Wednesday, September 2, 2009

Prague: Daliborka Prison

pintu masuk penjara bawah tanah~
.
Daliborka Prison.. terletak diperkarangan Prague Castle..
Penjara ni dinamakan sempena nama seorang banduan yang bernama Daliborka, banduan pertama di penjara ni..
Kisahnya, dia suka main violin semasa dipenjarakan di sini. Ramai orang suka dan selalu bagi dia makan.. (pelik gak, camne orang nak bagi dia makan?? Guard penjara ke?)
.
Ntahla.. ni kisah yang kami dapat melalui audio guide..
Di sini, ada beberapa alat yang digunakan untuk menyiksa banduan..
agak kreatif mereka ni.. semangat cari cara nak siksa orang.. (Tak de pekdah sungguh.. baik la gna mse yang Allah bagi utk reka mesin pape yang beri manfaat skt)
.
Banduan digantung di dinding tu.. n camne mesin ni menyiksa banduan, daku juga tak tahu.. macam tak boleh nak bayang sangat.. any idea??
.
Banduan dimasukkan dalam sarung ni.. pastu digantung di syiling..
Dan oh ye.. bawah sarung ni, ada tempat untuk pasang api.. macam panggang banduan dengan kaedah ini.. (idea yang mantop!! sungguh menyiksakan)
.
Yang ni plak, sangkar untuk banduan. Tak pasti juga cara penyiksaan untuk ni. Kurung di tempat sempit n treat them macam tikus ke?? hurm.. blur~
.
Oh..ini alat memotong tangan banduan dengan kapak..
(Perlu ke alat khas untuk ni? lagi senang amik choping board n pisau ayam.. potong jela kan? hurm.. cara mudah macam ade je.. tahap kekejaman pn macam lebih kurang.. ntah le)
.
Tumi bergambar dengan muka yang takut2.. hehe
.
Kami tidak berada lama di sini.. ntahla.. rase biah kurang solehah..
sedikit seram di sini.. jadi, kami cepat2 bergegas ke Golden Lane yang terletak di sebelah penjara ni.
.
.

2 comments:

Jpah said...

kejam!

Pacat said...

xde la kejam sangat..
hahahaha << eh, ni gelak sopan ye