Wednesday, April 22, 2009

Selamat berjaya!!

murid-murid ku yang sentiasa ceria (kadang2 terlebih ceria.. penat melayan.. hihi)
.
petang tadi, tetiba rasa nak usha Friendster.. dan dalam inbox, ada 1 mesej dari Adni, pelajar yang slalu menghubungi ku..
.
salam..lama tol x dengar kabar..hrp cikgu sihat always..result ari 2 ramai yg dpt math A..sya dn 2 org lg dpt temuduga upsi & kitaorg dh wat yg terbaik..hope2 pasi dpt r kitaorg..cikgu fauziah(hehe),dia la bg kitaorg byk petua camner nk temuduga.
.
gembira rasa hati.. walaupun yang dpaat tawaran temu duga atau A dalam peperiksaan bukan aku, namun, melihatkan kejayaan mereka, sudah buat aku amat-amat gembira..
.
pelajar perempuan yang baik~ huhu
.
teringat masa mula-mula mengajar dulu.
Aku mendapat banyak 'nasihat' dari beberapa guru 'prihatin'
"Kak Ngah, tak payah ajar sangat dorang tu.. dorang tu memang jenis yang susah nak faham.. ajar sikit2 skadar dorang lulus pun dah cukup baik dah.. kalau dorang degil atau melawan, rotan je. Jangan takut."
.
"Kak Ngah jangan baik sangat. Jangan bagi muka sangat kalau dorang wat kesalahan.. Kang dorang pijak kepala.. dorang tu memang nakal"
.
huhu.. banyak lagi nasihat2 yang sewaktu dengan 2 nasihat paling kerap diterima di atas.. ntahla.. apa yang dorang risau sangat.. aku ni blaja kick boxing ape.. stakat budak2 ni nakal sikit, biasa la tu.. aku pun lagi nakal dari dorang dulu..
.
Tapi apa yg aku dapati, mereka ni sangat baik dan semangat blaja.. tak payah rotan pun.. marah pun tak payah.. (hanya kena layan lawak dorang je.. tapi memang lawak la.. kalo nak buat tak nak layan pun, akan terlayan jugak.. haha).
.
time blaja, dorang ni betul2 blaja.. hhuhu.. bagus2..
.
jadi, bagi bakal2 guru, balik n ubah persepsi terhadap pelajar especially pandangan guru terhadap pelajar yang dikatakan tak punya harapan lagi (pelajar kelas terhujung dalam sekolah biasa macam murid-murid kesayangan ku ini.. sian dorang).
.
terapkan husnuzon dalam diri guru-guru lain juga... dan tanamkan dalam diri setiap kita (guru-guru), jangan melihatkan hasil kejayaan hanya dr segi akademik sahaja.. masih banyak faktor-faktor lain yang menjadikan seseorang tu dikatakan berjaya.. tak pandai dalam pelajaran, namun pandai dalam bidang lain mungkin..
.
pss:
1. aku dipanggil Kak Ngah di rumah, di kampung mahupun di sekolah.. huhu..
2. n aku masih menggunakan friendster (Walaupun bukak skali setahun je.. hihi) dan tidak mempunyai face book (yg semua org duk agung2 kan sekarang) ntah la nape.. xfaham betul..

Tuesday, April 21, 2009

Kerinduan~

terbaca blog Fatin Nabihah
(copy paste sebahagian dr isi blog tersebut)


tempat aku menemuimu rakan-rakanku
masih igtkah korang..
waktu sama-sama kita plan program sama-sama
studi sama-sama
kemas As-Saad sama-sama
pergi rumah kak nik sama-sama
dan yang paling aku ingat
saat-saat kita tarik sign "sila pasang kipas"...sampai tergolek-golek orang gelak
sekarang masing-masing membawa haluan masing-masing
tapi aku yakin,kita punya tujuan masih sama
dan alhamdulillah kita sentiasa di jalan yang sama
semuanya bermula di As-Saad

apa yang lebih penting moga ukhwah kita berpanjangan
ukhwah dengan adik-adik sentiasa terjaga..
sahabat..andai kita x dapat melalui detik waktu itu bersama lagi
aku harap kita semua ingat setiap detik yang berharga tu..
masih istiqamahkah kita dengan apa yang kita dah buat dulu??
masih subuh di awal waktu kah?
masih qiyam di malam hari kah?
masih Al-mathurat setiap pagi kah?
masih dhuha setiap hari kah?
moga dengan setiap amalan yang kita lakukan dulu sentiasa kekal dlm ingatan kita dan masih kita istiqamah dalam mencari redhaNya..amin

khas buat sahabat2ku..
ajah,nurul,ida,sal,akma,dayang..
'chaletmatesku'..baie,tiqah,hanisah,teah
kawan kecilku..jan
moga persahabatan kita kekal selama-lamanya..amin
bertemu tak jemu,berpisah tak gelisah:)


trima kasih Fatin... muhasabah yang baik.. adakah amalku lebih baik dari dulu? makin teruk? atau mendatar tanpa sebarang peningkatan?? emm..
.

smalam, tengok balik video2 kolej.. besnya tika kita di kolej dulu.. main sama2, makan sama2, kiasu sama2..
muzik awal video kyuem amistad tu mcm sedih smacam je.. adei..
mahu buat video juga, tapi tak reti plak.. (sedih)
.
unta kesayangan.. bantal tidur kesukaan muslimat ketika melelapkan mata sebentar di Surau As-Saad.. bantal ni ada lg ek?? Nak g balik tengok la.. hihi
.
MATLAB Assignment. 4 Questions to go.. hoho.. Ajah, fighting!!
(kepala pening~ amik masa 5 jam tanpa henti untuk siapkan soalan pertama dan termudah.. redha~)

Monday, April 20, 2009

Pulang ke Malaysia dan exam

Alhamdulillah...

berjaya menukar tarikh tiket..

aku bakal pulang lebih awal..

London to Kuala Lumpur : 25 May 2009.

tak sabar nak ke kolej..

adik2, sila bagi kucing akak makan.. lg sebulan sebelum akak pulang wat spot cek.. kak ajah dengar, dah tak boleh bagi makan kucing.. lepas korang exam, kita sama-sama bawak kucing ni kuar dari kolej nak?? kesian duk dalam kolej tapi tak diberi makan..

juga gud luck buat adik2 yang bakal menduduki exam A-Level dan AS Level. masih sempat walau hanya tinggal kurang sebulan lagi..

Exam oh exam.
seringkali bila ditanya, kenapa adik2 di kolej down, tak bersemangat, jawapan yang diterima ialah,
"Tak dapat la kak ajah. Exam pun dah nak dekat. Result trial saya pun teruk. lagi2 kena reseat banyak paper."

em, benarkah tak sempat?? apa yang kak ajah nampak, adik2 macam banyak buang masa merisaukan perkara yang tak pasti berlaku lagi. Masa berfikir dan runsingkan exam lebih baik di isi dengan studi yang betul-betul fokus.

Pengalaman seminggu sebelum exam
Economics. Subjek yang diambil agak lewat. Mula join kelas Mr Jamal bulan Januari, iaitu lewat 6 bulan dari rakan-rakan yang lain. Separuh tajuk AS Level Economics terpaksa di cover sendiri (baca dan fahamai sendiri). Jadi, agak kurang kukuh dari segi basic Economics..

Seminggu menjelang exam AS Level Economics, dek kerana kebizian dengan persediaan Mathematics A Level, aku baru sempat meluangkan masa menjawab past year Paper 1 Economics (MCQ). Dan untuk 30 soalan yang dijawab, aku hanya mampu mendapat 11 jawapan yang betul!! Sungguh kronik. Exam tinggal seminggu je lagi. Aku masih belum dapat fahami teknik menjawab soalan MCQ ni..

Tak dinafikan, masa ni, aku amat kecewa.. (menangis dalam RC lagi tu.. hihi). Tapi, lepas sejam, aku amik kertas-lertas tu, jumpa Mr Jamal dan tanya camne sebenarnya dak jawab soalan-soalan tadi (sape2 yg amik econs akan faham. MCQ econs ni bukan nak jawapan yang betul je.. sbb semua jawapan A B C D tu betul cuma nak amik mana yang paling tepat.)

Dan Alhamdulillah, result aku amat memberansangkan. A untuk semua component econs..

Terkadang kedengaran komen dari adik-adik, "ala kak ajah tak pe la.. "
jawapanku, "teruskan memberi alasan dalam masa yang semakin suntuk ni.. yang rugi nanti korang jugak.."

Jadi adik-adik, berhentilah dari memberi alasan.. walau hanya ada sehari untuk exam, masih tak terlambat untuk revise dan lakukan yang terbaik.

Doa kami di sini sentiasa mengiringi adik2. Gud Luck semua!!

Pesanan untuk adikku, Sah:
Tahniah Sah. Wat molek exam Maths A Level ni n jangan kiasu sangat =P haha

Tuesday, March 31, 2009

Malam di Cardiff~

Setelah solat jenazah (solat ghaib) dan bacaan Yaa Sin, kami berbaring di atas sleeping bag sambil berkongsi cerita.
.
beberapa dialog yang masih aku ingati:
.
Gadis A: Tahu tak pasal Dr. Izuan solo kumpulan Saujana masuk audition One In A Million?
Gadis B: a'aa.. tahu2.. penah tengok kat youtube.. cuba bukak..
Gadis C: sedih bila tengok..
Gadis A: Em, camtu la hati manusia. berbolak-balik. kita tak tahu bila hati kita akan berubah, dan kita tak tahu adakah kita akan kekal macam ni. Dan dalam keadaan manakah kita akan dipanggil 'pulang' nanti. Cuba tengok Amy Search sekarang. Alhamdulillah.. dia ada nasyid dengan Rabbani.. (dan sedikit sebanyak kisah Amy Search sekarang diceritakan..)
Gadis C: Tu la pentingnya doa dan sahabat yang sentiasa menasihati. Juga jangan perkecilkan orang yang masih berbuat maksiat. Sebab boleh jadi kita akan berada di tempat tu suatu hari nanti.. nauzubilah..
Ajah: err, ye ek Amy gitu sekarang?? (kantoi tak tahu pape pasal Malaysia.. adei.)
.
Gadis A: Korang2, dah2.. tukar topik.. hihi.. em, camne nak ikhlaskah hati ek??
Gadis B: sentiasa mujahadah (paksa diri berusaha sedaya upaya) dan doa kepada Allah.
Gadis C: em, kalau kita berusaha, IA Allah akan permudahkan jalan. dalam Surah An-Naba' ayat 39 ada sebut pasal ni. "Maka barangsiapa mengkehendaki, nescaya dia menempuh jalan kembali kepada tuhannya" Mesti ada kehendak yang kuat dalam diri. Mujahadah dan berusaha. Walaupun rasa terpaksa di permulaan, dan lama-lama nanti, akan ok.
Gadis A: (mendengar dengan tekun dan mengangguk-ngangguk)
.
Gadis A: Nak dengar cerita tak??
Gadis-gadis: nak2.. cite2..
Gadis B: Masa Spring camp, ada cerita pasal signifikasi Nabi Adam dijadikan di Syurga dan diturunkan ke dunia.
Gadis C: Tula, Allah mampu je jadikan Nabi Adam di dunia.
Gadis B: Signifikasi Nabi Adam dijadikan di syurga ialah, syurga jadik macam kampung halaman kita (di mana kita berasal). Kita slalu rindukan kampung halaman di Malaysia, namun pernah tak kita rindukan syurga? dan lebih penting, pernah tak kita beramal dengan amalan-amalan penghuni syurga? Seperti mana kita rindukan rumah di kampung, macam tu jugak kita sepatutnya rindukan kampung halaman di mana nenek moyang kita berasal, iaitu syurga.
Gadis C: a'aa.. hidup ni macam sebuah perjalanan untuk pulang ke tempat asal kita. Macam mana kita sentiasa beringat untuk bawak balik ke Malaysia benda-benda yang dibeli dari tempat-tempat disepanjang perjalanan kita easter break ni, macam tu jugak la kita patut sentiasa beringat untuk pos balik amal soleh n pahala untuk kita bawak balik ke kampung halaman (syurga) kelak.
Gadis-gadis: mengangguk-ngangguk dan berfikir sejenak..
.
malam makin berlalu.. jam 3.00am, semua sudah kepenatan dan tertidur.. tinggal aku keseorangan menyiapkan beberapa tugasan (haha, kiasu cam biasa)
.
Ntah nape, mata masih tak mampu lelap walau jam menunjukkan jam 5.31am. Banyak perkara berlaku hari ni. Banyak juga yang dikongsi bersama malam ni. (terus-terusan berfikir....)
.
plan hari ni:
9.00am : aku dan Aisha akan berbasikal ke Cardiff Central untuk menyambut Syafiqah..
10.30am: picnic ni Cardiff Bay. Menu: nasi goreng n fillet.
.
pss: nama2 gadis A, B, C, dan D tu ditulis secara random. Tak melambangkan sesiapa diantara kami. dari satu topik ke topik yang lain, sahabat2 di sini mewakili nama gadis yang berbeza... random~
.
wsalam

Cardiff~

tiba di Cardiff Central.. tetibe pak cik ni peace n masuk gambar aku.. (Pss: pak cik ni bukan sebelah aku.. dia di depan aku.. hihi.. jangan speku2..)
.
Assalamualaikum... setelah 2 hari menyepi, aku muncul kembali ke alam maya... (wahaha.. sape2 rindu aku, sila buzz aku di ym.. )
.
Aku dan Aisha Fateha bangun seawal 5am (wow, hebat tu Aisha bangun kul 5am).. bergegas ke Bath Spa untuk ke Cardiff Central. Kami menjejakkan kaki ke Cardiff Central jam 9.20am.. dan di sambut mesra oleh Kak Dayang.. wakil KYUEM di Cardiff.. (oops, dan Syafiq juge. tp Syafiq dah nak g Warwick time ni)
.
sile teka kami di mana~ (hihi.. ni gambar di London kah?? haha.. gambar ni diambil oleh Kak Dayang yang dikatakan tak berseni oleh Syafiq dan Jpah.. adei.. gara2 desktop Kak Dayang yang 'kreatif'. hikhik.. tergelak besar aku tengok desktop tu.. memang 'kreatif' sahabat ku ini..)
.
Kami dengan semangat waja meminjam basikal dari warga Cardiff (naseb baik ramai melayu..) Dan akhirnya kami berjaya mendapatkan 3 basikal. Taksub basikalkah aku?? (macam kata Aisha.. hikhik.. memang pun.. daku sudah meng order basikal daripada ebay. Tak sabar nak merayau di sekitar Surrey ni)
.
Aisha dikatakan sudah expert jalan-jalan shortcut di Cardiff.. hihi.. plan esok, melagha di town dengan basikal bersama Aisha.. hoho.. namun, malam ni, aku tak dapat lelapkan mata. Jadinya, esok akau akan bangun lambat.. adei, anak dara apakah ini??
.
Tempat yang kami lawati- Bute Park (kalau tak silap). Cantik sebab sangat hijau.. hihi.. bes juge sebab dapat memanjat pokok dan bergambar..
.
Aku dan Kameel~ dan 2 basikal juge =)
.
Ni adalah replika Stonehenge di Cardiff (bak kata Kak Dayang) tapi tengok-tengok balik, macam batu-batuan yang tersalah susun je.. adei.. namun kami redha dan bergambar sakan..
.
Cardiff Castle~ Ni gambar dari sisi castle. Depan dan dalam castle agak cantik.. namun kerana jimat, kami hanya mengambil gambar dari luar.. save budget =)
.

Makan bersama. Menu: Ikan merah masak gulai, sambal tempe dan sayur goreng. sangat sodap.. hoho.. aktiviti utama kami di UK: masak makanan tradisional dan makan..
.
....flasback kejadian petang tadi....
Kami ke souvenir shop depan Cardiff Castle manakala Kak Dayang volunteer untuk jagakan basikal-basikal kami (err, basikal kamikah?? pinjam2..)
Setelah kami puas mengusha kedai-kedai souvenir (usha je.. beli nya poskad n key chain je pun), kami pulang semula ke tempat Kak Dayang menunggu kami. Terasa ada benda tak kena kerana Kak Dayang senyap tanpa bicara. Sesekali dia tersenyum namun kelihatan sedikit pahit..
Apa yang dah berlaku?
.
Memaksa diri membiarkan persoalan tu berlalu, kami meneruskan perjalanan ke arah Welsh Assembly Government.. Kami singgah beberapa kali untuk mengambil gambar di hadapan beberapa gereja (kerna aku fanatik dengan bangunan lama dan gereja!!).. Terpandang Kak Dayang dan terlihat ada sisa air mata.. em, apa yang dah berlaku??
.
Melihatkan hp sudah hampir kehabisan bateri, aku menelefon Jpah bertanyakan number Syafiq. Mungkin Syafiq tahu.. Terkejut dengan berita yang diterima, kami bertiga (aku, Aisha, dan Kameel) sepakat untuk berbuat sesuatu.. sekurang-kurangnya untuk menemani Kak Dayang ketika ini.. (masa ni, Kak Dayang sudah minta diri untuk pulang terlebih dahulu dan berpesan untuk kami hantarkan basikal dan pulang dengan bas 52)
.
Aisha bergegas ke arah hall Kak Dayang.. berpandukan map, beliau selamat tiba di rumah Kak Dayang. Namun, semasa menghantar basikal ke rumah Ema, aku dapati basikal Kak Dayang berada di situ.. aik?? Kak Dayang kat sini??
.
"Aisha mana?" soalan dari Kak Dayang.
"Err, dia jalan-jalan di town" jawabku. Terasa bersalah yang amat menipu ketika ini. Namun, sangat tak nak Kak Dayang risaukan kami.
"Kite balik dengan basikal, ajah ikut skali. Tiket ajah bagi dekat Nurul." kata Kak Dayang setelah beberapa ketika..
"Em, Kak Dayang, Aisha sebenarnya dah balik sendiri." jawabku.
"Hah!! Dia tahu ke jalan?" tanya Kak Dayang.
"Dia kol tanya Syafiq tadi" jawabku.. (maaf amat Kak Dayang jika dah buatkan Kak Dayang risaukan kami lagi)
.
Akhirnya, keputusan yang diambil ialah: Aku dan Kak Dayang pulang dengan basikal. Kameel dan Nurul pulang dengan bas memandangkan beg Nurul dan Kameel yang agak besar.
.
Dalam perjalanan pulang, aku berterus-terang...
"Kak Dayang, sebenarnya, Ajah dah tahu pasal ayah Kak Dayang."
"Mana tahu?" jawab Kak Dayang dengan nada yang agak terkejut.
"Ajah tanya Syafiq" jawabku perlahan.
"Syafiq ni.." Kak Dayang membalas.
"Ajah yang kol dan tanya dia. Bukan salah Syafiq."
"Nape Kak Dayang tak bagitau kami dan kongsi dengan kami? kita susah sama-sama, dan senang sama-sama."
"Tak nak susahkan korang. Korangkan tetamu." begitulah jawapan Kak Dayang. Sungguh tabah.. .
Mampukah aku setabah Kak Dayang di saat ayah dijemput Tuhan, masih mampu tersenyum melayan kami. Buktinya, Kak Dayang masih mampu tersenyum semasa makan malam. (gambar semasa makan di atas ni)
.
Hadith dari Abu Hurairah radhiallahuanhu bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “ Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan kebaikan ataupun diam, Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya, Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, makan hendaklah ia memuliakan tetamunya “ Riwayat Bukhari dan Muslim
.
pss: Jam 11pm, Kak Dayang dapat berita pemergian ayahanda tercinta. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahanda Kak Dayang..
.
Kak Dayang, moga terus tabah.
.
pss: jaulah di Bath akan diceritakan dalam post akan datang. Sebab semua gambar dalam laptop ku.. dan aku sekarang menggunakan laptop Kak Dayang.

Friday, March 27, 2009

pesanan seorang sahabat~

tika itu~ Kami guru Malaysia!! (saje nk letak gambar ni)
.
infaqkan segala masa (umur), tenaga, harta (kalau ada), ilmu ke dalam agama Allah.
.
berjual-belilah dengan pembeli yg paling sanggup membayar dengan harga yg paling mahal (Siapa?? pastinya Allah kerana Allah bayar dengan syurga).
.
korbankanlah perasaan ingin bersenang-senang yg berlebihan.
.
jika anda pencari ilmu, maka jadikan masa belajarmu sebagai jalan jihad berkorban utk agamamu.jangan kau khianati amanah ilmu, kesempatan masa (utk menuntut ilmu).
.
jadikanlah jalan menuntut ilmu sebagai jalan terbukanya pintu ma'rifat kepada kenalnya engkau kepada tuhanmu dengan sekenal-kenalnya.
.
Pun begitu, dalam kau asyik berkorban masa demi pencarian ilmu, janganlah kau terlalu memaksa hati sehingga kau menjadi buta (lantaran terbebannya engkau dengan tekanan)
.
berehatlah sekadar berehatnya seorang musafir yg sedang menunggu masa meneruskan perjalanannya.
.
bertolong-bantulah wahai para pejuang, demi meringankan bebanan rakan seperjuanganmu. .
.
wahai sahabat, sedarlah betapa kewujudan kami adalah demi membantumu dalam perjuangan. dan kewujudanmu juga adalah demi membantu aku yg sedang dalam kesempitan.
.
pastikanlah (seandainya mampu) supaya setiap saat dalam kehidupanmu, menjadi bahan penolong kepada membelamu di depan Allah-jangan persiakan walau sedetikpun-masamu, ilmumu,hartamu, tenagamu...
.
pss: sahabatku, Ujian tanda Allah sayang.. teruskan tabah dengan ujian yang Allah berikan~
Perjuangan itu pahit, namun syurga itu manis.
**kata-kata di atas td adalah nasihat dari seorang sahabat.

Thursday, March 26, 2009

Memilih uni~

Kent Building.. tempat2 pelajar aliran biologi di Surrey
.
Assalamualaikum...
kalau tak silap, semua senior di KYUEM sekarang akan hantar university pilihan hati kepada sponsor untuk diluluskan tak lama lagi.. minggu depan ek?? huhu.. gud luck semua.. moga dapat buat keputusan yg baik..
.
Agak banyak soalan berkenaan universiti masuk ke inbox email n ym.. antara soalan femes,
Akak, bes tak kat Surrey??
Akak, uni ..... dapat scholarship x? Brape ek??
Akak, susah tak blaja Maths sekarang??
Akak, antara banyak2 uni, uni mana yang akak cadang??
.
National History Museum.. London.. Ni bangunan berdekatan Imperial College~
.
Dilema memilih uni.. perkara yang sama gak yang aku lalui setahun yang lepas.. jadi, agak2 memahami adik-adik ni.. =)
Namun, aku juga sedikit menyesal, sebab bagi aku, persoalan dan kajian aku terhadap universiti dahulu adalah soalan teknikal semata yang kurang penting. Antara apa yang aku telah aku kaji dan tanya ialah:
.
1. Senang jumpa makanan halal tak kat tempat tu??
2. Dapat scholarship tak??
3. Ramai Melayu tak? (mase ni aku cuba sedaya upaya cari uni yang tak de melayu.. hihi.. bajet nak lari, tp kat UK ni semua tempat pun ramai Melayu..even Durham pun ada komuniti Melayu yang besar)
4. Mahal tak sewa rumah?
5. Nanti sempat masak mse blaja kt uni?
.
kiranya soalan aku dok main pusing di kawasan yang sama.. duit (hehe..jimatkah??), makanan dan Melayu..
.
Greenwich.. sangat cantik.. macam duk Rome~
.
Bila berada di UK, baru aku tahu bahawa soalan-soalan ni tak perlu ditanya pun..
Maksudnya, soalan berkaitan duit, makanan dan tempat tinggal hanyalah perkara-perkara teknikal yang macam akan settle dengan sendirinya setibanya di sini.. especially pasal makanan. Walaupun kat Surrey ni hanya ada 2 kedai ayam halal (tu pn tersangat-sangat mahal.. lagi mahal dari ayam London!!), tapi aku hidup dengan bahagianya. Macam makan ayam hari-hari je.. haha.. so, tak payah risau pasal makanan adik-adikku.. kak ajah sudah gemuk sebab banyak makanan.. hahaha.. (err.. apsal msk tajuk ni plak??)
.
Queen's University Of Belfast..
.
Nampak tak kesilapan aku dulu di mana?? Tiada matlamat yang JELAS dan TEPAT. Apa matlamat aku nak ke UK sebenarnya?? Ntah..
.
Mari dengar kisah silamku~
Tahun 2006, masa kat matriks, aku dapat panggilan telefon dari abah. Katanya, aku dapat tawaran KPM ke UK. Mase ni, abah pun tak bagi pegi dan aku pun tak rasa nak pegi. Tapi, macam ditakdirkan, keluar satu berita yang kuota pelajar dari Uni2 tempatan (yang bukan bawah KPM) akan dikurangkan untuk jadi cikgu.
Jadinya, abah membuat keputusan membenarkan aku ke UK. Dan aku masa tu, berkira-kira untuk patuh. Tapi akhirnya redha je. So, mendaftar lah aku kat KYUEM pada July 2006.
2 tahun di KYUEM, aku masih rasa macam mimpi. Kadang-kadang, tak rasa pun yang aku akan ke UK. Jadinya, persediaan tu macam tak de (maksud aku persediaan dari segi emosi untuk ke UK. bukan bermakna tak studi ye). Dan masa ni, matlamat ke UK, semestinya tak de.
Dan akhirnya aku terbang ke UK pada 22 Sept 2008 tanpa sebarang matlamat yang JELAS. Dari segi matlamat yang TEPAT iaitu datang blaja kerana Allah, IA ada. Cumanya, tak JELAS apa yang aku nak capai masa blaja kat UK ni.
.
Edinburgh.. ni bukan banguan uni Edin.. tapi ni dekat town Edin..
.
Sejarah mungkin berulang~
Jadi adik-adik, jangan ulangi sejarah kak ajah yang hampeh ni.. sekarang terasa menyesal sebab datang UK tanpa matlamat. Natijahnya, kita akan buat keputusan yang tak bes untuk bermastautin selama 3 tahun. Dan sudah terlambat untuk mengubahnya.
.
Durham Library.. kat luar pun dah cantik.. hihi.. (waa.. masih mahu ke Durham.. namun apa matlamat mahu ke sini?? erm..)~
.
Penyelesaian~
Masih ada masa untuk fikirkan apa matlamat ke UK. Amik masa yang masih ada ni untuk fikir, sedalam mungkin, kat UK nanti, apa yang adik-adik mahu capai. Apa yang mahu adik-adik lakukan, dan kat mana adik-adik mahu menyumbang kerana keputusan kita hari ini sedikit sebanyak menentukan masa hadapan kita di mana.
.
Mengapa perlu soalan-soalan tadi?? Sebab realiti di UK bukan hanya studi!! (wah.. besnye kalau bukan hanya studi.. a'aa.. haha, memang bes pun.. so datang UK ye semua.. hihi)
.
Newcastle University..
.
Ada apa dengan UK??
1. Semestinya uni-uni yang mantop.. (hoho.. tapi kita pun kena studi rajin2 sampai mantop la.. kalau uni je mantop, tak de guna)
.
2. Access perlancongan ke seluruh Europe. Tiket yang amat murah dari UK ke Europe. Juga boleh naik train sahaja.
.
3. Program agama yang mantop.. yup, mantop.. camp dan ceramah agama yang sangat-sangat bagus.. Ceramah biasanya daripada ustaz-ustaz yang sambung blaja di UK (macam UZAR, Dr. MAZA, Ustaz Irfan, Ustaz Aminurasyid Yatiban, Ustaz Mazlee Malik dll) dan ceramah dari orang tempatan, orang Pakistan, dll.
.
4. Tempat-tempat shoping yang bes. especially kalau kat bandar besar macam London. Sesuai yang amat untuk shopaholic.
.
5. Pusat untuk belajar sejarah manusia.. Museum2 yang amat banyak di merata tempat. (ni macam kena tanya Im Tech.. beliau amat arif bab sejarah n tempat2 yang harus dilawati)
.
6. Istana-istana lama yang amat cantik.
.
7. dan banyak lagi.. jom sama-sama explore =)
.Nottingham.. (ni bukan bangunan uni Notts.. ni mcm bangunan kat town Notts)
.
SO??
Jadi, adik-adik wajar berfikir mulai sekarang. Fikirkan matlamat yang mahu dicapai dalam masa 3 tahun di UK. Relate kan matlamat ni dengan apa yang ingin di capai dalam masa 10 - 20 tahun depan, n of course jangan lupa relate kan matlamat tu dengan matlamat di hujung yang paling hujung untuk manusia sama ada mahu ke neraka atau syurga Allah.
.
Contohnya:
kalau nak gi UK untuk shoping dengan bes nya, boleh la pilih uni di London, atau Portsmourth ke (di mana terletaknya factory outlet..)
.
atau kalau mahu ke UK kerana ingin melawat dan belajar culture orang di sini, boleh pilih uni di London jugak.. (haha.. motif apakah promote London??). Sebabnya, akan aku ceritakan dalam post selepas ini..
.
atau mahu ke UK kerana akademik.. bolehlah pilih uni yang terbaik mengikut kos masing-masing. Tak semestinya Cambridge dan Oxford kerana setiap universiti mempunyai fokus dan kelebihan masing-masing. Perlu kaji beberapa perkara seperti subjek, coursework, teaching environment, exam n test, sistem pemarkahan, practical work, dll.
.
Jadi, agak pelik jika soalan "akak, kalau g cardiff ok tak?" ditanya. Kerana, kalau tanya aku, of course aku akan akan jawab tak payah (haha.. ni hanya contoh semata.. kak day, jangan mengamuk!!).
Sebab matlamat aku disini ialah ......... (rahsia).... Jadinya, akan ada pandangan berbeza dengan orang lain dan adik-adik juga. Dan jawapan yang aku bakal berikan akan tertumpu pada matlamat aku di sini.. dan mungkin tidak menjawab persoalan adik-adik yang bermatlamat berbeza dan ini tidak adil untuk adik-adik.
Nasihat akak, fikirkan matlamat utama yang ingin di capai ketika adik-adik berada di UK. Bertanyalah senior di UK selaras dengan matlamat adik-adik.
.
pss: Alhamdulillah, sudah ku temui matlamat berada di sini. Walaupun sudah terlambat dan terdampar di bumi Surrey (sadis, mau tuka uni, namun tak berjaya), namun akan ku teruskan kehidupan di UK untuk mencapai matlamat ku. hoho.. teka2 apakah itu =)
.
Big ben, London..
.
London?? apakah ada di sini?? sape2 mintak uni London?? huhu.. boleh usha blog muscom.. ada post dr incik Jpah di sana.. nak gak cite pasal London, tapi macam semua dah dia citekan..
.
pss: gambar2 di atas sekadar hiasan.. ia merangkumi uni-uni dan tempat2 yang aku pernah lawati.. esok: akan ke bath n lepas tu cardiff.. =)

Wednesday, March 25, 2009

teringat~

Solat jemaah di Surau As-Saad..
Nape teringat ye?
Antara banyak-banyak benda yang bes di kolej, nape yang ini sukar dilupakan?
.
em, masih tak ketemu jawapan..
Tika itu~

Saturday, March 21, 2009

spring bermula~

Nampak tak karipap ku?? hikhik.. (btw, karipap Aisha lagi sodap.. hihi)
.
Jam 11.44pm semalam, UK secara rasminya telah beralih musin dr Winter kepada Spring. Masa ni, aku dalam kelas Calculus dan sedang belajar pasal spherical polars yang menerangkan camne bacaan longitud dan latitud diambil.. br faham sikit2 segala kiraan pelik yang aku tengok kt Greenwich hari tu..
.
Menurut Dr. Gourley, time bumi berada pada masa ni (11.44pm semalam), garisan dari bumi ke matahari akan jadi x-axis untuk kiraan spherical polars.. (macam nk ada 1 titik khas untuk standardize pengiraan semua org).
.
oh, gitu rupenya.. baru ada semangat nak blaja kalau dh ada benda nak apply (n kalau g Greenwich lagi, boleh try usha2 pengiraan dorang.. dlu hanya tengok catalogue matahari tu hanya sekadar nombor.. lepas ni, ntah faham ke x, kena try usha dulu..)
.
Kak nora dan aku.. ni luv yang mat saleh mana ntah buat.. pastu kami tumpang sekaki untuk ambil gambar =)
.
n semalam gak, aku dan 3 senior- kak nora, kak fer, kak huda berpicnic di tepi tasik Surrey. makan-makan dengan besnya.. namun akhirnya kami menggigil kesejukan (bajet tak nak pakai jaket sebab dah masuk Spring.. tp dah namanya orang Malaysia, memang agak tak tahan sejuk..)
.
Spring bermula.. aku dikhabarkan exam final akan habis 18 May. Em, macam nak tukar tiket n balik 19 May (kalau tiket tak mahal.. kalo tak, redha ajela.. )
Exam dipercepatkan, bermakna lagi cepat aku merdeka tahun ni, n makin suntuk mase aku untuk studi!! harus mula kiasu!! =)

Thursday, March 19, 2009

Ikhlas kan hati~

"Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dan mengikhlaskan ketaatan kepadanya dalam menjalankan agama." (Surah Az-Zumar 39:11)
.
"Iblis menjawab, "Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di antara mereka." (Surah Sad: 82-83)
.
"Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah." Hadith Riwayat An-Nasai.
.
Sebahagian ulama berkata, "Tidak pernah diriku berjuang melawan sesuatu melebihi perjuangan melawan (perbuatan) ikhlas."
.
pss: kepada sahabatku yang sedang mujahadah ikhlaskan diri.. Fighting!! =)
.
"...Maka barangsiapa mengkehendaki, nescaya dia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya." (Surah An-Naba' 78: 39)
.
Alhamdulillah.. telah timbul keinginan dalam diri.. bila manusia mengkehendaki, IA Allah permudahkan jalan.. moga Allah kurniakan keikhlasan hati~ Fighting!! (mu bulih.. hihi.. )
.

lagi memori di Greenwich~

Painted hall..
.
Lagi gambar2 di Greenwich tempoh hari.. ni gambar dalam kamera Aisha Fateha (hihi.. ni ejaan betul nama dia... take note semua!! haha)
.
kempunan daku mahu ke Oxford.. namun telah dibatalkan oleh semua orang.. waa.. (macam nak g gak sorang-sorang... em...)
.


Syamil camera man kami... =)
hhihi.. lama sudah tak ketemu..
.
nak g tido.. esok ada mabit kecil-kecilan =)

Wednesday, March 18, 2009

bersyukur~

Revert to the virtuous love~ Memory treasure hunt, IAW KYUEM
.
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.” [Surah Ibrahim, ayat 34]
.
betapa banyak nikmat Allah.. sehingga tak terhitung.. namun, kebanyakan manusia gagal menyedarinya..
.
"Dan sungguh, Tuhanmu benar-benar memiliki karunia (yang diberikan-Nya) kepada Manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri(nya)" Surah An-Naml 27: 73)
.
Ujian tanda Allah sayang~ (trimas kak akma.. kata-kata yang kak akma slalu sebut mase kita jaulah ke KYUEM lepas A-Level hari tu.. mase tu banyak ujian kan?? Tapi Allah bantu kita dari jalan yang tak disangka-sangka... ingat tak kita jumpa 2 pasangan suami isteri yang beri kita tiket LRT?? huhu.. dan kita di bantu ke kolej??)
.
Allah ada bersama-sama kita. Ujian sebenarnya untuk kita.. latihan Allah untuk kuatkan kita..
.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?" (Surah Al-Ankabut 29: 2)
.
Bagaimana kita? adakah termasuk dalam golongan manusia yang tidak menyedari nikmat Allah?
Adakah dengan hanya satu ujian, kita lupa nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya? Ujian yang mana merupakan satu nikmat (sebab ujian meningkatkan kita.. Yakinlah bahawa tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Allah Yang Maha Mengasihani pasti memberi ujian untuk kebaikan kita.. cuma mata manusia gagal mentafsirkan ujian sebagai satu nikmat)
.
sambung buat mechanics
rinduku pada Physics.. (Dr. Foord sihatkah??)

Tuesday, March 17, 2009

Selamat hari lahir Nurul~

Hyde park.
.
Sabtu, jam 2pm.. aku mendapat 1 sms dari Nurul.
"Ajah, lagi 4 jam aku sapa tempat mu"
.
aik? tak ke Nurul nak g Sheffield? tak nak support Shoutul Salam ke?? (haha..xde motif pape letak Shoutul Salam ek.. harus aku support kumpulan nasyid yang paling dekat dengan uni ku.. )
.
ketibaan Nurul di Guildford Surrey jam 6pm ku sambut dengan perasaan terharu.. sahabat pertama yang menjejak kaki ke Surrey adalah sahabat nun jauh di Edinburgh..
.
Malamnya, kami hanya lepak2 dan berborak berkongsi cerita di tempat masing-masing.
.
Ahad, kami berdua bergerak ke London dan tempat di tuju ialah Hyde Park.. kesian Aisha dan Ika, 2 jam menunggu kami.. dan yang tragisnya, ingat nak picnic di Hyde Park, namun kami di uji dengan makanan tertinggal dalam train dari Guildford ke London.. Akhirnya, kami hanya berpicnicdengan roti dan muffin tesco. Redha~
.
pulang ke rumah kedua ku, Evelyn Garden, kami sama-sama mencuba masakan rendang (sebab jeles dengan kaum ibu di Tates, Belfast.. hehe). sedap amat... kuah lemak pun sedap.. namun ada orang yang nak makan rendang dengan kicap je.. redha~
.
Selamat hari lahir Nurul.. Selamat menjadi dewasa.. selamat pengantin baru gak.. (haha.. gurau2 je.. tiada speku disebalik ucapan ni)
.
maaf andai banyak kekurangan semasa mu berada di Surrey.. nanti datang lagi tau..
.

