Wednesday, July 22, 2009

Muslim itu bersaudara

Rasulullah bersabda, "Sesama muslim itu bersaudara. Oleh kerana itu, jangan menganiaya dan mendiamkan. Siapa sahaja yang memperhatikan kepentingan saudaranya, Allah akan memperhatikannya. Siapa yang melapangkan satu kesulitan sesama muslim, nescaya Allah akan melapangkan satu kesulitan sari beberapa kesulitannya pada hari kiamat. Siapa sahaja yang menutupi kejelikan seorang muslim, Allah akan menutupi kejelikannya pada hari kiamat"
Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim
.
.
Hari ni, aku makan sehingga kenyang. Bagaimana dengan mereka?
.
Hari ini, aku beli baju baru. Bagaimana dengan mereka?
.
Hari ini, aku sempat tidur 6 jam. Bagaimana dengan mereka?
.
Hari ini, aku bermain dengan adik-adik. Bagaimana dengan mereka?
.
Apa yang lebih teruk, hari ini, aku sanggup menonton drama Boys of flower tanpa rasa bersalah. Tidak langsung memikirkan nasib mereka. (for me, this is the worst thing to do. Adik2 di KYUEM, cukup2 la menonton drama Korea berbelas jam. Sangat membazirkan masa)
.
Hurm.. aku sekadar melihat dari jauh. Yang lebih sedih, melihat dari jauh tanpa merasakan mereka saudara kita. Adik2 ku dibunuh? "Adik aku selamat je kat rumah. Tak pe la kan.."
.
Mana perginya rasa muslim bersaudara? adakah sekadar cakap2 di mulut semata? Hebat di medan usrah, tapi lemah di medan realiti..
.
SOP. Bukan sekadar gathering Batch 9. Bukan sekadar menjayakan IAW. Ianya dengan satu matlamat.
.
Nantikan!!
.
Ps: Yosh!! AJK SOP sekalian. Masa makin singkat. Laksanakan amanah dengan sebaiknya.

Tuesday, July 21, 2009

kepulangan..

pulang jua ke rumah setelah berjaulah dengan agak lama..
.
percutian yang penuh memori..
.
dan penuh tragedi..
.
mengajar ku sedikit demi sedikit erti kehidupan..
.
tq semua
.
Ps: mahu update dengn lebih panjang.. tapi tunggu sehingga aku sedikit bosan..
.
coming up next: Super seniors di KYUEM, Samurai KYUEM, jaulah Melaka, Jaulah KL dll.

Monday, July 6, 2009

........

dia dah nak pergi.. tak sempat jumpa lagi.. memang tak sempat jumpa ke?
.
sedih..
.
nk bagi sesuatu kat dia.. :(

Sunday, July 5, 2009

Begin


.
It's okay to cry at times when you feel like crying
No need to strain yourself
If your tears run dry, try to smile
See. You are already smiling.
There's uncertainty in the future
But I won't succumb to its brilliance
I want to have courage.
.
Satu demi satu berita tiba. Bulan yang penuh dengan berita mengejut. Setiap kawanku mempunyai cerita masing-masing..
Sahabat2 ku yang jauh dan dekat.. semua.. terus bertabah..
.
Ps: Abaikan lirik selepas perenggan di atas.. sebab tak menggambarkan perasaanku waktu ni ie tidak berkaitan.
.
.

Saturday, July 4, 2009

Tito

Tito.. nama seekot semut. dia semut aku mase aku darjah brape ntah.. lupe dah..
.
kisahnya.. hari tu, kami kena pungut sampah blakang sekolah.. aku macam biasa, kemalasan nak kutip sampah.. jadi aku dan Aleng berpoya-poya je.
.
sambil jalan-jalan, kami ternampak 2 ekor semut berwarna hitam. Ntah nape, semut ni nampak unik di mata kami. Jadi kami bercadang menjadikan mereka (betul ke kata nama ni?) sebagai haiwan peliharaan kami.
.
Ntah le tak de benda lain nak pelihara kot..
Tq Saidah sebab remind kan balik pasal tito..
N tito ni mati lepas beberapa lama sebab sedih terkurung kot. Sorang-sorang plak tu. N aku dan Aleng kebumikan dia di belakang sekolah. Tempat kami jumpa dia. Masa ni, aku dan Aleng sangat sedih. Tak tahu nape, sayang amat kat Tito. N kami ada gak buat surat beranak untuk tito. (Aleng, mana ye surat beranak tu skarang ek?)
.
Dan Aleng.. dia penah merawat lipas. Dia cite kat aku yang hari tu, dia jumpa lipas yang patah kaki. Dia letak minyak gamat n balut kaki lipas tu.. n esoknya, lipas tu mati. Macam membunuh lipas plak.
.
kenangan terindah..
.
"Makin tinggi kita blaja, makin susah nak cari true friends. Kawan2 sekolah rendah ialah yang terbaik. semuanya jujur. Tak de niat lain untuk berkawan" kata-kata Saidah.
.
Aku mengiyakan kata ini. Dan menidakkan nya juga pada masa yang sama. Sebab aku masih jumpa kawan sejati ketika umur mencecah 21 (kita baru jumpa mase ni kan Sya? PUISI? huhu)
.
Saidah, explore the world.. And U will found one.

Gyabo!!!!

Gambar sekadar hiasan (sebab kiut)
.
Be strong!! teruskan!! Yosh!! Gyabo!! (nk jugak gyabo ni)
.
.

Thursday, July 2, 2009

Edit gamba..

Gambar yang di edit oleh Ainol. Btw, lupe bila gambar ni diambil..
.
Trase nak edit gambar. Mesti bes dapat edit semua gambar dengan kawan2. Tapi, camne nak edit? Paint? yang ni pun aku tak reti guna. Adei..
.
.

Reunion

Mendapat panggilan telefon dari Adila.
"Ajah, esok ada kat umah tak? jom jumpa ramai-ramai."
"o..ok"
.
Dan abah menghantar ku ke tempat yang dimaksudkan..
.
Reunion kali ini lebih kepada perjumpaan semula pelajar darjah 6 Arif. Kawan sekolah rendahku.. kebanyakan mereka ke SBP dan MRSM manakala aku dan beberapa lagi ke SMK Dato' Mahmud.
.
Dan Nadiah Atiqah pun ada. Dah 8 tahun tak jumpa..
Dari kiri (belakang): Dayah, Munirah, Hayani, Buyye (Izyan), Acik (Khairul Hisham), Amira, Pacat, Faris, Amar, Afiq, Mamat (em, ntah apa nama penuh dia).
Dari kiri (depan): Aisyah, Noraini, Nadiah Atiqah, Saidah, Adila.
Fuh, nasib baik ingt semua nama :)
.
Disebabkan agak lama tak jumpa, aku seperti sedikit kekok untuk bercakap dengan mereka seperti aku yang dulu. Hanya lebih banyak bercakap dengan Saidah dan Buyye, 2 sahabat baik sejak sekolah rendah dan menengah.
.
Sambil berbual-bual, agak banyak kisah kami mase kecik-kecik dulu di ungkit kembali. Pengalaman ponteng kelas, selalu g kantin untuk makan awal (dengan alasan nak g toilet, tapi g toilet 20 minit. huhu), dan banyak lagi ke huru-haraan yang penah kami lakukan.. bersama :)
.
Dan dikhabarkan beberapa dari kami sudah menamatkan zaman bujang dan sudah menimang cahaya mata. Izzati, Noraini, Ummi Asma. Tahniah! :)
.

Aku dan Buyye (besfren alwaiz. Tak cukup korum sebab tak de Aleng).. dan Acik yang menyibok ..
.
bes sebab dapat jumpa semua. Namun sedikit sedih sebab Wawa dan Amalina tak datang.
.
Add ImageHari ini, abah ajak g kedai. N beberapa benda yang dibeli. Ntah kenapa, teringatkan seorang sahabat dengan benda2 ni. Sihatkah dia?
.
Semalam, dapat 1 lg sms. Tapi mase ni dah tido. Maaf amat sebab tak reply.
Kawanku dalam kesusahan dan sedang berjuang. Dia sangat tabah sebab masih bertahan dengan keputusan itu.
Bagi kawan2 ku yang faham tentang ini, sama-sama kita doakan dia. Diberi ketenangan dan kekuatan.

