Sunday, December 7, 2008

Program untuk muslimat di Southampton.

Seperti biasa, di awal pagi, aku dan 3 rakan dari Surrey, Kak Nora, Wani dan Kak Ain bergerak ke train station untuk ke Southampton kerana ada satu program untuk muslimat.. btw, lupe apa nama program tu.. hihi.. tp IA isi program akan aku kongsikan kepada sesiapa yang sudi.. ;)
.

orang semua sibuk dgn Hari Raya Aidilahdha, namun, ntah mengapa, mood aku utk beraya tiada.. lemang? ketupat? rendang? huhu.. dgn skil masak aku sekarang, mustahil untuk masak makanan2 tu dengan sodapnya...
.
sebab pertama mood beraya hilang ialah kerana aku jarang meraikan hari raya aidilahdha.. time ni semua orang makan masakan daging, aku plak makan telur.. sob2.. unless kalau mama rajin nak masak lauk khas untuk aku..
.
sebab kedua ialah, esok exam... huhu... IA aku takkan sibuk2 ke majlis raya esok n akan makan seperti biasa... tanpa rendang dan lemang.. huhu... (makan nasi biasa pun sodap.. harus syukur aje dengan apa yang ada.. manusia yang miskin ialah manusia yang tak pernah merasa cukup dengan apa yang dia ada... so, jom sama2 jadi manusia yang 'kaya' dan sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah.. hehe...)
.
message ym dari Syara:

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: "Sesungguhnya aku menyaksikan sahabat Rasulullah SAW, tetapi kini aku tidak menemukan lagi orang seperti mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagi dalam keadaan yang kusut, mata yang bengkak kerana menangis ketika qiyam pada malam hari. Mereka membaca al-Quran sambil berdiri, duduk dan berbaring pada lambung mereka. Mereka berzikir dengan tubuh yang bergoncang bagaikan pohon ditiup angin kuat sedangkan mata mereka basah oleh air mata sehingga membasahi pakaian mereka. Demi Allah, seolah-olah keadaan umat sekarang seperti umat yang semalaman dalam keadaan lalai."
.
muhasabah diri, kemana masa muda kita dihabiskan? cukuplah kelalaianku selama 19 tahun.. tiba masanya untuk berpenat lelah, bersengkang mata... moga istiqamah dengan niat kerana Yang Maha Esa.
.
seharian buat maths, muaknya tengok nombor.. haish, harus fighting!!

2 comments:

fazleen razali said...

kamon Ajah!

kejap je, dah berapa bulan study ni la masanya nak tunjuk terer dekat lecturer hehehe..

dah habis exam nanti iA bolehla bergumbira hohoho..

ma'a taufiq wannajah fil imtihan~

big hugs and best wishes from southampton (cewah)

(also, the "v" virus huhuhu)

Anonymous said...

salam ajah...

wah pegi soton..bestnye...

fazleen ada di mana-mana...

bangun pagi pon leen ada...ada kat telefon...hehe

Ajah..share la apa yg awk dpt dari program itu...

akak jemput awk dtg notts utk buat program plak..hehe

selamat hari raya!