Habis je makan, aku pulang ke chalet dan menukar pakaian. Abah n mama dah tunggu aku kat keta. Aku dengan gembiranya mengambil kunci untuk dipulangkan kepada warden, n tanpa kuduga, clearance form aku hilang!!! Habis satu chalet aku selongkar, tp xjumpa gk. Aku teringat, tadi aku ada bawa form tu ke great hal, mesti tercicir masa tunggu kat foyer td. Aku terus berlari ke foyer, tapi still xjumpa form kesayangan tu. Aku tanya mak cik cleaner, ade jmp x kertas berlipat kat atas meja, mak cik tu kata tak pasti. So, aku terpaksa menggeledah 2 tong sampah kat foyer tu (keja paling tragis aku buat selama aku kat KYUEM. Hehe, nasib baik xde org, aku pun geledah je la!!) tapi, still xjumpa. Aku ingatkan diriku agar bersabar. Jgan putus asa dengan pertolongan Allah.
Tinggal satu lagi cara, amik n buat form baru!! Walaupun cara ni macam impossible, aku mesti cuba. Berusaha!! Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan signiture Kak Intan (student service) dan RC, tapi malangnya IT centre dah tutup. Ketika itu, aku harap sangat agar abg Sarip ada kat MPH. Aku terus berlari ke MPH dan memulas tombol pintu MPH. Pintu terkunci!! Abg Sarip dah xde!! (bkn meninggal k..huhu) Air mata aku terus mambasahi pipi. Nampaknya aku akan dapat tau result exam sedikit lewat berbanding rakan2. Andai kata aku tidak mendpt A untuk Further Maths, peluang untuk clearing tersangatlah tipis.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah 2:286)
Ayat ini terngiang-ngiang dalam kepala ku.... betul, aku kena tabah. Mesti ada hikmah yang aku xtau... Dengan air mata yang berlinangan,(hehe, dalam redha tu, ada air mata gak, sbb sedih sgt2..) aku berjalan semula ke RC. (yang peliknya, aku pun xtau knp kaki ku ketika itu membawaku ke RC). apa yang pasti, Allah telah menolongku dengan menggerakkan kakiku ke RC.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku." (Surah Al-Baqarah 2:186)
Setibanya di RC, Dr. Foord yang melihat muka sediku bertanya, ”Ajah, what’s wrong??” Aku terus menceritakan apa yang berlaku, dan Dr. Foord membawaku berjumpa En Kuda (Mr. John Horsfal). Akhirnya, Dr. Horsfal menandatangani bagi pihak MPH dan IT Centre. Sempat dia berbual denganku, tentang Durham, uni firm ku. Xsangka, sporting jgak dia ni kan?? Huhu.... dulu aku slalu kutuk dia, hari ni, dia menolongku. Kesimpulannya, xbaek kutuk2 orang macam aku n Ustaz Pali dah buat( gerenti aku kena kutuk kat blog dia...huhu).
Terima kasih Dr. Foord krn telah banyak menolongku.
Apa yang aku pelajari dengan insiden ini ialah, jangan sesekali putus asa dengan pertolongan Allah, kerana Allah itu dekat dengan hamba-Nya. hehe, aku akui, aku hampir putus asa dan menangis sebelum hatiku digerakkan oleh Allah untuk ke RC. (hehe, memang tak patut nangis, aku kena lebih bersabar dengan dugaan Allah)
".......maka janganlah engkau termasuk orang yang putus asa. Dia (Ibrahim) berkata, " Tidak ada yang berputus asa dengan rahmat Tuhannya kecuali orang yang sesat." (Surah Al-Hijr 15:55-56)
Tepat jam 3.30pm, kami bertolak pulang, n destinasi kami hanya satu, iaitu KELANTAN, negeri yang menjadi kebanggaanku....



No comments:
Post a Comment