Sunday, January 4, 2009

PUISI di Killarney yang sgt cantik...

post dimulakan dengan gambar yang cukup speku.. haha... botol susu ini dijumpai di dalam bilik seorang gadis di Belfast... siapakah dia? haha..teka2, siapakah yang paling speku di rumah Tates Avenue itteww... ;P
.
KYUEM... go! go! go! huhu... belum tiba di Killarney, kami sudah pun menunjukkan tanda2 assabiah... huhu... dah lama tak jumpa, agak riuh tempat persinggahan kami...
.
reunion chalemate... mana lg sorang? chalet ni ada 3 orang je ke? huhu... siapa2 ada dengar berita dimanakah chalemate kami yang seorang lagi, sila emailkan ke ajah1522@yahoo.co.uk... sesi jejak kasih... ;)
.
assabiah lagi.. waa... sangat bes.. borak dan cerita sama2... semua orang still macam dulu... bes sangat..
.
hehe.. mengintip mereka2 ini bersolat di atas jalan...
.
ni mase LDK. mengapakah muka kami diconteng dengan benda pelik? mengapakah Na memakai topi yang stailo itu? huhu...kerna itulah dendanya sekiranya kami memilih sesuatu...
.
Killarney yang sangat indah...
.
Guided Walk bermula... walaupun lenguh kaki berjalan, namun berbaloi setelah melihat taman dan tasik yang indah amat....
.

groupmate.. hanya kami bertiga... bes gak, disayangi fasilitator.. hihi... Farhana (York), aku, dan Izzah (UCD)
.


berposing di bawah pokok..
.
Ulat besar yang dijumpai di Dublin Aiport... di syaki dalang kes ulat bertaburan di KYUEM... (haha.. kang dah kena tuduh tu..)
.
kepenatan.. kami bermalam di Dublin Aiport yang sejuk (mereka2 ni tutup heater di waktu malam.. redha ajela...).

Dublin dan Belfast yang bes..

Syafiqah, Ajah dan Kameel forever

19 Dec, tepat jam 5.00pm, setelah amik injection meningitis, dengan tangan yang masih kebas, aku berlari-lari riang ke Train Station. bermulalah perjalanan yang mencabar ke Dublin, Ireland.
Hari yang sgt bersejarah, kerana buat pertama kali, kami bertiga berjumpa... kami yang selama ini hanya berkenalan di alam maya, akhirnya dipertemukan di Gatwick Airport..
.
Syafiqah dan Ajah


Kameel dan Ajah... (asyik Ajah je dlm gmbar..haha..)


Setibanya di Dublin, kami disambut oleh Kak Jannah dan Kak Dayah... malam diisi dengan tidur dek kepenatan menunggu di Gatwick Airport tadi.
.

20 Dec, aku ke Belfast utk sesi reunion dengan rakan2 yang amat dirindui.. setibanya di Europa, setelah kol dan menunggu hampir 15 minit, tidak kelihatan seorang pun warga Belfast yang merinduiku.. dengan redha, aku merayau-rayau sekitar kawasan dan berkampung sekejap di Argos. 5 minit kemudia, kelihatan kelibat Akma.. akhirnya Surrey dituduh tiada Argos kerana aku ke Argos setibanya di Belfast.. hish, xpuas hati betul.. Surrey ada 2 Argos ye...
.
Ni macam Bazar Christmas kat city Belfast... ni kedai yang jual banyak key chain n tangkal utk org kristian.. pelik semua orang tengok aku bila aku masuk n meninjau kedai ni.. ala tengok je la, bukan nak beli pun... redha ajela dengan mat saleh ni...
.
Botanic Garden... akhirnya tiba juga aku di taman yang sering diceritakan di blog mak cik Akma.. agak cantik.. tapi mase ni dah tak de bunga.. harus redha lagi.. kami jalan2 dengan bahagianya bersama senior di sekolah menengah, Kak Nik Amalina..
.
Queen University Of Belfast.. main building di waktu malam... macam haunted building.. tapi sangat cantik.. camne agaknya main building Durham? mesti lagi cantik kan? huhu.. tak sabar nak g Durham esok..
.
Akma dan Ajah di hadapan main building... kenangan indah yang tak kan dilupakan.. chewah.. haha...
.
22 Dec, kami semua bangun seawal 4.30am untuk ke Europa Bus Station untuk berangkat ke Dublin. mse ni, rse tak sabar untuk PUISI, blh jumpa rakan2 yang lain... dan boleh jumpa Wani n Siha...

