
Syafiqah, Ajah dan Kameel forever
19 Dec, tepat jam 5.00pm, setelah amik injection meningitis, dengan tangan yang masih kebas, aku berlari-lari riang ke Train Station. bermulalah perjalanan yang mencabar ke Dublin, Ireland.
Hari yang sgt bersejarah, kerana buat pertama kali, kami bertiga berjumpa... kami yang selama ini hanya berkenalan di alam maya, akhirnya dipertemukan di Gatwick Airport..
.

Syafiqah dan Ajah

Kameel dan Ajah... (asyik Ajah je dlm gmbar..haha..)

Setibanya di Dublin, kami disambut oleh Kak Jannah dan Kak Dayah... malam diisi dengan tidur dek kepenatan menunggu di Gatwick Airport tadi.
.

20 Dec, aku ke Belfast utk sesi reunion dengan rakan2 yang amat dirindui.. setibanya di Europa, setelah kol dan menunggu hampir 15 minit, tidak kelihatan seorang pun warga Belfast yang merinduiku.. dengan redha, aku merayau-rayau sekitar kawasan dan berkampung sekejap di Argos. 5 minit kemudia, kelihatan kelibat Akma.. akhirnya Surrey dituduh tiada Argos kerana aku ke Argos setibanya di Belfast.. hish, xpuas hati betul.. Surrey ada 2 Argos ye...
.

Ni macam Bazar Christmas kat city Belfast... ni kedai yang jual banyak key chain n tangkal utk org kristian.. pelik semua orang tengok aku bila aku masuk n meninjau kedai ni.. ala tengok je la, bukan nak beli pun... redha ajela dengan mat saleh ni...
.

Botanic Garden... akhirnya tiba juga aku di taman yang sering diceritakan di blog mak cik Akma.. agak cantik.. tapi mase ni dah tak de bunga.. harus redha lagi.. kami jalan2 dengan bahagianya bersama senior di sekolah menengah, Kak Nik Amalina..
.

Queen University Of Belfast.. main building di waktu malam... macam haunted building.. tapi sangat cantik.. camne agaknya main building Durham? mesti lagi cantik kan? huhu.. tak sabar nak g Durham esok..
.

Akma dan Ajah di hadapan main building... kenangan indah yang tak kan dilupakan.. chewah.. haha...
.
22 Dec, kami semua bangun seawal 4.30am untuk ke Europa Bus Station untuk berangkat ke Dublin. mse ni, rse tak sabar untuk PUISI, blh jumpa rakan2 yang lain... dan boleh jumpa Wani n Siha...
No comments:
Post a Comment