Tuesday, June 30, 2009

Jiwa yang dilindungi.

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, "Rabb kami adalah Allah. Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka para malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan), "Janganlah kalian merasa takut dan janganlah kalian merasa sedih, dan gembirakanlah mereka dengan (memperolah) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu." .
.
Kamilah Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat, di dalamnya (syurga) kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh apa yang kamu minta.
.
Sebagai penghormatan (bagimu) dari Allah Yang Maha Pemgampun, Maha Penyayang.
Surah Fussilat 41:30-32
.

A moment to remember

Semalam saya dah buat mama marah.. sebab terlupa buat perkara buat kali ketiga..
.
kali pertama: basuh kain-kain yang lain tapi terlupa amik kain dalam baldi. kesannya, adikku g sekolah pakai kain yang dah dipakai.
.
kali kedua: lupa masukkan ikan yang mama beli ke dalam peti sejuk. kesannya, ikan tu dah tak segar sangat.
.
kali ketiga: lupa panaskan ikan bakar. Mama dah suruh, n aku dah dah tengok senarai makanan yang kena masak kat hp, tapi terlupe jugak.
.
sedih. nape aku selalu lupe?
kismis? gingko biloba?
.
risau jadi macam perempuan dalam crite a moment to remember. Lupe semua perkara dalam umur yang masih muda.
.
dan aku banyak lupe kerja-kerja lain. harus selalu ingatkan. kesian sape yang bekerja denganku.
.
.

Saturday, June 27, 2009

Menghadapi realiti


.
Pernah tak lihat pergaduhan sebegini di depan mata? (permulaan video)
Atau pernah alaminya sendiri?
.
Adakah mereka ini termasuk dalam senarai untuk kita sampaikan khabar gembira dan sedih? (sebagaimana yang dibuat Rasulullah)
.
Atau kita lebih berfikiran...
"Em, tak pela. Dakwah buat sekadar termampu"
"Tak pe.. Orang lain dah buat agaknya. Compliment each other"
.
"Dakwah ni macam kita dengan pokok epal. Kalau nampak pokok epal, buah mana dulu yang kita ambil? Mestila buah yang paling rendah dan mudah dicapai. Macam tu juga la dengan dakwah. Sampaikan kat keluarga, sahabat dekat dan orang yang berminat. Kalau dia tak berminat lepas diajak, anggap la mereka masih belum bersedia bersama kita"
.
Wah, hebat!! boleh label-label manusia. Melabel tinggi rendahnya iman dan kesediaan manusia menerima.
.
Tidakkah terasa kita memilih-milih manusia untuk menyampaikan pesanan Rasulullah?
Layakkah kita memilih?
.
Namun, sejauh mana bagusnya kita dapat menyampaikan risalah dakwah kepada semua.. tidak mengira yang mahukan kesedaran ataupun menolak?
.
"Tak terhilang ke fokus nanti? terlalu nak mengejar ramai manusia. Kerja jadi kurang mantap sebab banyak tugasan. Akhirnya semua tak jadi. Kurang tarbiyah!!"
.
Teori itu mudah. Namun realiti?
.
Jadi, apa pandangan anda??
(harapnya bagi yang membaca post ni untuk sama-sama melontarkan pendapat walaupun tak ramai yang membaca blogku)
.
Ps 1: suasana pergaduhan di dalam video tadi, aku pernah alaminya. Pernah juga telibat.
Yang boleh ku katakan, "Mereka tidak tahu". Jadi tugas kita memberi tahu.
.
Ps 2: "Big Bang!! wow.." "sukanya G-Dragon.. Top shi pun mantop"
Harap tiada perbincangan sebegini. Abaikan Big Bang..
.

