Tuesday, March 31, 2009

Cardiff~

tiba di Cardiff Central.. tetibe pak cik ni peace n masuk gambar aku.. (Pss: pak cik ni bukan sebelah aku.. dia di depan aku.. hihi.. jangan speku2..)
.
Assalamualaikum... setelah 2 hari menyepi, aku muncul kembali ke alam maya... (wahaha.. sape2 rindu aku, sila buzz aku di ym.. )
.
Aku dan Aisha Fateha bangun seawal 5am (wow, hebat tu Aisha bangun kul 5am).. bergegas ke Bath Spa untuk ke Cardiff Central. Kami menjejakkan kaki ke Cardiff Central jam 9.20am.. dan di sambut mesra oleh Kak Dayang.. wakil KYUEM di Cardiff.. (oops, dan Syafiq juge. tp Syafiq dah nak g Warwick time ni)
.
sile teka kami di mana~ (hihi.. ni gambar di London kah?? haha.. gambar ni diambil oleh Kak Dayang yang dikatakan tak berseni oleh Syafiq dan Jpah.. adei.. gara2 desktop Kak Dayang yang 'kreatif'. hikhik.. tergelak besar aku tengok desktop tu.. memang 'kreatif' sahabat ku ini..)
.
Kami dengan semangat waja meminjam basikal dari warga Cardiff (naseb baik ramai melayu..) Dan akhirnya kami berjaya mendapatkan 3 basikal. Taksub basikalkah aku?? (macam kata Aisha.. hikhik.. memang pun.. daku sudah meng order basikal daripada ebay. Tak sabar nak merayau di sekitar Surrey ni)
.
Aisha dikatakan sudah expert jalan-jalan shortcut di Cardiff.. hihi.. plan esok, melagha di town dengan basikal bersama Aisha.. hoho.. namun, malam ni, aku tak dapat lelapkan mata. Jadinya, esok akau akan bangun lambat.. adei, anak dara apakah ini??
.
Tempat yang kami lawati- Bute Park (kalau tak silap). Cantik sebab sangat hijau.. hihi.. bes juge sebab dapat memanjat pokok dan bergambar..
.
Aku dan Kameel~ dan 2 basikal juge =)
.
Ni adalah replika Stonehenge di Cardiff (bak kata Kak Dayang) tapi tengok-tengok balik, macam batu-batuan yang tersalah susun je.. adei.. namun kami redha dan bergambar sakan..
.
Cardiff Castle~ Ni gambar dari sisi castle. Depan dan dalam castle agak cantik.. namun kerana jimat, kami hanya mengambil gambar dari luar.. save budget =)
.

Makan bersama. Menu: Ikan merah masak gulai, sambal tempe dan sayur goreng. sangat sodap.. hoho.. aktiviti utama kami di UK: masak makanan tradisional dan makan..
.
....flasback kejadian petang tadi....
Kami ke souvenir shop depan Cardiff Castle manakala Kak Dayang volunteer untuk jagakan basikal-basikal kami (err, basikal kamikah?? pinjam2..)
Setelah kami puas mengusha kedai-kedai souvenir (usha je.. beli nya poskad n key chain je pun), kami pulang semula ke tempat Kak Dayang menunggu kami. Terasa ada benda tak kena kerana Kak Dayang senyap tanpa bicara. Sesekali dia tersenyum namun kelihatan sedikit pahit..
Apa yang dah berlaku?
.
Memaksa diri membiarkan persoalan tu berlalu, kami meneruskan perjalanan ke arah Welsh Assembly Government.. Kami singgah beberapa kali untuk mengambil gambar di hadapan beberapa gereja (kerna aku fanatik dengan bangunan lama dan gereja!!).. Terpandang Kak Dayang dan terlihat ada sisa air mata.. em, apa yang dah berlaku??
.
Melihatkan hp sudah hampir kehabisan bateri, aku menelefon Jpah bertanyakan number Syafiq. Mungkin Syafiq tahu.. Terkejut dengan berita yang diterima, kami bertiga (aku, Aisha, dan Kameel) sepakat untuk berbuat sesuatu.. sekurang-kurangnya untuk menemani Kak Dayang ketika ini.. (masa ni, Kak Dayang sudah minta diri untuk pulang terlebih dahulu dan berpesan untuk kami hantarkan basikal dan pulang dengan bas 52)
.
Aisha bergegas ke arah hall Kak Dayang.. berpandukan map, beliau selamat tiba di rumah Kak Dayang. Namun, semasa menghantar basikal ke rumah Ema, aku dapati basikal Kak Dayang berada di situ.. aik?? Kak Dayang kat sini??
.
"Aisha mana?" soalan dari Kak Dayang.
"Err, dia jalan-jalan di town" jawabku. Terasa bersalah yang amat menipu ketika ini. Namun, sangat tak nak Kak Dayang risaukan kami.
"Kite balik dengan basikal, ajah ikut skali. Tiket ajah bagi dekat Nurul." kata Kak Dayang setelah beberapa ketika..
"Em, Kak Dayang, Aisha sebenarnya dah balik sendiri." jawabku.
"Hah!! Dia tahu ke jalan?" tanya Kak Dayang.
"Dia kol tanya Syafiq tadi" jawabku.. (maaf amat Kak Dayang jika dah buatkan Kak Dayang risaukan kami lagi)
.
Akhirnya, keputusan yang diambil ialah: Aku dan Kak Dayang pulang dengan basikal. Kameel dan Nurul pulang dengan bas memandangkan beg Nurul dan Kameel yang agak besar.
.
Dalam perjalanan pulang, aku berterus-terang...
"Kak Dayang, sebenarnya, Ajah dah tahu pasal ayah Kak Dayang."
"Mana tahu?" jawab Kak Dayang dengan nada yang agak terkejut.
"Ajah tanya Syafiq" jawabku perlahan.
"Syafiq ni.." Kak Dayang membalas.
"Ajah yang kol dan tanya dia. Bukan salah Syafiq."
"Nape Kak Dayang tak bagitau kami dan kongsi dengan kami? kita susah sama-sama, dan senang sama-sama."
"Tak nak susahkan korang. Korangkan tetamu." begitulah jawapan Kak Dayang. Sungguh tabah.. .
Mampukah aku setabah Kak Dayang di saat ayah dijemput Tuhan, masih mampu tersenyum melayan kami. Buktinya, Kak Dayang masih mampu tersenyum semasa makan malam. (gambar semasa makan di atas ni)
.
Hadith dari Abu Hurairah radhiallahuanhu bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “ Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan kebaikan ataupun diam, Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya, Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, makan hendaklah ia memuliakan tetamunya “ Riwayat Bukhari dan Muslim
.
pss: Jam 11pm, Kak Dayang dapat berita pemergian ayahanda tercinta. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahanda Kak Dayang..
.
Kak Dayang, moga terus tabah.
.
pss: jaulah di Bath akan diceritakan dalam post akan datang. Sebab semua gambar dalam laptop ku.. dan aku sekarang menggunakan laptop Kak Dayang.

3 comments:

husna afifi said...

salam
ko salah eja kt hadith tu
patut nya maka
bukan makan
./..sah ko ingat makan je!

syashot said...

akhirnya, tercapai juga cita2 ajah nak berbasikal. sori, kat bath xde basikal. tsk2.(-_-")

Pacat said...

cardiff lg bes sbb beskal.. haha..
(adei, kacai sya lagi.. jahat ajah ni.. hihi)

bath sgt bes.. namun, masih xsmpt yg amat tuk update sgala cite n gamba2 bes kt bath..