...
Aku: err...(speechless lg dengan linangan air mata)
.
Kak Ngah = Aku
Dialog di translate dr bahasa klate ke bahasa malaysia.
.
"Wahai orang yang beriman, selamatkanlah diri kamu dan keluarga kamu dari seksa api neraka." Surah At-Tahrim : 6
.
Apa harus ku lakukan? Ya Allah, kuatkan hati hambamu...

No comments: