Thursday, July 23, 2009

update jaulah selama seminggu (part 2)

Surau As-Saad. Tidak banyak berubah. Cuma wajah2 yang selalu ku lihat dulu sudah tiada.. muka-muka baru menghiasi surau ini sekarang.
.
Perjalanan ke kolej dari Melaka mengambil masa selama 3 jam. Kami bertolak pada jam 4.30pm dan tiba jam 7.15pm. Setibanya di sana, kami berehat sebentar di luar surau sementara menunggu Maghrib.
.
Fatin yang melelapkan mata untuk 15 minit~
.
Disebabkan kami telah pun berjaulah selama 3 hari sebelum ke kolej, muka kami setibanya di kolej sedikit monyok.. masing-masing menggunakan masa 15 minit sebelum maghrib dengan sebaiknya.. iaitu TIDO.. atau bahasa yang lebih manis, rehat pejuang..
.
dan aku? berjalan-jalan ke sekeliling kolej. mencari kelibat kucing yang semakin sedikit.
ada ura-ura mengatakan mereka di racun. SIAPA BERANI RACUN KUCING2 TU??
Dan selepas di soal siasat dengan lebih teliti, barulah ku tahu yang mereka ditangkap dan di buang. Fuh, lega..
Umu, Herda, Kak Deena, Azira, Kak Pinah, Amirah, Raihanah?? (hehe)
.
Selepas maghrib, kami berkumpul bersama super junior batch 12 untuk sesi perkongsian. Banyak pengalaman dikongsi.. Dan seperti yang ku jangka, soalan yang paling kerap ditanya kepadaku ialah, "Susah tak Further Maths??"
.
Further Maths masih menjadi ketakutan semua.. Dan cikgu-cikgu masih seperti dulu. menakut-nakutkan adik2 ni dengan subjek itu. Bagi aku, berilah mereka peluang mencuba sendiri. Lain pelajar, lain kemampuan. Menakut-nakutkan mereka, hanya akan meruntuhkan keyakinan mereka terhadap diri sendiri untuk mencuba yang terbaik..
.
dari kiri: Ikin, Umu, Herda, Saidah, Kak Deena, Azira, Z (Izzati), Aini, Kak Pinah, Azna, Atiqah Hamid, Amirah, Hasanah, Zaidatul Husna, Wawa, Eicha, Bilqis, Aqidah.
.
dan banyak gak soalan-soalan lain diterima.
"Akak, nape kat kolej ni saya rase batch kami je yang ada?" Mereka pelik kerana setiap kali mereka keluar dari Great Hall, hanya ada batch mereka yang berkeliaran.
Jawabku, "Ntah la dik."
.
Recall nama junior dalam kumpulanku.
Anati, Ilya, Irina, Shahirah, Atiqah, Asyikin, Alia. (harapnya betul.. huhu)
.
Dan selepas itu, semua muslimat bermalam di luar kolej. Tinggal lah aku seorang diri di kolej.
(tak sedih sebab aku memang nak duduk di kolej)
.
Jemaah muslimin~ (aku tidak skodeng ye. hanya amik gambar sekejap sahaja)
.
Jam 5.50am, azan kedengaran (suara muazzin tu macam pernah ku kenal dan ku dengar dulu). Aku melangkah ke Surau As-Saad (dengan muka ngantuk sebab tido kul 2am). Ku lihat surau penuh dengan manusia. Alhamdulillah. Semoga semua istiqamah mengimarahkan tempat ini.
.
Selepas solat Subuh, 2 orang junior batch 12 tampil untuk memberi tazkirah ringkas. Antara yang ku ingat ialah saranan untuk mengimarahkan Surau As-Saad setiap kali waktu solat.
.
Bunga purple di hujung padang~
.
Selepas solat, sempat berborak dengan Mariam, Farha dan Laili. Soalan wajib yang harus ada, tentunya berkenaan Further Maths. Agak ramai pelajar Actuarial Science yang bertanyakan subjek ni. "perlu ke Further Maths??"
Bagi aku, tak perlu. Sebab Universiti sehebat City pun tak mintak Further Maths. Namun kurang pasti skop pembelajaran di universiti. Adakah Further Maths membantu?? (Pelajar Actuarial Science, sila komen)
.
Seterusnya jam 7am, aku berjalan merentasi padang dan duduk sebentar. Terkenang zaman aku dan kawan-kawan bermain di sini dahulu.
.
Korang ingat lagi tak kita berkelah kat padang pada waktu petang sambil berkongsi ilmu? huhu..
.
Eicha, Azira, Atiqah Hamid, Fatin~
.
Jam 11am, sahabatku datang sekali lagi ke kolej untuk bertemu guru-guru yang banyak menabur bakti kepada kami.
.
Dan aku?? Nak jumpa Dr Foord. Tapi dia dan isteri ke Tanjung Malim. Sebenarnay, kami terserempak dengan Dr Foord di Tanjung Malim pagi itu semasa kami keluar membeli sarapan. Tapi hanya lihat dia dari kejauhan.. :(
.
Fatin, Kak Pinah, Saidah, Zai~ (perhatikan gambar Fatin ada di mana-mana.. ces)
.
Tengah hari itu, kami makan tengah hari di Dining Hall. Thanks to Jpah. Ntah camne dia bodek.
Jam 1pm, semua sahabatku berangkat ke Kuala Lumpur. Meninggalkan aku seorang diri di kolej.
.
Im, Zetort, n Atiqah.. Yang lain, maaf.. tak sempat bertaaruf.
.
Petangnya, aku menghabiskan kebanyakan masa di IT Lab. Dah agak lama tak bukak email. Penat gak nak baca semua. Beberapa berita yang agak mengejutkan. Dan aku, harus terus bertabah.
.
Keluardari IT Lab, kelihatan ramai pelajar sedang bermain lilin. Baru ku ingat, malam ni ialah Samurai!! Oh.. dah lama tak merasa Samurai.
.
Masih ku ingat, pesaing aku untuk Samurai dulu ialah Serena, my chaletmate. Kami 2 orang terakhir untuk merebut tahkta Samurai. Disebabkan kekiasuan aku tak sehebat kekiasuan dia, aku mengalah juga. (lenguh kaki den, tak larat nak kiasu dah)
.
Lilin~
.
Samurai pada tahun ini ialah Darimi (betul ke eja ni). Vice Pres SC. Dan costume yang dipakai, sedikit lain dari costume Oz dulu.
.
Tiada gambar untuk malam samurai kerana sume gambar dalam kamera adikku..
.
dua orang remaja sedang bermain pedang.
.
Pagi 18 July, aku berangkat ke Kuala Lumpur. Bertemu semula dengan sahabat2 ku yang bercadang menghabiskan lebih kurang 3 hari berjaulah bersama di sini.
.
Tiada apa yang menarik sepanjang jaulah kami di Kuala Lumpur.
Bersama warga Filipina dan Kemboja.
.
Namun, ada satu perkara yang paling aku suka iaitu Ekspedisi Dakwah. Sambil berjalan-jalan, kami berpecah untuk duduk dan bersembang dengan orang yang berada di tempat yang kami lawati. Tujuannya, untuk menyampaikan sedikit berkenaan Islam (walaupun aku macam banyak berborak je) dan memperbetulkan persepsi mereka tentang beberapa perkara dalam Islam.
.
Di taman depan KLCC, aku bertemu dengan empat orang kakak yang sangat peramah. Lama kami berborak. Tentang Malaysia, pendapat mereka tentang Islam di sini, Isu di Palestine, boikot dan sebagainya.
.
Agak menarik mendengar pendapat kaum dan agama lain berkenaan isu-isu ini. (dua dari mereka Christian, manakala 2 lagi Budha)
.
Seterusnya, aku join Atiqah yang sedang berborak dengan adik yang berumur 17 tahun. Banyak yang dikongsi bersama.
.
Kesimpulan dari pengalaman ini:
1. Banyak blaja teknik terbaik mendekati masayarakat. Kena pandai bertutur kata dan mengambil hati.
.
2. Ntah nape, aku rase macam hanya berborak dan tak sampaikan Islam pn. huhu.. maksudnya, aku banyak bertanya pendapat mereka dan bertanya sikit2 agar dorang terfikir betul ke pendapat sebegitu.
.
3. Tapi kata Atiqah, sekurang-kurangnya, kita dapat memperbetulkan persepsi masyarakat yang alergi terhadap orang yang bertudung litup (persepsi seperti, mereka hanya berada di kalangan mereka2 je, tak bercampur. Kalau berjalan, tak pernah senyum, nampak merana di sebalik tudung dll). Hurm.. betul jugak ye.. maksud menyampaikan Islam sangat luas. Beri contoh yang baik dah dikira menyampaikan Islam..
.
4. persoalan yang aku timbulkan dalam diri, nape sebelum ni aku habiskan je masa berjaulah tanpa mendekati masayarakat? Ruginya.. Padahal boleh je berborak dan sampaikan Islam, ie ketika berada dalam bas, menunggu bas, dalam komuter, taxi dsb.. kan2??
.
Jadi, jom manfaatkan setiap masa yang ada untuk sampaikan Islam. N jangan lupa yang skop menyampaikan Islam tu cukup luas. Bukan usrah semata.
"Eii, tak cukup tarbiyah.. Usrah pun tak pergi"
"Ces, tak g usrah maknanya tak dapat tarbiyah ke?"
.
SyasHot dan Wani~
.
20 July, jam 6pm.. aku bertolak ke Hentian Putra. Tak sabar untuk pulang ke pangkuan keluarga yang dirindui..
Sempat berjumpa dengan Syafiqah dan Wani yang turut berada di KL ketika ini.
.
Pss: sedikit pelik sebab post jaulah ni dimulakan dengan part 2.. redha~

1 comment:

zaffankhalid said...

salam alaik ajah

suatu perkembangan yang baik

you did it..and always can do it..insyaAllah

=)

tersenyumlah dan bergembiralah dengan kebaikan yang awak berikan kepada orang lain

tahniah akak ucapkan..buat ajah dan rakan-rakan...moga terus hebat memberi =)

u go girl!