Qiamulail

Tuhan kita, Maha Suci dan Maha Mulia KedudukanNya, pada setiap malam turun ke langit dunia yang paling rendah sekali di sepertiga akhir malam lalu menyeru; "Adakah terdapat sesiapa yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan? Adakah sesiapa yang meminta kepadaKu nescaya Aku perkenankan? Adakah terdapat sesiapa yang memohon ampun dariKu nescaya Aku ampunkan?"
Riwayat Muslim
.
Qiamulail.. teringatkan Atiqah Fikri.
Dia orang yang berjaya shift paradigm ku terhadap qiamulail.. maksud aku, menimbulkan keinginan untuk cuba solat di waktu malam.
.
Mengimbau kembali zaman muda-muda dulu.. Di dalam kelas Further Pure.. kelas yang paling menguji iman sebab kami banyak buat hal sendiri daripada belajar.. siap berusrah lagi.. pernah gak bernyanyi riang (ni keja Helmi, Muzzein, Kamal dan tak ketinggalan Iqtidar).
"Alang2 bangun awal, nape tak Qiam?" soal Atiqah setelah mengetahui aku bangun jam 4 pagi setiap hari untuk study.
"Qiam? nak solat ape ek? tak reti nak baca ape" jawabku (dalam loghat klate)
.
"Baca pape pun tak pe. Boleh tahajud, solat sunat. Try la. InsyaAllah memberi kekuatan"
"Kekuatan?" soalku.
Atiqah hanya menjawab dengan senyuman.
.
Sekarang ku faham maksud itu. Sungguh, bangun di sepertiga akhir malam memberi kekuatan. Semacam lebih semangat dan lambat penat. Mungkin pelik bila mendengarkan perkataan 'lambat penat' tu.. Apa kaitan solat malam dengan lambat penat ie kekuatan jasmani?
Ntahla. Tapi itu yang ku rasa. Kuat rohani, jasmani akan turut sama kuat. Kan ke hati itu raja? Yang mengawal segalanya..
.
"Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu. Sungguh bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan"
Surah Al-Muzzammil 73: 5-6
.
Jadikan qiamulail sebagai salah satu persiapan untuk menghadapi hari-hari yang penuh ujian.
.
.

Friday, June 26, 2009

Hari-hari ku di KYUEM (part 2)

awfa yang chumel :)
.
memori bermain bersama Farah dan Amee suatu ketika dulu..
Lawatan ke kolej hari tu, aku sempat melepaskan rindu dengan bermain basketball bersama Amee, dan 2 geng baru. Zetort dan
.
Malam ESQ Preview tu, Maji dan Erra sibuk dengan bookmark. IA bookmark ini akan dijual di MOC nanti.. nantikan!! (ada satu bookmark tu tertulis, "I luv Malaysia". Aku bet dengan Maji tak de orang akan beli bookmark jenis ni.. So, kawan2, jangan beli ye!! haha.. support Ajah. Maji, cepat cari supporter kamu)
.

bertungkus-lumus..
.
ntah kenapa, kalau tengok adik2 buat bookmark, aku akan teringat saat bersama Kak Akma, Wahida dan Kak Sal. Menyiapkan 300++ bookmark dalam masa 3-4 hari.. sungguh mencabar tenaga kami.. (ye ke Kak Akma?.. rasanya lagi banyak sebab jual kat kolej gak kan?)
.
yeah!! kehebatan lama ku menggunting kertas untuk bookmark terserlah.. (ni gambar hanya hiasan dan lakonan semata.. haha)
.
Katun tetap chumel dn ceria.. dari kiri: Azna, Katun, Anis
.
Malam sehari sebelum ku pulang, iaitu hari Ustaz Hasrizal datang ke kolej, ada BBQ Muscom.. ni antara gambar2 yang sempat aku curi dari kamera budak2 Muscom.
Majulah Muscom untuk KYUEM!!
.
Khusyuk bakar ayam.. nampak macam hangit ajo ni.. :P
.
Gadis-gadis Muscom.. (atau lebih dikenali dengan gelaran Muscomat = Muscom muslimat)
.
.

Only Love


.
Chorus:
There's only love, what I have so small
But if we share, miracles can happen
Only our love can bring a bright smile to those dark faces
That is the power of our small love
.

Thursday, June 25, 2009

Hari-hari ku di KYUEM (part 1)

Preview ESQ.. Daripada Super senior KYUEM..
.
Pengisian berupa pengenalan kepada ESQ. Dikhabarkan Nurul n Fatin Nabihah akan pergi ESQ tahun ni? Camne? bes tak? kongsi-kongsi ye ilmu tu nanti :)
.

Skodeng dari atas 1: Jemaah muslimin yang terabur.
.
Skodeng dari atas 2: jemaah muslimat di dalam barisan yang teratur. yeah!!
.
Selepas pulang dari IT Lab, tempat yang biasa ku tuju ialah Horsfall Square dan Padang 1 juta. Tempat2 yang bagiku amat tenang untuk berfikir.
.
Couple mana tu? Ada satu malam, aku duduk tepi padang.. mula-mula, aku keseorangan.. sambil menghantar sms kepada sahabat2 dan berfikir tentang beberapa perkara. Kemudian, Farahani datang berborak. Selang beberapa minit, kami di suluh (dengan lampu hand phone) oleh sekumpulan wanita. Rupa-rupanya, mereka ingat kami ni pasangan yang dating di padang bersaksikan bulan dan bintang (kesian kan bulan dan bintang terpaksa tengok maksiat2 di padang tu. Padang tu pun kesian gak)
.
kesimpulan: hebat geng penjegah maksiat kolej ni. Korang kena trus berani tahun depan. Banteras maksiat!!
.
Dan oh ye, di kolej juga sudah ada undang2 baru (yang dikeluarkan oleh Pn Rog), iaitu tidak boleh melepak di tangga, corridor dan padang di waktu malam.. Agak bagus kerana sudah berkurang pasangan bahagia (yang seperti dah kawen) berjumpa melepaskan rindu..
.
kesannya, aku selalu dihalau oleh guard apabila melepak keseorangan di padang.. huhu..
.
2 hari sebelum ku pulang, dari masjid, sayup-sayup kelihatan sebuah bas berwarna kelabu. Pada awalnya ku ingat bas ni ialah bas pelajar untuk ke mana-mana trip. Namun, bila bas ni berada di tempat yang sama selama 2 hari, terasa ada yang tak kena. Jangan-jangan ni bas kolej!
.
Dan petang sebelum pulang, aku terserempak dengan Mr Jamal di RC.
"Ajah, I dah amik gambar dengan bas. Siap posing lagi"
Haa!! tak boleh jadi.. Mr Jamal mendahului ku.. ces2 :)
Ps: masih hepi ceria cikgu yang sorang ni.. teruskan ceria Mr Jamal.. n jadi tutor Econs? err, saya amat2 tak reti explain Econs la Mr Jamal.
.
Dan ini gambar ku bersama adik2 KYUEM dengan bas baru..
.
Sesaje amik gambar 5 headmasters ni. Gambar2 ni dipamerkan di RC..
.
Dan oh ye, di RC kita juga ada tersusun kemas 10 buku yang mewakili 10 prinsip Islam hadhari
huhu.. tak de buku lain ke nak pamer.. adei
.
.

Copy paste dari myfikrah

Kadang-kadang, ada benda yang buat kita tak pasti.
.
Kadang-kadang ada benda yang buat kita ragu-ragu.
.
Betulkah ini? Patutkah ini?
.
Kadang-kadang, risau akan perkara yang diluar kawal kita.
.
Bimbang tentang persepsi.
.
Kadang-kadang perlu menanti, kadang-kadang perlu mencari.
.
Lagi, tak pasti.
.
Ketidakpastian ini ku akhiri dengan kata-kata seorang murabbi:
"Jika tidak dapat buat semua, jangan ditinggalkan semua!"
.
Setiap saat dalam hidup, memerlukan pertimbangan untuk setiap keputusan.
Dari sekecil "hari ni nak pakai baju ape" dan "adei, nak bangun dah ke tak ni. Ngantuk lagi le plak" kepada sebesar, "keputusan mesyuarat hari ini ialah, kita akan..." (walaupun yang ni masih tak berapa besar)
.
"Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau dalam sekelip mata atau dalam kadar masa yang lebih cepat dari itu"
.
Untuk sahabatku.
Terus bertabah.. (speechless n tak tahu nak cakap camne)
sungguh aku speechless mendengar berita semalam..
Maaf aku tak berada di sisi di saat paling sukar..
Maaf yang amat
.
nak nanges.. emosi kurang stabil.. sahabatku, terus bertabah..

Wednesday, June 24, 2009

Bercinta sampai ke syurga~

antara muslimat yang mendengar ceramah tertutup (sebab untuk muslimat ajo)
.
Alhamdulillah, kedatangan ku ke KYUEM tempoh hari diakhiri dengan ceramah oleh Ustaz Hasrizal. Juga dapat bersemuka sendiri dengan Ustaz untuk urusan MYC dan MOC..
.
Ceramah dimulakan dengan berita pemergian pejuang Islam, Fathi Yakan.
Cara Allah menarik ilmu dari umat ialah dengan menarik Ulama'.
.
Pengisian seterusnya kepada satu erti hidup iaitu 'Kita sentiasa layak diuji'.
Ketika ditimpa masalah, jika setelah diperiksa segala persediaan yang dilakukan sebelum itu telah sempurna (atau hampir kepada sempurna), yakinlah bahawa masalah itu datang tanpa sebab sunnatullah. Namun ia adalah cara Allah membersihkan niat kita agar ikhlas dan jauh dari expectation dengan Allah.
.
Expectation di sini bukanlah dengan memulakan sesuatu pekerjaan tanpa matlamat (ie tidak begin with the end in mind). Mempunyai matlamat sebelum memulakan kerja amat penting. Agar kita bekerja dengan tujuan dan sentiasa ITQAN untuk mencapainya.
.
Namun, expectation yang tidak dibolehkan ialah, apabila kita seolah-olah meletakkan satu kewajipan, yang Allah perlu memberi sekian-sekian jika kita buat begini dan begitu. Seolah-olah mewajibkan Allah memberi balasan yang sesuai dengan usaha kita.
Ini tidak boleh berlaku, kerana lupakah kita siapa kita? Hanya hambanya..
.
Aku dah baca sampai faham dah. Latihan pun dah buat. Nape masih xdapat A? Apa silapku?
soalan sebegini tanpa sedar kita telah meletakkan expectation kita kepada Allah, iaitu Aku dah berusaha, seharusnya Allah kena bagi aku A.. (Layakkah kita untuk berfikir sedemikian?)
.
"Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlak baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina."
Petikan dari buku Bercinta Sampai ke Syurga
.
Muhasabah diri, adakah aku telah terlanjur berfikir sedemikian?
.
Setelah solat Maghrib, para muslimin berkumpul untuk sesi bersama muslimin. Lepas Isya', tibalah giliran muslimat untuk bertanya dalam sesi bersama kaum kami sahaja.
.
Banyak kisah rumah tangga yang diceritakan oleh Ustaz Hasrizal. Benarlah yang permulaan yang baik hanya sebuah permulaan. Tidak semestinya turut menjanjikan akhir yang baik. Namun, yakinlah dengan redha Allah disamping melaksanakan peraturan Allah (Sunnatullah n Syariatullah), IA rumahtangga akan bahagia.
.
Komen ku: setelah mendengar kisah-kisah benar yang diceritakan, timbul kesedaran yang sebuah perkahwinan bukanlah sesuatu yang main2. Baru ku faham kata2 Ustaz Hasrizal dalam buku Aku Terima Nikahnya, "Jika bermujahadah dengan nafsu pun xlarat, inikan pula dengan dugaan berumahtangga" (lebih kurang gini la ayatnya.. lupe ayat yang sebetulnya + kemalasan nak rujuk buku tu).
.
Jadi, persiapkan dirimu dengan iman, taqwa dan persediaan2 lain (parenting, communication, health dll yang amat2 perlu).
Jangan pula bila dah mengandung, baru terhegeh-hegeh membeli buku panduan Ibu-ibu mengandung. Sepatutnya ketika itu, kita sudah bersedia mempraktikkan ilmu yang dipelajari (sebab dah mengandung), bukan baru mencari buku!!
Sibukkan diri dengan menjadi kerana dengan ini, timbul mind set perkahwinan untuk memberi dan berperanan.. bukan medan menuntut hak.
.
Mari sama-sama fikirkan.
Mengapa untuk perkahwinan kita bersetuju untuk ada mind set memberi dan berperanan, namun tidak mempunyai mind set yang sama dalam ber organisasi?
.
"Aku rasa di abaikan. Semua orang sibuk dengan kerja masing-masing."
"Hati terasa kering. Mana tarbiyah yang dijanjikan?"
"Beginilah semua orang. Sibuk dengan kerja masing-masing. Mana masa berukhuwah? Bila masanya untuk luangkan masa bersama? Tak tahu ke ukhuwah itu penting?"
.
Seringkali terdengar luahan yang menuntut hak, namun dia lupa peranannya dalam organisasi tersebut. Iaitu MEMBERI. Lupa niat asal menyertai organisasi tersebut bukan untuk menerima
semata, tetapi juga untuk menjadi insan-insan kerdil yang bersatu memperbaiki organisasi, yakni berperanan dan memberi.
.
Cuba bayangkan jika semua yang berada di dalam organisasi tersebut menunggu bilakah hak mereka akan ditunaikan? Apakah yang akan berlaku?
.
Seorang suami pulang dari kerja. "Balik rumah nanti, aku nak ada teh panas dan pisang goreng terhidang. Dan isteri aku mesti menghadiahkan senyuman. Kerana aku penat dan dia duk rumah je" Fikir sang suami.
.
Isteri di rumah pula. "Aku dah siap kemas rumah, masak, basuh baju, gosok baju, sapu sampah, suap anak makan. Dah penat. Balik nanti, jangan mengada nak minta pape. Dan suami aku mesti senyum pada ku" fikir sang isteri.
.
Dan diakhirnya, apa yang berlaku? Kedua-dua mereka saling menunggu. Dan adakah mereka beroleh senyuman yang diidamkan? Tidak!!
.
Jadi, mahukah kita terus-terusan menunggu dan menuntut hak? kerana yang rugi ialah kita sendiri..
.
Sama-sama fikirkan..

Monday, June 22, 2009

Exam result

Mendapat email dari Dr Deane.
.
Hi Hamizah
You will receive it now; here it is. You got 120 credits and an average
of 83%, which is a very good result. All the details will be in your
transcript letter, which will be sent out shortly. Congratulations &
Regards, JD
.
Alhamdulillah..
Tiada daya upaya melainkan semuanya hanya dari Allah.
.
"Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu."
Surah Luqman: 33
.
"Sesungguhnya mereka menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak mempedulikan kesudahan mereka pada hari yang berat (Hari Akhirat)"
Surah Al-Insan: 27
.
Dunia yang indah di mata manusia. Jadikanlah dunia kebun untuk persediaan di akhirat, bukan sebagai matlamat hidup.
Ya Allah, jauhkan hatiku dari cinta akan dunia yang melalaikan.
.
Should I go to Imperial College? em, masih ada masa untuk study dan interview.

Sunday, June 21, 2009

trus bertabah

2 hari yang tak produktif..
.
banyak menghabiskan masa dengan termenung.. berfikir
.
masih banyak doc yang dijanjikan tidak dihantar..
.
perlu fighting!!
.
juga trus bertabah..
.
Sebab aku kan hanya hamba.. memang la layak diuji
.
.

Friday, June 19, 2009

Charity Visit Pantai Dalam Siri 2

adik2 kiut miut yang mempersembahkan silat kepada fasilitator..
.
Sedikit review kepada lawatan ku ke kolej tempoh hari ku mulakan dengan Charity Visit..
Berlangsung pada hari Sabtu di Pantai Dalam. Charity visit ni ialah kesinambungan lawatan pelajar KYUEM pada tahun lepas.
Objektif: untuk memberi semangat belajar kepada adik2 di sana..
.
tak banyak yang dapat ku ulas berkenaan program ni.. tengok je la gambar2 nya..
.
Muslimat yang hadir~
.
Seperti tahun lepas, fasilitator dari KYUEM yang hadir majoritinya dari kalangan junior. Mana pegi senior yang dah habes exam? pulang ke rumah.. merehatkan minda selepas exam barangkali..
.
bookmark sebagai cenderamata..
.
Kak akma, ingat tak zaman kita berhempas pulas dengan bookmark? sampai sekarang, bila sebut bookmark, semua sebut "Kak Akma dulu rajin buat ni"..
oh, kenangan..
.

