Saturday, August 29, 2009

Prague: Charles Bridge

Charles bridge~ (gamba dari tenet)
.
Charles Bridge atau dalam bahasa tempatan, Karluv Most..
Jambatan yang menghubungkan Prague Castle dan Old Town (tpt Easter Market dan Astronomical Clock)
.
Seperti dalam gambar diatas, ada 16 patung2 di kiri dan kanan jambatan ni.
.
Banyak sejarah yang telah berlaku di atas jambatan ni..
Ia pernah menjadi tempat kepala2 mangsa yang dipancung.. berlaku setahun selepas Battle of White Mountain. Telah beberapa kali dirosakkan oleh banjir besar di Prague. Juga telah rosak semasa Thirty years' War.
.
Setibanya kami di sini, hari telah malam. Charles Bridge kelihatan paling cantik pada waktu malam.. Dari sini, dapat lihat cahaya lampu dari Prague Castle.. Cantik yang amat~
.
Mereka berempat~
.
Kameel n Aisha.. ni malam terakhir Kameel di Prague
.
.
Kami terserempak dengan satu grup pelajar Malaysia dari Imperial College.. Beberapa dari mereka ialah kitchenmate Aisha.. lupa nama2 mereka.. (ramai budak Imperial melagha di Prague kali ni.. jumpa gak lagi satu grup.. grup yang berbeza di Prague Castle)
.
Bertegur sapa sebentar sebelum kami bertolak pulang.. (aku n Kameel wat muka blur sebab tak kenal sesape..)
TACET.. ntah apa ke maknanya..
.
Pemandangan Charles Bridge dari daratan.. kelihatan cahaya dari Prague Castle di belakang..
.
Sebelum pulang, kami singgah di kedai runcit untuk membeli sedikit makanan.. makan malam yang agak lewat..
Kami tiba di rumah agak lewat hari ni. Setibanya di rumah, semua tidur kepenatan..
.
.

No comments: