Jaulah selama seminggu minggu lepas bermula malam pada 9 Julai. Aku bertolak dari Tanah Merah ke Kuala Lumpur..
.
Di Hentian Putra, aku bertemu dengan Fatin Nabihah. Setelah sarapan dan melepak + melagha sikit2, kami bertolak ke Tanjung Malim.
Dan dalam komuter, kami dipertemukan dengan Syara dan Afiqah. Destinasi kami: Kem Desa Selesa!!
Di Tanjung Malim, kami disambut riang oleh Nova dan Herda. Kedua-dua mereka baru tiba dari Seremban. Turut ada ditempat kejadian, Jpah dan Izuan.
.
Dikhabarkan 5 peserta muslimat dan 2 peserta muslimin tidak dapat hadir. Sayu hatiku. Mungkin mereka ada urusan penting di rumah. Harapnya semua urusan dipermudahkan..
.
Slot pada malam itu ialah Ceramah berkenaan usrah oleh Ustaz Anhar. Disebabkan kebanyakan peserta baru pulang dari BTN, kebanyakan mereka tertidur ketika ceramah.
Aku dan Fatin juga tidak terkecuali. Kami keluar sebentar untuk menghirup udara segar. Kemudian, membuat keputusan untuk mendengar ceramah dari luar dewan.. huhu.. Tak pela kan, asal dengar :)
.
.
Setibanya di sana, aku bergegas menaiki lif dan ketingkat 5. Kelihatan Nurul tersengih di satu ruangan menunggu.. (hepi ye dapat balik UK?? huhu)
.
.
"Doakan saya cepat mendirikan rumah tangga ek" pesan seorang gadis berbaju pink.. ngeh3.. teka2 sape.. (haha.. ini kisah benar, bukan rekaan)
.
.
Flight Nurul akan berlepas jam 2.40pm. Aku tiba di KLIA lebih kurang jam 12.30pm. Sejam yang ada digunakan sebaiknya. Banyak cerita dikongsi dengan Nurul. Dari hal keluarga sehingga hal rumah tangga.. (hehe, speku lagi nih)
.
.
.
Jam 1.40pm, Nurul meminta izin untuk check in. Kami berpisah di sini. InsyaAllah, di UK nanti, kita jumpa lagi (dengan kerapnya?? huhu). Rajin2 la turun ke London ye Nurul..
.
Semoga terus fighting di UK nanti.
"Tutup mata dan berjalan terus" ayat yang selalu disebut Nurul. Ayat ini juga diberi kepada ku beberapa hari lepas.
Baik Nurul, jom kita terus bertabah!!
.
.
Semoga terus fighting di UK nanti.
"Tutup mata dan berjalan terus" ayat yang selalu disebut Nurul. Ayat ini juga diberi kepada ku beberapa hari lepas.
Baik Nurul, jom kita terus bertabah!!
.
.
Setibanya di sana, aku berjumpa dengan Kak Hamizah dan Kak Nabilah. Pertama kali jumpa. Segan plak kerana mereka ini sangat baik. (rase nak menyorok je bila duduk dengan dorang ni)
Kak Madihah dan Kak Kimah kesayangan juga dah sampai. Kak Madihah seperti biasa, menyampaikan amanatnya dengan sungguh bersemangat. huhu
"Apa tajuk perbincangan ye? Saya main cakap je tadi. Orang masuk grup, saya pun masukla"
Huhu, tergelak aku dengan telatah Kak Madihah yang sentiasa ceria. Kak Kimah hanya menggeleng dengan gelagat sahabatnya.
.
Dan adik-adik lain, sedang khusyuk dalam perbincangan selepas LDK petang itu.
.
Aktiviti pada waktu malam diteruskan seperi biasa. Tergambar wajah kepenatan mereka. Namun, masih tetap emmberi komitmen yang sangat baik untuk setiap LDK. Tahniah adik2! Sungguh kagum!
Sebelum pulang, kami sempat bergambar dan berborak-borak tentang kehidupan di kolej. Aku dan Fatin mengikut mereka pulang ke kolej kerana akan berangkat ke Melaka keesokan harinya.
1. Beberapa kekurangan dari sudut teknikal terutamanya ketepatan masa.
2. Kerjasama dengan muslimin yang masih boleh diperbaiki.
3. Kerjasama yang cukup baik dari peserta. Tq yang amat.
.
Aku bertolak ke Puduraya terlebih dahulu dan dari sana, kami berangkat ke Melaka Central bersama Kak Safinah. Kiut miut akak ni.. hehe.
.
Tiba di Melaka Central lebih kurang jam 1pm. Kehadiran Atiqah Hamid dan Eicha yang baru tiba dari Johor melengkapkan lagi team jaulah kali ini.
.
Sebelum bersiar-siar, kami makan bersama di sebuah kedai. (lupe dah nama kedai ni).
Dan semua kami meminta Moi.. mungkin kerana namanya yang pelik.. boleh tahan sedapnya..
.
Setelah itu, kami bersiar-siar di bandar Melaka dengan gembiranya.Tidak diceritakan di sini kerana terlalu banyak untuk diceritakan. Tak larat nak type.
.
Menarik sebab dah lama tak naik bas gini. Dan nama bas ni gak menarik.
.



No comments:
Post a Comment