Friday, March 27, 2009

pesanan seorang sahabat~

tika itu~ Kami guru Malaysia!! (saje nk letak gambar ni)
.
infaqkan segala masa (umur), tenaga, harta (kalau ada), ilmu ke dalam agama Allah.
.
berjual-belilah dengan pembeli yg paling sanggup membayar dengan harga yg paling mahal (Siapa?? pastinya Allah kerana Allah bayar dengan syurga).
.
korbankanlah perasaan ingin bersenang-senang yg berlebihan.
.
jika anda pencari ilmu, maka jadikan masa belajarmu sebagai jalan jihad berkorban utk agamamu.jangan kau khianati amanah ilmu, kesempatan masa (utk menuntut ilmu).
.
jadikanlah jalan menuntut ilmu sebagai jalan terbukanya pintu ma'rifat kepada kenalnya engkau kepada tuhanmu dengan sekenal-kenalnya.
.
Pun begitu, dalam kau asyik berkorban masa demi pencarian ilmu, janganlah kau terlalu memaksa hati sehingga kau menjadi buta (lantaran terbebannya engkau dengan tekanan)
.
berehatlah sekadar berehatnya seorang musafir yg sedang menunggu masa meneruskan perjalanannya.
.
bertolong-bantulah wahai para pejuang, demi meringankan bebanan rakan seperjuanganmu. .
.
wahai sahabat, sedarlah betapa kewujudan kami adalah demi membantumu dalam perjuangan. dan kewujudanmu juga adalah demi membantu aku yg sedang dalam kesempitan.
.
pastikanlah (seandainya mampu) supaya setiap saat dalam kehidupanmu, menjadi bahan penolong kepada membelamu di depan Allah-jangan persiakan walau sedetikpun-masamu, ilmumu,hartamu, tenagamu...
.
pss: sahabatku, Ujian tanda Allah sayang.. teruskan tabah dengan ujian yang Allah berikan~
Perjuangan itu pahit, namun syurga itu manis.
**kata-kata di atas td adalah nasihat dari seorang sahabat.

No comments: