Sunday, July 26, 2009

Ciri-ciri pemimpin

Nurul dan Kak Farah dengan bunga-bungaan~
.
Quwwah dan Amanah..
Pertama kali aku dengar berkenaan ciri-ciri ni mase satu aktiviti di London..
.
"Wahai ayahku, jadikanlah dia sebgaai pekerja (pada kita), sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja ialah orang yang Qawiyy lagi Ameen"
Surah Al-Qasas 18: 26.
.
Ohoo.. kapal.. macam di Portsmouth~
.
Qawiyy = Kekuatan, keupayaan, kemahiran.
Ameen = Amanah dan bertanggungjawab.
2 ciri yang harus ada pada seorang pemimpin..
.
Kekuatan.. apa maksudnya ek? Dr Google??
.
dari blog ni, definisi kekuatan ialah:
"Kegiatan, yang apabila dilakukan, akan membuatkan kita merasa semakin kuat."
.
lagi pening plak..
.
Bila dengar perkataan kuat, aku terfikirkan maknanya ialah ketabahan dan tetap pada sesuatu. Kuat rohani ialah orang yang tetap pada pendiriannya, iaitu orang yang tak lut apabila digoda syaitan. Tetap pada kepercayaannya kepada Dia.
.
Castle yang teramat cantik.. waa.. nak g tempat ni jugak!!
.
Anda ada definisi kekuatan?? kongsi2..
.
Bertanya diri sendiri, apakah aku ada ciri-ciri ini untuk memegang sebuah amanah?
Kekuatan?? Amanah?? Hurm..
Aku merasakan aku tidak cukup tabah.. walaupun makna namaku ialah 'kekuatan'.
.
Terasa tidak berkeyakinan untuk menyempurnakan amanah ini. Mampukah untuk teruskan?

.
Douka kamisama, boku ni yuuki wo kudasai..
.
Castle tadi..
.
Bercakap tentang makna nama, mase Nuqaba' Camp, jumpa Kak Hamizah dari UPSI.
"Awak tahu apa makna nama kita?" soal Kak Hamizah padaku.
"Kekuatan?" jawabku..
.
"Dalam kitab-kitab lama, perkataan Hamizah ni, maknanya ceria. Awak rase betul tak makna tu?"
"huhu.. macam ada sikit2.." jawabku.
.
Mengumpul kekuatan untuk sentiasa ceria.. go Hamizah!!
.
Ps:
1. Lokasi gambar2 di atas di ambil: Inverary (kata Nurul, tempat ni kat area tepi pantai, lagi atas dari Glasgow). Nurul, nanti bawak aku ke sini :) n hepi to see ur smiling face :)
2. Terima kasih kepada seorang sahabat yang terus-menerus memberi ku semangat. Maaf yang amat sebab telah menimbulkan masalah dan merisaukan dia.

1 comment:

baby doctor said...

hamizah maksudnya kekuatan? baru ku tahu.. =) mengumpul kekuatan utk terus ceria? insyaAllah.. go ajah!

definisi kekuatan..kalau tak silap ada hadith nabi pasal ni kan. "laisal quwa man qawi fissara'ah. wala kinna al-quwa man yamliku nafsahu 'indal ghadabi"
maksudnya bukanlah dikatakan org yg kuat itu dari kegagahan perkasanya, tetapi adalah mereka yang mampu mengawal diri ketika marah. wallahua'lam.. kalau salah tolong betulkan!

kuat dan amanah. mereka yang macam ni..masih senang kah boleh dicari di luar sana?