Saturday, September 19, 2009

Jalan kejahatan vs ketaqwaan.. It's ur choice!


Selamat hari raya buat semua :)
.
Ps: nape ntah rase tak de mood nak raya..
.
.

Thursday, September 17, 2009

MYC 09 dalam kenangan

Suasana di surau pada jam 1pm, Jumaat.
.
10 Sept, jam 10.30pm, aku bertolak ke Tanjung Malim dengan menaiki bas.. Tiba jam 6.00 am.. sedikit lambat dari waktu biasa.. aku yang plan nak bangun minum air sebelum sampai, tidak dapat berbuat demikian kerana sudah masuk waktu subuh.. terlena sehinggalah semua penumpang di atas bas keluar.. meninggalkan aku keseorangan.. (bila bangun tengok tak de orang, rase sedikit cuak..) lena sungguh.. kepenatan mungkin..
.
Kemudian, aku ke Masjid Tanjung Malim untuk menunaikan solat Subuh.. kemudian, lebih kurang jam 10am, bergerak ke kolej (kebetulan Azri n Jpah pun ingin ke kolej)..
.
Obi, Zetort n Hasanah~
.
Jam 7.00 pm, aku dan Ustazah Husna bergerak ke Dusun Bay, tempat di mana iftar Muscom berlangsung.. sedikit segan, namun dek kerana ramai mengiktiraf aku sebagai Muscom underground, jadi aku pergi jua.. (oh ye, presiden Muscom underground ialah Syusyu << sape ingat gelaran ni?? haha)
.
Bertemu Obi, Afiqah n Cik Wan di sana.. Atiqah Hamid masih terkandas di KL kerana kesesakan jalan raya yang teruk..
.
Cik Wan, Bilqis, Muffin, Atiqah, Obi~
.
Makanan agak lazat.. namun, tumpuan ku hanya pada air (sebab dahaga yang amat, sahur tak sempat minum air).. ada la dalam 5 gelas.. lepas tu, agak tak larat nak makan.. jadi, ia menjadi buah mulut di sekalian alam, mengatakan aku dalam misi diet.. ceh..
.
Semua muslimat yang hadir~
.
Kami beransur pulang jam ?? (lupe dah) dengan bas bersama sume juniors.. agak gamat bas tersebut.. tak sempat untuk berbual panjang kerana kami senior muslimat dibuang di Stesen bas.. uhuk2.. terbuang..
.
Di sebabkan risau akan kurus jika tidak sahur, kami berlima (Aku, Atiqah Hamid, Afiqah, Cik Wan, n Obi) menjelajah Tanjung Malim untuk membeli makanan..
Sempat singgah di beberapa kedai pakaian.. ada 2 pasang mata asyik tertumpu pada satu genre pakaian.. (membelek-belek baju mengandung?? hah?? haha)
.
Aku sebagai kawan, hanya redha dan tersengih melihat gelagat mereka << signal yang aku tidak turut serta dalam adegan penuh speku itu..
.
Adegan paling speku tahun ini~
.
Malamnya, pillow talk seperti biasa.. berborak dari hal akademik (kiasu tak kami??) hinggalah ke isu rumah tangga (ni korang dah boleh agak la kan sape yang stat.. )
.
Kami tidur agak lewat..
Keesokannya, tersedar jam 5.30am... sume terkejut dan terus bukak makanan semalam.. agak gamat suasana yang dingin di pagi itu.. huhu..
.
Kemudian, kami ke Stesen bas menghantar Obi yang perlu pulang segera ke UTP kerana perlu bersedia untuk test..
.
Perjalanan diteruskan, dan destinasi kami ialah: Kalumpang Resort!
Sebelum sampai, aku menerima panggilan Fatin Nabihah
"Ajah, lawa la tempat ni.. bila nak sampai? boleh g main sama2"
.
Mendengar ayat ni, aku jadi sangat tak sabar untuk jejak kaki di Kalumpang.. ohoo..
Dan memang tempat ini amat cantik..
.
Kami dalam sesi bermain-main~
.

Me and Fatin~
.
Tak dapat bersama lama dengan Fatin.. dia perlu pulang segera untuk berjumpa adiknya di Shah Alam.. sedikit sedih.. ada rezeki, jumpa di UK, IA..
.
Lebih kurang jam 4pm, peserta MYC tiba dengan menaiki 4 wheel drive.. agak jeles tengok mereka naik jeep tu.. siap bergambar n posing sakan.. heh, Fasi nak naik jugak!!
.
Cik Wan.. wanita paling speku~ (ngee)
.
Wajah adik2 yang penuh semangat.. harapan ku, agar terus semangat hingga ke akhir program..
yeah!!
.
Aqilah bersama burung ?? (apa ye nama burung ni?)
.
Adikku yang bajet takut burung.. nampak macam dia pun duk dalam sangkar ni gak kan??
.
Wajah-wajah yang ceria.. saya sudah rindu gelak tawa korang sume..
.
eh, nape ni? Mirror image ke?? (apsal lain?)
.
Muffin..
Teringat kata-kata Kak Adabiah n Kak Azila malam pertama kami di Kalumpang..
"Muffin tu macam Ajah mase dulu-dulu"
"Heh, saya baik sikit la" aku membantah.. haha..
"Ala.. sama je.. sebijik dengan awak"
.
Eh Muffin, perangai kita sama ke??
.
Kak Diey, Kak Mai, n Kak Raiha.. 3 seniors yang sangat2 banyak makan garam.. amat bes berborak dengan mereka..
.
Malam terakhir MYC, semua fasi muslimat tidur di dorm bersama para peserta..
Agak bes main bersama-sama juniors.. panjat2 katil, pangkah-memangkah (aku dipangkah oleh Amirah Alam dengan dasyatnya).. lepas tu, sume terjelepok tidur.. kepenatan..
.
Hari terakhir MYC.. sebelum sesi penutup..~
.
Tidak banyak update tentang pengisian.. bagi yang ingin tahu dengan lebih lanjut, boleh bukak blog Muscom dan Jpah.. sudah agak banyak diceritakan di kedua-dua blog tersebut..
.
Jadi, post ku kali ini, sekadar meletakkan beberapa gambar.. sebagai kenangan untuk ku nanti..
.
Terima kasih kepada sume peserta.. anda semua sangat semangat.. sangat gembira bersama korang sume..
.
Lastly, somebody asked me to write this, "mujur ade ketua fasi yg best"
huhu.. tahniah kerana menjayakan MYC tahun ni.. u did ur best!
.
.

Wednesday, September 16, 2009

Prague: Astronomical Clock, Jewich Museum, St Nicholas , Mirror Maze

Astronomical Clock. Menariknya tentang jam ini ialah, mempunyai 3 komponen.
1. Astronomical dial: menunjukkan kedudukan bulan dan matahari.
2. The walk of the Apostles: jam dan patung2 bergerak yang keluar setiap jam.
3. Calendar dial
.
Setiap jam, akan ada 4 patung bergerak keluar dari jam ini. Patung2 ini melambangkan the 4 things that we despised at the time of the clock's making.
tergelak gak kali pertama tengok.
.
Jewish museum..
.
Kami tidak singgah di sini. Hanya lalu dan mengambil gambar di pintu pagar museum.. Ramai gak yang kata museum ni bes. Ada Jewish old cemetry,
Jewish museum~
.
St Nicholas~
.
Ini pula St Nicholas.. terletak di Old Town.. dekat je dengan Easter Market yang kami pergi hari tu. Binaan dalamannya sangat cantik.. lain dari binaan greja di UK.. ie dalaman dia, mcm istana skt2..
Aisha khusyuk~
.
Seni dalaman St Nicholas~
.
Mirror Maze di Petrin Hill~
.
Mase di Prague dulu, kami sempat ke Petrin di mana di sana terletak Eiffel Tower tiruan (saiz agak besar) dan Mirror Maze.
.
Kami agak excited sebab tak pernah lagi masuk ke tempat sebegini..
Dengan bayaran 50 crown seorang, iaitu lebih kurang 2 pound, (kalo tak silap) kami masuk..
.
Ada banyak Aisha~
.
Disebabkan kami akan pulang ke UK pada hari tersebut, kamilah orang yang terawal masuk di situ hari tu.. tak ramai sangat orang.. jadi, amatlah bes untuk amik gamba banyak2..
Setelah snap dalam 5-10 gambar, bateri kamera ku menunjukkan signal bahaya.. jadi, hajat untuk melagha habes-habesan dalam Mirror Maze ni terbatal.. tak dapat amik gamba lagi..
.
Setelah melalui jalan yang tidak lah susah sangat, kami berjaya melepaskan diri dari cermin2 tu..
dan destinasi kami yang seterusnya =>> UK!!
Aisha sangat semangat untuk pulang kerana telah merindui Evelyn Gardens kesayangannya.. Aku wat muka biasa sebab dah biasa keluar dari Surrey dan tiada perasaan rinsu sangat pada bilikku itu.. hehe.
.
Ps: akan update perjalanan program MYC.. IA
.
.

