
Easter market.. agak meriah~
.
Sehari sebelum Kameel pulang ke UK, kami berjalan-jalan ke Easter Market di Old Town Square.
.

Menurut pemerhatianku, di sini, macam banyak jual makanan tradisional mereka, telur2 yang dilukis cantik, dan beberapa souvenir lain. Agak menarik sebab barang2 di sini sedikit unik. Lain dari apa yang dilihat di UK..
.
Cuaca hari ini sedikip panas.. jadi, agak tak memerlukan sweater lagi.. rakan2 ku yang lain masih bertabah dengan sweater mereka.. mantop2..
.

Oh ye.. ni kuih gelang (ni apa yang diberitahu oleh warga Melayu Prague).
Namanya kalo tak silap, ialah Lokse.. (camne nak sebut, aku pun tak tahu.. fail dgn bahasa di sini).
Rasa nya, hurm.. camne nak describe ye.. macam biasa je.. tak sedap.. sebab macam tepung bakar yang tanpa rasa.. haha..
.

Ni proses memasak Lokse ni.. macam ayam golek.. :)
.

Sila la translate kalo reti.. (Tak aci kalo mintak Meor, sebab dia dah expert bahasa ni)
.

Gambar yang dilukis cantik.. sangat cantik.. kami tak beli, amik gambo sahaja.. :)
.

Kami berempat.. (Tumi cameraman)
.

Easter market hari yang kami pegi ni, agak penuh dengan manusia.. aku telah tertinggal banyak kali oleh mereka berempat.. terlalu asyik dengan apa yang aku lihat, n lepas tengok kiri kanan, mereka dah tak de.. jenuh gak mencari..
.

Ni telur2 yang dilukis cantik.. rasenya ada salah seorang di antara kami bagitau yang adat di sini ialah, kalo perempuan tu ditampar lelaki pada musim easter, dia kena bagi telur ni.. (eh, lebih kurang ginila citenya.. lupe dah.. Kameel, help.. sila betulkan cite ni kalo salah)
.

"Telur besar ni utk cik Tumi ku," kata sang arnab :)
.

Ni lilin yang Aisha beli.. ada ukiran beberapa binaan di Prague..
.

Ni plak macam cafe di sepanajng jalan dari Old Town Square ke Charles Bridge..
Cantik sebab sarung kusyennya corak berbeza n ada bunga2 di tepi..
.
Selepas penat berpusing-pusing di sekitar ni, kami bergerak ke Charles bridge.. dengan berpandukan peta n our GPS, iaitu Aisha.. dia sesuka hati g tanya sume orang.. n walaupun macam tak faham bahasa, bila dorang tunjuk jari arah mana tu, kami ikut je.. kiranya boleh survive gak la di sini..
.
.
1 comment:
isu pricetag kat sana tak cite jah? pizza lah..tiket tram lah..haha bising je mulut kita haritu kan. sian org prague =p
cite easter? adeh apsal cam x penah dgr ni? blame my poor memory ^.^!
prague dlm kenangang..cite lagi cite lagi~ :)
wslm
Post a Comment