Tuesday, March 31, 2009

Malam di Cardiff~

Setelah solat jenazah (solat ghaib) dan bacaan Yaa Sin, kami berbaring di atas sleeping bag sambil berkongsi cerita.
.
beberapa dialog yang masih aku ingati:
.
Gadis A: Tahu tak pasal Dr. Izuan solo kumpulan Saujana masuk audition One In A Million?
Gadis B: a'aa.. tahu2.. penah tengok kat youtube.. cuba bukak..
Gadis C: sedih bila tengok..
Gadis A: Em, camtu la hati manusia. berbolak-balik. kita tak tahu bila hati kita akan berubah, dan kita tak tahu adakah kita akan kekal macam ni. Dan dalam keadaan manakah kita akan dipanggil 'pulang' nanti. Cuba tengok Amy Search sekarang. Alhamdulillah.. dia ada nasyid dengan Rabbani.. (dan sedikit sebanyak kisah Amy Search sekarang diceritakan..)
Gadis C: Tu la pentingnya doa dan sahabat yang sentiasa menasihati. Juga jangan perkecilkan orang yang masih berbuat maksiat. Sebab boleh jadi kita akan berada di tempat tu suatu hari nanti.. nauzubilah..
Ajah: err, ye ek Amy gitu sekarang?? (kantoi tak tahu pape pasal Malaysia.. adei.)
.
Gadis A: Korang2, dah2.. tukar topik.. hihi.. em, camne nak ikhlaskah hati ek??
Gadis B: sentiasa mujahadah (paksa diri berusaha sedaya upaya) dan doa kepada Allah.
Gadis C: em, kalau kita berusaha, IA Allah akan permudahkan jalan. dalam Surah An-Naba' ayat 39 ada sebut pasal ni. "Maka barangsiapa mengkehendaki, nescaya dia menempuh jalan kembali kepada tuhannya" Mesti ada kehendak yang kuat dalam diri. Mujahadah dan berusaha. Walaupun rasa terpaksa di permulaan, dan lama-lama nanti, akan ok.
Gadis A: (mendengar dengan tekun dan mengangguk-ngangguk)
.
Gadis A: Nak dengar cerita tak??
Gadis-gadis: nak2.. cite2..
Gadis B: Masa Spring camp, ada cerita pasal signifikasi Nabi Adam dijadikan di Syurga dan diturunkan ke dunia.
Gadis C: Tula, Allah mampu je jadikan Nabi Adam di dunia.
Gadis B: Signifikasi Nabi Adam dijadikan di syurga ialah, syurga jadik macam kampung halaman kita (di mana kita berasal). Kita slalu rindukan kampung halaman di Malaysia, namun pernah tak kita rindukan syurga? dan lebih penting, pernah tak kita beramal dengan amalan-amalan penghuni syurga? Seperti mana kita rindukan rumah di kampung, macam tu jugak kita sepatutnya rindukan kampung halaman di mana nenek moyang kita berasal, iaitu syurga.
Gadis C: a'aa.. hidup ni macam sebuah perjalanan untuk pulang ke tempat asal kita. Macam mana kita sentiasa beringat untuk bawak balik ke Malaysia benda-benda yang dibeli dari tempat-tempat disepanjang perjalanan kita easter break ni, macam tu jugak la kita patut sentiasa beringat untuk pos balik amal soleh n pahala untuk kita bawak balik ke kampung halaman (syurga) kelak.
Gadis-gadis: mengangguk-ngangguk dan berfikir sejenak..
.
malam makin berlalu.. jam 3.00am, semua sudah kepenatan dan tertidur.. tinggal aku keseorangan menyiapkan beberapa tugasan (haha, kiasu cam biasa)
.
Ntah nape, mata masih tak mampu lelap walau jam menunjukkan jam 5.31am. Banyak perkara berlaku hari ni. Banyak juga yang dikongsi bersama malam ni. (terus-terusan berfikir....)
.
plan hari ni:
9.00am : aku dan Aisha akan berbasikal ke Cardiff Central untuk menyambut Syafiqah..
10.30am: picnic ni Cardiff Bay. Menu: nasi goreng n fillet.
.
pss: nama2 gadis A, B, C, dan D tu ditulis secara random. Tak melambangkan sesiapa diantara kami. dari satu topik ke topik yang lain, sahabat2 di sini mewakili nama gadis yang berbeza... random~
.
wsalam

No comments: