Tuesday, August 25, 2009

Ikhlas itu bebas (part 2)

Setelah agak lama, baru sempat menyambung post bertajuk 'Ikhlas itu bebas'
.
"Orang yang ikhlas itu bebas"
.
"Bagaimana tu?"
.
"Orang yang ikhlas, hanya menjadi hamba Allah. Itulah merdeka sebenarnya."
.
"Secara mudahnya, apa sahaja yang Allah tetapkan wajib maka kita lakukan walaupun mungkin kawan kita yang ini suka, kawan yang lain tidak suka. Yang harap kita tinggalkan walaupun ada yang tidak suka. dikatakan kolot dsb."
.
.
"Kalau semua mereka tidak suka, macam mana?"
.
"InsyaAllah, ada manusia yang akan suka apabila kita disukai Allah."
.
"Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah"
.
"Tapi tak semua kan?"
.
"Jika awak diberi pilihan untuk disukai oleh dua orang manusia, pertama manusia yang disukai Allah, kedua manusia yang dibenci Allah, yang mana awak pilih?"
.
...............................
(terdiam.. berfikir.. cuba menerima kenyataan bahawa benarlah orang yang buat hanya kerana Allah akan turut disukai.. malah oleh orang yang lebih baik. Kerana orang itu juga disukai Allah)
.
"Apa gunanya disukai oleh orang yang dibenci Allah? Sukanya tidak memberi manfaat. Bencinya tidak memberi mudarat."
.
Jadi, Ikhlas itu bebas!!
.
Memberilah dengan ikhlas. Kerana ia membawakan kebahagian yang tak diduga.
It lights the whole sky!!
.
Ps:
1. kedua-dua gamba dari blog Alia. A blog full with beutiful pics.. my
2. post ini dari petikan yang diubah suai sedikit dari artikel dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki.
.
.

5 comments:

........ said...

ikhlas .. sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk rupa mu .. tetapi hatimu .. weh , asal gambar najib n pekerja dy je ?.. mane yg ag satu ?..

Pacat said...

ntah.. ko tny la dua org dlm gamba tu..

eh, siyes aku xingt nama org sebelah najib tu.. dia timb Pres skrg kan?

Jpah said...

nama die pakcik muhyiddin yasin
timb perdana menteri kiter...
xkanla x ingat kepimpinan negara? Haha

Anonymous said...

keikhlasan hy Allah y lebih layak menilainya .takde siapa pon tahu kt ikhlas ke x.. even dr kt sendr pon x dapat nilaikannya...

mmm...susah nak kata.
tp kesimpulannya,kalau dr sudut berbuat kebajikan,
kt kena berusaha utk melakukannya terlebih dahulu dan bukannya menunggu sehingga keikhlasan tu datang.
alamatnya sampai bilalah~ kita nak buat baik....aduhai~
Betul x?

Pacat said...

Ajah to Jpah: eh, sedap je gelak.. ces2.. thaqafah aku bab2 politik ni mmg sadis.. uhuk2.. redha~

Ajah to anonymous: stuju :)
Mujahadah.. itu keja kita sbg manusia.. Soal hasil, serahkan pd-Nya.