Tuesday, December 16, 2008

bilik baru di stag hill

Bilik yang kosong... huhu... bila le nak ada bunga ke, frame ke..
.
semalam, selesai sudah ku mengemas bilik baru ini.. bilik yang bes sebab lagi luas dengan bayaran yang lebih murah.. huhu... cuma akan share dengan student Hong Kong.. tapi tak kisah sangat sebab katil bukan sebelah2 pun.. kami ada space masing2, aku di tingkat bawah, dia di tingkat atas.. (bilik kami macam bilik dalam cite Hana Kimi tu..)
.
oh, ni meja studi ku... terletak di bawah tangga kerana wire untuk internet pendek.

Monday, December 8, 2008

al-mukminah as-solehah

Mariam yang chumel...
.
Maksud sabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik wanita ialah perempuan yang apabila engkau memandangkan ia
menyukakan hati dan apabila engkau tidak ada ia menjaga harta engkau dan
memelihara dirinya."

Fatimah dan Mariam... rindu kalian berdua.. bila lagi kita nak main sama2 ye?
.
Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari
perkahwinannya
.
Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu;
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya
Dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau.
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu dari padanya semasa marah.
.
Peliharalah hidung, telinga dan matanya
Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripada mu melainkan yang cantik, belaka.

Align Center
pss: Pesanan Imam Al-Ghazali sejibik dengan apa yang ditulis dalam Men Are From Mars Women Are From Venus tulisan John Gray. huhu.. dalam Islam, dah lama perkara-perkara ni disarankan.. :)

Sunday, December 7, 2008

Program untuk muslimat di Southampton.

Seperti biasa, di awal pagi, aku dan 3 rakan dari Surrey, Kak Nora, Wani dan Kak Ain bergerak ke train station untuk ke Southampton kerana ada satu program untuk muslimat.. btw, lupe apa nama program tu.. hihi.. tp IA isi program akan aku kongsikan kepada sesiapa yang sudi.. ;)
.

orang semua sibuk dgn Hari Raya Aidilahdha, namun, ntah mengapa, mood aku utk beraya tiada.. lemang? ketupat? rendang? huhu.. dgn skil masak aku sekarang, mustahil untuk masak makanan2 tu dengan sodapnya...
.
sebab pertama mood beraya hilang ialah kerana aku jarang meraikan hari raya aidilahdha.. time ni semua orang makan masakan daging, aku plak makan telur.. sob2.. unless kalau mama rajin nak masak lauk khas untuk aku..
.
sebab kedua ialah, esok exam... huhu... IA aku takkan sibuk2 ke majlis raya esok n akan makan seperti biasa... tanpa rendang dan lemang.. huhu... (makan nasi biasa pun sodap.. harus syukur aje dengan apa yang ada.. manusia yang miskin ialah manusia yang tak pernah merasa cukup dengan apa yang dia ada... so, jom sama2 jadi manusia yang 'kaya' dan sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah.. hehe...)
.
message ym dari Syara:

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: "Sesungguhnya aku menyaksikan sahabat Rasulullah SAW, tetapi kini aku tidak menemukan lagi orang seperti mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagi dalam keadaan yang kusut, mata yang bengkak kerana menangis ketika qiyam pada malam hari. Mereka membaca al-Quran sambil berdiri, duduk dan berbaring pada lambung mereka. Mereka berzikir dengan tubuh yang bergoncang bagaikan pohon ditiup angin kuat sedangkan mata mereka basah oleh air mata sehingga membasahi pakaian mereka. Demi Allah, seolah-olah keadaan umat sekarang seperti umat yang semalaman dalam keadaan lalai."
.
muhasabah diri, kemana masa muda kita dihabiskan? cukuplah kelalaianku selama 19 tahun.. tiba masanya untuk berpenat lelah, bersengkang mata... moga istiqamah dengan niat kerana Yang Maha Esa.
.
seharian buat maths, muaknya tengok nombor.. haish, harus fighting!!

Thursday, December 4, 2008

Al-Quran

Biasanya setelah habis seminar atau talk, perkataan yang biasa terdengar ialah dalam Islam dah ada benda/perkara itu. Islam dah cerita perkara itu beribu tahun sudah dan bla, bla, bla yang lain. Semuanya sudah terkandung dalam Al-Quran, sama ada secara tersurat mahupun tersirat.
.
Hakikatnya, kita adalah umat yg dilanda kemelesetan dalam semua aspek. Al-Qur'an yg berada dalam almari, hiasan dinding dirumah dan mesjid sudah lama ditinggalkan oleh umat Islam...
.
Kita umat yang mengikut, bukan diikuti...
Kita umat yang mengguna ciptaan orang lain bukan mencipta
Kita umat yang dipimpin bukan memimpin...
.
Perkara yg sama berlaku dalam sejarah hidup penulis.. Penulis baru tersedar setelah 19 tahun hidup di bumi Tuhan... rupa-rupanya, segala-galanya ada tertulis dalam Al-Quran... hukum, nasihat, kisah-kisah, segala-galanya... terase hidup 19 tahun sia-sia tanpa mengenal Maha Pencipta... moga masih ada untukku keampunan...
.
Al-Quran... diturunkan sebagai peringatan dan panduan kepada manusia..

"Maka apa yang menyebabkan (mereka) mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah hakim yang paling adil?"
Surah At-Tin 95: 7-8
.
Di akhirat kelak, tiada alasan utk kita mengatakan, "kami tidak diberi peringatan tentang hari akhirat" kerana semuanya ada di dalam Al-Quran.. sebagai analogi, sebelum exam, kita diberi buku rujukan yang mengandungi semua jawapan dan cara-cara untuk lulus exam dengan cemerlang... namun, sekiranya masih tidak dapat menjawab soalan yang diberi, itu adalah salah pelajar itu tadi...
.
dikaitkan dengan kehidupan kita, Allah Maha Adil kerana kita sudah diberi Al-Quran.. di dalamnya terkandung segala-galanya...kita diberi pilihan untuk membacanya, mengambil iktibar dan peringatan disebalik kisah-kisah yang diceritakan.. maka, tiada lagi alasan yang layak diberi oleh kita di akhirat kelak..
.
"Dialah yang mengutuskan seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata." Surah Al-Jumuah 62: 2
.
Al-Quran diturunkan bukan hanya untuk dibaca, malah dapat menyucikan jiwa dan mengajar kita (manual book). Amat rugilah bagi orang-orang yang hanya membaca Al-Quran tanpa mengetahui maknanya, dan mengambil iktibar serta peringatan disebalik ayat-ayatnya.. Jadi, ambillah masa yang masih ada untuk meneliti ayat-ayat-Nya sebelum kita menghadap Pencipta Yang Maha Esa..
.
"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya, (mereka berkata), "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan..." Surah As-Sajdah 32:12
.
ketika saat ini tiba, sudah terlambat untuk kita melakukan amal kebajikan, mahupun meneliti dan mengerjakan suruhan Allah seperti yang terkandung dalam Al-Quran..
.
Mari manfaatkan Al-Quran yang diturunkan untuk kita. Mari sama-sama kita jadi,
umat yang diikuti...
umat yang mencipta...
umat yang memimpin...
.
Menurut Bernard Lewis (dalam bukunya yang bertajuk : What went wrong , The Clash Between Islam And Modernity In The Middle East)
.
"the point has often been made- if Islam is an obstacle to freedom, to science, to economic development, how is that Muslim society in the past was a pioneer in all three, and this when Muslims were much closer in time to sources and inspirations of their faith than they are now. Some have indeed posed the questions in a different form- not 'What has Islam done to the Muslims?' but 'What have the Muslims done to Islam?!!,"
.
benar.. umat Islam sekarang, makin jauh dengan Al-Quran... makin jauh dengan Islam sebagai cara hidup... seolah-olah Islam diamalkan kerana nenek moyang... solat kerana parents solat... pakai tudung kerana ibu bertudung... lebih berbangga dengan cara hidup barat yang lebih 'moden' (err, moden kah mereka itu?)...
.
pss: belum pernah membaca buku itu.. hanya baca ulasan buku oleh Shazli di Iluvislam.. =)