Saturday, March 14, 2009

Taq~


1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda;
2.Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda;
http://imanina08.blogspot.com/
http://nurauni.blogspot.com/

(kalau bg link blog je boleh?? hihi.. xreti den nak mengarang)
em, tulis la sikit.. describe sahabat2 ku berdua ini.. hihi...
.
Atiqah Hamid.. Rakan serumah Tates Avenue.. rumah yang speku dengan terjumpanya botol susu dan beberapa barangan speku yang lain... bak kata warga Melrose, rumah kaum ibu... (haha.. Farahin, ko stuju dengan aku kan??)
Seorang yang baik dan jujur.. suke bersama tiqah sebab bibirnya tidak lekang dari nasihat.. sebab sahabat yang baik ialah sahabat yang mahukan yang terbaik utk sahabatnya.. trima kasih kerna nasihat dan dorongan... =) moga kita semua Thabat dalam perjuangan.. (dh jadi mcm ucapan dan xdescribe empunya diri plak.. adei..)
.
next, Kak Dayang.. pelajar sempoi dr Uni Cardiff.. sangat mengambil berat perasaan sahabat.. (sgt2 concern dengan sahabatnya.. sampai buat aku sgt2 terharu sebab kak dayang sanggup korbankan kepentingan diri untuk sahabat.. trima kasih kak dayang). Juga seorang pendengar yang baik.. =) amat hargai bila aku berkongsi masalah dengan beliau.. IA kita akn jumpa dalam mase 2 minggu.. (tunggu tempe dari ku.. hikhik)
.
mereka berdua ni teman melagha mase di kolej dulu.. di waktu petang, lepas solat asar, kami akan ke cafe makan aiskrim sama2.. (rindunya tika itu).
juga teman di surau selepas solat subuh.. kami akan berkumpul, share masalah dan nasihat.. (waa.. amat rindu jugak tika itu..).
juga teman melepak di padang di waktu malam lepas isya'.. hihi.. bukan org kapel je bertenggek di waktu malam...
.
mereka lah teman ketika senang dan susah ku.. =)
.
3.Setiap bl0gger hendaklah menyatakan 10 fakta/h0bi diri sendiri;
*berperangai pelik (rsenya ni semua org stuju),
*kiasu dalam studi (xleh kalau xfaham sesuatu, mesti nk jugak try sampai faham),
*jenis wt xtahu kalau jadi pape
*sensitif (em, xreti nk describe)
*suka makan tom yam, (n ni je makanan yang aku paling pandai masak.. haha.. adei)
*perahsia (hihi.. stakat ni, xde sorang pun kawan aku yang tahu semua benda pasal aku.. yang paling banyak tahu pasal aku hanya Nurul.. ),
*moto hidup: redha~,
*tido awal (tapi sekarang macam dah agk lewat..),
*hobi: membaca, melagha ke merata tempat..
*amat rindukan kolej (As-Saad dan kucing2 itu..)
.
4.Anda perlu memilih penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di bl0g anda;
em, sape ek?? xbg award ni kat sape2 xpe kan??
=)
.
tamat sudah taq ni...

Charity Dinner, Surrey~

kumpulan nasyid Surrey, Shoutul Haq. (ye ke nama ni? rsenya betul.. hihi.. lupe2..) persembahan ketika program palestine.
.
Minggu ke-3 aku di Surrey (selama 5 bulan di UK).. selama ni asyik melagha ke merata tempat.. huhu.. Mase untuk berkenalan dengan warga Surrey.. bes sebab jumpa ramai orang..
.

Charity Dinner utk kutipan derma anak yatim.. banyak kan makanan?? separuh daripadanya adalah makanan melayu.. nasi lemak, nasi tomato, nasi dagang.. nyum2..
.
ntah ape nama nasi ni.. xamik pun sebab takut nak rasa..
.
kak ema.. house mate mase kat Cathedral Court dulu..
.
peace... =)
.
UG.. yakni teman2 sepermainan ku.. =)
Lama sungguh xjumpa mereka.. melepas rindu dapat jumpa malam ni..
.
rindu amat kat Syaz, teman Quite Centre ku.. hihi.. next year xdapat lepak kat Quite Centre lagik. kita puasa kat umah tahun ni.. =)
.
Barisan PG. akak2 yang sempoi.. huhu..
.
ceria sokmo dorang ni.. =)
.
cuti di Surrey.. jom isi dengan perkara berfaedah.. mase untuk siapkan semua keja... yosh.. aja!!

Wednesday, March 11, 2009

Sahabat, fighting!!

meja dining hall b4 exam further maths~
.
em, banyak hal berlaku sejak kebelakangan ni...
kepada sahabatku, truskan usaha.. jangan putus asa... Allah sentiasa bersama-sama kita..
.
fighting Nurul.. moga yang terbaik utk mu..
sgt terharu dengan ketabahan mu.. aku tak tahu gano kalau aku dok tempat mu.. teruskan tabah Nurul..
.
aku sentiasa ada untuk mendengar walau aku tak punya kekuatan untuk membantu..
maaf sebab aku hanya mampu mendengar..
.
Sayang amat kt mu..

Tuesday, March 10, 2009

Stats ku cayang~

Pelik nape aku boleh terlupa pagi ni ada test Stats.. (subjek faveret plak tu)

n disebabkan terlupa ada test, n xbaca satu pun, bermula lah sesi menggoreng.. haha.. (chill la, test je pun.. :P )
test Calculus jumaat ni, n 3 coursework yang agak mencabar..

minggu yang sibuk
insaf minggu ni akan stay je kat bilik.. ingin kiasu!!

Wednesday, March 4, 2009

Tag~

em, sampai skrg, aku xpenah nk buat tag.. org pn dh mls nk tag aku.. (sbb memang aku xkan layan)..

mendapat 2 tag dr atiqah n kak dayang..
hihi.. IA ini akan jd tag pertama ku..

tp akan dibuat lg 2 minggu.. (3 test menunggu.. hhehe.. kiaus2!!)