Salah satu grup.. Fasi: Sah (adikku yang hampeh) dan Zetort (nama sebenarnya Izzati.. nak nampak rock agaknya panggil Zetort.. hihi.. )
.
Ni grup ku.. bersama Fatimah.. mereka2 ni baik.. suka sebab dalam masa sejam je, mereka dah berkongsi masalah belajar dan masalah di rumah.. adik2, trus bertabah ye..
.
sesi makan!! yeah!! sungguh kagum dengan makanan yang di masak (sebab banyak amat) dan di susun dengan kemas.. mak cik dan pak cik yang bertungkus-lumus untuk masakan hari ni, daku sangat kagum dengan anda..
.
Masa makan telah tiba.. namun ku hanya menjamah roti 50 sen yang dibeli sebab alergi dengan daging lembu.. tak kesah sebab bila beramai-ramai dengan gumbira gini, perut pun cepat kenyang :)
.
Salah satu aktiviti.. adik2 ni diminta melukis pelan sebuah bandar dan mesti meletakkan prasarana yang amat2 perlu untuk sebuah bandar.
.
ni Grup muslimin yang sedang bentang.
.
Ni plak grup ku.. salah satu dari 2 grup muslimat.
.
hoho.. jangan terkejut sebab antara prasarana yang mereka rasakan perlu di sebuah bandar ialah MARKAS PAS!!
.
Bersama adikku Mek Sah..Oi budak, jangan kiasu sangat..
.
reunion dengan adik2 dalam grup ku tahun lepas.. dah besar panjang dorang ni..
"Akak, athun lepas akak kata nak datang dengan suami?"
"eh, ye ek? tu akak lain kot.. dah salah orang ni" adei, hebat gak ingatan dorang ni.. tu aku seloroh je tahun lepas.. sesaje buat lawak..
.
first time jumpa Kak Kimah.. setelah setahun berhubung dengan ym dan fon.. oh, Kak Kimah ku sayang :)
.
Barisan peserta muslimat..
.
persembahan kiut amat dari adik2 ni..
.
ada 1 slot iaitu 'Salam dari UK'.
bersama akhi Abn yang menceritakan pengalamannya di London.
.
Gambar famili yang dilukis.. aku pun ada lukis gak gambar famili.. namun disebabkan teramat cantek, aku simpan lukisan tu untuk tatapan ku sahaja :)
.
Sungguh aku amat kagum dengan kesungguhan mereka.. sebab bukan senang nak masak makanan yang banyak gitu.. Kita yang muda ni banyak berasalan plak untuk bantu orang.
Penat la, studi la, tak cukup masa la. Sepatutnya malu dengan pak cik- pak cik ni.
.
Aktiviti paling bes.. di mana semua ahli kumpulan diminta berdiri atas 1 kertas mahjong..
tak aci sebab grup adikku ni hanya ada 5 orang.. memang la muat kalo korang sume gemuk pun :P
.
grup ni ramai sikit. tapi stil tak aci sebab sume kecik2.. cuba anda semua bayangkan grup aku yang terdiri daripada 7 orang pelajar tingkatan 5.. kan hampeh tu nak berdiri atas 1 kertas mahjong.. namun, kami berjaya juga!! yeah!!
.
program di akhiri dengan muhasabah.. oleh Izuan dan Luthpi..
.
kesimpulan: program yang baik walaupun merasakan terlalu banyak games yang menyebabkan adik2 ni hilang fokus terhadap niat sebenar program iaitu motivasi belajar.
Aktiviti yang banyak dalam masa yang agak singkat. Kebanyakan aktiviti hanya dilakukan tanpa sempat membuat kesimpulan dan sama2 mengambil ibrah dari setiap aktiviti.. (jadinya, aktiviti tu trase macam main2 semata)
.
Kaji dan perbaiki lagi aktiviti2 yang akan boleh dimuatkan dalam program sebegini.
tahniah gak untuk Muscom kerana komited dalam program2 charity sebegini :)