
ni lah buku yang aku beli.
Pulangnya aku dari Pantai Irama, aku singgah di Kedai Buku Banggol, kedai buku berdekatan rumahku. Dalam asyik memilih buku, aku ternampak buku yang bertajuk 10 Sahabat yang Dijamin Syurga. Em, dah lama gak la aku cari buku ni sebab aku pernah disoal ketika ISK (Ini Sejarah Kita) ?? dan jawapan aku apalagi hanyalah, “Saya tak tahu..”. huhu…sedih gak, pernah blaja tapi tak pernah nak hayati dan ingat…
Ni adalah summary yang boleh dikongsi bersama. Harap bermanfaat.
10 sahabat yang dijamin syurga ialah:
Abu Bakar As-Siddiq.
Ni adalah summary yang boleh dikongsi bersama. Harap bermanfaat.
10 sahabat yang dijamin syurga ialah:
Abu Bakar As-Siddiq.
Sahabat baik Nabi Muhammad yang juga khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad.
Umar bin Khattab
Umar bin Khattab
khalifah kedua. Teringat kata-kata Umar, “ Tidak ada nikmat terbesar selain daripada nikmat iman dan islam pada diri seseorang muslim melainkan sahabatnya yang soleh. Apabila kamu dapati kewujudan kasih-sayang padanya, maka genggamlah ia dengan seerat-eratnya.” Kata-kata ini dipetik dari gambar Muscom muslimin…hehe…
Uthman bin Affan.
Uthman bin Affan.
Kahlifah ketiga yang juga digelar Zu Nurain kerana mengahwini 2 puteri Rasulullah iaitu Ruqayah dan Ummi Kalsum. Harta beliau dikorbankan untuk Islam. Dikisahkan beliau membeli sebuah perigi dengan harga 20 000 keping wang emas dengan seorang Yahudi. Sejak hari itu, perigi itu menjadi milik orang Islam dan percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin mengambil air daripadanya.
Ali bin Abu Talib.
Ali bin Abu Talib.
Anak saudara Rasulullah, kanak-kanak pertama memeluk Islam, anak menantu Rasulullah (kerana berkahwin dengan puteri Rasulullah Fatimah ketika berusia 25 tahun) dan juga khalifah Islam keempat. Beliau adalah seorang yang sangat berani. Ingat lagi tak kisah popular yang mana Ali tidur di katil Rasulullah atas arahan baginda semasa penghijrahan Rasulullah ke Madinah?? Dalam perang Khandak,. Beliau juga telah menawarkan diri untuk bertarung satu lawan satu dengan Amru bin Wudd, ketua tentera musuh Islam. Dan pemenangnya ialah Ali!! J
Zubair bin Awwam.
Zubair bin Awwam.
Anak saudara kepada Siti Khadijah yang merupakan seorang pahlawan Islam yang gagah dan berani. Beliau terlibat dalam perang, antaranya ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Bani Quraizah, Perang Khaibar sehinggalah Perang Hunain.
Abu Ubaidah.
Abu Ubaidah.
Beliau tetap berpegang teguh dengan Islam walaupun keluarganya memutuskan tali persaudaraan dengannya. Semasa Perang Badar, beliau tidak dapat mengelak dan bertemu dengan bapanya yang belum memeluk Islam. Akhirnya, bapanya tewas di tangannya. Kemudian, turunlah ayat 22 surah al-Mujadilah
“ Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang perintah Allah dan Rasul-Nya sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah menetapkan iman dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya: dan Dia memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya…” (Surah Al-Mujadilah 58:22)
Apabila mendengar ayat itu, Abu Ubaidah mulai tenang kerana tindakan membunuh bapanya itu bukan perbuatan yang salah. Sewaktu Perang Uhud, beliaulah yang mencabut panah dari pipi Nabi Muhammad dengan giginya sehingga giginya tercabut. Beliau juga diberi kepercayaan penuh oleh Rasulullah untuk ke Yaman atas permintaan kaum Najran untuk mengajarkan ilmu agama di sana.
Abdul Rahman bin Auf.
Abdul Rahman bin Auf.
Terkenal sebagai seorang ahli perniagaan yang kaya dan dermawan serta sebagai seorang pahlawan yang berani. Beliau mendapat 21 bekas luka akibat tikaman semasa Perang Uhud yang menyebabkan salah satu kakinya cacat. Beberapa batang giginya patah sehingga menyukarkan beliau bercakap. Namun kecacatan diri tidak melemahkan semangatnya meneruskan perjuangan menyebarkan Islam.
Saad bin Abi Waqqas.
Saad bin Abi Waqqas.
Teringat kisah beliau dengan ibunya yang diceritakan oleh ustaz dari UPSI di Surau As-Saad. Ibu beliau memujuknya untuk meninggalkan agama Islam dan mengugut tidak akan makan dan minum sehinggalah beliau balik kepada agama nenek moyang. Ugutan itu tidak sedikitpun menggoyahkan keimanan beliau. “ Wahai ibu, demi Allah! Sekiranya ibu mempunyai 1000 nyawa kemudian ia keluar satu persatu, saya tetap dengan pendirian saya tidak meninggalkan agama suci ini.” Kata Saad mempertahankan imannya.
Talhah bin Ubaidillah.
Talhah bin Ubaidillah.
Sepupu Abu Bakar ini ialah seorang pemuda yang tampan dan dermawan. Allah melipatgandakan harta kesan daripada sifat pemurahnya. Namun, penambahan harta itu membuatkan Talhah bersedih. Lalu isteri beliau mambahagi-bahagikan harta sehingga tidak tinggal walau satu keping duit pun. Beliau juga mempertaruhkan nyawa mempertahankan Rasulullah ketika musuh-musuh Islam menyerang hendap dari belakang semasa Perang Uhud dan mendapat 77 kesan luka, jarinya lumpuh dan badannya bercalar akibat tusukan tombak dan pukulan dari musuh.
Said bin Zaid.
Said bin Zaid.
Beliau ialah sepupu Umar Al-Khattab dan juga adik ipar Umar kerana berkahwin dengan Fatimah Al-Khattab iaitu adik Umar. Ketika beliau dan Fatimah mempelajari Al-Quran dengan Khabbab, Umar masuk dan menampar Fatimah. Akhirnya hati Umar tertarik dengan Islam apabila membaca surah Taha
“ Taha. Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar engkau menjadi susah. Melainkan sebagai peringatan kepada orang yang takut (kepada Allah). Diturunkan dari (Allah) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. …” (Surah Taha 20: 1-4).
Nak cerita pasal Said tapi termasuk bab cerita Umar plak…huhu… sambung balik cite Said, beliau banyak merekodkan hadis. Beliau menolak tawaran menjadi Gabenor di Damsyik kerana lebih senang berjuang di medan perang dan gugur sebagai wira yang mati syahid.
em, skrg aku dah tau sape 10 sahabat yang dijamin syurga....huhu... :)



No comments:
Post a Comment