Friday, September 11, 2009

Muslim Youth Camp 09

Gamba dr blog Kak Akma.. sape2 boleh cari aku dalam gamba ni?
.
Bakal berangkat ke Tanjung Malim, di mana akan berlangsungnya MYC 09.. Di Kalumpang Resort..
.
Tahun 2008, aku pergi sebagai peserta. Dengan penceramahnya, Ustaz Pahrol Muhd Juoi. Amat banyak yang dipelajari. My turing point dalam mengenal tujuan hidup..
.
dan kini, aku hadir untuk memberi. bukan sebagai fasi tetap, hanya sebagai AJK yang membantu menguruskan modul serta bertugas menjaga kebajikan peserta..
.
Di harap program ini berjalan lancar.. dapat memberi input dan mencetus MAHU dalam diri adik2.
Amin..
.
MYC 09.
.
IA akan pulang dan update perjalanan program ini.. :)
.
.

Wednesday, September 9, 2009

Czech Republic: Hradec Kralove

Aku, Aisha, Wan D~
.
2 hari terakhir di Czech, kami ke satu tempat di sini.. dipanggil Hradec Kralove..
Salah satu daripada 3 uni yang mempunyai pelajar Malaysia di Czech.
.
Kami dijemput oleh Wan D, rakan sepermainan Aisha di Prague.. Kemudian, bergerak bersama-sama ke Hradec Kralove..
.
Hlavni Nadrazi = Train station
.
Perjalan memakan masa selama lebih kurang 2 jam dengan keretapi.
Train di sini tidak semewah train di UK..
Gerabaknya, seperti dalam cerita Harry Potter.. ada bilik-bilik kecil dan kerusi yang menghadap..
.
Malaysian Night~
.
Kebetulan ketika kedatangan kami, berlangsungnya Malaysian Night di sini. Semua sungguh semangat untuk menunjukkan Malaysian Culture kepada penduduk di sini.
Agak ramai pelajar tempatan menghadiri majlis ini.
.
Komen: pada mulanya, agak ok. Tapi, setelah habis pementasan, satu band pelajar Malaysia menyanyikan lagu barat (lupe dah tajuk lagu). Kata mereka, "untuk jadikan majlis ni neutral, dan meraikan bangsa lain di situ". Hurm.. kan ke ni Malaysian Night. Rasenya dah cukup meraikan mereka jika melayan mereka dengan baik dan mesra. N aku yakin mereka datang pun sebab nak tahu budaya Malaysia. Kalau setakat lagu barat, kat mana2 bar pun ada.. Ntahla.. pelik betul...
.
Bandar Hradec~
.
Hari terakhir kami di sini, kami dibawa berjalan-jalan disekitar bandar Hradec.. Bandar kecil yang agak cantik..
.
Kemudian, kami dibawa ke Shopping Complex di sini. Sedih sebab tak faham bahasa.. jadi, tak dapat baca apakah yang tertulis pada label makanan..
Wan D blanja sebiji kek tradisional negara ini.. sangat sedap.. lupe dah apa nama kek tu..
.
Setelah penat berjalan, kami pulang semula ke Prague.
.
Ps: tarikh hari ni sgt cantik.. 09-09-09 (nk wt tarikh kawen.. dh terlambat dh..) <.
.

Sunday, September 6, 2009

Prague: Loreta, Basilica, Jindrisska Tower

Memanjat pagar (nasib baik tak de guard yang jaga)~
.
Loreta.. binaan yang sangat cantik.. bangunan ni ialah gereja.. di dalamnya, ada sebuah bilik yang meniru rumah Santa Casa, dipercayai rumah kepada Virgin Mary..
kami tidak masuk untuk melihat camne rupa bentuk yang kononnya bilik Virgin Mary ni..
.
Loreta~
.
Di dalamnya juga ada berlian2 yang di display di bilik bernama Treasury.. dan koleksi berlian ini digelar The Prague Sun.. lebih kurang 6000 berlian kesemuanya.. mesti cantik kan.. hurm..
Loreta~
.
Loreta ni ialah destinasi pertama kami di Prague.. puas gak mencari dengan bantuan peta dan GPS kami, cik Aisha yang bajet faham bahasa tempatan.. huhu..
.
Kami bertolak ke sini dari rumah Kak Alia dengan Tube dan tram.. kemudian, dalam 10 minit berjalan kaki (sepatutnya 2 minit je.. 8 minit lagi mase kami mencari-cari + sesat)
.
peace~
.
Ni satu bangunan yang kami jumpa on d way nak ke Prague Castle.. Malangnya, tidak diketahui namanya..
.
Aisha Ayat2 cinta??
.
Tak tahu kenapa, tapi aku rase bangunan ni macam binaan timur tengah.. trase seperti berada di Mesir.. (tengok gamba Aisha tu.. kan2?? macam kat Mesir kan?)
.
Antara binaan yang paling aku suka di Prague ni.. walaupun tak ku ketahui namanya.. redha~
.

