Wednesday, July 29, 2009

suka memberi atau menerima?

Post yang semalam hanya sempat di tulis tajuknya.. Sudah ada pengomennya.. huhu.. Komen tak semestinya hadir bila post siap di type kan? :)
.
Sape ingat gaya Yankumi camni?
.
Persoalan suka memberi atau menerima? Rata-rata kita sudah setuju yang memberi lebih gembira dari menerima. Bila sahabat senyum, kita gembira.
.
Kata Aid Al-Qarni dalam buku La Tahzan:
"Orang yang pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikan ialah orang yang melakukannya. Jadi, bila anda berdukacita, carilah orang lain dan gembirakanlah mereka. Nanti, hati anda akan turut gembira."
.
Mendengar kata-kata ini, ku teringat satu ayat Al-Quran yang pernah diberitahu Kak Nik Nur sewaktu usrah di kolej dulu. Tanda yang ku buat pada ayat ini dalam Al-Quran ku masih kekal. Ayat yang sangat bermakna bagiku. Nasihat dari Dia yang ku harap akan terus ku ingat.
"Mereka itu bersegera dalam kebaikan, dan merekalah orang-orang yang lebih dahulu memperolehnya"
Surah Al-Mu'minun 23: 61
.
Ustaz Hasrizal juga pernah menyebut,
"Kejayaan sebenar adalah pada membawa orang lain untuk berjaya sama, pencapaian peribadi ini tidaklah begitu menceriakan diri."
.
Macam tak jadi sangat kami berlakon.. huhu
.
Post ini adalah sebuah penghargaan kepada seorang sahabat yang tak jemu memberi.
.
Ke Tesco jam 1am kerana aku ingin memasak seawal jam 6am keesokannya.
Sentiasa membantu ku ketika sesat di UK dulu.
Membantu aku mencari maklumat tentang sistem polis di UK ketika sesuatu berlaku terhadapku di Waterloo Station.
Membelikanku makanan (Nasi goreng kicap?? dan Samosa yang sedap) ketika aku transit untuk ke Warwick dari Cardiff.
Meminjamkan aku charger hp, apabila aku selalu lupa membawanya.
Menghantar kunci ke Universiti ku apabila aku lupa lagi untuk menghantar kunci tersebut di reception.
Membelikan ku keychain untuk SOP nanti.
Terus memberiku semangat walaupun aku tahu dia juga mempunyai masalah ketika itu. (Maaf kerana menimbulkan isu tersebut pada masa yang kurang sesuai.)
Penasihat yang baik untuk berorganisasi. Banyak menasihati aku untuk pengurusan program.
Ajar aku photoshop walaupun sedang sakit.
Akan tolong aku poskan surat-surat untuk orang yang sangat2 aku sayangi.
Dan banyak lagi.
Hanya itu yang mampu aku senaraikan dengan ingatanku yang ingat-ingat lupa ini.
.
Akhirnya, aku segan sendiri untuk meminta bantuan darinya. Dan aku yakin dia tidak akan jemu memberi kepada semua sahabatnya kerana dia suka memberi!!
.
Jam menunjukkan jam 1.21am. Berjanji dengan seorang sahabat untuk satu perbincangan. Namun, gagal menghadirkan diri lebih awal.
Dia yang dalam sedang sakit.. Semoga cepat sembuh.
.
Ps:
1. gambar sekadar hiasan. Merindui saat2 gembira bersama semua ahli keluarga.
2. Esok ada pertandingan membuat muffin peringkat keluarga. Seharian keluar memberi barang. (dan menghabiskan duit Abah dengan dasyatnya.. Tq Abah). Tengokla jadi ke tak muffin aku esok..
3. kawan2, maaf krn sedikit slow menyiapkan kerja, kerana aku sedang fokus menaip surat untuk seorang ahli keluargaku.

7 comments:

niesa.imana said...

salam wbt..

huhu.. boleyh jawab gini x: dua2 suka, cumanya kne terer ikut waqi'.. +)

syashot said...

Salam.

sweet lah Ajah. x takut speku ke? ;P

p.s.no worries, sy faham maksud post ni, ni lah yang dikatakan ukhwah fillah. moga ikatan ini terus Allah pelihara dan mendapat redha-Nya.

p.p.s smoga kesungguhan sahabat tu dalam memberi jadi teladan buat semua

*tutup dengan doa rabithah*

(^_^)

Anonymous said...

tesco ke sainsbury's?

-anonymous juger-

Pacat said...

Sainsbury.. sebab terdekat dgn Evelyn.. kalo tesco, ada tesco express je.. n xbukak 24 jam kan??

anda betul cik/puan/en/datin/datuk.. (ntah sape kan?? huhu)

niesa.imana said...

teringin nak speku.. (sebab senang nak agak)..
*wink, *wink..

(berdoa sesuatu....)
ameen..

+)

Pacat said...

adei.. jangan speku2

syashot said...

Salam,

Kak Dayang, apa gik. klak balit UK kita nyakat Ajah. ;P

p.s. maaf Ajah, berklong-kleng di blog mu.. :D

(^_^)