Friday, June 19, 2009

Charity Visit Pantai Dalam Siri 2

adik2 kiut miut yang mempersembahkan silat kepada fasilitator..
.
Sedikit review kepada lawatan ku ke kolej tempoh hari ku mulakan dengan Charity Visit..
Berlangsung pada hari Sabtu di Pantai Dalam. Charity visit ni ialah kesinambungan lawatan pelajar KYUEM pada tahun lepas.
Objektif: untuk memberi semangat belajar kepada adik2 di sana..
.
tak banyak yang dapat ku ulas berkenaan program ni.. tengok je la gambar2 nya..
.
Muslimat yang hadir~
.
Seperti tahun lepas, fasilitator dari KYUEM yang hadir majoritinya dari kalangan junior. Mana pegi senior yang dah habes exam? pulang ke rumah.. merehatkan minda selepas exam barangkali..
.
bookmark sebagai cenderamata..
.
Kak akma, ingat tak zaman kita berhempas pulas dengan bookmark? sampai sekarang, bila sebut bookmark, semua sebut "Kak Akma dulu rajin buat ni"..
oh, kenangan..
.

Salah satu grup.. Fasi: Sah (adikku yang hampeh) dan Zetort (nama sebenarnya Izzati.. nak nampak rock agaknya panggil Zetort.. hihi.. )
.
Ni grup ku.. bersama Fatimah.. mereka2 ni baik.. suka sebab dalam masa sejam je, mereka dah berkongsi masalah belajar dan masalah di rumah.. adik2, trus bertabah ye..
.
sesi makan!! yeah!! sungguh kagum dengan makanan yang di masak (sebab banyak amat) dan di susun dengan kemas.. mak cik dan pak cik yang bertungkus-lumus untuk masakan hari ni, daku sangat kagum dengan anda..
.
Masa makan telah tiba.. namun ku hanya menjamah roti 50 sen yang dibeli sebab alergi dengan daging lembu.. tak kesah sebab bila beramai-ramai dengan gumbira gini, perut pun cepat kenyang :)
.
Salah satu aktiviti.. adik2 ni diminta melukis pelan sebuah bandar dan mesti meletakkan prasarana yang amat2 perlu untuk sebuah bandar.
.
ni Grup muslimin yang sedang bentang.
.
Ni plak grup ku.. salah satu dari 2 grup muslimat.
.
hoho.. jangan terkejut sebab antara prasarana yang mereka rasakan perlu di sebuah bandar ialah MARKAS PAS!!
.
Bersama adikku Mek Sah..Oi budak, jangan kiasu sangat..
.
reunion dengan adik2 dalam grup ku tahun lepas.. dah besar panjang dorang ni..
"Akak, athun lepas akak kata nak datang dengan suami?"
"eh, ye ek? tu akak lain kot.. dah salah orang ni" adei, hebat gak ingatan dorang ni.. tu aku seloroh je tahun lepas.. sesaje buat lawak..
.
first time jumpa Kak Kimah.. setelah setahun berhubung dengan ym dan fon.. oh, Kak Kimah ku sayang :)
.
Barisan peserta muslimat..
.
persembahan kiut amat dari adik2 ni..
.
ada 1 slot iaitu 'Salam dari UK'.
bersama akhi Abn yang menceritakan pengalamannya di London.
.
Gambar famili yang dilukis.. aku pun ada lukis gak gambar famili.. namun disebabkan teramat cantek, aku simpan lukisan tu untuk tatapan ku sahaja :)
.
Sungguh aku amat kagum dengan kesungguhan mereka.. sebab bukan senang nak masak makanan yang banyak gitu.. Kita yang muda ni banyak berasalan plak untuk bantu orang.
Penat la, studi la, tak cukup masa la. Sepatutnya malu dengan pak cik- pak cik ni.
.
Aktiviti paling bes.. di mana semua ahli kumpulan diminta berdiri atas 1 kertas mahjong..
tak aci sebab grup adikku ni hanya ada 5 orang.. memang la muat kalo korang sume gemuk pun :P
.
grup ni ramai sikit. tapi stil tak aci sebab sume kecik2.. cuba anda semua bayangkan grup aku yang terdiri daripada 7 orang pelajar tingkatan 5.. kan hampeh tu nak berdiri atas 1 kertas mahjong.. namun, kami berjaya juga!! yeah!!
.
program di akhiri dengan muhasabah.. oleh Izuan dan Luthpi..
.
kesimpulan: program yang baik walaupun merasakan terlalu banyak games yang menyebabkan adik2 ni hilang fokus terhadap niat sebenar program iaitu motivasi belajar.
Aktiviti yang banyak dalam masa yang agak singkat. Kebanyakan aktiviti hanya dilakukan tanpa sempat membuat kesimpulan dan sama2 mengambil ibrah dari setiap aktiviti.. (jadinya, aktiviti tu trase macam main2 semata)
.
Kaji dan perbaiki lagi aktiviti2 yang akan boleh dimuatkan dalam program sebegini.
tahniah gak untuk Muscom kerana komited dalam program2 charity sebegini :)

3 comments:

saRaHiyLiA said...

waa~..
ajah..nmpk muke mu yg latest..mkin comey ye..huhu

Jpah said...

makan byk sgt ABC barangkali?

(merujuk komen di atas)

Pacat said...

hey2.. biarla comey sikit pun Sarah.. haha

budak yang masih di UK tu, ku rasa dia jeles xdapat makan ABC.. ohoho.. sodap betul.. (ces, Jpah, ko g studi nuh...)