.
Alhamdulillah, kedatangan ku ke KYUEM tempoh hari diakhiri dengan ceramah oleh Ustaz Hasrizal. Juga dapat bersemuka sendiri dengan Ustaz untuk urusan MYC dan MOC..
.
Ceramah dimulakan dengan berita pemergian pejuang Islam, Fathi Yakan.
Cara Allah menarik ilmu dari umat ialah dengan menarik Ulama'.
.
Pengisian seterusnya kepada satu erti hidup iaitu 'Kita sentiasa layak diuji'.
Ketika ditimpa masalah, jika setelah diperiksa segala persediaan yang dilakukan sebelum itu telah sempurna (atau hampir kepada sempurna), yakinlah bahawa masalah itu datang tanpa sebab sunnatullah. Namun ia adalah cara Allah membersihkan niat kita agar ikhlas dan jauh dari expectation dengan Allah.
.
Expectation di sini bukanlah dengan memulakan sesuatu pekerjaan tanpa matlamat (ie tidak begin with the end in mind). Mempunyai matlamat sebelum memulakan kerja amat penting. Agar kita bekerja dengan tujuan dan sentiasa ITQAN untuk mencapainya.
.
Namun, expectation yang tidak dibolehkan ialah, apabila kita seolah-olah meletakkan satu kewajipan, yang Allah perlu memberi sekian-sekian jika kita buat begini dan begitu. Seolah-olah mewajibkan Allah memberi balasan yang sesuai dengan usaha kita.
Ini tidak boleh berlaku, kerana lupakah kita siapa kita? Hanya hambanya..
.
.
Muhasabah diri, adakah aku telah terlanjur berfikir sedemikian?

Aku dah baca sampai faham dah. Latihan pun dah buat. Nape masih xdapat A? Apa silapku?
soalan sebegini tanpa sedar kita telah meletakkan expectation kita kepada Allah, iaitu Aku dah berusaha, seharusnya Allah kena bagi aku A.. (Layakkah kita untuk berfikir sedemikian?).
"Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlak baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina."
Petikan dari buku Bercinta Sampai ke Syurga
.Petikan dari buku Bercinta Sampai ke Syurga
Muhasabah diri, adakah aku telah terlanjur berfikir sedemikian?
.
.
Banyak kisah rumah tangga yang diceritakan oleh Ustaz Hasrizal. Benarlah yang permulaan yang baik hanya sebuah permulaan. Tidak semestinya turut menjanjikan akhir yang baik. Namun, yakinlah dengan redha Allah disamping melaksanakan peraturan Allah (Sunnatullah n Syariatullah), IA rumahtangga akan bahagia.
.
Komen ku: setelah mendengar kisah-kisah benar yang diceritakan, timbul kesedaran yang sebuah perkahwinan bukanlah sesuatu yang main2. Baru ku faham kata2 Ustaz Hasrizal dalam buku Aku Terima Nikahnya, "Jika bermujahadah dengan nafsu pun xlarat, inikan pula dengan dugaan berumahtangga" (lebih kurang gini la ayatnya.. lupe ayat yang sebetulnya + kemalasan nak rujuk buku tu).
.
Jadi, persiapkan dirimu dengan iman, taqwa dan persediaan2 lain (parenting, communication, health dll yang amat2 perlu).
Jangan pula bila dah mengandung, baru terhegeh-hegeh membeli buku panduan Ibu-ibu mengandung. Sepatutnya ketika itu, kita sudah bersedia mempraktikkan ilmu yang dipelajari (sebab dah mengandung), bukan baru mencari buku!!
Sibukkan diri dengan menjadi kerana dengan ini, timbul mind set perkahwinan untuk memberi dan berperanan.. bukan medan menuntut hak.
.
Mari sama-sama fikirkan.
Mengapa untuk perkahwinan kita bersetuju untuk ada mind set memberi dan berperanan, namun tidak mempunyai mind set yang sama dalam ber organisasi?
.
"Aku rasa di abaikan. Semua orang sibuk dengan kerja masing-masing."
"Hati terasa kering. Mana tarbiyah yang dijanjikan?"
"Beginilah semua orang. Sibuk dengan kerja masing-masing. Mana masa berukhuwah? Bila masanya untuk luangkan masa bersama? Tak tahu ke ukhuwah itu penting?"
.
Seringkali terdengar luahan yang menuntut hak, namun dia lupa peranannya dalam organisasi tersebut. Iaitu MEMBERI. Lupa niat asal menyertai organisasi tersebut bukan untuk menerima
semata, tetapi juga untuk menjadi insan-insan kerdil yang bersatu memperbaiki organisasi, yakni berperanan dan memberi.
.
Cuba bayangkan jika semua yang berada di dalam organisasi tersebut menunggu bilakah hak mereka akan ditunaikan? Apakah yang akan berlaku?
.
Seorang suami pulang dari kerja. "Balik rumah nanti, aku nak ada teh panas dan pisang goreng terhidang. Dan isteri aku mesti menghadiahkan senyuman. Kerana aku penat dan dia duk rumah je" Fikir sang suami.
.
Isteri di rumah pula. "Aku dah siap kemas rumah, masak, basuh baju, gosok baju, sapu sampah, suap anak makan. Dah penat. Balik nanti, jangan mengada nak minta pape. Dan suami aku mesti senyum pada ku" fikir sang isteri.
.
Dan diakhirnya, apa yang berlaku? Kedua-dua mereka saling menunggu. Dan adakah mereka beroleh senyuman yang diidamkan? Tidak!!
.
Jadi, mahukah kita terus-terusan menunggu dan menuntut hak? kerana yang rugi ialah kita sendiri..
.
Sama-sama fikirkan..

2 comments:
Salam Ajah,
hurm, dapat faham point tersebut dengan jelas bila Ajah bagi analogi suami isteri tu (suami yg pegi keja nak goreng pisang, n isteri nak seyuman dari suami).
betul2, kadang2 tak sedar masing2 expect something out of each other, tapi ahernya, xde sape dapat ape2.
muhasabah buat diri ini juga. huhu.
wsalam..
em, moga kita trus thabat..
n trus memberi dan berperanan..
harap ajah gak xmengharap dr org ssb berkemungkinan mengharap dr org lain gak tnpa sedar.. muhasabah2..
Post a Comment