Tuesday, December 2, 2008

Mencari rahmat Allah di sebalik perbezaan pendapat

Dalam menjalani hidup, kita seperti tidak dapat lari dari dari perbezaan pendapat.. sudah menjadi fitrah manusia, memberikan pendapat dan berlaku perbezaan pendapat..
.
"Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya umat yang satu. tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. Kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka tidak berselisihan) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menciptakan manusia"
(Surah Hud 11: 118-119)
.
“Tidak berbeza pendapat” tak bererti semua sepakat di atas satu pendapat, akan tetapi mereka bersikap terbuka kepada beberapa pendapat yang ada sehingga di sisi mereka, “perbezaan” tersebut sebenarnya adalah satu “kepelbagaian”. Ianya sebagai ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana reaksi kita kepada kepelbagaian pendapat tersebut.. adakah kita akan bersikap negatif dengan memusuhi, mencemuh rakan-rakan yang berbeza pendapat, atau bersikap positif dengan bersabar dan meraikan kepelbagaian ini.. orang yang positif inilah yang dikurniakan rahmat dari Allah.
.
Menjadi fitrah manusia untuk saling berbeza pendapat antara satu sama lain. Tidak Allah menjadikan sesuatu dengan sia-sia. bila difikirkan semula, mungkin ini adalah salah satu tarbiyah dari Allah.. mengajarku meraikan kepelbagaian sikap dan ragam manusia.. =)
Melatih kesabaran dan kematangan dalam membuat keputusan.. seperti kata Khairul, "belajarlah.."
.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?"
Surah Al-Ankabut 29:2
.
Luahan rasa seorang moderator YG dalam berhadapan dengan berbagai kerenah manusia..
huhu.. pape pn, trima kasih semua.. cadangan2 yang sangat bes.. dari YG yang penuh kelemahan, skrg YG ni dah jadi sedikit tersusun.. Alhamdulillah.. IA akan terus diperbaiki dari masa ke semasa.. perlukan sokongan dan cadangan kawan2 juge.. =)
.

3 bungkusan utk ajah..

semalam, dpt email dr Cathedral reception... ada 3 bungkusan untuk ku.. apakah itu? huhu...
1. buku rujukan favorite aku sewaktu A-Level dulu.. Economics by Alain Anderton..
buku ni di beli melalui internet.. huhu.. rindu amat pada Econs.. dulu, kalau baca pasal ekonomi kat internet, faham sikit-sikit.. namun, sekarang, terasa rugi sebab ilmu ekonomi telah banyak ku lupakan... harus studi and manfaatkan ilmu yang pernah ku dapat dulu.. =)
.

2. bungkusan kedua dari Mama kesayangan.. yang menghantar sekotak perencah dengan baju-baju kesayanganku.. kotak seberat 20kg.. hihi.. suke2... sekarang, aku dah banyak tudung, senang nak match dengan baju-baju ku nanti.. haha, terasa gediks plak nak pakai matching2 ni.. ;P
.
3. bungkusan ke-3, dari Vista Print.. menghantar name card percuma.. hihi.. ni antara preparation ke PUISI nanti.. harus aku promote diri pada rakan2 kolej lain nanti... hahaha.. agenda apakah ini? saja2 menggediks je.. kak akma, harus anda pon jeles n nak tempah kad percuma juge.. :P
.
ICAN bakal berlangsung.. aku ada beberapa email adik2 yang uruskan ICAN.. treasurer n food exco.. =) sape2 berminat membantu adik2 ni (macam menyibuk plak kita ni kan? haha.. ), boleh hubungi saya....
.
pss: blog ni akan dibiarkan berkulat sehingga habes PUISI nanti.. maknanya tak kan diupdate lagi..

Monday, November 24, 2008

status ym penuh speku..

jom teka siapakah 2 katun dlm gambar ni?

.

ajah: kawen...status ym penuh speku.. apakah? kak akma, kak dayang!!~ hihi~ ajah pn nk kawen.. (nmpaknya makin byk status ym yg tulis psl kawen.. merebak gk virus ni)
.
kak akma: ajah!! diam.. jangan bising2.. wah kak zaf!! bila nk bina masjid?? =)
.
kak dayang: sy nak kawen
.
kak zaf: siapa nak kawen? [semua org nak kawen kan?]
.
bessotie (atiqah): tahniah kepada ajah, kak akma dan kak dayang~ selamat berbahagia =)
.
fatin nabihah: nape semua status kawen nih? da musin org kawen ke?
.
anam: tiba lah masa kami pula.. haha.. (aku suspek status ni pn ada kaitan dgn kes kali ni..hihi..)
.
syara: kengkawan, pe kawen2 ni !! jaNGAN!!
.
haha..apakah yang berlaku? aku pun xtau.. ni adalah status ym yang direkod pada malam 23 December 2008, jam 9.40pm...
.
jom tgk siapa d next naili utk batch kita.. =)

Sunday, November 23, 2008

Pemandangan indah di Brighton..

semalam, sebelum berangkat ke London, dapat satu message dari Kameel..
Kameel: eh ajaaah..tgk luar..cantiknya sunrisee~
Ajah: surrey gelap aje... xde sunrise pn.
Kameel: jap demi ajah cayangness, kamel share2 kejelitaan alam nih
pss: oh, untuk pengetahuan semua, Kameel ni student yang buat foundation kat Brighton College.. :)
.
setelah gambar-gambar itu di hantar, aku terpana.. Subhanallah.. sungguh indah ciptaan-Nya... terima kasih Kameel sebab kongsi...
kameel: jom laa..datang brighton...hihi pastu kita bleh tgk sunset sunrise sesame
Ajah: xsejuk ke tgk sunrise tepi laut?
Kameel: hehe kita bungkus la siap2. 5 - 6 lapis ke..
.
huhu.. wat lawak plak cik kameel ni.. em, sungguh, aku sangat-sangat nak g Brighton skrang.. sape-sape nak ikut? hihi.. tak de orang nak ikut, aku pegi sorang.. haha..
.

bila tengok ganbar-ganbar sunrise ni, teringat Farah.. dia mesti sangat suka... huhu..
.
lagi 3 minggu PUISI.. tak sabar nak jumpa semua.. :)
akma, awak harus masak untuk saya ye... hihi... (tapi kena sedapla.. kalo tak, mogok tak nak makan..)
"Dan sungguh akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah." (Surah Al-A'raf 7: 179)
.
dan semalam, tempat yang aku sempat jejaki ialah Chinatown.. dah tau camne nak ke sini.. lain kali datang (macam next week nak pegi London lagi aje..haha), boleh borong perencah banyak2.. jual kat Surrey pon bes gak..
.
masuk part lagha sikit.. hihi.. sebab sangat chumel Jae joong kat sini... manis dan malu-malu gitu.. :) (orang yang kenal Tohoshinki akan faham kenapa gambar ni menarik..)

Wednesday, November 19, 2008

Iffah di London!!


Ayah Iffah, me, n Iffah... (hihi..comel aje beg pak cik...saya nk boleh??)
.
post yang sudah 2 minggu tertangguh... :) gembira dengan kedatangan rakan yang dirindui... kawan-kawan yang lain, bilakah anda akan datang menjenguk saya?? mak cik- mak cik di Ireland, harus jangan jimat sangat..jom datang mainland cuti winter ni...
.
em, untuk pengetahuan semua, Iffah telah datang ke London berjumpa ayahnya yang datang ke UK untuk satu kajian kat Plymouth... (em, kajian apa ek...hihi...korang tanya Iffah la ye..)
.
Sama tak muka mereka? hihi...bagi yang dah tengok mak Iffah, mesti akan kata lain, sebab Iffah banyak ikut muka maknya.. hihi.. (lagi 1, promote adik lelaki Iffah yang sangat baik, pandai masak... hihi.. )
.
Gempar!! bendera PAS berkibar di bumi Surrey!!! haha...mase ni aku baru bangun tido (bila buka mata, macam tak caya sebab nampak bendera PAS.. haha... ) tak tipu ni.. korang tengok sendiri... aku pun tak tahu mengapa ianya boleh berkibar di Surrey...
.
pss: post ni di type dikala otak ku dah penat dengan nombor... huhu.. studi non-stop selama 2.30jam... harus aku dah tak nak tengok buku lama-lama dah pasni.. penat!!
.
plan minggu ni:
22November 2008
8.00am: bersama-sama budak2 Guildford ke London (London lagik...)
2.30pm: pulang ke Surrey
23 November 2008
terase nk duduk kat bilik baca buku aje.. hihi.. sape-sape nak saya ke uni mereka? (tawaran untuk kawasan London sahaja...haha..London lagik)

Monday, November 10, 2008

???

em, kerana aku skrg tgh fokus kepada 1 tugas, akan ku pospone dahulu post pasal jalan-jalan ke London bersama Iffah... dan juga pasal buku Palestine for Beginner... (Alhamdulillah, hampir habis dibaca)... tapi rasenya tak cukup kuat lagi untuk ceritakan pasal Palestine Conference hari tu.. which is more to law, n facts yang aku kurang fahami.. mohon maaf kepada Khairul.... Kak Zaffan ada cerita pasal ni dalam blognya.. :)
.
pss: Iffah, selamat tiba ke Queens Margeret.. Kirim salam kat Teah... nanti bulan Januari ni kita lepak sama-sama ek.. :)

Sunday, November 9, 2008

msg dari murid-murid ku..

.
Dalam kesibukan hidup di sini, aku sangatlah jarang untuk cek friendster... rase nak delete aje friendster tu..huhu.. tapi, itulah satu-satunya aku berhubung dengan rakan-rakan lama..especially student Dato' Mahumud Paduka Raja 1... dalam kesibukan, harus ku gagahi diri.. :)
.
semalam, tiba-tiba aku bermimpi nk buka friendster... dan sangat terharu bila aku dapati ada 1 message dari Adni dan comment dari Akmal..
.
(Mesej dari Adni)
hehe,mggu dpn SPM dh nk bukak tirai..klu cg nk tau,dlm sebulan ni,suma classmates sya asyik blaja maths je..cg maths nk kami wat suprise thn ni,dia hrp2 sgt ramai dpt 'A'..coz dia kata we all mmg bleh dpt..apa kata cg maths terdahulu ni plak?kami bleh x?..sini sya wakilkan bbdk yg prnh diajar cg halalkn segala ilmu yg tlah diberi n maafkan segala kesilapan kami...^_^
.
(comment dari Akmal)
salam cikgu...apa kabar org perantau,rindu gileerr kat cikgu..bila nk ajar kita org plak..?tggl sminggu je lagi..
.
huhu..tgk le kenakalan korang dulu..hihi...camne korang skrg? nakal lagi ek?
.
awak dua org ni, blaja rajin2 tau...lg seminggu nak exam...
.

to Adni: bagusla korang buat banyak latihan Maths... selain kefahaman, Maths memang perlukan latihan yang konsisten... huhu... usaha tau... jangan putus asa, especially masa tengah jawab exam nanti... kalau tak tahu, jangan terus tinggal, awak cuba gak jawab sekadar termampu walaupun sikit.. IA.. doa cikgu sentiasa bersama awak semua.. em, korang mampu ke tak? bagi cikgu, korang sangat mampu... masa cikgu bagi latihan pasal stright line dulu, korang jawab dengan baik... huhu... ada mase lagi seminggu, teruskan usaha ye.. :)

.

to akmal: Alhamdulillah, cikgu sihat.. dah makin gemuk dah pun..hihi... em, tahun depan cikgu balik Malaysia, adui, dah tak sempat nk ajar korang lagi... tak pe.. awak usaha betul2 tau...exam lagi seminggu... gunakan masa ni sebaiknya untuk wat latihan banyak-banyak.. bila dah biasa dengan soalan, IA leih senang untuk kita jawab soalan time exam nanti..

pss: kepada yang lain, usaha tau.. :) cikgu doakan korang semua berjaya ...

Saturday, November 8, 2008

mentari hidupku kan bersinar kembali...

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
.
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
.
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunanWahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu iniYang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawiKuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
.
dh byk kali post lagu ni...tp nk post gk lagi... ajah harus fighting.. teruskan usaha.. bersabar, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... "Dunia terlalu hina untuk kita menangis kerananya" ayat yang Kak Sal penah bgtau...
.
xtau nape, aku sgt rindukan saat kita sma2 gather lps subuh kt Surau As-Saad dulu.. saat kita sama2 beri sokongan, nasihat, dan agar kita sntiasa kuat, sntiasa tabah di jalan ni... skrg, aku harus fighting sorang2... tapi perlu tetap fighting...
.
aku akan ke London hari ini..blh jumpa mak cik Iffah..hihi... :)

Monday, November 3, 2008

Nottingham... 1 - 2 Nov 2008

perjalanan kami bermula jam 6.00pm dr Guildford train station ke Victoria London...
.
setibanya di Victoria Underground, kami tersesat selama 15 min utk mencari Victoria Coach Station. setelah menelefon hampir semua warga London, akhirnya kami tiba di Victoria Coach Station tepat pada masenya.. setelah 3jam perjalanan, kami akhirnya berjaya menjejakkan kaki di bumi Notts...
.

setelah sarapan dgn roti canai, segerombolan bdk2 Malaysia berarak ke dewan utk Palestine Conference... ramai senior2 yang kelihatan dari seluruh pelusuk UK..antaranya ialah Kak Ema (Newcastle), Kak Aqilah n Kak Dina (leicester), Syad (Kings College), Kak Mariam n Kak Zaf (Notts), Nurul (Edin)... antara muslimin yang aku ingat ialah Isa, Hafidz, Imran Tech (Imperial College), Buzz (Leicester), Famy (Greenwich) n sape lg ek..adei..lupa2..
.

aku n nurul solat Zuhur + Asar kt taman yang dingin (sejuk gle) kat Notts.. hihi..prayer room ade je, saje menggediks nk solat kt taman...
.
aku n nurul... bergumbira di taman Notts yang indah...
.
ni dah agak malam... sbb tu gelap ajo..haha.. kak akma, bila kamu ingin datang ke mainland? tgk nurul dtg dari edin jmp ajah..(haha..poyo..nurul dtg utk palestine conference).. kamu harus datang tau kak akma...
.
peserta muslimat Malaysia bergambar dgn Dr Azzam Tamimi..
.
bukti aku menjejakkan kaki di Notts.. (ni kt Train Station.. sgt malu sbb macam org alik ulu je amik gambar kt Train Station..haha.. aku macam biasa, wat xtau je.. ape kesah org kata ape kn? )
.
habis je Palestine conference, kak ema n aku ke Train station utk hntar Nurul pulang ke Edin.. huhu..11 jam perjalanan.. aku xtau adakah aku sekuat Nurul utk datang menimba ilmu... kagum dgn Nurul...
.
pastu, pulang semula ke umah Kak Zaffan, n kelihatan rakan2 se kyuem berkumpul utk usrah mingguan.. "Jannah!!!" hihi..aku terus jerit bila nmpak Jannah tersengih di celah2 muslimat lain.. hihi... l;ama btl xjmp.. rindu amat... smpat gk berkongsi cerita suka n duka kami setibanya di UK.. terasa ade tmpat mengadu... huhu.. kenangan manis di kyuem xkan dilupa sampai bila2...
.
pagi Ahad, Jannah menemani aku n Syaz ke bandar Notts.. xbyk pn tempat kami pegi...sbbnya, kedai buka agk lmbat hari Ahad.. huhu..redha2...
.
aku n sleeping bag.. haha...
.
sebagaimana yang semua org tau, Notts ni terkenal dgn lagenda Robin Hood.. ni mcm 1 tmpt yg ada kaitan dgn Robin Hood..kami xmasuk pn.. mahal... bazir je..haha.. (jimat2 lagik)... dalam gmbar, Jannah, Me, Syaz, n Liyana...
.
Assabiah berlaku..haha... bdk2 kyuem bergambar di dpn patung Robin Hood.. (tgk patung ni, xhensem pn Robin Hood ni.. heh..)
.
Pss: pasal isi Palestine Conference, IA aku akan post dlm mse terdekat... setelah aku menyiapkan semua assignment minggu ni.. hihi... (sbb aku harus baca lg skt psl Palestine..)