Yaz, Tumi dan Aisha di Basilica~
.
Basilica ni ialah sebuah gereja.. dengan binaan yang sedikit lain dari binaan gereja di UK (seperti St Vitus) dan St Nicholas (yang binaan dalaman macam istana)
.
Binaan dalaman, macam bilik bawah tanah.. sebab coklat gitu je.. tapi agak cantik dan unik..
Ps: sebenarnya tidak dibenarkan amik gamba dalam Basilica ni.. kami syok bergambar, dan lepas jalan dua tiga langkah, baru nampak tanda gambar kamera yang dipangkah.. hehe.. rezeki la kalo gitu.. sebab kami dah amik beberapa..
.
Jindrisska Tower~
.
Terletak di Old Town.. boleh nampak bangunan ni mase merayau-rayau di Easter Market..
Bangunan ni macam istana dalam cite katun yang aku tengok mase kecil dulu.. cantik.. tapi kami tak sempat untuk ke sini.. hanya mengambil gambar dari Old Town Square, tapak Easter Market..
.
Berbincang di Easter Market.. berlatar-belakangkan Jindrisska Tower~
.
Dikatakan dalam bangunan ni, ada 10 loceng yang akan dibunyikan setiap jam.. loceng2 ni akan memainkan salah satu dari 1152 melodi.. wah!!
Namun, bunyi ini hanya dapat didengar di dalam menara ini.. menjadikan lawatan ke menara ini unik dan menarik.. (ye ke??)
.
dan juga, menara ini dipenuhi tingkap.. visitor dibenarkan membuka tingkap2 ini.. jadi, boleh ambil gambar Prague dari semua sudut tanpa halangan cermin tingkap.. cool!!
.
jadi, sesape yang akan ke Prague, harus masuk tower ni!!
.
.

Friday, September 4, 2009

Prague: Prague Castle

Permandangan dari tebing sebelah Prague Castle~
.
Post jalan2 di Prague diteruskan dengan jalan2 disekitar Prague Castle.
.
Ramai yang kata, tak lengkap jika ke Prague tanpa ke Prague Castle.. (yeke??)
.
Ada orang menyanyi di depan pagar Prague Castle.. lagu yang tidak difahami..
.
Pintu pagar untuk masuk ke perkarangan Prague Castle..
Pagar ni dinamakan The 2 Giants.. (kalo tak silap.. ada perkataan giant la yang pastinya)
Sebab ada giant besar di atas 2 tiang pagar ini..
.
Kebetulan kami tiba di sini time perarakan ni berlangsung..
(masih tak berkesempatan nak tengok ni di London.. hurm.. Aisha, bawak aku nnt)
.
Gambar diambil dengan agak jelas.. kerana aku duduk kat celah kaki orang2..
(bes gak jadi kecik ni.. berguna di kala ini)
.
.
Kemudian, kami ke Golden Lane.. yang terletak bersebelahan dengan Prague Castle.. juga bersebelahan dengan penjara tu..
.
The Golden Lane: Aisha dan Tumi~
.
Dikisahkan, King Rudolf bagi tanah sebelah tembok ni untuk guard istana bina rumah mereka..
Jadi, mereka pun bina rumah disepanjang jalan ni. beruntung dapat raja yang berhati mulia..
Tetapi, semua rumah di jalan ni sekarang, bukan rumah2 guard ni dulu.. kecuali rumah num 20.
.
The Golden Lane (kiri) dan tembok istana (kanan)~
.
Baju besi dalam salah satu rumah di sini~
.
Rumah num 20~
.
Satu-satunya rumah yang masih tinggal..
rumah-rumah lain, semua telah dibina semula..
.

di salah satu tingkap di tembok istana~
.
.