Sunday, January 25, 2009

Antara yakin dan usaha

Cathedral Court, sebelah bilikku di Cathedral Court dulu~
.

Jam 10.55 pagi, aku melangkah keluar dari bilik.. berjalan dengan semangat untuk ke Program Palestine di AC Building. Dalam perjalanan, kelihatan tali panjang yang diikat di sepanjang jalan sebelah Stag Hill Court (Hall di Surrey digelar Court). Tali yang bertulis POLICE.

Em, apa yang dah berlaku? Tak dengan pape pun semalam. Musykil2..

Since jam sudah menunjukkan pukul 11.00, aku terus ke AC Building, masih terfikir-fikir apa yang sudah berlaku.

.

Seorang lelaki ditembak mati

29 Desember lalu, aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari Kak Nora.

“Ajah, nanti hati-hati tau. Ada pembunuhan kat Cathedral. Jangan keluar ke mana-mana”

Pembunuhan? Biar betul..

Hari tu, kerana ketakutan, segala-galanya dilakukan di bawah meja.. makan, studi.. Sangat takut sekiranya peluru tersebut tersasar ke arah pintu bilikku (lucu bila teringat balik.. hihi)

.

Lepas tu, dapat berita bahawa ada seorang lelaki bersenjata yang kurang sihat mentalnya, ke Cathedral dengan pistol mainan. Penduduk setempat yang melihat keadaan ini terus melaporkannya kepada pihak polis. Dan, lelaki tak bersalah itu ditembak mati.

.

Haiz, buat suspen je. Ingatkan berlaku kes tembak-menembak antara penjahat dan polis. Hihi, tula, sape suruh imagine lebih-lebih. Cerita ni, aku dengar dari seorang sahabat di Surrey. Kesahihannya tidak dapat dipastikan. Berita ini tersiar di website BBC


Papan tanda warna kuning tu ialah Student Union.. gambar diambil dari tingkap bilik.. (sekali lagi, betapa dekatnya bilikku dengan tempat kejadian)

Berita hari ini?
Soalan aku pagi tadi terjawab apabila terbaca berita di website ini. Seorang wanita di rogol di dalam semak, semasa dia dalam perjalanan melintasi Student Union awal pagi tadi. Sekali lagi, jenayah berlaku sebelah bilik ku. klik di sini untuk berita.
.
Nasihat sahabat.
"Ajah, kat Surrey nanti, jaga diri. Jangan naik tube sorang-sorang, especially waktu malam." nasihat seorang sahabat semasa jaulah Scotland tempoh hari.
.
Beranikah aku? Bagi yang mengenaliku, pasti cepat mereka menjawab TIDAK. Namun, mana datangnya keberanianku berjaulah jauh hingga ke Scotland seorang diri?
.

"Peliharalah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang

masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu di hadapanmu.

Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila

kamu engkau memohon hendaklah engkau memohon petolongan dari Allah.

Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat

untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah

Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan

engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya

melainkan dengaan sesuatu yang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu,

kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan

kesemuanya)." (Hadith diriwayatkan oleh At-Tirmizi berkata: Ini hadith

Hasan Sahih)

.
Japanku hanyalah, "Allah sentiasa bersama hambanya. Aku akan berusaha elakkan jalan-jalan yang sunyi, dan kawasan-kawasan yang kurang selamat."
.
Kita hanya mampu berusaha sehabis daya, selebihnya terserah pada Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Kuasa.

.

2 comments:

Anonymous said...

salam ziarah,
syukur, yakin pada allah,
tp jgn jalan sorang2,
byk kes jenayah,
bahaya2,
erm..
babi xharam kan?
haram makan je..
setakat pegang2, bersih je la.
riba' baru la haram..
konfom.

Pacat said...

wsalam
huhu..memang byk kes jenayah.. namun, ada hal yang xdpt dielakkan, terpaksa keluar.

ketika itu, hadir yakin ana pd Dia. Yang selalu menemani. =)